Selasa, Mei 12, 2009

EI pengaruhi tahap nafsu seks wanita

Wanita yang memiliki tahap kecerdikan emosi (EI) yang tinggi mempunyai lebih banyak orgasma, menurut satu kajian yang disiarkan semalam.

Menurut kajian sekumpulan penyelidik King's College London, tahap EI yang rendah mungkin mempunyai kaitan dengan masalah seksual di kalangan wanita.

EI merupakan ukuran yang digunakan bagi mengetahui tahap emosi seseorang individu.

Kajian itu dilakukan terhadap 2,035 wanita kembar menerusi soal selidik dan soalan yang dicipta untuk menguji tahap EI mereka.

Seorang penulis bersama kajian King's College London, Andrea Burri berkata: "EI dilihat mempunyai kesan secara langsung terhadap fungsi seksual yang mempengaruhi kemampuannya berkomunikasi dengan seks dan keinginannya."

- AGENSI

1 ulasan:

  1. nak wat test niii laaa.tgok tahap sexual ku.hehehe..

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.