DUN Penanti - BN tidak bertanding


Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang dijadual 31 Mei ini.

Keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Najib berkata, BN mengambil keputusan itu kerana kekosongan di DUN itu bukan disebabkan oleh peruntukan dalam perlembagaan, sebaliknya hanya mainan politik pembangkang.

"Kekosongan itu disebabkan PKR (Parti Keadilan Rakyat) nak selesaikan masalah dalaman, oleh kerana ia merupakan satu mainan politik pembangkang dan tidak ada kena mengena dengan peruntukan Perlembagaan.

"BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan usaha memulihkan ekonomi, maka kita memutuskan supaya tidak meletakkan calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil di Penanti" katanya selepas mempengerusikan mesyuarat kira-kira dua jam itu.

Ditanya sama ada keputusan itu disebabkan BN bimbang ditewaskan, Najib berkata hal itu tidak timbul kerana parti itu tetap akan menghadapi rakyat semasa pilihan raya umum akan datang.

"Kita tidak mahu terjerumus dalam politik pembangkang sebab lepas dua tiga bulan, dia akan minta (kerusi) kawasan lain pula dikosongkan," katanya.

Berhubung sama ada keputusan itu akan mengecewakan penyokong-penyokong BN di Penanti, Najib berkata: "Saya percaya mereka akan faham. Kepentingan parti keseluruhannya lebih besar.

"Pilihan raya kecil bukan satu keperluan dan ia tidak diperuntukkan dalam perlembagaan.

"Kita masih akan berkhidmat di kawasan Penanti dan Permatang Pauh ikut saluran kita," katanya.

Najib berkata, ini bukan kali pertama BN tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam pilihan raya kerana beliau difahamkan, ia pernah sekali berlaku pada satu ketika dahulu. Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan berikutan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti 16 April lalu.

Malah PKR juga telah mengumumkan calon mereka untuk bertanding di Penanti iaitu Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 56.

Selain PKR, calon bebas, Aminah Abdullah, 56, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, turut menyatakan hasrat untuk bertanding.

- MSTAR

9 ulasan:

  1. Kalau takut kalah cakap je takut..terus terang saje lah..jangan duk tuduh pihak pembangkang yg bukan2...rakyat pun dah naik muak dgn agenda barisan nasional...tiap2 kali ade pilihanraya mesti nak buruk2kan pihak pembangkang melalui media..tapi alhamdulillah pembangkang tetap menang di 4 prk selepas pru-12..ini menunjukkan rakyat ramai yg dh sedar.

    BalasPadam
  2. Ya betul tu..

    kita menangkan PKR, supaya semua cina kapir masuk isle. sapa2 yang berzina jumpa nik aziz, nanti akan terhapus la dosa.. sokong PM, bagus tak bertanding

    BalasPadam
  3. rakyat sedar tp kuli batak PKR tak sedar2..bila kepala dh kene pijak dgn bangsa asing br nak sedar,dh tlambat!

    BalasPadam
  4. teruknya pandangan..hanya Tuhan sahaja yang mampu menghapuskan dosa2 hamba-Nya,jupe Nik Aziz thapus dosa,klakar gile rasenye.PKR hanya komplot Anwar ,Anwar hanya pemusnah bangsa Melayu,bangsa MElayu rosak ,porak peranda di sebabkannya..Pas pulak mengambil kesempatan berpakat ngan PKR...hahhaah

    BalasPadam
  5. kalau kt jepun org jepun jatuh,org jepun jgk yg memerintah.klu kt thailand org thailand jatuh org thailand jgk yg memerintah.klu kat china org cina jatuh org cina jugak yg memerintah tp kat Malaysia klu org Melayu jatuh siapa yg akan memerintah? pikir la wahai org2 PKR!!!!

    BalasPadam
  6. MEMANG ORG2 PKR DAN PAS PUAK XSEDAR DIRI, MASIH XSEDAR DIPERLATKAN OLEH KAFIR DAP, BILA DAH KENA JUAL BARU NAK SEDAR, MASA TU MENANGIS AIR MATA DARAH PUN XDER GUNANYA..

    BalasPadam
  7. SUBHANALLAH...

    puteripencinta_islam...

    Jangan memperlekehkan perjuangan PAS...Saya rasa kamu ni masih belum paham ataupun dah buta hati...Saya nasihatkan kamu supaya banyakkan membaca zikir dan Quran untuk membersihkan hati..Jangan jadi orang yang kufur dan hanya islam pada nama je...Nama islam tapi benci dengan perjuangan islam...Percayalah bahawa Allah S.W.T akan memberi hidayah kepada orang yg mencari dan yg dikehendaki-Nya sahaja.

    BalasPadam
  8. belajar tinggi2 sampai jadi 'lawyer' pun takde guna kalau ilmu akidah tak belajar...di dalam kubur kelak ilmu2 camnie la yg akan ditanya..saudari jangan jadi angkuh dengan dengan kenikmatan dan kelebihan yang Tuhan bagi kerana itu adalah sementara sahaja..

    BalasPadam
  9. bn xyah bertanding la kalo kat prk..buat malu jer najib..pakatan rakyat tetap akan menang

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.