Sabtu, April 25, 2009

Tidak rugi lelong Camry - Dr Zambry

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, langkah kerajaan negeri melelong 16 kereta Toyota Camry yang dibeli oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang sebelum ini, tidak akan merugikan malah mungkin memperoleh harga lebih tinggi.

Beliau berkata, kenderaan berkenaan dibuka pada harga semasa iaitu RM148,000 tetapi besar kemungkinan ada pihak yang akan membuat tawaran harga lebih tinggi.

Katanya, dakwaan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kononnya tindakan berkenaan akan merugikan wang rakyat adalah tidak berasas.

Bercakap kepada pemberita di sini, Zambry berkata, kenderaan berkenaan dibeli pada harga RM158,000 dan harga lelong yang dibuka itu ditetapkan berdasarkan kepada susut nilai semasa.

"Kita tidak nafikan bila kereta itu dijual semula terdapat susut nilai tetapi dalam lelongan mungkin ada yang akan menawarkan harga lebih tinggi," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri belum bercadang untuk membeli kenderaan baru bagi menggantikan kereta rasmi yang dilelong itu kerana kereta rasmi lama daripada jenis Proton Perdana V6 masih boleh digunakan.

"Jika kita mahu membeli yang baru, mungkin kenderaan yang berharga dalam lingkungan RM120,000 dan bukan yang mencecah RM200,000," katanya lagi.

- KOSMO!

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts