Khamis, April 16, 2009

Proton Exora dilancarkan


Setelah beberapa bulan menunggu penampilannya, Proton Exora, kenderaan pelbagai guna (MPV) pertama keluaran Proton dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu negara, malam tadi.

Proton Exora yang menggunakan enjin 1.6 Campro CPS dengan 125 kuasa kuda, dijual pada harga RM69,998 hingga RM75,998 sebuah. Tidak hairanlah dengan harga semurah itu, 2,500 unit telah ditempah orang ramai.

Peminat kenderaan untuk seisi keluarga itu mempunyai pilihan membeli unit transmisi automatik empat kelajuan atau manual lima kelajuan.

MPV itu ditawarkan dalam enam warna pilihan dan dua varian iaitu Exora Hi-Line 1.6 Automatik Metallic (RM75,998) dan Exora M-Line 1.6 Automatik Metallic (RM69,998).

- UTUSAN

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts