Khamis, April 02, 2009

Kepentingan pelajar perlu jadi keutamaan pendidik

Pada zaman 1950-an, 1960-an dan 1970-an, guru adalah pemimpin masyarakat di luar bandar dan pedalaman serta dianggap sebagai bijak pandai. Masyarakat sekeliling akan mencari guru untuk mengisi borang mencari kerja, diminta menulis surat permohonan untuk projek kecil luar bandar kepada kerajaan atau wakil rakyat dan sebagai rujukan pelbagai perkara sama ada isu politik, ekonomi dan sosial. Pendeknya, guru begitu dihormati, disanjung dan dipuji.

Malah, kehadiran guru terutama guru besar di kampung akan menyebabkan anak muridnya lari bertempiaran kerana bimbang diambil tindakan disiplin keesokan harinya, jika dilihat melepak pada waktu malam atau menghisap rokok. Nescaya, apabila ada di kalangan pendidik bertanding merebut jawatan tertentu dalam parti politik pada peringkat bahagian atau cawangan, maka mudah bagi mereka untuk menang. Tidak hairanlah apabila ramai perwakilan ke perhimpunan agung Umno terdiri daripada kalangan pendidik.

Bagaimanapun, itu senario dulu dan sejak dekad 1990-an, kelibat guru sudah tiada atau terlalu sedikit sama ada pada Perhimpunan Agung Umno atau mereka yang memegang jawatan pada peringkat bahagian. Senario yang sama juga berlaku di pihak pembangkang meskipun ada guru menyokong dari belakang secara bersembunyi. Keadaan ini ada kaitan dengan larangan kerajaan supaya guru siswazah tidak dibenar bergiat aktif dalam politik. Sebaliknya, guru bukan siswazah dibenar berpolitik dengan syarat mendapat kebenaran daripada pengetua dan guru besar masing-masing.

Sekarang Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mahu membuka semula peluang itu kepada guru untuk aktif berpolitik. Beliau yang juga Naib Presiden Umno yang baru dalam ucapan penggulungannya pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno, Sabtu lalu mencadangkan pendidik, terutama guru dalam Kumpulan A diberi kelonggaran dan kebenaran untuk terbabit dalam aktiviti politik serta memegang jawatan dalam parti.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, menolak cadangan itu kerana dikhuatiri boleh memecahbelahkan warga pendidik di sekolah dan berpendapat sesetengah guru mungkin taksub dengan parti yang disokong sehingga wujud sikap berpuak, sekali gus menjejaskan pelajar. Jika guru dibenarkan berpolitik, pegawai kerajaan dari kumpulan lain juga pasti akan menuntut hak yang sama, kata Ismail.

Perkara ini sebenarnya perlu diperhalusi dengan lebih mendalam. Kini ada 354,933 guru di seluruh negara yang berkhidmat di 9,762 sekolah rendah dan menengah. Daripada jumlah itu, 182,554 guru berada dalam kategori A, yang layak untuk bergiat cergas dalam politik jika cadangan Hishammuddin itu diterima. Tidak semua mereka berminat dalam politik, tetapi tidak mustahil sebahagian mereka teruja dengan cadangan Menteri Pelajaran itu.

Kita berpendapat, suara semua pihak termasuk masyarakat di peringkat akar umbi, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) perlu diambil kira sebelum cadangan itu diterima. Sebarangan keputusan dibuat, kepentingan pelajar hendaklah diutamakan.

- BERITA HARIAN

1 ulasan:

  1. Hampir 10 tahun berkhidmat sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung.

    Perasuah Tegar

    * Sepanjang Ismail Saffian menjawat jawatan Setiausaha MPM, 5 kali Majlis Perbandaran Manjung disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana Tender MPM hanya diberikan kepada rakan-rakan terdekat.

    * Hotel Crystal Sitiawan adalah diantara premis perniagaan yang mempunyai tunggakan hutang Cukai Taksiran berjumlah puluhan ribu tetapi tiada tindakan diambil oleh Majlis Perbandaran Manjung semasa Ismail Saffian menjadi Setiausaha MPM.

    * Ketika Ismail Saffian Menjadi Setiausaha MPM, puluhan Kilang/Premis Industri di kawasan MPM beroperasi tanpa lesen tetapi tiada tindakan diambil oleh MPM.

    "Sexual Harrasment" (Gangguan Seksual)

    * Beberapa kakitangan wanita MPM seringkali diajak untuk tidur bersama termasuk seorang yang hanya mahu dikenali sebagai Puan "R".

    * Seseorang itu memerlukan sekeping Ijazah untuk layak memegang jawatan Pegawai Pentadbiran MPM tetapi hanya Ismail Saffian sahaja yang tahu bagaimana Puan "H" yang hanya berkelulusan SPM sahaja layak memegang jawatan tersebut.

    * Anugerah Pekerja Cemerlang seringkali dinobatkan kepada Setiausaha Khas beliau Puan "A" yang seringkali dikaitkan sebagai mempunyai hubungan "sulit" dengan beliau.

    * Ismail Saffian seringkali ke Sempadan Thailand untuk mencari "sesuatu". boleh semak rekod keluar masuk di Pasportnya untuk pengesahan (kecualilah beliau keluar masuk melalui jalan yang tak sah).

    Salahguna Kuasa

    * Seringkali ditegur dan beberapa kali menerima Surat Peringatan dari Yang Dipertua MPM kerana menggunakan kenderaan MPM untuk parti (UMNO).

    * Pernah disiasat Badan Pencegah Rasuah kerana Kediaman Rasmi MPM di Sitiawan yang didiami Ismail diubah suai sehingga melibatkan kos yang mencecah hampir Setengah Juta Ringgit Malaysia dan akhirnya beliau berpindah ke rumah sewa di Taman Venice Of Perak, Seri Manjung.

    Kesejahteraan Rakyat Perak, Insya-Allah dalam masa tedekat ini, kami Rakyat Perak pendukung kebenaran akan membongkarkan lebih banyak lagi kisah Ismail Saffian dalam Siri Ke-2..!

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts