Ahad, April 26, 2009

Cuti bersalin lebih awal untuk kakitangan awam

Bakal ibu di kalangan kakitangan awam kini boleh menggunakan cuti bersalin maksimum 14 hari lebih awal dari tarikh dijangka bersalin.

Bagaimanapun, ia akan ditolak dari jumlah cuti bersalin 60 hari yang diperuntukkan kepada mereka.

Peraturan baru itu berkuat kuasa mulai 1 Mei, menurut Pekeliling Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan pada 20 April.

Kebiasaannya, cuti bersalin 60 hari itu dikira daripada hari mereka melahirkan anak tetapi kini mereka diberi pilihan untuk mengambil cuti lebih awal dengan mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital, klinik kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin.

Ketua-ketua jabatan hendaklah memastikan kemudahan cuti bersalin yang diambil lebih awal itu direkod di dalam buku perkhidmatan pegawai berkenaan, menurut pekeliling itu.

- BERNAMA

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts