Rabu, April 22, 2009

Ako Mustapha dihukum penjara 3 bulan


Pelakon Ako Mustapha akhirnya dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan berkuatkuasa hari ini (21 April 2009) dan denda maksimum RM3,000 atas kesalahan berkhalwat dengan seorang jurusolek bukan Muslim, dua tahun lalu.

Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 36, mengaku salah atas tuduhan berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, pada 27 Jun 2007 sekitar pukul 1.20 pagi di Blok B-2-9, Kondominuim Oakleaf Park, Persiaran Bukit Antarabangsa, Gombak.

Ako dikenakan waran tangkap pada Januari lalu setelah beberapa kali tidak menghadirkan diri dalam prosiding mahkamah. Walau bagaimanapun, pada 22 Januari lalu, Ako mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

- OHARTIS.COM

3 ulasan:

  1. quite pity jadi wife dia...

    BalasPadam
  2. mmg bangang...
    sukahati die je
    pity kt bini die
    malangnye...
    ak suke kt ako ni
    tp 2 la..perangai hodoh sangat...

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts