Ads

18 kambing kena tahan reman


Kehadiran lori milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kelantan yang sarat dengan muatan 18 kambing untuk mendapatkan perintah tahanan lanjutan terhadap haiwan terbabit, mencuri tumpuan orang ramai di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, semalam.

Semua kambing kacukan itu dirampas anggota Batalion 3 Rejimen Sempadan ketika disembunyikan dalam semak selepas diseludup masuk ke negara ini dari Thailand menerusi pangkalan haram Bechah Kaki, Rantau Panjang, pagi semalam.

Majistret Nor Haslinda Che Seman mengeluarkan perintah tahanan semua kambing terbabit dalam kamarnya selepas keluar membuat pemeriksaan terhadap kambing itu yang dimuatkan dalam lori penguat kuasa JPV itu ketika prosiding berlangsung.

Perintah itu dikeluarkan mengikut Seksyen 68 (2) Akta Binatang 1953 (Semakan 2006) bagi membantu siasatan kes berkenaan sementara menunggu jika ada pemilik tampil menuntut atau dilelong oleh JPV jika tiada pihak tampil membuat tuntutan.

Jurucakap JPV berkata, semua kambing terbabit dibawa menyeberangi Sungai Golok sebelum disembunyikan dalam semak apabila penyeludupnya terserempak dengan anggota tentera yang melakukan rondaan.

Semua kambing ini dibawa masuk melalui pangkalan haram Bechah Kaki, Rantau Panjang selepas diangkut menyeberangi Sungai Golok dengan perahu.

“Bagaimanapun, menyedari kehadiran anggota keselamatan, kumpulan penyeludup itu melarikan diri dan meninggalkan kambing dalam semak,” katanya.

- BERITA HARIAN
SHARE

Author

Hi, Its me Hafeez. A webdesigner, blogspot developer and UI/UX Designer. I am a certified Themeforest top Author and Front-End Developer. I'am business speaker, marketer, Blogger and Javascript Programmer.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.