Jumaat, Februari 06, 2009

Saya masih MB & Pesanan Nizar kepada staf SUK - Nizar

Bismillahirohamanirahim,

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dalam satu kenyataan media pagi tadi menegaskan dia masih lagi kekal dengan jawatannya.

Beliau juga menyatakan mesyuarat exco yang sepatutnya diadakan pada hari ini tidak dapat diadakan.

Lima belas minit kemudian, Setiausaha kerajaan negeri Perak, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim telah mengarahkan semua wartawan meninggalkan bangunan SUK.

Nizar kini dalam perjalanan pulang ke kediaman rasmi Menteri Besar.

Pesanan Nizar kepada Staf SUK:

Saya ingin sampaikan salam kepada semua kakitangan kerajaan negeri yang selama ini telah memberikan khidmat cemerlang sepanjang saya menerajui kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Saya ingin berpesan kepada kalian agar meneruskan kerja-kerja baik yang telah dilaksanakan sepanjang 11 bulan yang lalu. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi dengan kejayaan yang lebih besar kerana saya yakin pertolongan daripada Allah makin hampir.

Saya bersyukur semasa hadir ke SUK hari ini dan selepas mendengar arahan Setiausaha kerajaan negeri Perak, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim, saya amat terkejut dengan sikap beliau itu.

Ia merupakan pertama kali beliau bersikap begitu sepanjang saya menjadi Menteri Besar dan saya yakin Dr Abdul Rahman akan menjadi penyebab kejatuhan kerajaan BN selepas ini.

- HARAKAH

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.