Sabtu, Februari 14, 2009

21 tips untuk memenangi hati lelaki

Dalam menjalinkan hubungan antara lelaki dan perempuan, setiap perlakuan, pergerakan, tutur kata dan bahasa badan diperhatikan.

1 - Banyak lelaki yang sukakan wanita yang mempunyai sikap berterus terang dan tidak berpura-pura. Jadi janganlah menunjukkan sikap hipokrit kerana lama-kelamaan tembelang anda akan pecah juga.

2- Tahu menjaga diri dan membuatkan diri dihormati sebagai seorang wanita. Jarang ada lelaki yang mahu mengambil kesempatan ke atas wanita yang pandai menjaga harga diri.

3- Bijak bergaya. Tidak seharusnya memperagakan tubuh badan tetapi berpakaianlah mengikut kesesuaian tempat dan suasana.

4- Penyayang, manja, lemah-lembut dan romantik.

5- Berkaliber dan boleh dibawa berbincang.

6- Penghibur, suka tersenyum dan sentiasa riang.

7- Menghormati perasaan orang lain.

8- Pandai menjaga personaliti diri agar sentiasa nampak kemas
dan menarik.

9- Lemah-Lembut dalam tutur kata dan pandai menyusun ayat.

10- Berfikiran terbuka dan boleh dibawa ketengah dan ke tepi.

11- Tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus.

12- Menpunyai karier dan cita-cita. Lelaki suka jika pasangannya
mempunyai pengatahuan yang luas.

13- Pandai mengambil hati orang tua.

14- Lelaki tidak suka wanita yang kasar, suka bertepuk tampar
atau mencubit walau baru pertama kali berjumpa.

15- Jangan menunjuk-nunjuk barang kemas dan memakai terlalu banyak kerana ada lelaki yang berasa anda mata duitan.

16- Elakan sikap suka berbohong kerana ia akan membuatkan lelaki sukar untuk mempercayakan anda lagi.

17- Jangan suka merengek..

18- Jangan suka mengarah lelaki.

19- Jangan meninggi suara atau menengking walau kita tidak
berniat untuk berbuat begitu.

20- Biarkan pasangan membayarr bila dia mahu berbuat begitu
kerana bila kita menolak dia merasakan egonya tercabar.

21- Jangan ketawa mengilai-gilai.

Selamat mencuba :)

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts