Ahad, Januari 11, 2009

Kempen semakin rancak, PAS anjur pelbagai kempen (PRK K.Terengganu)

Cuaca kempen Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu semakin panas hari ini apabila acara dan program mula dianjurkan oleh Pas dan Pakatan Rakyat.

Hari ini, dari jadual yang diterima Suara Keadilan, calon Pas Mohd Abdul Wahid Endut, menyertai kira-kira 22 program dan acara dan undangan.

Sementara itu beberapa Harakah Daily, akhbar rasmi Pas melaporkan Bekas juara lumba motorsikal berkuasa kecil Malaysia, Mohd Yasser Said turut menyertai jentera PAS bagi kempen pilihan raya.

Beliau yang datang bersama empat rakannya telah mengadakan demonstrasi ‘menunggang motor cara selamat’ di Pasar Borong Gong Pauh petang tadi

Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut sempan beramah mesra dengan Yasser serta rakannya dalam program tersebut yang dianjurkan Nisa Terengganu.

Selain itu Kira-kira 500 orang penduduk daripada Dun Bandar membanjiri perkarangan Flat Awam Hiliran, Pulau Kambing pagi tadi bagi meraikan Program Cakne Rakyat.

Program yang berlangsung pada awal pagi itu berjaya menarik hati ramai penduduk semua peringkat dan lapisan masyarakat.

Program yang berlangsung meriah ini menyajikan pelbagai acara menarik seperti pertandingan gubahan tuala, boling padang, pertandingan mewarna kanak-kanak, sukaneka, dan motivasi untuk semua lapisan masyarakat.

Dalam program berkenaan yang diadakan debfab kerjasama Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan itu turut dikejutkan dengan kehadiran juara Akademi Nasyid Musim Pertama TV9, Saudara Azhan Atan yang turut berucap di susuli dengan penyampaian dua buah nasyid.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut hadir berkempen bagi membantu calon Pas di Kuala Terengganu.

Beliau bersama-sama dengan pemimpin muda KeADILan lain turut melawat Pasar Tani Hiliran pagi ini.

Pada malam ini, Izzah akan bersama-sama dengan Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua akan menyampaikan ceramah di Kampung Cina.

- Suara Keadilan

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.