Ahad, Januari 11, 2009

Beli produk Amerika & Yahudi umpama sumbang dana Israel

Orang ramai yang masih lagi menyokong produk buatan Amerika Syarikat (AS) dan Israel dilihat seperti menyumbang kepada dana kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

Penyelaras Aman Malaysia, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, perbuatan enggan memboikot produk kedua-dua negara itu adalah umpama menyokong tindakan rejim Zionis Israel yang telah banyak mengorbankan kanak-kanak yang tidak berdosa.

''Mereka yang membeli sumber makanan daripada AS atau Yahudi seolah-olah memakan cebisan daging jenazah rakyat Palestin malah sehelai pakaian yang dibeli seperti memakai kain kapan yang telah disaluti dengan mayat anak-anak kecil," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar gabungan pertubuhan mempertahankan diri, Aman Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan lain di sini hari ini.

Tegasnya, sebagai rakyat yang mempunyai rasa prihatin yang tinggi, sepatutnya bersatu hati untuk memboikot barangan dari AS dan Israel ini.

''Di sana sini terpapar keadaan rakyat Palestin yang sengsara lebih-lebih media terus menerus memaparkan gambar anak-anak yang tidak berdosa dalam keadaan menghibakan.

''Adakah itu semua tidak cukup untuk menggambarkan penderitaan mereka dan adakah ia tidak memberi kesan kita untuk terus memboikot barangan mereka,'' katanya.

Sehubungan itu, Mukhriz turut mencadangkan Tribunal Jenayah Perang akan diusulkan pada sidang khas Parlimen mengenai Palestin pada Isnin nanti.

- Utusan

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts