Isnin, September 21, 2020

Penggunaan ePayment di JPN seluruh negara pada 2021

 

Penggunaan ePayment akan diperluaskan ke setiap daerah dan cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara menjelang 2021.

Ketua Pengarah JPN Datuk Ruslin Jusoh, berkata ia bagi mengurangkan risiko pengurusan tunai di kaunter sekali gus mengelak isu ketirisan, rasuah dan kehilangan wang di kaunter-kaunter kerajaan.

Katanya, ketika ini penggunaan ePayment sudah dilaksanakan di JPN negeri serta cawangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan pihaknya menyasarkan pelaksanaan sepenuhnya kaedah itu pada akhir tahun depan.

"Itu adalah perancangan kita selepas melaksanakannya di peringkat ibu negeri, ia akan dibuat di daerah sebelum dibawa ke cawangan-cawangan kecil.

"Untuk makluman, kita ada 225 pejabat di seluruh negara, jadi prosesnya akan mengambil masa selain mengambil kira kekangan yang dihadapi penduduk yang berada di kawasan kampung dan pedalaman, kemungkinan mereka ini tiada lagi mempunyai kad bank dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas

Majlis Pelancaran Kemudahan ePayment dan Sesi Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Pejabat Jabatan Pendaftaran Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Kad Pengenalan JPN, Badrul Hisham Alias; Pengarah JPN Terengganu, Mohamad Nasir Kareem dan wakil Pengurus Maybank Kuala Terengganu, Ahmad Sabri Mohamad.

Ruslin berkata, pelaksanaan kemudahan ePayment di JPN adalah usaha kerajaan untuk menyediakan tambahan kaedah bayaran melalui penggunaan kad debit dan kad kredit dalam urusan pembayaran di kaunter-kaunter JPN.

Katanya, projek rintis yang mula dilaksanakan di JPN cawangan UTC Terengganu pada Mei 2018 itu sangat digalakkan terutamanya dalam amalan norma baharu.

Sumber : Berita Harian

Versi Mandarin portal SPRM diaktif semula

 

website sprm mandarin

Versi bahasa Mandarin dalam portal rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan baharu diwujudkan tetapi diaktifkan semula dengan beberapa pembaharuan serta penambahbaikan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil, hari ini menjelaskan versi berkenaan sudah wujud sejak 2015 dan ditutup sementara pada 2018, sebelum diaktifkan semula dengan penambahbaikan baru-baru ini bagi memastikan mesej antirasuah disampaikan dengan lebih meluas kepada masyarakat di negara ini.

"Versi bahasa Mandarin sebelum ini tidak dikemas kini dan ditutup pada 2018. Sekarang kami aktifkan semua sebab ada pegawai yang boleh mengendalikannya… mungkin versi bahasa Tamil akan dibuat juga jika ada peruntukan yang cukup," katanya kepada Bernama berhubung reaksi pelbagai pihak mengenai versi bahasa Mandarin di portal SPRM itu.

Hari ini, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menerusi Ketua Pergerakan Wiranya, Nasrul Ali Hassan Abdul Latif menghantar surat kepada SPRM bagi membantah penggunaan bahasa Mandarin dalam portal rasmi suruhanjaya itu.

Shamshun Baharin menegaskan SPRM meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam portal rasminya walaupun terdapat lain-lain bahasa sebagai pilihan.

Beliau juga menegaskan SPRM tidak pernah membelakangkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan sentiasa mematuhi Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

"Tidak timbul isu SPRM tidak mematuhi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan kerana versi bahasa Melayu masih diguna pakai sebagai bahasa utama di portal rasmi SPRM," katanya.

Shamsun Baharin berkata, kepelbagaian bahasa yang digunakan adalah bertujuan untuk memastikan matlamat menyebarluaskan mesej antirasuah serta memberi kefahaman mengenai kepentingan pencegahan rasuah tercapai.

Menurutnya, risalah pencegahan rasuah juga dibuat dalam empat bahasa iaitu Melayu, Mandarin, Inggeris dan Tamil khusus untuk memberi pemahaman yang lebih kepada masyarakat.

"Selagi kami meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan lain-lain bahasa sebagai pilihan, ia tidak menjadi kesalahan," katanya.

Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, tidak menjadi kesalahan sekiranya SPRM menawarkan kemudahan bahasa Mandarin di portal rasmi suruhanjaya itu dengan tujuan untuk memberi pemahaman yang lebih jelas tentang isu rasuah.

Beliau berkata, sistem keadilan di negara ini sama ada di mahkamah, balai polis atau penjara juga menawarkan kemudahan penterjemahan dalam bahasa lain selain bahasa kebangsaan.

"Kesedaran mengenai gejala rasuah adalah sangat penting untuk difahami oleh semua lapisan masyarakat dan tidak boleh dihentikan," katanya.

SPRM baru-baru ini memaklumkan portal dalam bahasa Mandarin diaktifkan semula bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat mengenai pencegahan rasuah dan perkara berkaitan suruhanjaya tersebut. 

Sumber : BERNAMA

 

 

Wan Mokhtar meninggal dunia

 

Bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, 88, meninggal dunia pagi Isnin 21 September 2020.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Prince Court di Kuala Lumpur, kira-kira pukul 6.20 pagi.

Anaknya, bekas Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, jenazah Allahyarham dikebumikan di Kuala Lumpur.

“Mohon doakan keampunan Allah pada arwah, dipermudahkan perjalanan di alam barzakh dan mendapat ganjaran syurga di akhirat nanti.

“Mohon maafkan segala dosa-dosa arwah, halalkan makan minum dan tuntutlah pada keluarga sekiranya ada hutang dengan tuan-tuan dan puan-puan,” katanya dalam hantaran di laman Facebook sebentar tadi.

Allahyarham yang meninggalkan lima anak merupakan Menteri Besar Terengganu paling lama berkhidmat dari 1974 hingga 1999. 

Sumber : Utusan

Jelmaan misteri di Bukit Salbiah

 

Wanita berpakaian putih dilihat berjalan perlahan-lahan sambil mengendong bayi. Dia kemudian berhenti di tepi selekoh tajam seolah-olah menunggu seseorang sambil memerhatikan gaung curam di laluan itu.

Kadang-kadang wanita itu dilihat melambai-lambai pengguna jalan raya di tepi gaung pada waktu malam, meminta mereka menumpangkannya untuk mencari kekasih hati yang dikatakan menjadi peragut nyawanya.

Wanita berkenaan hanya dapat dilihat pengguna jalan raya yang ‘bertuah’ apabila melalui Jalan Bukit Fettes, Tanjung Bungah selepas waktu senja hingga tengah malam.

Kelibat wanita dikenali sebagai Salbiah dikatakan mula menghantui pengguna jalan raya di Jalan Bukit Fettes selepas mayatnya ditemui di dalam gaung di laluan berkenaan pada 15 November 1980.

Sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an terdapat peringatan supaya pengguna jalan raya berhati-hati jika melalui laluan alternatif berkenaan yang menghubungkan Jalan Tanjong Tokong ke Batu Feringghi itu.

Ketika itu, Jalan Bukit Fettes digeruni bukan sahaja kerana laluannya yang berbukit dan mempunyai selekoh sempit yang tajam, namun namanya turut dikenali sebagai Bukit Salbiah menyimpan misteri pembunuhan membabitkan seorang wanita.

Bukit Salbiah mendapat namanya apabila mayat seorang pekerja kilang, Salbiah Yeop Abdul Rahman, 27, ditemui di dalam gaung di Jalan Bukit Fettes itu.

Salbiah, seorang pekerja kilang di Bayan Lepas dikatakan dibunuh kekasihnya, seorang anggota polis dan mayatnya dibuang di dalam gaung di situ bagi menghapuskan bukti percintaan terlarang mereka.

Dia dikatakan menjadi mangsa selepas terlibat dalam cinta tiga segi. Kekasihnya membunuh wanita cantik itu bagi mengelakkan hubungan mereka diketahui tunangnya yang tinggal di Melaka.

Pembunuh Salbiah akhirnya ditangkap dan telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 1984 selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan lelaki berkenaan membunuh Salbiah dan bukannya mati akibat membunuh diri seperti didakwa.

Cerita misteri mengenai entiti jelmaan Salbiah turut terkenal dalam kalangan pelajar sebuah sekolah menengah yang terletak kira-kira 500 meter dari kawasan gaung lokasi mayat wanita itu dibuang.

Berkongsi pengalaman, bekas pelajar sekolah berkenaan, Azmi Ibrahim, 38, menceritakan, dia mempunyai pengalaman seram yang sukar dilupakan.

Azmi yang kini menetap di Kulim, Kedah menceritakan, sekitar tahun 1998 dia pernah tersesat di kawasan hutan dan gaung di situ.

Semuanya gara-gara seorang rakannya celupar mempersendakan kisah Salbiah yang menjadi buah mulut di sekolah itu.

“Ketika itu saya menjadi Ketua Pengawas, tugas saya mencari pelajar ponteng di dalam hutan di belakang sekolah.

“Kami berpecah kepada beberapa kumpulan untuk menjejaki pelajar yang sering ponteng, namun tersesat hingga lebih lima jam di gaung berkenaan,” katanya baru-baru ini.

Azmi berkata, ketika itu kawasan hutan yang kecil dan biasa dimasuki terasa begitu gelap, sunyi serta menyeramkan.

“Sebelum masuk ke dalam hutan pada pukul 8 pagi, ada rakan saya yang mempermainkan nama Salbiah. Dia kata nanti masuk mesti jumpa hantu Salbiah.

“Kami yang mendengar hanya mendiamkan diri dan akhirnya gagal mencari jalan keluar dari gaung tersebut walaupun jaraknya dengan jalan utama hanya 500 meter. Hanya selepas lima jam dan pelbagai surah al-Quran dibaca, baru dapat mencari jalan keluar,” katanya.

Dalam pada itu, seorang penduduk tempatan, Azim Mohd. Naim, 29, berkata, dia baru dua bulan bekerja di kawasan berhampiran Bukit Salbiah itu.

“Sebelum ini, memang saya tahu mengenai kisah Salbiah daripada rakan-rakan tetapi sejak bekerja di situ tidak pula saya berjumpa dengan entiti yang pelik dan menyeramkan.

“Ada yang kata Salbiah akan tunggu di selekoh, tepi gaung dan sebagainya, namun apabila saya jalankan rondaan pada waktu malam tidak pula saya diganggu,” katanya.

Azim berkata, kawasan Bukit Salbiah itu yang dahulunya digeruni tidak lagi sunyi apabila kawasan itu kini menjadi kawasan perumahan mewah.

“Ramai yang telah melupakan kisah Salbiah, kawasan ini juga telah dihuni ramai dan tidak sunyi seperti dahulu.

“Kisah Salbiah telah dilupakan, namun Bukit Salbiah akan tetap diingati penduduk setempat sebagai salah satu lokasi paling menyeramkan di negeri ini,’’ katanya.

 - Kosmo!

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N41

 

contoh soalan pegawai tadbir johor



Kepada tuan / puan yang dipanggil ke Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Negeri Johor, boleh dapatkan ebook contoh soalan di : https://go.semakan.info/ptn41-johor/28/order

Untuk ebook preview, download di sini : https://www.scribd.com/document/476820026/Preview-eBook-Soalan-Exam-Pegawai-Tadbir-N41-Johor

Wassap 013 979 0000 untuk bantuan.

 

Ahad, September 20, 2020

Avatar pada Facebook tidak haram

 

Avatar pada Facebook tidak haram

Penggunaan aplikasi Avatar berbentuk kartun yang popular ketika ini bagi menggambarkan diri pemilik dalam akaun Facebook (FB) tidak haram dilakukan umat Islam.

Ahli Jawatankuasa Fatwa Kedah dan Pulau Pinang, Dr Mohd Hapiz Mahaiyadin, menjelaskan Avatar yang digunakan dalam media sosial khasnya FB tidak ada kaitan dengan perkara yang boleh menggugat akidah umat Islam.

"Avatar yang digunakan dalam FB bukan merujuk kepada maksud penjelmaan tuhan seperti dalam agama Hindu.

"Perkataan Avatar itu juga dihilangkan maksud keagamaannya, lalu digunakan sebagai terma saintifik dalam dunia digital," katanya kepada BH, hari ini.

Avatar, ciri baharu diperkenalkan FB sejak Mei lalu mula menjadi fenomena di media sosial kerana membolehkan pemilik akaun laman sosial itu mencipta imej kartun mereka sendiri.

Bagaimanapun, letusan penggunaan Avatar di dalam FB dalam kalangan masyarakat Islam menimbulkan polemik berikutan ada pihak mahu umat Islam berwaspada menggunakan aplikasi itu.

Namun, Mohd Hapiz mengingatkan pengguna FB berwaspada dengan pelbagai jenis aplikasi atau permainan digital yang disertai dalam media sosial.

Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, berkata umat Islam perlu menyemak setiap aplikasi sebelum digunakan bagi mengelak pegangan akidah rosak.

"Golongan agamawan pula, jangan terlalu kritikal dalam setiap perkara sehingga mengaitkannya dengan akidah.

"Mereka perlu tahu adakah ia berkaitan atau tidak dengan akidah atau disisihkan nilai agama tertentu sehingga menjadi istilah umum," katanya.

Sementara itu, pendakwah bebas, Shahrizan Daud Al Turabi, senada dengan Mohd Hapiz dengan menyifatkan Avatar adalah sekadar ciri baharu FB berbentuk imej kartun.

"Avatar ada dua makna, yang pertama ia berkaitan dengan patung penyembahan Hindu dan juga sekadar imej kartun.

"Pada saya, tidak ada masalah bagi yang menggunakan ciri baharu berkenaan dengan menampilkan imej kartun. Ini berikutan nama kartun itu adalah Avatar, jadi ia tidak berkaitan langsung dengan sembahan Hindu," katanya.

Sumber : Berita Harian

Aktiviti berbasikal di lebuh raya adalah dilarang - PDRM

 

 

Aktiviti berbasikal di lebuh raya adalah dilarang, dan individu yang ingkar boleh dikenakan denda hingga RM1,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu status dimuat naik ke laman Facebook (FB) rasmi pasukan itu, semalam, memaklumkan mereka yang mengingkari larangan berkenaan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Aktiviti sukan berbasikal kini menjadi hobi yang semakin diminati ramai di Malaysia, namun anda dinasihatkan supaya mematuhi larangan berbasikal di lebuh raya.

"Sekiranya anda ingkar, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu melarang atau menyekat daripada menggunakan kenderaan di atas mana-mana jalan tertentu," katanya.

Baru-baru ini, seorang pengguna jalan raya memuat naik status dalam FB yang mendakwa tindakan sekumpulan individu menunggang basikal di jejambat Rasah Kemayan di Seremban, Negeri Sembilan, boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Beberapa gambar menunjukkan kumpulan penunggang basikal terbabit menggunakan laluan di tengah jalan raya yang sibuk di lokasi berkenaan, turut tular melalui media sosial.

Sumber : Berita Harian

 

Lima warna gelang berbeza untuk kuarantin

 

Kementerian Kesihatan menetapkan lima warga gelang berbeza untuk dipakai individu yang perlu menjalani kuarantin mengikut stok dan kawasan pemantauan.

Selain gelang berwarna merah jambu, gelang berwarna putih, biru, merah dan kuning turut dipakaikan kepada individu yang menjalani tempoh kuarantin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pemakaian warna gelang kepada individu yang perlu dikuarantin tertakluk kepada stok di kawasan setempat dan penentuan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Katanya, PKD akan menulis nama, tempat dan tarikh saringan dilakukan pada gelang berkenaan sebelum dipakaikan kepada individu terbabit untuk menjalani tempoh kuarantin.

"Gelang kuarantin adalah tanda yang dipakaikan kepada individu di bawah pengawasan seperti kontak rapat kes positif, pengembara baru pulang dari luar negara atau individu berada dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) Secara Pentadbiran.

"Individu yang dipakaikan gelang kuarantin ini tidak boleh keluar rumah sehingga tempoh kuarantin tamat, kecuali bagi ketua keluarga. Gelang kuarantin itu hanya boleh dipotong oleh pihak PKD selepas tempoh kuarantin tamat.

"Sekiranya ada individu dengan gelang kuarantin berada di kawasan umum, ia perlu dilaporkan kepada polis bagi melindungi masyarakat daripada risiko jangkitan COVID-19," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut mengucapkan terima kasih dengan keprihatinan masyarakat melaporkan kepada pihak berkuasa apabila menyedari kehadiran individu dengan gelang kuarantin di tempat umum.

"Individu yang ingkar arahan ini boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat. Kepatuhan individu yang dipakaikan gelang kuarantin untuk kekal berada di rumah sangat dihargai kementerian," katanya.

Sumber : Berita Harian

Penduduk gempar ‘kubur berdarah’

 

Penduduk di sekitar bandar ini gempar dengan kejadian ‘kubur berdarah’ di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Irfan di Derga di sini hari ini.

Kejadian berkenaan turut viral di Facebook yang mana mendakwa kubur itu dipenuhi darah, bagaimanapun ada pihak mengatakan ia cecair berwarna merah seperti minyak.

Kubur tersebut yang turut mendap telah ditimbus semula oleh pihak masjid.

Penduduk, Rahmat Ahmad, 50, dari Langgar berkata, dia mendapat tahu tentang kejadian itu melalui aplikasi WhatsApp yang dihantar rakan.

“Kebetulan pada masa itu  saya melalui Jalan Langgar lalu singgah ke tanah perkuburan tersebut dan melihat sudah ada beberapa orang yang berada di situ.

“Saya mendapati ada cecair warna merah di atasnya dengan keadaan kubur mendap,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Masjid Al-Irfan, Yahya Saad ketika dihubungi berkata, beliau telah dimaklumkan oleh beberapa kakitangan masjid itu pada petang tadi.

Katanya, dia terus melawat kubur tersebut dan terdapat cecair merah di atas tanah perkuburan itu.

“Bagaimanapun saya tidak pasti cecair itu sama ada darah atau sebaliknya yang mana jenazah dikebumikan kira-kira dua minggu lalu.

“Hasil perbincangan dengan ahli jawatan kuasa masjid, saya mengarahkan supaya tanah kubur itu ditimbus semula pada petang ini juga bagi mengelakkan fitnah,” katanya.

Menurut Yahya, pihaknya juga akan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada malam ini untuk siasatan lanjut.

“Jabatan Agama Islam Kedah juga sudah dimaklumkan tentang perkara ini dan pihak berkenaan akan turun untuk membuat siasatan esok,” ujarnya.

Beliau pada masa sama meminta orang ramai tidak memviralkan kejadian kerana maklumat yang disebarkan tersebut belum sahih.

Sumber: Kosmo!

Tingkatkan potensi dengan skil baharu menerusi portal UPSKIL.my

 

Perkembangan digitalisasi dalam dunia normal baharu telah meningkatkan permintaan terhadap tenaga pekerja yang cekap dan berkemahiran. 

Ini turut mewujudkan persaingan yang kian mencabar merentas  semua industri di Malaysia termasuklah pendidikan, kerjaya mahupun perniagaan. 

Buat masa ini, setiap peluang yang ada perlulah direbut oleh setiap lapisan masyarakat untuk meningkatkan potensi diri dengan mempelajari pelbagai kemahiran secara dalam talian.

Kuasai skil baharu

Platform teknologi pendidikan, OpenLearning, kini memperkenalkan sebuah portal kemahiran digital terkini iaitu UPSKIL.my.

Portal dalam talian ini menawarkan kursus, sijil dan program berasaskan kemahiran untuk mereka yang ingin maju dalam kerjaya, mencari pekerjaan baharu atau menambah ilmu pengetahuan.

 

Arteri koronari pembunuh senyap

 

Suka ambil mudah, selain tidak peka tahap kesihatan dan membiarkan sesuatu penyakit berlanjutan boleh mengundang bahaya sehingga berisiko membawa maut.

Bagi penghidap kardiovaskular seperti penyakit arteri koronari, umpamanya jika bersikap 'tidak apa', 'nanti-nantilah', 'angin je' dan 'tak tahu', risiko bahaya menanti mereka.

Penyakit jantung dianggap sebagai pembunuh senyap tanpa mengira latar belakang dan usia.

Pakar Perunding Kardiologi dan Perubatan Am, Pantai Hospital Kuala Lumpur, Dr Muhammad Imran Abdul Hafidz, berkata terdapat banyak penyakit kardiovaskular, namun pembunuh nombor satu adalah penyakit arteri koronari atau Coronary Artery Disease.

Katanya, penyakit berkaitan kardiovaskular 'membunuh' jauh lebih tinggi berbanding kanser sehingga menjadi penyumbang antara 15 atau 16 peratus kematian di Malaysia.

Penyakit itu boleh berlaku apabila saluran darah menjadi sempit berpunca daripada pembentukan plak aterosklerosis atau plak kolesterol, jika keadaan dibiarkan akan mengakibatkan pengurangan pengaliran darah ke otot jantung.

"Ini mengakibatkan sakit dada dan lebih serius individu boleh mendapat serangan jantung jika bekalan darah berkurangan ke tahap kritikal.

"Ramai meremehkan hal ini, padahal mereka sedar dan tahu ada simptom itu. Ada kes, rasa macam ada angin tak lepas di dada dan ada yang mengalaminya beberapa hari, selepas membuat pemeriksaan keadaan teruk sangat," katanya.

Simptom penyakit

Dr Muhammad Imran berkata, simptom mendapat penyakit itu seperti individu sakit dada atau sesak nafas sama ada dalam mod tidak lakukan apa-apa atau sedang melakukan aktiviti, selain kadang-kadang kesakitan rasa sehingga ke bahagian bahu, lengan atau belakang badan.

"Kalau nak gambarkan rasa sebenarnya adalah umpama seekor gajah tengah duduk atas dada...macam nak tarik nafas tak sampai ke hujung. Tetapi ada sesetengah orang cakap rasa seperti diikat tali pinggang

dekat dada sehingga tidak boleh kembang habis dada.

"Ada individu rasa leher seperti tercekik. Sebenarnya istilah Angina Pectoris atau penyakit jantung koronari berasal dari Bahasa Latin. Angina itu bermaksud cekik dalam Bahasa Latin," katanya.

Faktor usia bukan penghalang

Mereka yang menghidap penyakit arteri koronari, perlu

waspada terutama perokok, mempunyai paras kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti, kurang aktiviti fizikal dan faktor genetik.

Dr Muhammad Imran berkata, ada pesakit berumur 19 tahun tetapi disebabkan kuat merokok dan faktor genetik mendapat penyakit itu dan ini membuktikan usia muda bukan jaminan bebas penyakit itu.

"Lelaki berumur 30-an dan 40-an ada yang menghidap penyakit arteri koronari manakala yang berusia 50 hingga 70 tahun pula lebih berisiko.

"Wanita juga tidak terkecuali dan rata-rata adalah pada usia yang sama. Bagi wanita yang belum putus haid, penyakit arteri koronari lebih jarang kerana hormon ketika kitaran haid mempunyai kelebihan melindungi daripada pembentukan aterosklerosis, " katanya.

 

Recent Posts