Khamis, September 12, 2019

Majlis Bandar Pintar diwujudkan


Kerajaan akan melancarkan Majlis Bandar Pintar di bawah Rangka Kerja Pembangunan Bandar Pintar Malaysia 2018-2025 menjelang akhir tahun ini dengan mengadakan syor atau cadangan kepada 13 ketua menteri dan menteri besar ke arah mewujudkan bandar pintar yang sesuai didiami.

Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Datuk Mohd. Anuar Maidin berkata, majlis itu yang menyasarkan untuk meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai antara bandar pintar dunia akan menyenaraikan 78 penunjuk di bawah rangka kerja tersebut.

Beliau berkata, majlis ber­kenaan akan dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Menurut Indeks IESE Cities Motion 2019, London muncul sebagai bandar paling pintar dunia (dengan skor indeks 100 peratus), manakala Kuala Lumpur menduduki tangga ke-100 dengan skor 52.83 peratus.

“Apabila setiap negeri dapat mematuhi rangka kerja itu menjelang 2025, kami berharap dapat mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus atau 70 peratus (skor), namun ia bergantung kepada kewangan kami,” katanya kepada Bernama di luar acara Smart Cities Asia 2019 di sini semalam.

Bandar pintar boleh ditakrifkan sebagai bandar yang dilengkapi teknologi maklumat dan komunikasi bagi menaik taraf kualiti dan prestasi perkhidmatan seperti pengangkutan dan utiliti demi mengurangkan kos, penggunaan sumber dan pembaziran.

Mohd. Anuar berkata, rangka kerja itu sedang dalam proses untuk mendapat kelulusan Kabinet.

Jelasnya, hala tuju bandar pintar merangkumi pelan jangka panjang, teknologi bagi meningkatkan kualiti hidup, perubahan organisasi, rangka kerja undang-undang yang disenangi, kemampanan, skala dan evolusi ke arah kos lebih rendah serta data terbuka.

Katanya, Malaysia turut mempunyai penunjuk bagi membantu mengurangkan bencana alam se­perti banjir dan jerebu.

PLANMalaysia memainkan peranan melalui fungsi-fungsinya di tiga peringkat kerajaan iaitu persekutuan, negeri dan tempatan bagi memastikan perancangan kegunaan, pembangunan dan pemeliharaan tanah yang sempurna.

– Bernama

Contoh Soalan Peperiksaan Online Juruaudit




Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Nak panduan dan contoh soalan Peperiksaan Online Juruaudit?
Wassap 013 979 0000
www.wasap.my/60139790000/soalanjuruaudit

P/S: Anda boleh share post ni agar calon lain yang masih 'blur' tentang ujian ini dapat faham.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Juruaudit

Rabu, September 11, 2019

KTMB bakal perkenal koc kelas perniagaan bagi ETS2



Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bakal memperkenalkan perkhidmatan koc ‘Business Class’ (kelas perniagaan) bagi perkhidmatan tren elektrik terbaharunya ETS2, bulan hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Samsudin, berkata koc kelas perniagaan eksklusif itu, satu daripada enam gerabak ETS2 direka khas, sebagai pilihan untuk penumpang yang mahukan kelainan tersendiri ketika menaiki perkhidmatan tren itu, selain dilengkapi kemudahan kondusif seiring jenama kelas perniagaan berkenaan.

“Ini termasuk tempat duduk luas dan selesa berbanding koc biasa, serta perkhidmatan pramugara dan pramugari khusus bagi koc kelas perniagaan. Penumpang dalam gerabak itu turut akan ditawarkan kemudahan khas seperti kit perjalanan, Audio Video-On-Demand (AVoD) serta port USB,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiket tren bagi perjalanan bermula dari 11 Oktober itu akan dijual mulai 8.30 pagi 12 September ini.

Katanya, perkhidmatan tren elektrik (ETS) amat popular dalam kalangan penumpang KTMB dan sepanjang tahun lalu, sejumlah 3.91 juta pelanggan telah menggunakan perkhidmatan kereta api itu.

“Sehingga Julai tahun ini sahaja, sebanyak 2.15 juta pelanggan menaiki ETS, purata 10,400 penumpang sehari. Penambahan set tren ETS2 itu sejajar dengan hasrat kerajaan meningkatkan penggunaan perkhidmatan awam berasaskan rel.

"Dua perkhidmatan tren terbaharu itu menjadikan keseluruhan 38 perkhidmatan ETS beroperasi setiap hari. Ia sebahagian daripada sembilan set tren ETS2 yang bakal diterima peneraju perkhidmatan rel nasional itu secara berperingkat sehingga suku pertama tahun depan," katanya.

Bersempena dengan pengenalan koc baharu itu, KTMB turut mengumumkan harga tiket promosi RM50 untuk dewasa bagi perjalanan sehala antara KL Sentral dan Ipoh, Perak, manakala RM112 bagi perjalanan KL Sentral-Padang Besar, Perlis dan promosi itu sah bagi perjalanan di antara 11 Oktober sehingga 30 November 2019.

Sementara warga emas, pesara kerajaan dan isteri, orang kelainan upaya (OKU), kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun pula layak menerima diskaun konsesi, manakala kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun (tanpa tempat duduk) tidak dikenakan sebarang bayaran.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung ETS2 di laman sesawang rasmi KTMB, www.ktmb.com.my atau ktmberhad (Facebook), ktmbofficial (Instagram), @ktm_berhad (Twitter) atau menerusi Pusat Panggilan 24 jam KTMB di talian 03-22661200.

- BERNAMA

10 langkah jaga kesihatan ketika jerebu




Kementerian Kesihatan mengeluarkan 10 langkah pencegahan kepada orang ramai bagi menghadapi kesan jerebu yang sedang melanda ketika ini.

1. Elak aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu. Aktiviti fizikal akan menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu.

2. Penganjuran aktiviti fizikal di luar bangunan dinasihat supaya ditangguhkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

3. Banyakkan berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai.

4. Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.

5. Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman.

6. Gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan.

7. Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga (sekurang-kurangnya lapan gelas sehari).

8. Jika mampu, pasang alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.

9. Sentiasa awasi kesihatan anak-anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit respiratori dan jantung kerana lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.

10. Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata orang awam boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu.

Katanya, langkah-langkah itu dimuatkan dalam laman web kementerian berkenaan di alamat http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/183.

“Kementerian Kesihatan dengan kerjasama rapat agensi-agensi berkaitan akan terus memantau keadaan jerebu dan juga keadaan pesakit yang datang mendapatkan rawatan di klinik dan hospital kementerian.

“Orang ramai juga disaran mengikuti perkembangan semasa jerebu melalui laman portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/public_v2/home.html mengenai fenomena jerebu di kawasan atau daerah masing-masing,” katanya.

Selasa, September 10, 2019

Jawatan Kosong di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)


 Jawatan Kosong di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan tetap atau kontrak yang diiklankan.

Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:

1. PEGAWAI TADBIR
2. PENOLONG AKAUNTAN
3. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
4. PEMBANTU TADBIR
5. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN
6. PEMBANTU KEMAHIRAN

IKLAN JAWATAN:
http://spj.ummc.edu.my/

Tarikh Tutup : 10 September 2019

Isnin, September 09, 2019

Diperdaya iklan Hilux murah di Facebook


Seorang pekerja bengkel di Kuantan, Pahang kerugian RM17,060 selepas diperdaya dalam proses jual beli kenderaan terpakai menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa mula berurusan dengan suspek pada 14 Ogos lalu.

"Selepas melihat iklan di Facebook, pengadu yang berusia 38 tahun itu menghubungi suspek untuk bertanya mengenai Toyota Hilux terpakai yang ditawar pada harga RM20,000.

"Pengadu membuat bayaran pada harga dipersetujui sebanyak RM17,060 melalui beberapa transaksi antara tempoh 15 Ogos hingga 21 Ogos lalu," katanya.

Ujar beliau lagi, mangsa memaklumkan kepada suspek mengenai bayaran tersebut, namun diberikan pelbagai alasan.

Tambah Mohd. Wazir, mangsa akhirnya berjumpa dengan suspek di rumahnya di Felda Tersang 3 dekat Raub untuk menuntut wangnya kembali.

"Dia (suspek) beritahu kepada pengadu, sekiranya mahu wangnya dikembalikan, pengadu akan dikejar oleh kongsi gelap," katanya.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini semalam selepas berasa tertipu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

- Kosmo!

Jumaat, September 06, 2019

Contoh Soalan Psikometrik



UJIAN PSIKOMETRIK, SEMBUNYIKAN KELEMAHAN DAN TONJOLKAN KELEBIHAN

Sebelumnya ujian ini lebih dinamakan penilaian SAHSIAH dan MINAT, tapi kini dalam skop yang lebih terarah.

SPA dah jadikan ujian ini seolah ujian wajib sebelum ke tapisan seterusnya. Dalam kata lain, jika anda memang nak masuk ke kerjaya kerajaan, memang kena faham dan tahu bagaimana nak lulus tapisan ini.

Tak adalah susah disangka Ujian Psikometrik spa 2019 ni. Calon hanya perlu tahu beberapa perkara yang sepatutnya. Key paling penting adalah;

“Sembunyikan KELEMAHAN dan tonjolkan KELEBIHAN”

Calon dikehendaki menjawab item-item psikologi yang merangkumi perkara berikut:

- Personaliti
- Motivasi
- Kejujuran
- Integriti
- Kebolehan Sosial
- Kestabilan Emosi; dan
- Disiplin

Kebiasaannya diberikan masa 60 minit untuk menyelesaikan sebanyak 200 soalan.

Nak panduan dan soalan Psikometrik?
Wassap www.wasap.my/60139790000/soalanpsikometrik
atau
terus ke : https://go.infotambahan.com/ujian-psikometrik/28

P/S: Anda boleh share post ni agar calon lain yang masih 'blur' tentang ujian ini dapat faham. 
 
 

Cadangan henti skim pencen masih dalam kajian


Cadangan untuk menghentikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam bagi lantikan baharu bermula tahun hadapan masih dalam peringkat kajian, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

"Saya difahamkan ia akan dibawa dan diangkat kepada Kabinet untuk mendapatkan persetujuan atau pun tidak... kita akan bincangkan lebih lanjut lagi.

"Namun ia belum lagi diberi kepada Kabinet... kita akan perincikan kemudian," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Women in Business (WinBiz) yang diperkenalkan Bank Islam sebagai penyelesaian kewangan baharu yang dikhususkan bagi usahawan wanita di bawah segmen perniagaan perindustrian kecil dan sederhana (PKS) di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah berkata, mulai tahun hadapan, lantikan baharu dalam perkhidmatan awam mungkin tidak lagi dibuat di bawah skim tetap dan berpencen sebaliknya digantikan dengan skim lantikan kontrak yang ditambahbaik.

Menurut Borhan, langkah itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pembaharuan Perkhidmatan Awam pada Oktober 2018 yang mahukan perkhidmatan awam dikecilkan secara berfasa dan berdasarkan keperluan, selain mengurangkan bebanan pencen yang kini mencecah RM28 bilion.

- Bernama
 

Rabu, September 04, 2019

Jawatan Kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia - 9 Sep 2019



Jawatan Kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia - 9 Sep 2019

Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan tetap atau kontrak yang diiklankan.

Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
2.PEMBANTU AWAM GRED H11

Jawatan Kosong di RISDA - 8 Sep 2019


Jawatan Kosong di RISDA - 8 Sep 2019

Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan tetap atau kontrak yang diiklankan.

Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:

1. PEGAWAI PERTANIAN
2. PEGAWAI TADBIR
3. AKAUNTAN
4. JURUTERA
5. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

IKLAN JAWATAN:
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgN66UOg7S1c11ztc3RaBvLmjNildZnEQhrISM98CNYgJEbQd15J8zw6b7J3kvD8_HZ_492duzkfYm0RbPSsqIqMMt-1ZOhquIrfpfbV6OCihfSiJ4MhVPY0qpaxLUFUMflW40dQlqWyq2s/s1600/Iklan-Jawatan-Kosong-RISDA.png

Tarikh Tutup : 8 Sep 2019

Minyak Masak ALIF sasar sebagai jenama utama


Sime Darby Oils Sdn. Bhd. (Sime Darby Oils) menyasarkan untuk meningkatkan penguasaan pasaran minyak masak ALIF dalam aspirasinya untuk menjadi jenama utama di pasaran Malaysia dalam tempoh dua tahun akan datang.

Sime Darby Oils merupakan unit hiliran milik penuh Sime Darby mengeluarkan produk ALIF yang kini berada pada tempat keempat dari­pada lima pengeluar utama semasa.

Pengarah Urusannya, Mohd. Haris Mohd. Arshad berkata, syarikat itu perlu mengambil masa sekurang-kurangnya setahun untuk memba­ngunkan semula rangkaian pengedarannya bagi meluas penguasaan pasaran tersebut.

“Terdapat banyak jenama kukuh di pasaran dan kami perlu memikirkan kedudukan nilai kami.

“Pelancaran semula jenama ALIF dengan label baharu yang bermutu dan bermaklumat adalah antara langkah ke arah itu, kami menekankan produk itu disahkan lestari,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan penampilan baru ALIF di sini semalam.

Jenama minyak utama yang lain ialah Saji, Helang, Vesawit, Buruh dan Knife.

Mohd. Haris menyifatkan, jumlah pengeluaran kecil ALIF ke pasaran bersubsidi, dengan kuota jualan syarikat itu hanya kira-kira 129,950 kilogram sebulan, jumlahnya kecil berbanding jenama-jenama lain.

“Bagaimanapun, apabila kerajaan mengubah dasar subsidi pada tahun 2017, ia menyediakan ruang persai­ngan yang sama rata kepada kami.

“Itu sebabnya kami berazam untuk menjadi jenama nombor satu,” katanya.

Tambah beliau, walaupun jenama itu kini hanya dipasarkan di Malaysia, mereka merancang untuk memperluas pasaran ke Indonesia dan Singapura.

“Di Indonesia kami mempunyai kilang di Kalimantan, yang diharapkan dapat mengembangkan jenama ALIF di sana menjelang akhir tahun ini," katanya.

Wajah baharu ALIF menampilkan logo Sayangi Sawitku, sebagai salah satu usaha syarikat untuk meningkatkan pengetahuan rakyat mema­hami manfaat minyak sawit.

– Bernama

Recent Posts