Khamis, Ogos 08, 2019

Malaysia alami cuaca panas hingga Oktober


Malaysia dijangka mengalami cuaca panas dan kurang taburan hujan sehingga Oktober ini, kata Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Isnaraissah Munirah Majilis.

Beliau berkata selain Malaysia, negara jiran Singapura dan Sumatera, Indonesia dijangka turut mengalami cuaca yang sama.

"Kita jangka akan mengalami kekurangan taburan hujan dengan cuaca lebih panas dan kering...tahun ini tanpa fenomena El Nino dan La Nina sehingga Oktober," katanya ketika ditanya mengenai intipati Mesyuarat Ke-21 Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) dan Jawantankuasa Pemandu Peringkat Menteri Sub-Wilayah Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan yang berlangsung di Brunei.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada program temu bual Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di sini, malam tadi.

Mengulas mengenai mesyuarat berkenaan beliau berkata kelima-lima negara yang terlibat telah membentangkan tindakan yang telah diambil untuk menangani kejadian kebakaran dan jerebu di negara masing-masing.

"Antara maklumat tindakan yang dikongsi ialah menjalankan pemantauan cuaca dan titik panas secara berterusan, menguatkuasakan undang-undang dan mensiap-siagakan peralatan dan sumber tenaga manusia untuk sama-sama memantapkan pemadaman kebakaran," katanya.

Mesyuarat tahunan yang melibatkan empat negara Asean lain iaitu Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand diadakan bagi memantau dan memperincikan langkah yang diambil dalam mengatasi jerebu merentasi sempadan itu.

Inisiatif untuk menangani masalah jerebu di peringkat Asean telah dimulakan selepas episod pencemaran yang serius pada 1997 yang telah membawa kepada termeterainya penjanjian Asean Mengenai Jerebu merentasi sempadan yang ditandatangani oleh 10 negara di Kuala Lumpur pada 10 Jun 2002.

- BERNAMA

Selasa, Julai 30, 2019

Peralatan kebesaran Diraja lambang Kedaulatan Yang di-Pertuan Agong



Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Julai ini, akan berlangsung dalam suasana penuh istiadat gilang- gemilang, lambang kemegahan sistem raja berperlembagaan di negara ini.

Pada hari bersejarah itu, rakyat berpeluang untuk melihat peralatan kebesaran diraja dibawa dengan tertib oleh para panglima, hulubalang istana dan Dang Perwara selain pakaian istiadat yang indah dah halus buatannya, yang disarung oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Seperti kerajaan beraja lain, contoh, England dan Jepun, Malaysia yang memelihara institusi beraja dengan mengangkat Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Negara, turut mempunyai alat-alat kebesaran khas yang diwarisi secara turun-temurun sejak kemerdekaan negara.

Peralatan kebesaran ini adalah identiti atau imej pemerintah dan kerajaannya. Menurut catatan sejarah, peralatan itu juga dibawa semasa peperangan, memburu, dan ketika raja keluar dari istana. Antara barang yang dijadikan simbolik oleh raja-raja ialah senjata, pakaian, pingat, dan mahkota.

Sempena majlis pertabalan ini, Yang di-Pertuan Agong akan menyarung pakaian istiadat iaitu Muskat, Tengkolok, Pending dan Keris Pendek iaitu sebahagian daripada peralatan kebesaran.

MUSKAT

Muskat iaitu kot panjang berwarna hitam dengan hiasan kerawang emas adalah pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Baju ini berasal dari Negara Muskat iaitu sebuah negara Islam berhampiran Negara Iran.

Pakaian rasmi ini mula dipakai pada 1960 iaitu semasa pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-3 iaitu Almarhum Tuanku Syed Putra Alhaj. Baju ini diubahsuai daripada pakaian rasmi pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Kedah.

Muskat hanya dipakai pada acara tertentu seperti pada Hari Pertabalan dan Hari Keputeraan, semasa lawatan rasmi baginda ke negeri-negeri di seluruh Malaysia dan perasmian persidangan Parlimen.

Istimewa pada Istiadat Pertabalan kali ini, Seri Paduka dijangka menyarung Muskat yang direka dengan mengambil inspirasi daripada Muskat yang dipakai oleh Paduka Ayahanda baginda Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada hari pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-7.

Menurut Datuk Paduka Maharaja Lela Azuan Effendy Zairakithnaini, hasrat sebenar Yang di-Pertuan Agong ialah untuk memakai Muskat kepunyaan Almarhum Paduka Ayahanda namun tidak kesampaian kerana saiz yang tidak sesuai.

TENGKOLOK DIRAJA

Di samping Muskat, Seri Paduka akan turut menyarung Tengkolok Diraja yang diperbuat daripada kain songket berwarna hitam bersulam benang emas.

Paling istimewa tengkolok atau tanjak ini adalah yang sama dipakai oleh Almarhum Paduka Ayahanda baginda, Almarhum Sultan Ahmad Shah ketika baginda ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-7 pada 1979.

Solek atau ikatan destar adalah ikatan 'Dendam Tak Sudah' yang berasal dari Negeri Sembilan.

Pada hadapan tengkolok disemat anak bulan dan bintang pecah empat belas diperbuat daripada emas putih, serta terdapat Lambang Kerajaan Malaysia di tengah-tengah bintang.

PENDING DIRAJA DAN KERIS PENDEK DIRAJA

Pending Diraja dan Keris Pendek Diraja juga adalah juga sebahagian daripada pakaian istiadat pertabalan. Ia diperbuat daripada emas sepuluh mutu bertatah bersulamkan permata delima dan di tengah-tengahnya tertera Lambang Kerajaan Persekutuan. Tali bengkungnya diperbuat daripada kain sakhlat bertekat berbunga-bunga dengan benang emas.

Keris Pendek Diraja pula diperbuat daripada mata keris lama dengan berhulu dan bersarungkan gading yang bertatahkan emas.

Hulu keris dinamakan 'Hulu Pekaka' dan berupa kepala 'Garuda', manakala pada sampir keris diterapkan dengan Lambang Kerajaan Persekutuan. Keris ini merupakan salah satu pakaian kebesaran diraja dan seperti Keris Panjang Diraja, hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang memakainya.

KERIS PANJANG DIRAJA

Keris Panjang Diraja pula menjadi tanda kebesaran dan kekuasaan kerajaan.

Menurut Azuan Effendy, keris tersebut adalah simbol punca kuasa dan pemusatan kuasa yang diamanahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pada Hari Pertabalan Datuk Paduka Maharaja Lela akan mempersembahkan Keris Panjang Diraja ini kepada Yang di-Pertuan Agong, di mana Baginda akan menerima keris, mencabutnya daripada sarung dan mengucupnya.

Ia bersalut emas dari hulu hingga ke sarung, dan di atas sampir diterapkan lambang Kerajaan Persekutuan serta lambang 11 buah negeri Tanah Melayu.

Mata keris ditempa daripada besi waja yang diambil daripada 11 bilah keris dari negeri-negeri. Hulu keris itu berbentuk "tapak kuda" dengan hiasan buah jering.

COGAN ALAM DAN COGAN AGAMA

Cogan Alam adalah sebatang tongkat perak sepanjang 162.66 sentimeter atau bersamaan lima kaki empat inci. Pada sekeliling bulatan di atas tongkat diterapkan lambang 11 buah negeri Tanah Melayu dan diperbuat daripada emas.

Bulatan itu ditanggung oleh empat lembaga harimau yang berdiri, simbolik pada kegagahan haiwan itu mempertahankan negara. Manakala tongkatnya dihiasi motif enam tangkai padi daripada emas.

Pada bahagian paling atas pula diletakkan ukiran anak bulan dan bintang diperbuat daripada emas yang melambangkan Islam sebagai teras negara.

Cogan Agama pula yang adalah sebatang tongkat perak sepanjang 155.04 sentimeter atau lima kaki satu inci.

Pada batang dan hulunya diterapkan dengan kalimah yang bermaksud 'Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Muhammad pesuruh ALLAH,' dan di bawah kalimah itu terdapat petikan ayat suci al-Quran yang bermaksud 'tiada pertolongan melainkan dengan pertolongan ALLAH.'

Pada puncak tongkat terdapat ukiran anak bulan dengan bintang pecah lima diperbuat daripada emas.

GENDIK DIRAJA DAN KALUNG DIRAJA

Gendik Diraja dan Kalung Diraja adalah pakaian istiadat khas untuk Raja Permaisuri Agong pada Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong dan pada Istiadat-Istiadat Kebesaran Diraja yang lain.

Gendik Diraja atau pemeles diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan permata berlian berbunga awan larat.

Di tengah-tengahnya, di atas awan larat terdapat anak bulan dengan bintang, kedua-duanya diperbuat daripada emas putih.

Gendik ini direka khas supaya boleh dipisahkan menjadi loket dan kerongsang.

Kalung Diraja pula ialah rantai leher yang diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan permata berlian.

Kalung ini adalah sebahagian daripada pakaian kebesaran yang dipakai oleh Raja Permaisuri Agung dalam istiadat kebesaran Diraja dan pada waktu Pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

Ia juga boleh dipisahkan menjadi sepasang subang, kerongsang dan kerabu.

ALAT PERANG ZAMAN SILAM

Peralatan diraja lain yang akan mengiringi Istiadat Pertabalan adalah alatan perang zaman silam, iaitu Cokmar, Pedang, Keris Panjang dan Sundang Diraja.

Cokmar ialah dua batang tongkat pendek yang mempunyai hulu berbentuk kubah.

Cokmar diperbuat daripada perak dengan masing-masing berukuran 81.32 sentimeter.

Pedang, Keris Panjang dan Sundang Diraja ialah tiga senjata Melayu yang dijadikan sebahagian daripada alat kebesaran diraja.

Keris Panjang dan Sundang bersalut dengan perak serta mempunyai ukiran di hulu dan sarungnya.

Peralatan Diraja yang turut memainkan peranan penting pada istiadat-istiadat rasmi ialah 20 kaki Payung Ubur-Ubur Kuning dan 20 batang Tombak Berambu berlok tiga.

Payung Ubur-Ubur Kuning diperbuat daripada kain sutera berwarna kuning diraja berpuncak anak bulan dan bintang, manakala Tombak Berambu diperbuat daripada tombak-tombak pusaka dari 11 buah negeri di Semenanjung.

- Sinar Harian

Undang-undang antibuli siber


Semakin moden dunia hari ini, semakin bertambah masalah salah guna teknologi di seantero dunia, tidak terkecuali di Malaysia. Telah banyak dilaporkan bahawa masalah buli siber di negara ini semakin berleluasa dan serius.

Jika masalah ini tidak diambil satu langkah yang holistik dalam mengawalnya, sudah pasti salah laku buli siber ini akan semakin membawa petaka.

Buli siber wajar diklasifikasikan sebagai satu kesalahan serius di negara ini. Berbanding pembulian secara fizikal, pembulian secara maya atau siber lebih memberikan impak yang mendalam kepada mangsa buli. Mangsa buli siber biasanya akan mengalami tahap kemurungan yang melampau kerana capaian pembulian siber lebih meluas di alam maya berbanding di alam nyata.

Sudah banyak kali dilaporkan di media mengenai kes-kes bunuh diri, cubaan bunuh diri dan sebagainya melibatkan mangsa buli siber. Terbaru, satu kes seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dipercayai membunuh diri selepas terjun dari tingkat tiga bangunan rumah kedai di Padawan, Sarawak pada Mei lalu. Remaja itu didakwa membuat undian di akaun Instagramnya dengan memaparkan status “Sangat penting, bantu saya pilih." Dia menyediakan dua pilihan iaitu D (Death) atau L (Life), masing-masing bermaksud mati dan hidup. Sadisnya, orang awam telah memilih 'mati' dan menyebabkan remaja tersebut mengambil tindakan untuk membunuh dirinya sendiri.

Pihak kerajaan perlu mengambil satu langkah yang signifikan dan drastik dalam membendung gejala buli siber supaya tragedi seumpama itu tidak berlaku lagi. Pada dasarnya, pihak kerajaan mempunyai dua pilihan utama dalam membendung isu ini melalui peruntukan undang-undang iaitu sama ada dengan memperkenalkan satu akta baharu mengenai buli siber atau menggubal satu peruntukan khas dalam mana-mana akta sedia ada yang berkaitan (contohnya Kanun Keseksaan atau Akta Komunikasi dan Multimedia 1998).

Pada penghujung tahun lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo telah mencadangkan agar kesalahan buli siber diletakkan di bawah Kanun Keseksaan. Itu adalah langkah yang baik dalam memastikan rakyat sedar bahawa pembulian siber adalah satu kesalahan yang serius.

Namun, jika Menteri Komunikasi dan Multimedia mahu menjadikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sebagai badan penguat kuasa bagi kesalahan buli siber ini, sudah tentu lebih sesuai untuk kesalahan itu diletakkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

Buat masa ini, saya melihat hanya Seksyen 233(1), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mempunyai peruntukan mengenai kesalahan penyalahgunaan internet. Jika disabit kesalahan di bawah seksyen ini, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) iaitu boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Persoalannya di sini adakah Seksyen 233 tersebut sudah mencukupi untuk membendung perbuatan buli siber di negara ini? Secara kasarnya, peruntukan hukuman yang bakal dikenakan kepada para pembuli siber masih tidak begitu ketat dan berat. Tambahan, penguatkuasaan di bawah seksyen ini juga dilihat masih belum cukup kuat dan cekap.

Tidak kisah sama ada kesalahan buli siber ini diletakkan di bawah mana-mana akta sedia ada, apa yang pasti pihak kerajaan harus mengambil serius untuk menangani masalah buli siber ini.

Apabila peruntukan untuk mengetatkan kesalahan pembulian siber ini digubal kelak, pihak kerajaan perlu memastikan prosedur pembebanan bukti, pendakwaan dan sebagainya adalah komprehensif serta mempermudahkan prosedur pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pembuli siber.

Nasihat saya, jika anda rasa anda sedang dibuli di mana-mana platform internet seperti Facebook, Instagram dan sebagainya, sila laporkan kesalahan buli siber tersebut kepada SKMM dan mohon agar siasatan dibuat di bawah Seksyen 233(1), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Anda juga boleh membuat aduan secara atas talian di https://aduan.skmm.gov.my/.

Jangan biarkan diri anda, keluarga dan orang di sekeliling anda menjadi mangsa pembulian siber!

- Sinar Harian

Isnin, Julai 29, 2019

Semakan No Pendaftaran Terkini JPJ



Dengan adanya kemudahan online, Semakan Nombor Plat Terkini JPJ tidak lagi sukar dengan langkah berikut:

1) Login ke http://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-nombor-pendaftaran-terkini

2) Memilih Kawasan/Negeri

3) Memasukkan Kod Sekuriti

4) Klik Semak

5) Hasil carian akan dipaparkan

Senarai No Pendaftaran Plat Terkini Seluruh Malaysia:
http://www.jpj.my/JPJ_Latest_Number_Plates.htm



PDRM tidak keluarkan jadual kompaun baru saman trafik



Tersebar di media sosial jadual mengenai kadar kompaun baru saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sebaran yang turut menggunakan lambang PDRM itu menyenaraikan 14 kesalahan trafik bersama pelbagai jenis kelas kenderaan.

Turut dipaparkan adalah kadar kompaun lama dan kadar kompaun baru.

Antara yang isi kandung paparan tersebut adalah kesalahan memandu laju dari kadar kompaun lama RM150 kepada kadar kompaun baru RM70.

FAKTA

Menjawab dakwaan tersebut, Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM menjelaskan jadual kadar kompaun baru saman trafik yang tular di media sosial tidak pernah dikeluarkan pihaknya.

Menurutnya, kadar kompaun yang dinyatakan adalah tidak benar serta mengelirukan.

- Sinar Harian

Aplikasi telefon pintar e-Taib mudahkan jemaah haji



Jemaah haji Malaysia mungkin antara jemaah paling beruntung di dunia kerana Tabung Haji sentiasa mencari jalan bagaimana untuk memudahkan urusan mereka menunaikan rukun Islam kelima.

Bermula dari tanah air dengan penganjuran pelbagai kursus kefahaman dan praktikal ibadah, menguruskan pengangkutan, penginapan dan sajian makanan, pelaksanaan ibadat dan kini memastikan mereka sentiasa bermaklumat.

Jika ada kemusykilan agama, boleh bertanya secara terus kepada pembimbing melalui Talian Bimbingan Ibadah (Taib) atau aplikasi e-Taib menggunakan WhatsApp yang baharu sahaja dilancarkan minggu lepas.

Semalam, Tabung Haji melancarkan satu lagi aplikasi yang banyak boleh membantu jemaah dikenali sebagai Aplikasi Jemaah 1440H yang dibangunkan oleh anak syarikatnya, Theta Edge Berhad.

Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman berkata, melalui aplikasi itu, semua maklumat disediakan termasuk berita terkini, perjalanan jemaah, bahan-bahan bimbingan, waktu solat, tempat-tempat ziarah dan mencari lokasi.

“Aplikasi mencari lokasi digabungkan aplikasi Google Maps yang akan memudahkan jemaah mencari pulang ke penginapan jika mereka tersesat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi itu di sini semalam.

Beliau berkata, melalui Google Maps, aplikasi itu juga mampu menunjukkan gambar satelit lokasi di mana jemaah berada secara bergambar dan memudahkan proses mereka mencari arah ke tempat yang dituju seperti hotel, masjid atau tempat beli belah.

Jemaah boleh memuat turun aplikasi berasaskan Android itu di Play Store atau mengimbas QR Code disediakan dan kemudiannya mengimbas kod bar di lencana mereka untuk mendapat maklumat khusus mengenai jadual perjalanan dan penerbangan mereka.

Dalam majlis sama, Syed Saleh turut menerima sumbangan daripada jemaah haji Maktab 82 yang telah mengumpulkan dana bagi membeli 11 kerusi roda untuk kegunaan jemaah haji yang memerlukan.

Menurut seorang jemaah, Mohd. Fahrur Ariffin Amran, 30, , aplikasi itu memudahkannya menyemak panduan ibadah haji dengan pantas tanpa perlu membawa dan membuka buku atau nota kursus.

- UTUSAN 

Elak kongsi ketip kuku, berus gigi, pisau cukur elak Hepatitis



Orang ramai diminta mengelak berkongsi alat kebersihan diri peribadi seperti ketip kuku, berus gigi, pisau cukur dan sebagainya bagi mengurangkan risiko jangkitan penyakit Hepatitis.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, alat kebersihan seumpama itu boleh menyebabkan luka di mana virus boleh menular.

“Pesakit Hepatitis juga dinasihatkan agar tidak menderma darah kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kepada penerima darah,” katanya sambil menambah amalan hubungan seks secara selamat juga dapat mencegah daripada penularan jangkitan.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena Hari Hepatitis Sedunia 2019 yang disambut 28 Julai.

Seseorang boleh dijangkiti Hepatitis B atau C apabila terdedah secara langsung dengan darah daripada seseorang yang dijangkiti menerusi luka, perkongsian jarum dan hubungan seks. Ia juga boleh menular daripada ibu kepada bayi ketika proses kelahiran.

Hepatitis adalah penyakit yang menyebabkan keradangan hati akibat jangkitan virus hepatitis A, B, C, D dan E.

Hepatitis A dan E biasanya disebabkan oleh pengambilan makanan atau air yang tercemar manakala jenis B, C dan D membawa kepada penyakit kronik dan merupakan punca utama kepada sirosis (parut) hati dan kanser hati.

Di Malaysia, Dr. Noor Hisham berkata, kadar notifikasi Hepatitis B menunjukkan peningkatan dalam masa lima tahun iaitu daripada 12.94 orang bagi setiap 100,000 penduduk pada 2014, kepada 14.52 orang bagi setiap 100,000 penduduk pada 2018.

Bagi Hepatitis C pula, dianggarkan 3,000 kes jangkitan baharu dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) setiap tahun. Tahun lalu, 2,842 kes baharu Hepatitis C dilaporkan dengan kadar notifikasi 8.77 bagi setiap 100,000 penduduk.

Sempena sambutan Hari Hepatitis Sedunia itu, Dr. Noor Hisham berkata, KKM telah melaksanakan kempen saringan Hepatitis C di 112 fasiliti KKM terdiri daripada 49 hospital dan 63 klinik kesihatan dengan kerjasama badan-badan berkaitan.

- BERNAMA

Ahad, Julai 28, 2019

MyBidara - Terapi Pendinding Diri


MyBidara - Terapi Pendinding Diri

Gangguan jin dan sihir selalu terjadi apabila seseorang sedang tidur.
Minyak bidara yang menjadi kandungan utama dalam MyBidara menjadi 'senjata' dalam mencegah gangguan makhluk halus.

Sapukan pada pergelangan tangan dan gosokkan pada tengkuk. Selawat ke atas nabi sebanyak 3 kali dan niat dalam hati Allah yang Maha Kuasa dan Maha Pelindung.

PEMBELIAN
Untuk pembelian, bank in RM25 (pos percuma) ke akaun bank

ADHA ZAIN NETWORK
Maybank - 563064147551
CIMB - 8603573079

Lepas bank in, berikan Nama, Alamat dan No. Telefon untuk penghantaran. Wassap ke 013 979 0000
www.wasap.my/60139790000/mybidara

#mybidara
#myadha
#adhazain
#adhazainnetwork

TM Streamyx tawar harga istimewa RM69 sebulan

Pelanggan sedia ada Streamyx hanya perlu membayar RM69 sebulan bagi menikmati internet pada kelajuan 8Mbps berbanding RM160 sebelum ini, bermula September 2019, kata Pengerusi Kumpulan TM, Rosli Man.

Beliau berkata, bagi pelanggan baharu, perlu membayar RM89 sebulan.

"Kami di TM amat prihatin dengan keluhan pelanggan. Jadi, dengan langkah ini, kami harap pelanggan Streamyx yang telah pergi, datanglah balik kepada kami," katanya dalam sidang akhbar selepas perasmian Kembara Digital Malaysia (KDM) 2019 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru di Ipoh.

KDM 2019 dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Penerangan Perak Hasnul Zulkarnain Abd Munaim. Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Menurut Rosli, TM telah berjaya menaik taraf 973,000 pelanggan Unifi kepada kelajuan yang lebih tinggi.

Beliau berkata, TM akan menangani kekangan jalur lebar rangkaian tembaga menerusi pelbagai teknologi yang bersesuaian termasuk fiber, wayarles dan GigaWire yang akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga 2021.

- Bernama

Jualan Produk Kecantikan Meeracle

Harga jualan Produk Kecantikan Meeracle 👇

❤️ Meeracle Facial Cleanser 50ml RM49.00
❤️ Meeracle Facial Serum 30ml RM79.00
❤️ Lustre Gemstone Foundation (Face) 30ml RM89.00
❤️ Luxury Cleansing Milk 100ml RM39.00
❤️ Set Facial Serum & Facial Cleanser RM128.00
❤️ Set Luxury Cleansing Milk & Lustre Gemstone Foundation (Face) RM128.00

Postage kena tambah RM8 Semenanjung , Sabah Sarawak RM12
Kami gunakan penghantaran J&T Express.

PEMBELIAN
Untuk pembelian, bank in harga produk + kos pos ke akaun bank

ADHA ZAIN NETWORK
Maybank - 563064147551
CIMB - 8603573079
DuitNow Transfer (Mobile) - 0139790000
E-Mail : mdadha@gmail.com

Lepas bank in, nyatakan
1. Nama
2. Alamat
3. No. Telefon
4. Nama Produk

Wassap ke 013 979 0000
www.wasap.my/60139790000/meeracle

#meeracle
#adhazain
#adhazainnetwork

Jawatan Kosong Jabatan Agama Islam Sarawak - 2 Ogos 2019


Jawatan Kosong Jabatan Agama Islam Sarawak - 2 Ogos 2019

Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan tetap atau kontrak yang diiklankan.

Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:

1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM L41
2. PEGAWAI SYARIAH LS41
3. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S29

Bagaimana Memohon:

Permohonan kerja kosong baru di atas boleh dilakukan secara online. Anda hanya perlu melakukan pendaftaran secara percuma melalui pautan di bawah.

Klik pautan “IKLAN JAWATAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

IKLAN JAWATAN:
https://erecruitment.sarawak.gov.my/eRecruitment3_public/AnnouncementDetails.jsp?AnnouncementId=138&AnnouncementType=VACANCY

Tarikh Tutup Permohonan : 02 Ogos 2019

Recent Posts