Pelanggan sedia
ada Streamyx hanya perlu membayar RM69 sebulan bagi menikmati internet
pada kelajuan 8Mbps berbanding RM160 sebelum ini, bermula September 2019,
kata Pengerusi Kumpulan TM, Rosli Man.
Beliau berkata, bagi pelanggan baharu, perlu membayar RM89 sebulan.
"Kami di TM amat prihatin dengan keluhan pelanggan. Jadi, dengan
langkah ini, kami harap pelanggan Streamyx yang telah pergi, datanglah
balik kepada kami," katanya dalam sidang akhbar selepas perasmian
Kembara Digital Malaysia (KDM) 2019 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru
di Ipoh.
KDM 2019 dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia,
NGO dan Penerangan Perak Hasnul Zulkarnain Abd Munaim. Turut hadir
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.
Menurut Rosli, TM telah berjaya menaik taraf 973,000 pelanggan Unifi kepada kelajuan yang lebih tinggi.
Beliau berkata, TM akan menangani kekangan jalur lebar rangkaian
tembaga menerusi pelbagai teknologi yang bersesuaian termasuk fiber,
wayarles dan GigaWire yang akan dilaksanakan secara berperingkat
sehingga 2021.
- Bernama
0 Comments:
Catat Ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.