Rabu, September 19, 2018

Mustapa Mohamed keluar Umno




Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan keluar parti.

Dalam satu kenyataan, Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata keputusan itu diambil selepas berpendapat hala tuju Umno tidak lagi selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangannya selama ini.

"Pada pandangan saya, hala tuju yang diambil Umno pada masa ini tidak lagi selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangan saya selama ini dan tidak ada banyak usaha yang meyakinkan bahawa proses rejuvenasi parti telah bermula.

"Maka atas dasar inilah, setelah bermuhasabah dan memikirkan sedalamnya, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai ahli Umno setelah lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti ini," katanya di Twitter, Selasa.

Menurut bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu, sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Mei lalu, beliau telah membuat beberapa pemerhatian tentang lanskap politik Malaysia, hala tuju Umno dan Barisan Nasional (BN) serta masa depan negara.

"Berdasarkan kepada beberapa perkembangan mutakhir ini, saya berpandangan bahawa usaha-usaha ke arah memulihkan defisit kepercayaan dan imej parti semakin sukar.

"Tidak ada tanda-tanda bahawa majoriti rakyat berbilang bangsa dan agama akan kembali meyakini perjuangan parti ini," katanya.

Susulan itu, beliau menegaskan untuk menjadi relevan dalam dinamika politik nasional hari ini, yang mana Umno selaku peneraju BN tidak boleh bergantung kepada sokongan orang-orang Melayu dan Bumiputera semata-mata.

Malah, beliau berpendapat, Umno harus menjadi sebuah parti yang inklusif, moderat dan berhaluan tengah.

"Umno mesti terus memperjuangkan kepentingan Bumiputera dan Islam, namun tanpa sesekali mengenepikan kepentingan kaum dan agama lain.

"Saya percaya bahawa inilah jalan terbaik dalam kerangka negara Malaysia yang majmuk," katanya.

Pada masa sama, beliau turut berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantunya sepanjang berkhidmat untuk Umno.

"Insya-Allah saya akan terus menyumbang buah fikiran ke arah membangunkan sebuah negara Malaysia yang terbilang.

"Saya mendoakan agar negara kita akan terus aman, makmur dan disegani di peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau turut berharap agar lembaran baharu Malaysia ini akan mewujudkan budaya politik lebih matang dan inklusif, di samping meletakkan tadbir urus serta integriti sebagai keutamaan.

"Sudah tiba masanya semua pihak tanpa mengira fahaman politik dapat mencari satu titik persamaan demi kepentingan rakyat. Kepada Allah SWT jua kita berserah," katanya.

Teori asal usul nama Malaysia






Sebelum nama Malaysia, negara kita dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Selepas merdeka pada tahun 1957, namanya berubah kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Persoalannya, bagaimana asal usul Malaysia tercipta? Berdasarkan catatan sejarah, ia bukan ilham Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman seperti yang disangka oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Arkib Malaysia juga secara asasnya tidak mempunyai dokumen rasmi yang menyatakan siapa individu yang mereka nama Malaysia. Bagaimanapun, terdapat pelbagai andaian dan teori yang dizahirkan seperti yang tercatat dalam beberapa penulisan seperti buku, rencana mahu pun peta.

Sebagai contoh, dalam sebuah rencana berjudul Sur:Es Iles Du Grand Ocean (On The Island of The Great Ocean) yang diterbitkan dalam Bulletin De La Societe de Geographie pada tahun 1832 yang ditulis oleh penjelajah Perancis, Dumont d’Urville.

Urville mencadangkan agar Lautan Pasifik Selatan dinamakan Oceania yang dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Polynesia, Melanesia, Micronesia dan Malaisie. Perkataan Malaisie kemudian ditukar kepada Malaysia oleh seorang ahli geografi Amerika Syarikat, Thomas G. Bradford (1835).

Satu lagi sumber ialah sebuah peta yang dilakar oleh Alexander Keith Johnston pada tahun 1845 yang diberi tajuk South Eastern Peninsula and Malaysia.

Johnston berkata, Malaysia sebenarnya merangkumi Semenanjung Melayu dan Kepulauan Melayu (termasuk Sumatera, Tanah Jawa, Tanah Melayu, Pulau Pinang, Singapura, Kemboja, Siam, Burma, Brunei dan Filipina). Ujar beliau, Malaysia juga merujuk kaum Melayu mempunyai kuasa dominan pada ketika itu dan peneroka pertama di Tanah Melayu.

Selain itu, nama Malaysia turut disebut dalam buku bertajuk Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule (1937) hasil tulisan Rupert Emerson dan The People of Malaysia (1945), tulisan Fay Cooper Cole. Berdasarkan dua buah buku itu, Malaysia ialah Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) yang meliputi Tanah Melayu, Hindia Timur, Borneo termasuk Filipina.

Duit syiling aluminium pada zaman pendudukan Jepun (1942) juga menjadi pendebatan tentang asal usul nama Malaysia. Syiling 20 sen itu difahamkan dikeluarkan pada tahun 1942. (Namun tertulis 2602, merujuk kepada kalendar Jepun).

Seperti yang ditulis oleh seorang penyelidik dalam buku bertajuk The Japanese Occupation Of Malaya (Singapore), Kementerian Kewangan di Jepun mengesahkan bahawa nama Malaysia pada duit syiling itu mewakili nama umum penduduk Malaya pada masa itu.

Semasa penjajahan, Jepun dikatakan mengiktiraf Melayu sebagai pribumi.

Bagaimanapun, terdapat satu penulisan yang telah mengutarakan plot teori yang sangat menarik dan berpatutan untuk dibincangkan.

Penulis yang tidak menyatakan namanya berkata, lazimnya, nama-nama utama di dunia akan berakhir dengan perkataan land (bahasa Inggeris), tan (bahasa Parsi) dan ia (bahasa Latin). Tiga perkataan berbeza itu, semuanya bermaksud tanah.

Antaranya ialah Scotland (tanah bangsa Scott), England, Thailand, Iceland, Pakistan (tanah suci), Afganistan, Kazakhstan, Algeria (tanah bangsa Algiers), Rusia, India dan Columbia.

Nama Malaysia pula ialah gabungan Malays dan ia. Daripada hujah tersebut, barangkali andaian itu ada logiknya kerana Malays-ia bermakna Land Of Malays (tanah bangsa Melayu).

Bilakah nama Malaysia secara rasminya digunakan? Adakah selepas merdeka atau sebelum? Pada tahun 2009, seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara Sabah, Prof. Madya Mat Zin Mat Kib telah memperbetulkan kenyataan Arkib Negeri Sabah.

Mat Zin berkata, penggunaan nama Malaysia telah mula digunakan sejak tahun 1889 bukannya pada tahun 1929 seperti yang direkodkan oleh Arkib Negeri Sabah. Kenyataan itu adalah bersandarkan sebuah artikel dalam akhbar The British North Borneo Herald bertarikh 1 Januari 1889.

Artikel yang bertajuk Geographical Notes in Malaysia and Asia yang ditulis J.E Tenison Woods memberi maklumat ringkas mengenai catatan perjalanannya ke Semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu pada tahun 1883 hingga 1886.

Penemuan itu, ujar Mat Zin telah membuktikan nama Malaysia digunakan lebih awal daripada tarikh kemerdekaan dan pembentukan Malaysia.

“Ia turut menunjukkan (nama Malaysia) telah digunakan secara meluas oleh orientalis Barat bagi merujuk kawasan Semenanjung Tanah Melayu,” katanya.

 Sekiranya kajian Mat Zin diiktiraf, ini menunjukkan nama Malaysia telah digunakan sejak 129 tahun lalu!

Sumber : Kosmo 1 Sep 2018

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Kuala Terengganu - MBKT (Sep 2018)




Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) - September 2018


Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia (rakyat Negeri Terengganu sahaja) termasuk Pegawai-Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dan layak untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan, iaitu :-

  1. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 ( 5 jawatan )
  2. Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 (20 jawatan )
  3. Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19( 4 jawatan )
  4. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 (29 jawatan)

  1. Pemohon hendaklah mempunyai kelayakan akademik mengikut skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon.
  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian  melalui pautan berikut : http://online.mbkt.gov.my/kerjaya/
  1. Bagi pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah membuat permohonan secara atas talian. Sila cetak borang permohonan daripada sistem tersebut dan hantar melalui ketua jabatan dengan mengemukakan salinan kenyataan perkhidmatan yang terkini serta salinan Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun berturut-turut dan dihantar ke alamat berikut:
  1. Sekiranya mempunyai kemusykilan tentang permohonan, boleh terus menghubungi Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, MBKT di talian no. 09-6271287, 09-6271117 atau 09-6271107.
  1. Tarikh Tutup Permohonan: 1 Oktober  2018.


SYARAT-SYARAT LANTIKAN BAGI SEMUA JAWATAN :-
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
i)          Warganegara Malaysia (rakyat Negeri Terengganu sahaja);
ii)         Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii)        Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan
Sila klik di sini untuk memaparkan syarat-syarat penuh bagi jawatan di atas.
CARA MEMOHON
DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU
Tingkat 4 - 8, Menara PMINT
No. 88, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
(u.p. :  Jabatan Khidmat Pengurusan)

Isnin, September 17, 2018

Nama Malaysia mula diguna sebelum merdeka






Penggunaan nama Malaysia bagi merujuk kepada negara ini telah mula digunakan sejak 120 tahun lalu iaitu pada 1889 dan bukannya pada 1929 seperti yang direkodkan di Arkib Negeri Sabah.

Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Prof. Madya Mat Zin Mat Kib berkata, penggunaan nama Malaysia itu direkodkan dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Januari 1889.

''Penemuan laporan bertajuk Geographical Notes in Malaysia and Asia yang ditulis oleh J.E Tenison-Woods ini membetulkan kajian awal yang dibuat oleh pihak arkib negeri Sabah bahawa perkataan Malaysia digunakan pada 1 Julai 1929 oleh akhbar yang sama," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, laporan yang dibuat J.E Tenison itu memberikan maklumat ringkas mengenai catatan perjalanannya ke Semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan kunjungannya ke Sulu sekitar 1883 hingga 1886.

Beliau yang telah mula membuat kajian sejarah negara sejak 1984, penemuan ini adalah penting bagi memberikan maklumat sejarah yang tepat kepada generasi muda.

''Penemuan itu membuktikan nama Malaysia digunakan lebih awal dari tarikh kemerdekaan dan pembentukan negara Malaysia malah menunjukkan ia digunakan dengan meluas oleh orientalis barat bagi merujuk kawasan Semenanjung Tanah Melayu.

''Penemuan ini juga sekali gus merangsang para sejarawan untuk mengkaji lebih mendalam lagi mengenai kewujudan nama Malaysia dalam sejarah negara,'' ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Arkib Negeri Sabah, Datu Tigabelas Datu Zainal Abidin berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai penemuan itu baru-baru ini dan mempunyai salinan asal akhbar berkenaan.

''Mat Zin yang menjalankan kajian di sini telah memaklumkan mengenai penemuan baru dalam BNBH yang disimpan di arkib negeri Sabah dan kita juga telah mengesahkannya.

''Kita amat mengalu-alukan penemuan terbaru ini selepas penemuan lama yang ditemui seorang penyelidik daripada Universiti Malaya yang turut membuat penyelidikan di sini,'' katanya.

Tambahnya, pada masa ini Arkib Negeri Sabah ada menyimpan koleksi BNBH yang mula diterbitkan dari 1883 hingga 1941.

- UTUSAN

Ahad, September 16, 2018

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Terengganu



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kepada calon Peperiksaan kemasukan Pegawai Tadbir Negeri N41 (PTN) KERAJAAN NEGERI TERENGGANU yang akan berlangsung pada 20 SEPTEMBER 2018. Dapatkan pakej rujukan, nota dan soalan peperiksaan Pegawai Tadbir N41 di: http://infotambahan.com/terengganu/28

Wassap 013 979 0000 jika ada sebarang pertanyaan.




Rabu, Ogos 15, 2018

Jawatan Kosong di Jabatan Veterinar Malaysia 2018


Jawatan Kosong di Jabatan Perkhidmatan Veterinar 2018

Adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebagaimana berikut:

1. Penolong Pegawai Sains C29

IKLAN PENGAMBILAN:



PERMOHONAN

Permohonan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Pemohon dimestikan memenuhi syarat kelayakan yang telah dinyatakan di iklan. Permohonan hendaklah disertakan dengan Resume / CV, maklumat penuh peribadi, gambar serta dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan dan sijil akademik.

Permohonan hendaklah dihantar mengikut cara yang dinyatakan di iklan / mohon online (SILA RUJUK IKLAN). Bagi permohonan online kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Tarikh Tutup : 19 OGOS 2018


PLKN dan BTN dimansuhkan



Kerajaan telah memutuskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tata Negara (BTN) dimansuhkan dan digantikan dengan program baharu yang dapat membentuk belia masa hadapan (Youth of the Future) yang berwawasan dan tinggi nilai jati dirinya.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, program baharu ini yang diuruskan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membuat penstrukturan semula dari segi fungsi, perjawatan, peruntukan kewangan dan aset Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan BTN.

"Pengisian program ini dirangka secara holistik dengan menggabungkan aktiviti indoor dan outdoor berimpak tinggi untuk menyerlahkan potensi anak muda sebagai rakan strategik dalam membangunkan negara berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

"Elemen yang diterapkan termasuklah 'teambuilding', pembinaan karakter dan integrasi nasional, kenegaraan, jati diri dan sosialisasi politik.

"Penambahbaikkan ini selaras dengan hasrat KBS yang ingin terus mengangkat suara anak muda dalam landskap Malaysia baharu. Ia akan direalisasi dengan cadangan pindaan umur mengundi (dari 21 ke 18 tahun) pada PRU ke-15 nanti," jelasnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah Syed Saddiq, memandangkan program ini melibatkan kolaborasi merentas kementerian dan agensi, KBS akan mengadakan 'engagement' dengan pemegang taruh seperti JPM (Jabatan Perdana Menteri), KPWKM (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat), Mindef, KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) dan pertubuhan bukan kerajaan termasuk persatuan belia untuk memperhalusi mekanisma pelaksanaan agar program ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

"Sesi engagement ini mencerminkan aspirasi kerajaan Pakatan Harapan untuk memastikan program ini lebih inklusif, telus dan bebas daripada doktrin politik dan perkauman."


Isnin, Ogos 13, 2018

Exam Online Penolong Pegawai Tadbir N29



Anda calon exam online Penolong Pegawai Tadbir N29 pada 15 Ogos ini? Rujukan terbaik nota dan contoh soalan disediakan di : http://semakan.info/ppt/28

Wassap 013 979 0000 untuk bantuan dan pertanyaan.

Share dan maklumkan kepada ahli keluarga dan rakan yang terlibat dengan exam ini.

Ahad, Ogos 12, 2018

Perkhidmatan pembinaan, bahan mentah utama dikecualikan SST






Tekanan membabitkan harga rumah, bangunan perindustrian dan komersial dijangka dapat diringankan berikutan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta pengecualiannya di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Sehubungan itu, beliau berkata Kerajaan Persekutuan berharap kos pembinaan akan menjadi lebih rendah susulan pengecualian cukai SST ke atas bahan mentah utama seperti simen, pasir dan besi.

“Menerusi cadangan pengecualian barang-barang tersebut daripada SST dan kaedah pelaksanaan cukai SST yang lebih baik berbanding GST, saya berharap pihak pemaju dan pembeli mendapat faedah berikutan pengurangan beban cukai ini,” katanya dalam satu kenyataan, Ahad.

Di bawah regim GST, bahan-bahan asas seperti batu-bata, simen, pasir dan lain-lain bahan pembinaan dikenakan GST pada kadar enam peratus.

Malah, perkhidmatan pembinaan juga turut dikenakan GST sebanyak enam peratus.

Berikutan itu, kata Lim, ia telah meningkatkan kos pembinaan di bawah era GST termasuk kenaikan harga rumah.

- BERNAMA

Sabtu, Ogos 11, 2018

Aidiladha disambut 22 Ogos 2018



Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, malam ini mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 22 Ogos 2018 ini.




“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Korban bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu, 22 Ogos 2018,” demikian menurut kenyataan itu.

Rabu, Ogos 01, 2018

Jawatan Kosong RISDA - Ogos 2018





Jawatan Kosong Terkini RISDA - Ogos 2018

Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di RISDA sebagaimana berikut:

1. Penolong Pegawai Pertanian G29 - 38 Kekosongan
2. Penolong Pegawai Tadbir N29 - 1 Kekosongan
3. Pembantu Tadbir (Kewangan) N19 - 25 Kekosongan
4. Pembantu Tadbir (P/O) N19 - 30 Kekosongan
5. Pembantu Kemahiran H19 - 2 Kekosongan
6. Pembantu Awam H11 - 9 Kekosongan
7. Pembantu Operasi N11 - 4 Kekosongan







PERMOHONAN
Permohonan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Pemohon dimestikan memenuhi syarat kelayakan yang telah dinyatakan di iklan. Permohonan hendaklah disertakan dengan Resume / CV, maklumat penuh peribadi, gambar serta dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan dan sijil akademik.

Permohonan hendaklah dihantar mengikut cara yang dinyatakan di iklan / mohon online (SILA RUJUK IKLAN). Bagi permohonan online kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Iklan Jawatan Kosong RISDA
https://www.risda.gov.my/

Lokasi : SELURUH NEGARA
Tarikh Tutup : 05 OGOS 2018