Ahad, Ogos 28, 2016

Lelaki 18 Tahun Nikah Ibu Tunggal Lima Anak


Bukan semua lelaki mahu berkahwin dengan wanita yang umurnya dua kali ganda melebihi usianya dan paling penting, mendapat restu keluarga.

Tetapi inilah yang berlaku di pekan Kuala Penyu di Sabah, apabila Mohd Sufie Alin yang berusia 18 tahun berkahwin dengan ibu tunggal yang mempunyai lima orang anak, Dayang Sopiah Gusti, 42.

Gambar Mohd Sufie menyarungkan cincin emas di jari Dayang Sopiah semasa majlis akad nikah mereka telah tersebar di laman Facebook pada Jumaat, menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Bagaimanapun, sekurang-kurangnya pengantin lelaki ini lebih yakin dengan adanya restu keluarga terhadap hubungannya yang luar biasa ini.

Mereka cukup matang untuk membuat keputusan mereka sendiri, termasuk berkahwin," kata bapanya Alin@Matalin Utam, 52.

Menurut bapanya, kedua-dua mereka berkahwin dalam satu majlis kecil di sebuah masjid di daerah Beaufort pada Selasa, dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.

Apa yang penting Sufie tidak ganggu isteri orang dan mereka ingin meneruskan hubungan mereka mengikut cara Islam.

Oleh itu, saya tidak mempunyai masalah dan menerima Sopiah menjadi pasangan kepada Sufie, yang telah ditakdirkan oleh Allah, katanya.

Walaupun terkejut mendengar tentang pilihan anaknya beberapa hari sebelum perkahwinan, Alin berkata usia bukanlah satu penghalang.

Saya sempat menasihati Sufie supaya menjadi suami yang bertanggungjawab kerana dia bukan sahaja perlu menjaga isteri tetapi juga lima anak tirinya, katanya.

- Metro

Rabu, Ogos 24, 2016

Proton Persona Baru Serendah RM46,800 Seunit


Foto : paultan

Proton Holding Berhad melancarkan Proton Persona serba baharu yang ditawarkan pada harga RM46,800 hingga RM59,000 seunit.

Persona generasi kedua untuk pasaran kategori kenderaan mampu milik dilancarkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed itu diadakan pada Selasa di Pusat Konvensyen Setia City, (SCCC) Shah Alam.

Dikeluarkan dengan tiga varian iaitu standard, eksekutif dan premium, Persona Serba Baharu ini dikuasakan dengan enjin 1.6 liter Variable Valve Timing  (VVT) untuk penjimatan bahan api yang lebih baik.

Ia merupakan kereta Proton pertama yang disokong indikator penanda pemanduan ECO yang menyala apabila pemanduan mencapai 100km.

Bagi varian Standard pula, ia didatangkan dengan dua pilihan transmisi iaitu 1.6 MT dan 1.6 CVT manakala varian Executive  1.6 CVT  dan varian Premium pula  1.6 CVT serta  1.6 CVT Premium (bodykit).

Sebanyak enam warna ditawarkan iaitu 'cotton white', 'fire red', 'sterling silver', 'graphite grey', 'quartz black' dan warna baharu 'carnelian brown'.

Ruang bagasi di bahagian belakang Persona Serba Baharu ini mempunyai keluasan 510 liter tanpa menjejaskan keselesaan ruangan kabin penumpang.

Selain itu, Persona Serba Baharu ini mendapat penarafan 5 bintang Asean NCAP kerana mempunyai ciri-ciri keselamatan menyeluruh seperti kawalam kestabilan elektronik (ESC) dengan sistem kawalan tarikan dan sistem brek anti-kunci (ABS).

Selasa, Ogos 23, 2016

Sistem Kad Bank 'Pin Dan Bayar' Pada 1 Julai 2017



Transaksi pengesahan pembayaran kad kredit dan debit menggunakan tanda tangan akan dihapuskan secara berperingkat untuk digantikan dengan sistem berasaskan nombor pengenalan peribadi (PIN) pada 1 Julai, 2017.

Sehubungan itu, kata Pengarah Dasar Sistem Pembayaran Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Nyat Chuan, para pemegang kad akan diberi tempoh selama enam bulan mulai Januari sehingga Jun 2017 untuk membiasakan diri dengan sistem baharu itu sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.

Sistem 'pin dan bayar' itu membolehkan pemegang kad membuat pembayaran dengan memasukkan PIN enam digit tanpa menurunkan sebarang tanda tangan seperti sekarang.

Langkah yang dipertingkat itu juga akan menjadikan sistem pembayaran jauh lebih selamat.

"Sasaran (kami) adalah supaya semua pelaksanaan aspek infrastruktur dan penggantian kad itu dapat disiapkan menjelang 31 Dis, 2016," katanya kepada wartawan selepas menghadiri Pameran Bergerak e-Bayaran Kebangsaan 2016, di Miri, Sarawak.

Program itu dianjurkan bersama oleh BNM, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia serta Persatuan Institusi-Institusi Perbankan Islam Malaysia.

Mengulas lanjut, Tan berkata selain sistem 'pin dan bayar,' pemegang kad juga dapat membuat bayaran menggunakan sistem 'tap-and-go' bermula 1 Jan, 2018.

Malah, katanya, seramai 44.3 juta pemegang kad dapat menikmati kemudahan itu  sebaik sistem baharu beroperasi kelak.

"Pemegang kad boleh menggunakan kaedah 'tap-and-go' untuk transaksi membabitkan nilai yang rendah," katanya.

Mengulas e-bayaran, Tan berkata bagi tempoh Januari sehingga Jun 2016, penggunaan cek berkurangan sebanyak 10 peratus berikutan peningkatan penggunaan kaedah Interbank Giro (IBG) iaitu sistem pindahan dana antara bank dan Instant Interbank Fund Transfer (IBFT) atau pindahan segera.

"Pertumbuhan transaksi IBG dan IBFT masing-masing meningkat sebanyak 18 peratus dan 94 peratus," katanya.

Perubahan Format Soalan Latihan Separa Perubatan 2016



Ada calon yang google cari soalan dan rujukan untuk bantu exam Separa Perubatan 29 Ogos ini..

Boleh google, tapi jika jumpa kemungkinan besar adalah format tahun 2015 atau sesi Februari 2015
Mereka tak tahu, format 29 Ogos telah berubah.

Contoh yang ketara adalah, tiada lagi seksyen Psikometrik dan beberapa perubahan lain.
Satu-satunya rujukan yang updated kepada format terkini adalah;
[+] http://jvsecurepay.com/affiliates/separa/28

Rujukan ini adalah keluaran Tim Infokerjaya yang telah bantu lebih 78,000 calon sejak tahun 2009.

Jadi setiap kali exam mereka memang akan semak dengan format terkini dan selaraskan.

Cuba tengok email-email mereka yang berjaya di laman ini;
[+] http://jvsecurepay.com/affiliates/separa/28

Salam sukses!

Isnin, Ogos 22, 2016

Wanita Mirip Chong Wei Jadi Viral



Seorang pelajar wanita menyifatkan dirinya ibarat terkena tempias kejayaan Datuk Lee Chong Wei apabila status yang dimuat naiknya dalam laman Facebook terhadap jaguh badminton negara itu menjadi viral.

Paparan skrin posting Ika Syazwani di Facebooknya, "Congrats my twin! #DatoLCW" menjadi viral di laman media sosial selepas netizen menyedari wajah Ika seiras dengan Chong Wei.

"Siapa sangka orang ramai akan kata wajah saya seperti Datuk Lee Chong Wei. Mungkin ia kerana kami mempunyai struktur wajah yang sama," kata Ika.

Menurut Ika, dia mempunyai darah kacukan Cina daripada neneknya.

Ini bukan kali pertama Ika menarik perhatian ramai kerana wajahnya mirip Chong Wei.

Imejnya pernah menjadi viral sejak 2013 dan dia kembali mendapat perhatian selepas Chong Wei meraih pingat perak di Olimpik Rio.

"Saya sentiasa ingin ketawa mengenai perkara ini kerana bagi saya segalanya amat kelakar. Saya tidak menjangka ia akan menjadi viral," kata Ika.

Pada masa sama, Ika mengakui mengikut pertembungan final antara Chong Wei dan lawannya, Chen Long dari China dan memuat naik perkembangan terkini perlawanan suku akhir antara jaguh badminton negara itu dengan Lin Dan.

"Datuk Lee berada pada prestasi terbaiknya. Saya amat teruja, saya seperti berada di Rio. Malah perlawanan itu lebih menarik apabila Datuk Lee mara ke final. Saya berasa bangga," katanya kepada The Star Online.

Selepas gambarnya menjadi viral, Ika menerima banyak permintaan orang ramai yang mahu menjadi rakannya di Facebook.

Malah individu tidak dikenali turut menghantar mesej bertanyakan nombor telefonnya.

- mSTAR

Jumaat, Ogos 19, 2016

Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan 28 Ogos 2016

soalan latihan separa perubatan
PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA (SEMENANJUNG/SABAH/SARAWAK)

Tarikh Peperiksaan : 29 Ogos 2016 (Isnin)
Masa : 08:00 MLM - 09:35 MLM

Sila layari laman web :
http://e-semakan.spa.gov.my

Calon juga boleh menyemak maklumat peperiksaan melalui aplikasi mobile (MySPAv2). Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan yang berlangsung akan dipaparkan di Portal SPA dan Laman Facebook SPA di www.facebook.com/Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA semasa peperiksaan dijalankan. Kedua-dua pautan ini boleh diakses walaupun tanpa akaun yang aktif. Pastikan anda tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA.

* Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 8:00 malam hingga 09:35 malam.

Jika anda perlukan rujukan soalan, lihat di sini: http://semakan.info/separa/28

Rabu, Ogos 17, 2016

Olimpik Rio - Azizulhasni Menang Gangsa Acara Keirin



Pelumba trek negara, Azizulhasni Awang, menyumbang satu lagi pingat kepada Malaysia, apabila merangkul gangsa pada final acara keirin Sukan Olimpik 2016 di Rio De Janeiro, awal pagi Rabu.

Azizulhasni atau lebih dikenali dengan gelaran The Rocketpocketman itu melakar sejarah menjadi pelumba basikal pertama negara memenangi pingat dalam Sukan Olimpik.

Perlumbaan yang dibatalkan dua kali selepas pelumba memecut lebih awal sebelum motor pengiring keluar dari trek itu dimenangi Jason Kenny dari Britain yang juga pingat emas keduanya selepas memenangi acara pecut. Tempat kedua pula diraih pelumba Belanda, Matthijs Buchli.

Gangsa yang dimenangi pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu juga adalah pingat kedua yang diraih kontinjen negara selepas penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoon memenangi perak dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita.

Isnin, Ogos 15, 2016

Jawatan Presiden FAM Terbuka Kepada Warga Malaysia - FAM



Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah menegaskan jawatan presiden badan induk bola sepak itu terbuka untuk ditandingi sesiapa sahaja dengan syarat calon mestilah warganegara Malaysia.

Namun Afandi berkata setiap calon haruslah dicadangkan mana-mana ahli gabungan FAM.

"Sesiapa saja boleh jadi calon dalam barisan exco termasuk presiden.

"Cuma calon mestilah sekurang-kurangnya mendapat satu pencalonan daripada mana-mana ahli gabungan FAM," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di sini, Isnin.

Malah beliau berkata mana-mana calon yang dicadangkan juga tidak perlu memegang sebarang jawatan dalam persatuan bola sepak negeri.

"Calon terbuka... tak perlu pegang mana-mana jawatan dalam negeri," katanya.

Sementara itu, Afandi turut mengumumkan pelantikan Datuk Rozabil Abdul Rahman selaku pengurus skuad bola sepak Projek Sukan SEA 2017.

"Barisan exco yang bermesyuarat hari ini menamakan Datuk Rozabil sebagai pengurus skuad Projek Sukan SEA 2017. Kita serahkan kepada beliau untuk berbincang dengan ketua jurulatih Frank Bernhardt mengenai perancangan skuad itu," katanya.

- mSTAR

4000 guru duka lara disatukan menjelang akhir 2016



Seramai 4,000 lagi guru yang tinggal berjauhan daripada pasangan masing-masing atas tuntutan tugas akan disatukan menjelang hujung tahun ini apabila permohonan pertukaran dibuka semula pada bulan hadapan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kira-kira 4,300 orang guru yang diistilahkan sebagai duka lara telah dibenarkan membuat pertukaran tempat kerja dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

“Bulan depan saya jangka lebih 10,000 guru duka lara akan membuat permohonan pertukaran.

“Bermula Januari hingga Jun lepas, kerajaan te­lah bantu 4,300 orang guru dan saya jangka kali ini jumlah sama iaitu 4,000 boleh dibantu untuk mereka bersatu semula dengan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota di Hotel Zenith dekat Kuantan.

Program khas untuk menyelesaikan masalah guru ‘duka lara’ dimulakan sejak Mahdzir memegang jawatan Menteri Pendidikan pada Julai 2015 yang melibatkan lebih daripada 30,000 guru di seluruh negara.

- Kosmo!

Rabu, Ogos 10, 2016

Kadar Cukai Jalan Malaysia


KADAR CUKAI JALAN MALAYSIA

Kadar Cukai Jalan Bagi Motosikal

Kapasiti Enjin Kadar
150cc dan kebawah Percuma sejak 2004
151cc hingga 200cc   RM 30.00
201cc hingga 250cc   RM 50.00
251cc hingga 500cc   RM 180.00
501cc hingga 800cc   RM 250.00
Melebihi 800cc   RM 350.00

Kadar Cukai Jalan Bagi Kereta Persendirian

Kapasiti Enjin Kadar
1000cc dan ke bawah RM 20.00
1001cc hingga 1200cc RM 55.00
1201cc hingga 1400cc RM 70.00
1401cc hingga 1600cc RM 90.00

Kadar Cukai Jalan Bagi Kereta Persendirian

Kapasiti Enjin Kadar Asas Kadar Progresif
1601 hingga 1800cc RM 200.00 RM 0.40 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1600cc
1801cc hingga 2000cc RM 280.00 RM 0.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1800cc
2001cc hingga 2500cc RM 380.00 RM 1.00 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2000cc
2501cc hingga 3000cc RM 880.00 RM 2.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2500cc
Melebihi 3000cc RM 2,130.00 RM 4.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 3000cc

Menang Pingat Olimpik Pertama Malaysia di Rio 2016, Pandelela-Jun Hoong Dapat Pencen Seumur Hidup


Pingat olimpik pertama Malaysia di Sukan Olimpik Rio 2016 dimenangi oleh Jun Hoong & Pandelela dalam acara terjun 10 meter (wanita). Mereka merangkul Pingat Perak.

Gandingan penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong akan berkongsi ganjaran RM600,000 serta pencen bulanan RM3,000 seorang sebagai ganjaran atas kejayaan memenangi pingat perak Sukan Olimpik Rio.

Di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) untuk Olimpik, pemenang pingat emas akan menerima RM1 juta dan pencen bulanan RM5,000, perak pula RM600,000 dan pencen bulanan RM3,000, manakala gangsa RM100,000 serta pencen bulanan RM2,000.

Pasangan itu meraih pingat perak acara 10 meter platform seirama wanita, untuk pingat pertama negara di Sukan Olimpik Rio, selepas mengumpulkan 344.34 mata di belakang pemenang emas dari China manakala gandingan Kanada mendapat gangsa.

Pandelela sebelum ini menjadi atlet wanita pertama Malaysia memenangi pingat di Sukan Olimpik apabila mendapat gangsa dalam acara 10m platform individu di edisi London, empat tahun lepas.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata Pandelela dan Jun Hoong akan berkongsi sama rata hadiah wang tunai RM600,000 itu manakala pencen bulanan itu akan bermula serta-merta.

Ditanya sama ada pemenang dua pingat Olimpik, Pandelela akan menerima dua pencen berbeza, Ahmad Shapawi menjelaskan atlet itu akan menerima satu sahaja iaitu jumlah tertinggi antara pingat perak dan gangsa yang diperolehnya.

Selain Pandelela, Datuk Lee Chong Wei juga adalah pemenang dua pingat perak Sukan Olimpik selepas menang secara berturut-turut pada edisi 2008 di Beijing dan 2012 di London.

- Bernama



Recent Posts