Rabu, September 03, 2014

10 masjid tercantik di dunia

1) Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi

Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi adalah masjid terbesar di dunia terletak di kota suci Makkah dan berada di sekitar Kaabah. Masjid ini merupakan tempat paling suci bagi umat Islam dan sebagai penunjuk arah kiblat. Ketika ini, luas Masjidil Haram ialah 39.6 hektar termasuk ruang solat luar dan dalam. Ketika musim Haji, ia mampu menampung sehingga 4 juta Jemaah.

2) Masjid Nabawi

Masjid kedua terbesar di dunia selepas Masjidil Haram dan kedua paling suci bagi umat Islam. Salah satu tempat paling penting pada masjid ini adalah Kubah Hijau di mana ia menempatkan makam Nabi
Muhammad SAW.

3) Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis, Palestin

Majid Al-Aqsa bermaksud masjid paling jauh, dan ia merupakan tempat suci bagi kota lama Baitulmaqdis. Bagi umat Islam, masjid ini adalah masjid ketiga paling suci selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

4) Majid Zahir, Kedah, Malaysia

Dibina pada 1912 dan dibiayai Tunku Mahmud iaitu anak Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Di sini juga terletaknya makam pahlawan Kedah yang maut ketika mempertahankan negeri itu dari Siam pada 1981. Seni binanya diilhamkan dari Masjid Azizi di Langkat, utara Sumatera di Indonesia. Terdapat lima kubah melambangkan rukun Islam.

5) Masjid Sultan Omar Ali Saifudin, Brunei

Masjid Sultan Omar Ali Saifudin, Brunei adalah masjid diraja Kesultanan Brunei terletak di Bandar Seri Begawan. Masjid ini diklasifikasikan sebagai masjid paling hebat di rantau Asia Pasifik dan menjadi
antara tarikan utama pelancong. Bagi masyarakat tempatan, masjid ini adalah mercu tanda negara mereka.

6) Masjid Taj’ul, Bhopal, India

Terletak di Bhopal, India, masjid ini adalah salah satu masjid terbesar di Asia. Pada sebelah petang, ia digunakan sebagai sekolah agama.

7) Masjid Baiturrahman, Banda Aceh, Indonesia

Dahulu, masjid ini adalah masjid Kesultanan Aceh. Apabila Belanda menyerang Banda Aceh pada 1873, masjid ini dibakar dan Belanda membina sebuah masjid baharu sebagai pengganti. Kubah pertama masjid disiapkan pada 27 Disember 1883, dan tiga lagi kubah ditambah pada 1935. Kini, ia dikembangkan kepada lima kubah pada 1959 hingga 1968.

8) Masjid Sultan, Singapura

Terletak di Muscat Street dan North Bridge Road di Kampung Glam Rochor. Sejak ia dibina, masjid ini tidak banyak berubah. Hanya penambahbaikan kecil sahaja dilakukan di ruang utama pada 1960 dan ruang tambahan dibina pada 1993. Pada 14 Mac 1975, ia diiktiraf sebagai monumen kebangsaan.

9) Masjid Faisal, Islamabad, Pakistan

Ia masjid terbesar di selatan timur dan selatan Asia serta keempat terbesar di dunia. Pada 1986 hingga 1993, ia merupakan masjid terbesar di dunia sebelum selesainya pembinaan Masjid Hassan II di Casablanca, Maghribi dan pembesaran Masjidil Haram serta Masjid Nabawi pada 1990-an.


10) Masjid Qol Shariff, Rusia

Ia adalah salah satu masjid terkenal di Rusia. Nama masjid ini diambil sempena nama Imam Qol Shariff pada abad keenam.


- SUMBER: www.indiatvnews.com

Pemilik kenderaan mewah perlu bayar kompaun cukai - Kastam

Jabatan Kastam DiRaja Malaysia meminta pemilik kenderaan mewah, termasuk golongan penjawat awam, menjelaskan kompaun cukai tertunggak setelah kenderaan mereka dirampas atas kesalahan memiliki kenderaan yang tidak mempunyai lesen import (AP) dan tinggal lebih masa di Tanah Semenanjung.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kuala Lumpur, Datuk Mohd Isa Endot berkata, setakat ini terdapat pemilik kenderaan terbabit masih tidak menjelaskan kompoun atas pelbagai kesalahan memiliki kereta import.

Katanya, kastam telah merampas sebanyak 120 buah kenderaan import di sekitar ibu negara sejak Disember 2013 sehingga Januari tahun ini.

"Nilai cukai keseluruhan kenderaan dirampas itu lebih kurang RM60 juta. Manakala nilai kenderaan dirampas itu hampir RM14 juta," katanya kepada pemberita dalam sidang media di pejabatnya, di Petaling Jaya.

Beliau berkata daripada 120 jenis kenderaan itu termasuk Lamborghini, Ferrari, Bentley Porshem, Nissan GTR, Audi, Toyota, Nissan, Honda, Mitshubishi, Volkswagen, Mercedes Benz, Lexus, dan Motosikal BMW.

Mohd Isa berkata antara kesalahan, 33 buah pemilik kenderaan itu mempunyai nombor kenderaan berpendaftaran di Langkawi dan telah berada di Semenanjung melebihi 90 hari.

Katanya, adalah menjadi kesalahan bagi kenderaan berpendaftaran di Langkawi berada di Semenanjung lebih dari tempoh ditetapkan mengikut Butiran 13A, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2013.

Beliau berkata 28 buah lagi kenderaan import bernombor pendaftaran di Langkawi didapati tidak mempunyai lesen AP dan menjadi kesalahan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu memiliki barang-barang belum lulus kastam.

"Terdapat 59 kenderaan mewah terpakai diimport daripada Singapura juga tidak mempunyai lesen AP telah dirampas atas Akta Kastam yang sama," katanya.

Beliau berkata pemilik kenderaan kes tinggal melebihi had ditetapkan atau tidak memiliki AP dari Langkawi diminta membayar cukai dengan kadar segera dan kastam akan mengambil tindakan mahkamah jika pemilik kenderaan enggan membayarnya.

Daripada 120 kenderaan dirampas itu, hanya 19 buah kenderaan telah dijelaskan bayaran cukai oleh pemilik kenderaan itu bernilai lebih RM6 juta.

"Kastam menyeru pemilik kenderaan termasuk pegawai-pegawai penjawat awam yang memiliki kenderaan bagi kesalahan itu yang berasal dari Langkawi dan Singapura tampil dan menyerahkan kenderaan secara sukarela kepada pejabat kastam yang berhampiran.

"Tindakan tegas akan dikenakan jika pemilik gagal berbuat demikian dan pihak kastam mempunyai senarai lengkap serta sentiasa mengesan kedudukan kenderaan yang disembunyikan," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dalam urusan membeli kereta mewah dari individu, ejen, atau syarikat penjual kereta dan menyarankan agar pembelian kenderaan itu dibuat pengesahan lesen AP dan Borang Kastam 1 dengan pihaknya terlebih dahulu.

Sumber : BERNAMA


Bahasa Inggeris subjek wajib lulus IPTA

Satu dasar baharu akan dilaksanakan bagi menjadikan bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus, di samping bahasa Melayu, bagi pelajar di universiti awam.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata beliau membincangkan perkara itu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira seminggu lepas dan maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan kelak.

"Pengetahuan asas sahaja tidak mencukupi bagi siswazah sekiranya mereka tidak mampu berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Inggeris.

"Syarikat mempunyai tanda aras tertentu. Mereka mahukan orang yang bukan sahaja memiliki kelayakan, tetapi juga yang boleh menjadi duta, yang boleh berkomunikasi dengan seluruh dunia dan antara perkara penting ialah kemampuan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris," katanya.

Muhyiddin berkata demikian pada majlis pelancaran Pemboleh Kebolehgajian Siswazah Cyberjaya Kedua (CGEE 2).

Sumber : BERNAMA



Selasa, September 02, 2014

Pengambilan Inspektor dan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) PDRM di Seluruh Malaysia



PENGAMBILAN INSPEKTOR DAN KONSTABEL SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS SIRI 3/2014: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan eksesais pengambilan Inspektor dan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bermula dari 2 September hingga 6 September 2014.

Syarat dan kelayakan adalah seperti berikut:

1.JAWATAN INSPEKTOR SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS LELAKI/WANITA:

- ELAUN PENUGASAN
• Elaun penugasan RM 7.80 sejam

- SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Warganegara Malaysia.
Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh temuduga.
Kelayakan:
• Telah ditauliahkan sebagai Inspektor Kor Sukarelawan Siswa Siswi (Kor SUKSIS).
• Mendapat kelulusan dan kebenaran dari Ketua Jabatan/ Majikan untuk berkhidmat sebagai Sukarelawan Simpanan Polis.
• Bersih daripada sebarang tapisan rekod keselamatan.
• Tidak menjadi ahli anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat.
• Pengawal Keselamatan/Jaga yang bertugas dengan Kerajaan/ Badan Berkanun tidak layak memohon.
• Perkhidmatan Sukarelawan Simpanan Polis adalah tertakluk kepada jadual perintah/ peraturan/ kaedah PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A 502.

2. JAWATAN KONSTABEL SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS LELAKI/WANITA

- ELAUN PENUGASAN
• Elaun penugasan RM 6.00 sejam

- SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Warganegara Malaysia
Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh temuduga.
Kelayakan:
• Tamat SPM atau setaraf dengannya.
• Mendapat kelulusan dan kebenaran dari Ketua Jabatan/ Majikan untuk berkhidmat sebagai Sukarelawan Simpanan Polis.
• Bersih dari sebarang Rekod Jenayah/ Rekod Cawangan Khas.
• Tidak menjadi ahli anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat.
• Pekerja-pekerja dari kumpulan Key Personal seperti Hospital/ TNB (breakdown)/ Telekom (teach), Pegawai Keselamatan/ Jaga yang bertugas dengan Kerajaan/ Badan Berkanun tidak layak memohon.
• Sila sertakan 1 salinan kad pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Akademik dan Sijil Berhenti Sekolah/ Tamat Sekolah.
• Perkhidmatan Sukarelawan Simpanan Polis adalah tertakluk kepada jadual perintah/ peraturan/ kaedah PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A 502.

- KELAYAKAN FIZIKAL
Pemohon – pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

• Tinggi sekurang-kurangnya: Lelaki: 162cm, Wanita: 152cm
• Berat badan sekurang-kurangnya: Lelaki: 50kg, Wanita: 48kg
• Mempunyai penglihatan yang baik;
• Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. Dan;
• Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.

Senarai Pusat-pusat Walk-in Interview adalah seperti berikut:-

Kuala Lumpur
Tel : 03-21460522 Tarikh temuduga akan dimaklumkan kemudian.

Selangor
Tel : 03-55145222 Tarikh temuduga akan dimaklumkan kemudian.

Johor
Tel : 07-2254222, 07-7722222, 06-9564800
1) 02/09/2014 hingga 06/09/2014
a) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor
b) Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang
c) Ibu Pejabat Polis Daerah Muar

Pulau Pinang
1) 05/09/2014 hingga 07/09/2014
a) Dewan Latihan, IPD Timur Laut
b) Dewan Gemilang, IPD Seberang Perai Timur
c) Dewan Serbaguna, IPD Seberang Perai Selatan

Kedah
Tel : 04-4299222 Tarikh temuduga akan dimaklumkan kemudian.

Perak
Tel : 05-2451222
1) 02/09/2014
a) Bilik Maklumat, Balai Polis Bagan Serai
b) Bilik Mesyuarat IPD Pengkalan Hulu
c) Bunga Tanjung, IPD Tanjung Malim

2) 02/09/2014 hingga 03/09/2014
- Rumah Perkep, IPD Manjung

3) 03/09/2014
- Bilik Gerakan Cawangan Khas, IPD Gerik

4) 03/09/2014 hingga 04/09/2014
a) Bilik Gerakan IPD Kuala Kangsar
b) Bilik Mesyuarat Logistik, IPD Hilir Perak

5) 04/09/2014
a) Kelab Polis, IPD Perak Tengah
b) Bilik Latihan Dalam Perkhidmatan, IPD Selama

6) 05/09/2014
a) Mes Pegawai Kanan IPD Batu Gajah
b) Rumah PERKEP, IPD Kampar

7) 05/09/2014 hingga 06/09/2014
a) Kompleks Latihan Sukan IPK Perak
b) Cawangan Hemodialisis IPD Taiping

8) 06/09/2014
a) Pejabat SSP IPD Sg. Siput Utara
b) Kompleks Perumahan IPD Tapah

Sabah
Tel : 088-450222 Tarikh temuduga akan dimaklumkan kemudian.

Sarawak
Tel : 082-245522 Tarikh temuduga akan dimaklumkan kemudian.

Pahang
Tel : 09-5902222 Tarikh temuduga akan dimaklumkan kemudian.

Kelantan
Tel : 09-7455622
1)02/09/2014 hingga 06/09/2014.
a) IPD Kota Bharu
b) IPD Machang
c) IPD Gua Musang

Negeri Sembilan
Tel : 06-4842222, 06-4811222
1) 04/09/2014 hingga 6/09/2014
- Dewan Serbaguna, Balai Polis Kuala Pilah

Terengganu
Tel : 09-6354722, 09-6182222, 09-6956222 1) 02/09/2014 hingga 04/09/2014
a) Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun
b) Ibu Pejabat Polis Daerah Marang
c) Ibu Pejabat Polis Daerah Besut

Melaka
Tel : 06-2854222
1) 02/09/2014 hingga 06/09/2014
- Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka,

Perlis
Tel : 04-9082222 Tarikh temuduga akan dimaklumkan kemudian.

Maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi PDRM di www.rmp.gov.my




Temuduga Terbuka Inspektor dan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) PDRM di Seluruh Malaysia - See more at: http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2014/09/polis-temuduga-terbuka-inspektor-dan.html#sthash.Zrnx5xIT.dpuf
Temuduga Terbuka Inspektor dan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) PDRM di Seluruh Malaysia - See more at: http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2014/09/polis-temuduga-terbuka-inspektor-dan.html#sthash.Zrnx5xIT.dpuf
Temuduga Terbuka Inspektor dan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) PDRM di Seluruh Malaysia - See more at: http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2014/09/polis-temuduga-terbuka-inspektor-dan.html#sthash.Zrnx5xIT.dpuf


 



Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia

Lanjutan daripada pengumuman YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan 2010, Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia diperkenalkan sebagai inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan. Skim ini berkuatkuasa mulai 3 Januari 2010.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai skim ini:
 
A. TUJUAN
  1. Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap (contoh: pemandu teksi, penjaja, petani, suri rumah dan nelayan), mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan.
  2. Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah bertujuan menggalakkan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan.
  3. Rasional pelaksanaan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah bagi:
    a)  Menyediakan saluran untuk golongan orang yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
    b)  Meningkatkan jumlah golongan orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP.
    c)  Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada golongan orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.
    d)  Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
 
B. PERMOHONAN PILIHAN SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA
B1. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
  1. Warganegara Malaysia
  2. ‘Orang yang Bekerja Sendiri' ertinya mana-mana orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja; DAN
  3. Merupakan ahli KWSP (Jika belum menjadi ahli, perlu mendaftar di kaunter KWSP dengan menggunakan MyKad atau melalui mel dengan mengemukakan Borang KWSP 3 dan salinan kad pengenalan).
 
B2. CARA MEMOHON
  1. Menggunakan Borang Permohonan Pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (KWSP 16G(1M))yang boleh diperolehi di kaunter KWSP atau dimuat turun dari laman web ini.
  2. Serahan permohonan di kaunter KWSP atau melalui mel.

C. BAYARAN CARUMAN - SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA
C1. SYARAT-SYARAT BAYARAN - SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA
  1. Telah mendaftar sebagai pencarum Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia;
  2. Amaun bayaran minimum caruman adalah RM50; DAN
  3. Had maksimum RM60,000 setahun berkuatkuasa Januari 2013.
Nota:
Had maksimum terkumpul bagi Caruman Pilihan Sendiri, Caruman Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia dan Caruman Penambah Simpanan adalah sebanyak RM60,000 setahun.

C2. CARA MEMBUAT BAYARAN SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA
  1. Menggunakan Borang Bayaran Simpanan Persaraan 1Malaysia - KWSP 6A(2) yang boleh diperolehi di kaunter KWSP atau laman web KWSP.
  2. Borang KWSP 6A(2) hendaklah diserahkan bersama tunai/cek di Kaunter KWSP/mel atau di kaunter ejen bank yang dilantik iaitu RHB, MBB, PBB dan BSN.
 
C3. SUMBANGAN KERAJAAN DAN PENGKREDITAN - SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA
  1. Di samping dividen tahunan, Simpanan Persaraan 1Malaysia juga akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 10% tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM120 setahun (Kadar baru berkuatkuasa 1 Januari 2014). Sumbangan Kerajaan ini hanya untuk tempoh 4 tahun mulai tahun 2014 – 2017.
  2. Ahli yang mempunyai caruman majikan secara tetap (bekerja dan mempunyai pendapatan tetap) tidak layak untuk menerima sumbangan kerajaan.
  3. Sumbangan kerajaan hanya terhad kepada ahli yang berumur kurang 55 tahun sahaja.
  4. KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan sebanyak 2 kali setahun berdasarkan caruman bagi tempoh separuh tahun pertama dan separuh tahun kedua setiap tahun. Sumbangan Kerajaan akan dikreditkan ke akaun ahli sebaik sahaja ianya diterima daripada pihak Kerajaan.
D. PERTANYAAN
 Jika anda mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia, sila hubungi:
• Mana-mana Pejabat KWSP yang berhampiran
• Pusat Pengurusan Panggilan KWSP, Tel: 03-89226000
• Enquiry
Sila nyatakan nombor Kad Pengenalan anda atau nombor ahli KWSP apabila berurusan dengan KWSP. 
E. SOALAN LAZIM
Untuk melihat soalan-soalan lazim berkaitan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia, klik di sini.




 

Diet warna lampu isyarat kurangkan obesiti

Amalan diet dengan menggunakan kaedah melabel makanan mengikut warna lampu isyarat dipercayai dapat membantu mengurangkan kadar peningkatan obesiti dalam kalangan kanak-kanak di negara ini.

Pakar Pemakanan dan Kesihatan Awam, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Wan Abdul Manan Wan Muda berkata, sistem diet berkenaan berupaya mendidik golongan tersebut mengenali makanan sihat pada peringkat awal tumbesaran.

Ujarnya, apa yang perlu dilakukan oleh ibu bapa ialah melabel sendiri bahan makanan atau produk yang dibeli mengikut tiga warna lampu isyarat.

“Warna lampu isyarat iaitu merah, kuning dan hijau menunjukkan tahap bahan ramuan dalam setiap jenis makanan yang disediakan.

“Warna merah memberi maksud makanan tersebut mengandungi kandungan gula dan lemak yang tinggi seperti minuman berkarbonat dan makanan bergoreng.

“Warna kuning merupakan makanan yang mengandungi karbohidrat dan protein yang perlu dikawal jumlahnya dan hijau pula mempunyai khasiat yang mencukupi,” katanya.

Sumber : KOSMO!

Ahad, Ogos 31, 2014

Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam




Pakej Lengkap Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 kini boleh diperolehi di : http://jvsecurepay.com/access/81he/28?camp_id=1713 untuk tempoh terhad.

Pakej ini telah banyak membantu calon-calon peperiksaan SPA terdahulu. Walaupun ia bukanlah soalan bocor atau bukan soalan sebenar namun ia memberikan pendedahan dan gambaran mengenai bentuk soalan sebenar. Anda tidak perlu risau kerana ada jaminan wang dipulangkan.

* Sila share kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang terlibat dengan peperiksaan tersebut. Bantu mereka untuk berjaya. :)







Rabu, Ogos 27, 2014

Kastam sasar 40,000 individu, syarikat daftar GST

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyasar sebanyak 40,000 individu yang menjalankan perniagaan dan syarikat mendaftar bagi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sehingga 30 September ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd Isa Endot berkata, pendaftaran awal itu bertujuan membolehkan syarikat perniagaan di sekitar Kuala Lumpur diberikan pendedahan dan latihan komprehensif berkaitan pelaksanaan GST pada 1 April 2015.

“Pendaftaran ini telah dibuka sejak 1 Jun lepas dan setakat ini bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja sebanyak 4,313 individu dan syarikat telah membuat pendaftaran,” katanya kepada pemberita selepas taklimat majlis Pendaftaran GST secara serentak di JKDM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pada sesi pendaftaran hari ini, sekurang-kurangnya 300 syarikat perniagaan hadir untuk membuat pendaftaran secara serentak.

Mohd Isa berkata bagi menggalakkan pendaftaran awal dalam kalangan individu dan syarikat perniagaan, JDKM Kuala Lumpur telah melaksanakan pendaftaran beramai-ramai secara serentak yang bermula sejak 25 Ogos lepas.

“Walaupun tanggungjawab mendaftar GST adalah terhadap peniaga-peniaga namun kami mengambil langkah proaktif ini dengan mendekati peniaga melalui persatuan-persatuan mereka untuk mempercepatkan proses pendaftaran GST dan membantu mereka untuk membuat pendaftaran secara dalam talian," katanya.

Beliau berkata pendaftaran beramai-ramai secara serentak ini akan diteruskan sepanjang minggu ini dengan kerjasama pelbagai persatuan perniagaan di sekitar Kuala Lumpur.

Katanya langkah ini menunjukkan hasil positif dengan jumlah pendaftaran meningkat sebanyak 30 peratus berbanding minggu sebelumnya.   

“Melalui pendaftaran secara serentak ini, kita telah terima pendaftaran secara purata sehari dalam 200 hingga 300 pendaftaran.   

“Berdasarkan pemerhatian, kebanyakan syarikat perniagaan masih gagal untuk membuat pendaftaran kerana tidak tahu cara yang betul untuk membuat pendaftaran… ada juga yang beranggapan jika telah mendaftar sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), mereka tidak perlu membuat pendaftaran GST," kata Mohd Isa.

Bagi Kuala Lumpur, JKDM telah mengeluarkan sebanyak 67,000 surat pemberitahuan kepada syarikat perniagaan untuk membuat pendaftaran wajib, katanya.

JKDM menyasar sebanyak 123,000 syarikat membuat pendaftaran bagi GST di seluruh negara dan sehingga hari ini sebanyak 19,396 syarikat telah berbuat demikian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, ketika membentangkan Bajet 2014, mengumumkan pelaksanaan GST pada enam peratus untuk  menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sebanyak 16 peratus.

Sumber : BERNAMA


Selasa, Ogos 26, 2014

Format Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41


PANDUAN DAN INFO CONTOH SOALAN PENGUASA KASTAM
http://jvsecurepay.com/access/81he/28?camp_id=1716

SUKATAN PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENGUASA KASTAM GRED W41

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM
Dalam seksyen ini, calon diuji pengetahuan berkenaan urusan perkastaman, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan dalam negara dan luar negara.

Masa : 40 Minit
Soalan : 50 Soalan (Aneka pilihan)

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:
(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
(iii) Konsep Matematik dan Akaun

(i)Kemahiran Logik
Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat.

(ii)Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-datauntuk dianalisis.

(iii) Konsep Matematik dan Akaun
Calon diuji dengan konsep Matematik dan Akaun, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif.

Masa : 45 minit
Soalan : 40 soalan (Aneka pilihan)


SEKSYEN C - UJIAN PSIKOMETRIK

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Masa : 1 jam
Soalan : 200 soalan (Aneka pilihan)




PANDUAN DAN INFO CONTOH SOALAN PENGUASA KASTAM:
Daftar e-mail di : https://groups.google.com/forum/#!forum/penguasakastamw41



Sambutan Hari Wanita Kebangsaan pada 8 September

Sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan Ke-52, yang diraikan hari ini, akan diadakan pada 8 Sept 2014, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata, sambutan itu akan diadakan di Sunway Piramid Convention Centre, Petaling Jaya dan dijadual dirasmikan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

"Sambutan ini diatur agak lewat memandangkan negara masih lagi bersedih dengan tragedi MH17," katanya pada perhimpunan bulanan kementerian itu.

Beliau berkata, Hari Wanita disambut sebagai menghargai wanita yang bersama-sama membangunkan negara sehingga berjaya mencapai kemajuan yang membanggakan.

Tema sambutan tahun ini ialah 'Wanita Pendukung Aspirasi Negara' bagi membuktikan wanita bekerjaya juga cemerlang dalam bidang yang dikecapi, katanya.

Pada majlis sama, Rohani turut melancarkan penerbitan buku jurnal Institut Pengupayaan Wanita NAM (NIEW) 2013 bertemakan wanita dan kepimpinan. Ia hasil kompilasi penyelidikan penulis-penulis dari Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) termasuk Malaysia.

"Penerbitan ini diharap dapat memberi rujukan khususnya kepada pembuat dasar, ahli akademik, usahawan dan tokoh korporat wanita bagi meluaskan pemahaman mengenai isu wanita dan kepimpinan," katanya.

Sumber : BERNAMA



Jumaat, Ogos 22, 2014

Penguasa Kastam Gred W41




Jawatan - Penguasa Kastam Gred W41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional    
         
Kementerian / Jabatan : Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja Malaysia    
         
Jadual Gaji:              
   
Gaji Minimum : RM1,925.00
Gaji Maksimum :    RM8,685.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
   
Syarat Lantikan:    
   
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM1,925.00 ] atau

- Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,131.73 ] atau

- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,235.51 ] atau

- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau

- Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM2,754.41 ] atau

- Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia;
[ Gaji Permulaan : RM2,858.19 ] dan
lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):    
- Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Kastam adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Penguasa Kastam Gred W41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
mempunyai kelayakan di atas; atau lulus Peperiksaan Khas; dan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi / Bidang Tugas:    
- Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.

- Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.

- Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.

- Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.



Pakej Lengkap Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41

Jumaat, Ogos 15, 2014

AirAsia tawar khidmat kurier kos rendah

AirAsia melancarkan perkhidmatan kurier kos rendah 'Redbox' yang bukan sahaja menawarkan penghantaran cepat tetapi juga 50 peratus lebih jimat berbanding syarikat lain.

Perkhidmatan baharu ini dibangunkan sepenuhnya oleh AirAsia bagi menyediakan penghantaran cepat untuk sektor perniagaan, pengguna biasa, korporat dan pekerja asing seberang laut menghantar bungkusan biasa dan produk serta dokumen di semua laluan syarikat penerbangan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata syarikat itu hanya menggunakan 18 peratus daripada ruangan perut pesawat, sekali gus membolehkan syarikat meneroka bidang ini tanpa perlu membeli pesawat kargo.

"Pendapatan sampingan ini menokok sekitar 20 peratus kepada perolehan kami dan kami mahu terus mempertingkatkan perkhidmatan baharu seperti Redbox ini.

"Menerusi Redbox, kami juga berharap untuk membuka horizon baharu perniagaan di Malaysia dan rantau ini," katanya dalam sidang media selepas melancarkan perkhidmatan itu di sini.

Rangkaian laluan AirAsia kini meliputi 88 destinasi dan 22 negara, sekali gus memberi lebih banyak peluang perniagaan untuk usahawan tempatan yang menggunakan perkhidmatan Redbox.

Perkhidmatan baharu ini yang dipasarkan secara bersama oleh R Box Asia Pte Ltd boleh diakses dalam talian di redbox.airasia.com dengan operasi strategik di enam negara Asia dan 31 bandar utama di Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Vietnam dan Nepal.

Syarikat itu juga merancang untuk memperluas perkhidmatan kurier tersebut ke Australia, Jepun, China, Hong Kong dan lain-lain.

- BERNAMA


Recent Posts