Sabtu, Jun 07, 2014

Petua Bahagia Izzue Islam & Isteri



Pelakon Izzue Islam memberitahu dia menghangatkan rumah tangga selepas berkahwin dengan Nurinafilah Waharudin (Awin), 32, dengan cara memberi kejutan kepada isterinya itu pada setiap hari.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 24, berkata, kejutan yang diberikan itu bukanlah berbentuk pemberian barangan tetapi lebih kepada perbuatan agar masing-masing akan berasa dihargai.

"Saya percaya setiap pasangan mempunyai cara tersendiri untuk menghangatkan rumah tangga mereka. Saya pula lebih suka memberi kejutan seperti mencium dahi isteri ketika bangun pagi.

"Walaupun kecil perbuatan itu, isteri semestinya akan berasa dihargai. Begitu juga dengan Awin, ada saja kejutan yang dia lakukan untuk saya. Keadaan itu membuatkan kami berasa seronok dan lebih memerlukan antara satu sama lain," katanya.

Tambah anggota kumpulan Forteen ini, walaupun sudah lima tahun berkenalan sebelum mendirikan rumah tangga, sehingga kini  mereka yang meraikan ulang tahun perkahwinan pertama pada 2 Jun lalu masih lagi berasa seperti sepasang kekasih yang baharu menjalinkan hubungan cinta.

Kata Izzue, dia telah menghadiahkan Awin sebuah jam tangan semepna ulang tahun itu dan tidak sangka pula isterinya itu turut memberikan hadiah serupa kepadanya.

"Memandangkan sekarang ini saya sibuk dengan persiapan pementasan teater Projek Kahwin, jadi saya tidak ada masa nak cari hadiah untuk diberikan kepada isteri.

"Kebetulan pula saya mempunyai sedikit masa waktu rehat, jadi saya terus beli jam tangan untuknya kerana dia pernah meluahkan hasrat mahu beli jam tangan baru.

"Tak sangka pula dia pun menghadiahkan barangan sama kepada saya. Apa-apapun saya bersyukur kerana sudah setahun kami melayari bahtera sebagai pasangan suami isteri. Doakan kami sehingga akhir hayat Insya-Allah," ujarnya.

Sementara itu, lakonan Izzue boleh disaksikan menerusi pementasan teater muzikal Projek Kahwin yang dipentaskan pada 6 hingga 14 Jun ini di Panggung Sari, Istana Budaya.

- mSTAR

Jawatan Kosong Kastam Di Raja Malaysia - 19 Jun 2014


Jawatan Kosong Kastam Di Raja Malaysia - 19 Jun 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebagai:

1. Pembantu Penguasa Kastam W17 - 187 kekosongan
2. Pembantu Penguatkuasa N17 - 16 kekosongan

Syarat Kelayakan 1:
http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/4611

Syarat Kelayakan 2:
http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/3369
 
Permohonan Online SPA:




Jawatan Kosong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - 15 Jun 2014



Jawatan Kosong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - 15 Jun 2014

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan kosong untuk memohon jawatan berikut :

1. Pegawai JUSA C (Terbuka)
2. Pegawai Gred 54 (Terbuka)
3. Pegawai Gred 52 (Terbuka)
4. Pegawai Gred 48 (Terbuka)
5. Pegawai Gred 44 (Terbuka)

Iklan Jawatan Kosong:
http://imej.spa.gov.my/dev/pdf/iklan2014/IklanSPRMJun2014Final.pdf

Permohonan Online SPA:
http://putra6.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Jumaat, Jun 06, 2014

Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) - 14 Jun 2014


Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) - 14 Jun 2014

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong seperti berikut:

PEKERJA SAMBILAN HARIAN

Bayaran Gaji : RM 54.00 sehari
Tempoh Pelantikan : 3 bulan, maximum 6 bulan(berdasarkan project base)

SYARAT PERMOHONAN

- Warganegara Malaysia;
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Tambahan
- Keutamaan kepada pemohon lepasan IPT dan IPTS
- Berkemahiran menggunakan komputer

CARA MEMOHON

Sila kemukakan resume serta salinan sijil berkaitan melalui pos ke alamat berikut:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 8, Blok D7, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62519 PUTRAJAYA
(Puan Rabani binti Mat)

PERHATIAN

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 14 JUN 2014 (SABTU)





Tabung Haji lancar Kad Debit Mastercard


Tabung Haji lancar Kad Debit Mastercard

Tabung Haji mencatatkan seramai 8.4 juta pendeposit setakat akhir Mei tahun ini, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, bilangan pendeposit itu membabitkan jumlah simpanan melebihi RM48 bilion.

"Tabung Haji sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pendeposit. Banyak penambahbaikan serta transformasi dari segi operasi serta perkhidmatan, simpanan dan haji telah dilaksanakan.

"Bilangan pendeposit juga telah meningkat kepada seramai 8.4 juta orang dengan jumlah simpanan melebihi RM48 bilion pada akhir Mei 2014. Ini merupakan pencapaian yang amat membanggakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Tabung Haji Debit-i Mastercard, Buku Coffee Table dan Pusat Perkhidmatan dan Kewangan Islamik (IFiC) di Ibu Pejabat Tabung Haji di sini, Khamis.

Ia dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut hadir Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail.

Mengenai kad debit islamik yang baharu, Jamil Khir berkata, ia merupakan kerjasama dengan MasterCard Malaysia dan Bank Rakyat.

Tambahnya, ia berfungsi seperti wang tunai atau cek peribadi di mana setiap pembelian dan transaksi akan dibayar terus dari akaun simpanan Tabung Haji.

"Kad ini membolehkan pendeposit untuk akses simpanan Tabung Haji. Kad ini membolehkan pendeposit untuk mengakses ke akaun masing-masing dengan lebih mudah dan selamat.

"Kami juga percaya, kad ini nanti akan turut memberi kemudahan kepada jemaah haji dan umrah untuk berurusan semasa di Tanah Suci," katanya.

Tabung Haji Debit-i Mastercard boleh digunakan di lebih 2.5 juta mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan kemudahan membeli-belah di 38 juta premis perniagaan yang menerima MasterCard di seluruh dunia.

Permohonan untuk kad ini boleh dibuat bermula 9 Jun di semua kaunter Tabung Haji seluruh negara.

- mSTAR
 

Jawatan Kosong Perbadanan Putrajaya - 14 Jun 2014


Jawatan Kosong Perbadanan Putrajaya - 14 Jun 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Perbadanan Putrajaya sebagai:

1. Jurutera Awam J41
2. Arkitek J41
3. Pegawai Perubatan Gred UD47
4. Akauntan W41
5. Pegawai Tadbir N41
6. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
7. Penolong Akauntan W27
8. Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi N17
9. Pembantu Penguatkuasa N17

Iklan Jawatan dan Cara Memohon:
- Permohonan hendaklah dibuat secara online di : http://www.jobsmalaysia.gov.my/

Buat Carian Segera dan pilih Cari Majikan serta masukkan keyword : PERBADANAN PUTRAJAYA (dan search). Sila klik pada senarai iklan jawatan dan mohon secara online.



Khamis, Jun 05, 2014

Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) - 13 Jun 2014


Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) - 13 Jun 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sebagai:

1. Pegawai Pertanian G41
2. Pegawai Tadbir N41
3. Pegawai Undang Undang L41
4. Penolong Akauntan W27
5. Penolong Pegawai Tadbir N27
6. Pembantu Tadbir (P/O) N17
7. Pemabantu Tadbir (Kewangan) W17
8. Tukang K2 R11
9. Jurufotografi B11
10. Pemandu Kenderaan R3
11. Pembantu Awam R1

Muat turun iklan jawatan dan syarat kelayakan
http://ejawatan.risda.gov.my/Iklan_Jawatan_RISDA_Mei_2014.pdf

 

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) - 09 Jun 2014


Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) - 09 Jun 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai:

- Pemandu Kenderaan Gred H11

Iklan Jawatan dan Borang Permohonan:
http://www.maiwp.gov.my/i/index.php/perkhidmatan-kami/muat-turun/category/8-jawatan-kosong?download=156:permohonan-jawatan-pemandu-kenderaan-gred-h11

 

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) - 29 Jun 2014



Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) - 29 Jun 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sebagai:

1. Pegawai Penyelidik Sosial N48
2. Pegawai Penyelidik Sosial N41
2. Pengawai Penyelidik Q53/54-Q41

Iklan Jawatan dan Borang Permohonan:
http://jawatankosong.miros.gov.my/Iklan_JawatanKosong.aspx

 

Rabu, Jun 04, 2014

Jawatan Kosong Pegawai Tadbir Dan Diplomatik PTD



Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang memenuhi syarat dan kelayakan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) sebagai:

- Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41

Iklan Jawatan:
http://imej.spa.gov.my/dev/pdf/iklan2014/IklanPTDJun2014Portal.png

Syarat Kelayakan:
http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/Ijazah/1609

Permohonan Online:
http://putra6.spa.gov.my/spa8new/login.jsp


Untuk mendapatkan Panduan Lengkap Peperiksaan Online SPA bagi Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik - PTD Gred M41, sila dapatkan di: http://jvsecurepay.com/affiliates/ptd/28


Isnin, Jun 02, 2014

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Terengganu (UMT) - 15 Jun 2014


Jawatan Kosong Universiti Malaysia Terengganu (UMT) - 15 Jun 2014

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong seperti berikut:

1. Pustakawan
2. Pegawai Keselamatan (Kontrak)
3. Pegawai Penyelidik
4. Pegawai Sains
5. Pegawai Teknologi Maklumat
6. Pegawai Tadbir
7. Pegawai Tadbir (Kontrak)
8. Penolong Pegawai Perubatan
9. Penolong Jurutera
10. Penolong Pegawai Pertanian
11. Penolong Pegawai Sains
12. Penolong Pegawai Penyediaan Makanan
13. Penolong Pegawai Tadbir
14. Juruteknik Komputer
15. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
16. Pembantu Laut
17. Pembantu Perikanan
18. Pegawai Kebudayaan
19. Pembantu Kemahiran (Kontrak)
20. Pegawai Keselamatan
21. Pembantu Operasi
22. Pembantu Awam

Iklan Jawatan & Borang Permohonan Online:
http://job.umt.edu.my/job_online/

 


Recent Posts