Selasa, Oktober 01, 2013

PPPM melahirkan murid kritis

Keperluan pembelajaran negara menjelang abad ke-21 menyasarkan agar murid di negara ini mempunyai minda yang kritis dan kreatif, tidak semata-mata lagi berlandaskan buku atau memenuhi kehendak peperiksaan awam untuk lulus cemerlang semata-mata.

Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Dr. Azian Tengku Syed Abdullah berkata, perubahan itu hanya mampu dicapai melalui pelaksanaan berkesan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Melalui peringkat itu, katanya, PPPM bermatlamat mahu melahirkan bukan sahaja murid-murid yang cemerlang tetapi yang mempunyai daya fikir yang tinggi.

"Untuk mencapai hasrat ini, kemahiran berfikir aras tinggi atau Higher Order Thinking Skills (HOTS) di kalangan murid dan guru akan dimantapkan lagi dengan memberi pendedahan yang komprehensif untuk golongan sasaran tersebut.

''Hal ini agar HOTS dapat diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara sistematik dan efektif, '' katanya ketika ditemui dalam sidang akhbar di Putrajaya baru-baru ini.

Menurut beliau, sistem pendidikan negara perlu ditambah baik berdasarkan tanda aras sistem pendidikan negara lain mengikut standard antarabangsa antaranya termasuklah bidang matematik, sains dan bahasa Inggeris, serta kemahiran berfikir aras tinggi yang melibatkan aplikasi, penaakulan, dan penyelesaian masalah.

Jelas beliau, elemen itu bukan sahaja menekankan kepentingan pengetahuan dan kemahiran, tetapi juga pembangunan kemahiran pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, kemahiran memimpin, kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, sahsiah dan nilai serta semangat identiti nasional yang kuat.

PPPM juga, ujarnya, mengkehendaki murid memiliki kemahiran berfikir dan mempunyai skil kepimpinan di samping mempunyai semangat ingin tahu, dan belajar cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat, serta mampu menghubung kait pelbagai pengetahuan.

Selain itu, menurutnya, PPPM menggariskan hala tuju dasar jangka panjang bagi menampung perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan antarabangsa sekali gus menuntut murid di Malaysia bersaing dengan murid terbaik di peringkat antarabangsa.

"Oleh itu, demi melahirkan bakat yang kompetitif di peringkat global, kita tiada pilihan lain selain bersedia menyahut cabaran tersebut dan pada masa sama menyediakan sistem pendidikan yang mampu berdaya saing.

"Usaha ini boleh dicapai melalui inisiatif mengikut bidang keutamaan ke arah memastikan pulangan atas pelaburan yang optimum dalam bentuk keberhasilan murid,'' kata beliau.

Pada masa yang sama, kata Azian, penyediaan PPPM bukan rancangan yang dirangka dengan mudah dan disiapkan dalam tempoh yang singkat, sebaliknya disiapkan selepas mengambil kira analisis, temu bual, tinjauan dan kajian.

Beliau menambah, PPPM melibatkan cadangan panel pakar pendidikan negara dan antarabangsa terutama UNECSO, perbincangan berterusan di peringkat kementerian, guru, pemimpin sekolah dan ibu bapa.

"Laporan ini menegaskan semula matlamat Malaysia terhadap sistem pendidikan berfokuskan pendidikan murid secara holistik, dan menyediakan negara untuk masa depan.

''Perubahan yang dibuat dalam sistem pendidikan negara melalui PPPM ini berdasarkan kehendak dan perubahan ekonomi dunia yang dengan itu memerlukan murid kita mampu berfikir dengan lebih kritis, kreatif dan inovatif,'' katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, bagi memenuhi permintaan globalisasi yang sentiasa meningkat terutama aspek pendidikan, Malaysia juga perlu menganjak perubahan, sama seperti tindakan yang diambil oleh negara-negara lain yang maju bersaing di peringkat antarabangsa.

- UTUSAN


Tawaran menjadi Guru hanya kepada graduan terbaik

Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tawaran kepada hanya graduan terbaik untuk ditempatkan sebagai guru di sekolah-sekolah merupakan antara usaha meningkatkan taraf pendidikan negara.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, syarat kemasukan ketat itu dapat membantu memperkasa mutu pendidikan negara selain melonjak imej profesion perguruan sebagai profesion yang hanya menerima calon terbaik.

Menurut beliau, jika sebelum ini lepasan institut pendidikan guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dijamin lantikan mereka sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi, keadaan itu telah diubah bagi memastikan hanya graduan terbaik layak menjadi guru.

"Jaminan pelantikan ini akan digantikan secara berperingkat dan hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik serta berkelayakan ditawarkan jawatan guru," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perjumpaan khas bersama warga IPG Kampus Zon Sabah, di Kota Kinabalu, Sabah.

Yang hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Pengarah Pendidikan Negeri, Jame Alip.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, kementerian mengambil perhatian serius mengenai isu pelantikan dan penempatan graduan pendidikan sama ada graduan lepasan IPTA mahupun IPG.

Menurut beliau, isu tersebut telah diperhalusi dengan mengambil kira keperluan guru terlatih yang diunjurkan pihak kementerian untuk jangka masa panjang.

Katanya, bagi memastikan pelantikan guru baharu dipilih dalam kalangan calon yang berkualiti, prosedur penempatan secara automatik selepas tamat pengajian tidak lagi dilaksanakan.

"Mulai tahun lalu, semua graduan pendidikan yang berjaya menamatkan pengajian di IPTA dan IPG perlu mengemukakan permohonan jawatan PPPS Gred DG 41 kepada pihak berkuasa melantik iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang mana mereka perlu menjalani penilaian serta temuduga," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak RM15.9 juta diperuntukkan oleh kerajaan baru-baru ini bagi meningkatkan infrastruktur sekolah dan rumah guru di Sabah.

- UTUSAN


Isnin, September 30, 2013

PENGAMBILAN JURURAWAT U29 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) - LEPASAN IPTS



Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mempelawa lulusan Diploma Sains Kejururawatan daripada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) untuk mengisi 2,750 kekosongan jawatan Jururawat Gred U29.

Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, kekosongan jawatan itu terbuka kepada calon bukan di bawah tajaan Kementerian Kesihatan.

"Calon yang berminat bolehlah mendaftar permohonan masing-masing menggunakan borang dalam talian melalui laman web SPA di www.spa.gov.my dan tarikh tutupnya pada 13 Oktober ini sebelum pukul 11.59 malam,'' katanya.

Mahmood berkata, bagi permohonan yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan akan dipanggil menghadiri sesi temuduga. SPA akan mengeluarkan surat tawaran lantikan kepada calon yang berjaya manakala penempatannya pula akan dihantar oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan.

"Calon yang berjaya akan ditempatkan di hospital atau klinik kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan. Jururawat Gred U29 berpeluang untuk dinaikkan pangkat ke gred seterusnya tetapi tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam Skim Perkhidmatan Jururawat,'' katanya.

Iklan Pengambilan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Oktober 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/pengambilan-suruhanjaya-perkhidmatan_30.html





Sabtu, September 28, 2013

TNB perkenal bil elektrik baru mulai 1 Oktober 2013

Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memperkenal bil elektrik berwajah baru kepada pengguna di seluruh Semenanjung dengan penambahbaikan rekabentuk dan maklumat, mulai 1 Oktober 2013.
   
Menurut kenyataan TNB, langkah itu dibuat susulan tempoh percubaan selama sembilan bulan melibatkan 2.6 juta pelanggan.
   
Antara pembaharuan yang dilaksanakan ialah kaedah kiraan bil lebih mudah difahami, keterangan lebih jelas mengenai kiraan bil dan reka bentuk bil yang menepati kehendak pelanggan.
   
"TNB bekerjasama dengan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) untuk bil baru itu selain mengambil kira pandangan dan perspektif pengguna," menurut syarikat utiliti itu.
   
Bil berwajah baru itu melibatkan 7.8 juta pelanggan daripada kategori pelanggan kuasa biasa iaitu kediaman, perdagangan, perindustrian dan lampu jalan.
   
- BERNAMA


Maxis lancar pelan prabayar baharu #Hotlink


Maxis lancar pelan prabayar baharu #Hotlink

Maxis Bhd. (Maxis), melancarkan pelan prabayar terbaharu #Hotlink, disasarkan kepada pengguna yang memerlukan sambungan internet sepanjang masa.

Pelan #Hotlink menawarkan pelanggan perkhidmatan internet asas berterusan dengan percuma pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Ketua Perniagaan Pengguna Maxis, Dushyan Vaithiyanathan (gambar) berkata, pelan prabayar baharu itu amat bersesuaian dengan persekitaran internet mudah alih hari ini yang mana sambungan berterusan bukan lagi satu kemewahan, tetapi keperluan.

"Ini adalah satu pelan mudah, fleksibel dan relevan kepada keperluan masyarakat prabayar kami," katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran pelan prabayar #Hotlink di sini hari ini.

Jelasnya, pelan itu merupakan satu kategori baharu penggunaan internet mudah alih untuk menghapuskan halangan kemasukan yang tinggi kerana tiada caj setiap kali penggunaan.

#Hotlink menawarkan pramuat kredit sebanyak RM5 dan beberapa faedah dengan harga RM8.80.

Antara faedahnya ialah internet asas percuma pada 64 Kilobait sesaat (Kbps) selagi pelan prabayar pelanggan kekal aktif, kadar rata rendah sebanyak 12 sen setiap 30 saat untuk panggilan suara dan 7 sen untuk khidmat pesanan ringkas (SMS) ke semua rangkaian.

Untuk mendapatkan pelan baharu #Hotlink, pelanggan hanya perlu melawat kedai Hotlink atau Maxis. Pelanggan sedia ada Hotlink juga boleh mendapatkan pelan baru ini.

- UTUSAN

Khamis, September 26, 2013

JAWATAN KOSONG TERKINI - 25 SEP 2013

JAWATAN KOSONG TERKINI - 25 SEP 2013

Sila like dan share FB Jawatan Kosong Terkini : http://www.facebook.com/jawatankerjakosongterkini

Temuduga Terbuka Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) - 27 Sep 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/temuduga-terbuka-kementerian-pendidikan.html

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) Sep / Okt 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/pengambilan-perajurit-muda-tudm-sep-okt.html

Jawatan Kosong Lembaga Koko Malaysia - Tarikh Tutup : 4 Okt 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/jawatan-kosong-lembaga-koko-malaysia.html

Skim Sangkutan dan Latihan (SSL) di Jabatan Pelajaran Sabah - Tarikh Tutup : 27 Sep 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/skim-sangkutan-dan-latihan-ssl-di.html

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor - Tarikh Tutup : 7 Okt 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/jawatan-kosong-uitm-johor-tarikh-tutup.html

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka - Tarikh Tutup : 7 Okt 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/jawatan-kosong-uitm-melaka-tarikh-tutup.html

Jawatan Kosong Jabatan Kesihatan Negeri Johor - Tarikh Tutup : 2 Okt 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/jawatan-kosong-jabatan-kesihatan-negeri.html

Jawatan Kosong Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) - Tarikh Tutup : 30 Sep 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/jawatan-kosong-kumpulan-wang-simpanan.html

Kepada calon yang akan menghadiri temuduga kerja, boleh mendapatkan Panduan Lulus Temuduga Kerja di : http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=my



Bekas MB Kedah Tan Sri Azizan Razak Meninggal Dunia



Bekas MB Kedah Tan Sri Azizan Razak Meninggal Dunia

Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak, 69, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada pagi Khamis.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau menerima mesej teks tentang berita ini beberapa minit selepas Azizan menghembuskan nafas terakhir.

Pada Rabu lalu Azizan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami serangan jantung di hospital.

Keadaan Azizan lemah sejak pukul 1.00 pagi hari berkenaan dan beliau mengalami serangan jantung dua jam kemudian.

Beliau tidak sedarkan diri dan telah diletakkan di bawah pemerhatian rapi.

Ketua Penerangan PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata Azizan mengalami serangan jantung kedua pada tengah hari Rabu lalu.

Kaki Azizan telah dipotong di bawah paras lutut pada bulan Mei lepas akibat komplikasi kencing manis yang kronik. Azizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau dimasukkan ke hospital swasta di sini pada 6 Mei lalu dan dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang pada hari yang sama.

Beliau telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah bulan lepas.

- mSTAR


'Orang minyak' ditahan berkeliaran di Terengganu


'Orang minyak' ditahan berkeliaran di Terengganu

MARANG - Seorang lelaki dipercayai ada hubung kait dengan kes serangan ‘orang minyak’ yang berlaku di sekitar Bukit Payung dan Padang Midin, Kuala Terengganu diberkas di persimpangan jalan Kampung Machang Lada, di sini, semalam.

Lelaki berusia 42 tahun disyaki kurang siuman itu ditahan sekumpulan ahli Rakan Muda (Crime Awareness Team) selepas didapati berkeliaran dalam keadaan separuh bogel di persimpangan jalan berkenaan.

Sebelum diberkas kira-kira jam 2.45 pagi, ahli Rakan Muda terbabit diketuai jurulatihnya, Mohd Sukri Embong, 45, terserempak dengan lelaki berkenaan ketika membuat rondaan.

“Lelaki itu berjalan di hadapan kami.  Sebaik sahaja melihatnya dalam keadaan separuh bogel ala ‘orang minyak’, kami segera menahannya dan kemudiannya terus menghubungi polis.

“Beberapa minit selepas itu, dua anggota polis tiba dan kami menyerahkannya kepada anggota terbabit untuk tindakan lanjut,” kata Mohd Sukri.

Pada 15 September lalu, Sinar Harian melaporkan seorang pelajar berumur 17 tahun mendakwa lelaki separuh bogel memakai topeng ‘zorro’ telah menceroboh biliknya.

Mangsa yang tinggal di Kampung Tok Renek mendakwa, selepas tersedar dari tidur dia melihat lelaki berkenaan berada di atas badannya dan semasa cuba menjerit, suspek segera menutup mulutnya selepas memasukan cecair seperti minyak.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, lelaki terbabit yang tidak memakai seluar itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila bapa mangsa menyergahnya lalu melarikan diri bersama telefon bimbit milik mangsa.

Berikutan kejadian itu, pelbagai pihak termasuk NGO melakukan rondaan bagi membantu polis mengesan suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan penangkapan suspek berusia 42 tahun itu.

Difahamkan lelaki terbabit telah diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut selepas disahkan tidak siuman.

Dalam pada itu, pasukan rondaan Rakan Muda termasuk Belia Bestari (BBest) Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu serta NGO lain akan terus melakukan rondaan di kawasan kampung berkenaan walaupun kes itu dianggap selesai.

- SINAR HARIAN

 


Rabu, September 25, 2013

Pengambilan polis wanita ditambah

Pengambilan anggota polis wanita akan ditambah sehingga 30 peratus dalam usaha menjaga keselamatan dan kesejahteraan terutama wanita dan kanak-kanak.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata ketika ini hanya 10.4 peratus atau 11,523 anggota wanita pelbagai pangkat berkhidmat di seluruh negara.

“Pengambilan konstabel wanita sedang dijalankan di seluruh negara selepas pengambilannya terhenti sejak tiga tahun lalu. Pada masa sama, bilangan anggota wanita berpangkat Superintendan ke atas turut ditambah kerana secara keseluruhan hanya 58 orang saja atau 7.4 peratus pegawai wanita,” katanya selepas Majlis Perasmian Seminar Polis Wanita 2013, di Shah Alam.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Logistik, Datuk Zulkifli Abdulah; Pengarah Pengurusan, Datuk Mortadza Nazarene dan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan serta Timbalan Pengarah (I), Jabatan Logistik merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita, Datuk Zubaidah Md Ismail.

Home guard

Terdahulu, ketika merasmikan seminar itu, Mohd Bakri berkata pembabitan wanita dalam bidang kepolisan bermula sejak 1950, sebelum Malaysia merdeka lagi.

“Dulu mereka bermula dengan ‘home guard’ yang bertujuan menyahut seruan pembabitan orang awam secara sukarela dalam kegiatan menentang pengganas komunis.

“Sejak itu, pembabitan wanita dalam tugas-tugas keselamatan semakin dirasai, terutama apabila pihak pasukan keselamatan memerlukan polis wanita untuk memeriksa penjenayah wanita,” katanya.

Katanya, kesedaran itu beralih menjadi satu keperluan untuk menubuhkan pasukan polis wanita bagi melaksanakan tugas-tugas kepolisan sejajar dengan peruntukan undang-undang.

- BERITA HARIAN


Kurangkan garam dalam makanan

Bagi mereka yang tidak peka atau kurang prihatin dengan penyakit darah tinggi, lihatlah data Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2006 bahawa penyakit itu lebih berisiko kepada golongan dewasa berusia 30 tahun ke atas terutama warga emas.

Menurut Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Datin Dr. Chia Yook Chin, peratusan penghidap penyakit darah tinggi di negara ini juga bertambah sebanyak 30 peratus sejak 2006 dengan anggaran 4.8 juta individu menghidap penyakit itu ketika ini.

Tambah beliau, jumlah tersebut tinggi ekoran amalan gaya hidup serta budaya pemakanan yang tidak sihat.

"Jika dilihat daripada statistik terkini, sebenarnya dua per tiga daripada jumlah ini tidak menyedari bahawa mereka menghidap penyakit darah tinggi.

"Apa yang lebih membimbangkan, jumlah tersebut dijangka meningkat dua kali ganda pada 2025.

"Jadi, disarankan agar setiap anggota masyarakat menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun dalam usaha mengetahui badan bebas daripada penyakit,"ujarnya pada sidang akhbar sempena kursus ketahanan hipertensi di Pusat Perubatan Sime Darby di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah beliau, pemeriksaan awal penting dan sekiranya seseorang itu didapati mempunyai penyakit, rawatan awal bukan sahaja mampu menyelamatkan nyawa malah juga dapat mengurangkan berlakunya strok.

Hari ini dengan pelbagai teknologi canggih yang ada dan ditambah pula dengan pelbagai kajian, pelbagai rawatan juga mampu diberikan kepada pesakit.

Bukan itu sahaja, pelbagai jenis ubat juga telah dicipta dalam usaha membendung pelbagai penyakit yang 'menyerang' masyarakat hari ini.

Yook Chin turut menasihati mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi agar sentiasa mengambil ubat tepat pada masanya dan sentiasalah berkomunikasi dengan doktor masing-masing dalam usaha mengetahui tahap kesihatan dari semasa ke semasa.

Ini kerana sekiranya pesakit tidak mengambil ubat mengikut seperti yang diarahkan penyakit yang sedia ada akan menjadi bertambah teruk malahan akan merebak ke bahagian lain.

Penyakit ini akan menjadi bertambah teruk sekiranya pesakit mempunyai penyakit lain seperti kencing manis, kolestrol tinggi, dan tidak ketinggalan kepada mereka yang merokok.

Berbicara lanjut mengenai penyakit darah tinggi ini, jelas Yook Chin, sebenarnya pengambilan garam yang tinggi dalam makanan antara salah satu penyebab utama darah tinggi.

Penyebab-penyebab lain yang mampu mengundang penyakit darah tinggi ialah faktor umur, berat badan berlebihan, dan kurang senaman. Namun apa yang pasti katanya, punca sebenar kepada penyakit darah tinggi tidak diketahui.

Dalam majlis itu juga, pasukan perubatan daripada pusat perubatan tersebut memperkenal teknologi dan kaedah terkini dalam merawat hipertensi yang digelar OneShot Renal Denervation System.

Kaedah rawatan itu telah digunakan pakai di Eropah dan Malaysia merupakan negara pertama menggunakannya di rantau ini.

Dalam pada itu, Yook Chin menyeru penggiat industri makanan terutama pengusaha restoran turut membantu menangani masalah penyakit darah tinggi ini dengan mengurangkan penggunaan garam dalam hidangan mereka.

"Sewajarnya mereka perlu ada pengetahuan mengawal penggunaan garam dalam penyediaan makanan dan menggunakan bahan perisa asli yang lebih berkhasiat tanpa menjejaskan keenakan hidangan yang disediakan.

"Pada masa yang sama, masyarakat turut diseru agar menjalani gaya hidup yang lebih sihat dengan melakukan senaman setiap hari kerana apa yang membimbangkan keadaan atau situasi hari ini (sakit) dilihat semakin teruk," katanya sebelum mengakhiri bicara.

- UTUSAN


Rabu, September 18, 2013

Peluang guru mohon tukar sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan peluang bersyarat kepada guru dari Semenanjung, yang kini mengajar di Sabah dan Sarawak untuk pulang bertugas ke negeri pilihan, mulai Januari 2014.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata tawaran sama juga dibuka kepada guru dari kedua-dua negeri itu, yang sedang bertugas di Semenanjung, tetapi berminat kembali berkhidmat di kampung halaman masing-masing.

“Kita membuat kajian terperinci dan mencari mekanisme terbaik bagi memastikan guru tiada masalah besar menjalankan tugasan di lokasi mereka ditempatkan.

“Bagaimanapun, melalui kajian sama, kita menetapkan beberapa faktor melayakkan permohonan guru untuk bertukar sekolah seperti pasangan suami atau isteri bertugas di negeri berbeza dan sudah mengajar di sesuatu kawasan terlalu lama.

“Kajian dan mekanisme ini penting kerana kita banyak menerima permohonan pertukaran daripada guru, terutama yang berasal dari Semenanjung dan kini mengajar di Sabah atau Sarawak untuk pulang ke negeri asal masing-masing,” katanya.

Sementara itu, mengulas isu sama pada sidang media selepas Majlis Sarapan Bersama Ibu Bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana, di sini, semalam, Idris berkata, tawaran itu turut membolehkan mana-mana guru untuk mengajar di negeri lebih jauh, mengikut pilihan masing-masing sama ada di sekolah Semenanjung atau Sabah dan Sarawak.

Pada majlis sama, Idris turut mengumumkan peruntukan RM20,000 kepada SK Seri Pristana bagi menaik taraf infrastruktur dan keperluan sekolah berkenaan.

Beliau turut mengadakan lawatan ke bilik persalinan sekolah terbabit yang mencetuskan kontroversi pada Ramadan lalu berikutan pengurusan sekolah dikata mengarahkan murid bukan Islam makan pada waktu rehat di situ, yang didakwa adalah tandas.

Mengulas isu berkenaan, Idris berkata, hasil pemeriksaan dan pemerhatian dijalankan beberapa pihak mendapati dakwaan itu tidak tepat kerana bilik dimaksudkan bukan tandas, malah ia juga dalam keadaan bersih.

“Kunjungan saya hari ini (semalam) turut mendapati kantin yang dibaik pulih pada bulan puasa lalu sudah beroperasi semula, jadi saya anggap kontroversi ini sudah tamat” katanya.

Sumber : BERITA HARIAN



Recent Posts