Khamis, Mac 28, 2013

Penduduk Malaysia belanja RM1,074 beli dalam talian secara online

Kajian yang dilakukan oleh laman sesawang e-dagang Jepun, Rakuten, mendapati perbelanjaan purata rakyat Malaysia yang membeli belah secara dalam talian sepanjang tahun lalu berjumlah RM1,074.

Nilai itu adalah lebih tinggi berbanding perbelanjaan purata di negara jiran seperti Thailand dan Indonesia iaitu sekitar AS$239 (RM746).

Namun, menurut Rakuten, perbelanjaan purata itu lebih kurang berbanding United Kingdom (UK) yang mencatatkan perbelanjaan purata sebanyak AS$1,700 (RM5,308).

Perbelanjaan purata global bagi 2012 adalah sebanyak AS$725 (RM2,263)

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Rakuten Online Shopping, Masaya Ueno berkata, hasil kajian itu menunjukkan rakyat Malaysia tidak ketinggalan di dalam industri perniagaan menerusi talian seperti negara-negara lain.

"Kadar itu meningkat berbanding dua tahun lalu. Hal itu disumbangkan oleh rangkaian Internet yang baik serta bilangan pengguna laman-laman sosial seperti Facebook dan pelbagai jenama lagi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, kajian itu juga mendapati rakyat negara ini masih selesa menggunakan komputer peribadi jika mahu membeli belah secara talian, daripada menggunakan telefon pintar atau tablet.

Sumber : UTUSAN



Zikir bantu tenangkan perasaan

Perasaan risau, kusut hati, sedih dan resah boleh menimpa sesiapa saja. Walaupun selalunya perasaan negatif ini timbul selepas berlaku perkara tidak diingini dalam kehidupan tetapi ada masanya ia datang secara tiba-tiba.

Tanda-tanda seseorang itu sedang mengalami kerisauan dan kesedihan ialah rasa letih atau tidak bermaya, pening kepala, jantung sentiasa berdebar-debar, tidak nyenyak tidur, sudah tidur, resah gelisah dan cepat naik darah.

Kurang daya tumpuan, tidak lalu makan atau makan secara berlebihan, tidak boleh membuat keputusan, selalu dalam keadaan muram, suka mendiamkan diri serta menjadi anti sosial.

Banyak zikir tenang hati

Perasaan risau, kusut hati, sedih dan resah ini sungguh bahaya kerana ia akan membuatkan kita membenci diri serta kehidupan. Justeru, mereka yang dilanda perasaan ini boleh menenangkan hati dengan banyakkan berzikir.

Berzikirlah dengan nama Allah SWT, ‘Ya Allah’ seberapa banyak yang mungkin di mana saja kita berada. Jika dibaca dengan penuh iman dan khusyuk, nescaya Allah SWT akan menghilangkan segala perasaan negatif yang ada serta melapangkan dada kita.

Begitu juga asmaul husna yang lain seperti Ar-Rahman bererti mempunyai rahmat yang luas dan melimpah. Barang siapa berzikir ‘Ya Rahman’, Allah SWT akan menghilangkan perasaan kusut di hatinya dan memudahkan urusan dunia.

Al-Quddus bererti Allah SWT itu suci dan bersih daripada segala kesilapan, kecacatan, kegagalan , dan kekurangan. Barang Siapa membaca ‘Ya Quddus’ sekurang-kurangnya 100 kali setiap hari akan menghilangkan kepadanya perasaan risau dan kusut fikiran.

Hilangkan rasa sedih

Al-Ghaffur bererti yang Maha Pengampun dan Pemaaf. Berzikir ‘Al-Ghaffur’ sebanyak mana yang boleh dengan penuh iman, nescaya Allah SWT akan menghilangkan perasaan kusut, resah dan sedih di hati hamba-Nya.

Barang siapa berzikir ‘Ya Baaqiy’ sebanyak 1000 kali semasa dalam kesedihan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, Insya Allah, Yang Maha Pencipta akan membantunya semasa kesusahan dan menghilangkan perasaan sedih serta duka di hatinya.

As-Sabuur ertinya yang Maha Sabar. Berzikir ‘Ya Sabuur’ sebanyak mana yang boleh, di mana saja kita berada, perasaan sedih atau risau akan hilang secepat mungkin dengan izin Allah.

- BERITA HARIAN


Rabu, Mac 27, 2013

Selangor Bubar DUN 22 April 2013

Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 22 April ini jika Parlimen masih belum dibubarkan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata perbincangan sedang diadakan dengan kerajaan Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah untuk turut sama mengambil tindakan serupa sepertimana Selangor.

"Buat masa ini, kita bincang dahulu dengan Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah. Jika mereka setuju, kita akan bubar serentak," kata Abdul Khalid pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya.

Turut hadir Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Sebelum ini, kerajaan Kelantan pimpinan PAS dilaporkan bersetuju membubarkan DUN bersama-sama dengan kerajaan pusat.

Sementara itu, Anwar yang ditanya tempoh masa yang akan diambil untuk perbincangan berkenaan, berkata pihaknya tidak menentukan sebarang tempoh masa.

"Sekarang kita bincang dahulu," katanya.

Sumber : BERNAMA




Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Pulau Pinang - Tarikh Tutup : 4 April 2013

JAWATAN:
1. PEKERJA AWAM KHAS R3
2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29

IKLAN JAWATAN:
http://e2psm.penang.gov.my/login.php?order_by=tarikh_buka&order_seq=desc&

BORANG PERMOHONAN ONLINE:
http://e2psm.penang.gov.my/login.php?order_by=tarikh_buka&order_seq=desc&

Tarikh Tutup : 4 April 2013


Jawatan Kosong Universiti Malaysia Kelantan (UMK) - Tarikh Tutup : 15 April 2013

JAWATAN:
1. Profesor VK7/6/5
2. Profesor Madya DS53/54
3. Pensyarah Kanan DS51/52
4. Pensyarah DS45
5. Guru Bahasa DG41
6. Pensyarah Muda

IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON:
http://www.umk.edu.my/rasmi/images/document/aca_jobs.pdf

Tarikh Tutup : 15 April 2013


Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) - Tarikh Tutup : 1 April 2013

JAWATAN:
1. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA
2. AKAUNTAN

IKLAN JAWATAN:
http://www.mbi.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=8c663ef8-ea1f-436f-9e5b-954dd24109f8&groupId=974782

BORANG PERMOHONAN ONLINE:
http://egerbang.perak.gov.my/vacancy

Tarikh Tutup : 1 April 2013




Jawatan Kosong Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) - Tarikh Tutup : 1 April 2013

JAWATAN:
1. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
2. Penolong Akauntan

IKLAN JAWATAN:
http://www.lpp.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=476e4e7c-4107-4a4c-8577-8019a5821e6d&groupId=55228

Tarikh Tutup : 1 April 2013



Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Pahang - Tarikh Tutup : 30 Mac 2013

JAWATAN:

1. Tukang K2 Gred R11
2. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17

IKLAN JAWATAN:
http://spa.pahang.gov.my/index.php/ms/perjawatan/muatturun/borang?download=2:iklan-dan-panduan

BORANG PERMOHONAN:
http://spa.pahang.gov.my/index.php/ms/perjawatan/muatturun/borang?download=1:borangspa-phg-2

Tarikh Tutup : 30 Mac 2013



Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) Johor - Tarikh Tutup : 30 Mac 2013

JAWATAN:
1. Akauntan W41
2. Penolong Pegawai Tadbir N27
3. Pembantu Penilaian W17

MAKLUMAT LANJUT:
http://www.mppg.gov.my/web/guest/peluang_pekerjaan

IKLAN JAWATAN:
http://www.mppg.gov.my/documents/10124/24edec82-cb08-4a1e-90b8-8c6812c250f0

BORANG PERMOHONAN:
http://www.mppg.gov.my/documents/10124/fd7ce11c-b8bf-4252-b0ed-10cf36cf3687

Tarikh Tutup : 31 Mac 2013

Selasa, Mac 26, 2013

Empat Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan mengguna empat produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual merkuri dan tretinoin.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah A.Rahman berkata empat produck berkenaan ialah Acrena Pure Herbal Papaya Soap, White Complex, SS Pearl Cream dan SS Vita C Night Repair.
Beliau berkata produk kosmetik itu yang dicampur dengan bahan merkuri biasanya didapati pada produk yang dipasarkan untuk mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan.

"Penggunaan merkuri dan tretinoin dalam produk kosmetik adalah tidak dibenarkan dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Beliau berkata tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Justeru, katanya, sesiapa yang mempunyai stok produk itu dinasihatkan supaya menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk berkenaan dengan serta-merta.

- BERNAMA




Jakim Lancar Aplikasi Telefon Pintar 'Halal Square' dan 'Halal Inside' Boleh Kesan Premis Makanan Halal

Umat Islam kini boleh mengesan premis yang memiliki sijil halal menggunakan telefon pintar menerusi aplikasi 'Halal Square' dan 'Halal Inside'.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata sistem itu memaparkan carian status halal syarikat, produk, premis makanan dan menu yang tersenarai dalam direktori Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)serta lengkap dengan tarikh luput sijil halal.

"Ia mampu memberikan maklumat dimana nak cari restoran dan juga premis makanan yang bukan sekadar halal tetapi ada sijil halal dari JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi itu di sini, Selasa.

Pengguna telefon pintar berasaskan Android, ios dan Windows Phone 8 boleh memuat turun aplikasi itu secara percuma bermula Selasa.

Aplikasi itu dibangunkan dengan kerjasama strategik antara JAKIM dan syarikat reka bentuk litar elektronik, Malaysia Microelectronic Solutions Sdn Bhd (My-MS).

Jamil Khir berkata pelaksanaan aplikasi itu dilihat dapat merancakkan industri halal dalam negara.

"Siapa yang dapat sijil halal ia semacam diiklankan pula dalam telefon bimbit yang ada aplikasi Halal Square dan Halal Inside dan ini merupakan satu peluang tambahan kepada peniaga," katanya, sambil berharap My-Ms dapat memperluaskan penggunaan aplikasi itu meliputi produk farmaseutikal dan barangan kecantikan wanita.

Ketua Pegawai Eksekutif My-MS Sdn Bhd Amirul Syafiq Ali berkata aplikasi Halal Square adalah berasaskan teknologi 'near field communication' dan 'geo location' yang berupaya menunjukkan arah dan jarak perjalanan ke premis makanan halal terbabit.

"Manakala Halal Inside pula membolehkan pengguna mengemas kini status dan berinteraksi sesama rakan mengenai premis halal terbabit secara 'real time'," katanya.

Amirul Syafiq menambah pengguna aplikasi terbabit boleh menggunakannya di seluruh dunia bagi mencari premis makanan halal yang disahkan oleh badan atau agensi Islam yang mempunyai hubungan dengan JAKIM.

- BERNAMA


Recent Posts