Sabtu, Februari 26, 2011

Cadangan Projek Sistem Transit MRT Lembah Klang


Projek Sistem Transit MRT Lembah Klang yang akan dimulakan pembinaannya tahun ini & dijangka siap pada 2016. Ianya menghubungkan 35 stesen sepanjang 51km termasuk 9.5km drpdnya berada di bawah tanah, bermula dari Sg Buloh hinggalah ke Kajang. Maklumat ini dipertontonkan pada org ramai di pejabat2 majlis perbandaran yang terlibat termasuk DBKL, bermula 14 Feb 2011 - 14 Mei 2011. Sebarang cadangan dan komentar di alu-alukan.

STESEN CADANGAN

Sg. Buloh - Kg. Baru Sg. Buloh - RRI - Kota Damansara - Tmn Industri Sg. Buloh - PJU 5 - Dataran Sunway - The Curve - One Utama - TTDI - Seksyen 17 - Seksyen 16 - Pusat Bandaraya Damansara - Semantan - KL Sentral - Pasar Seni - Merdeka - Bu...kit Bintang Barat - Bukit Bintang Timur - Pasar Rakyat - Cochrane - Maluri -Tmn Bukit Ria - Tmn Bukit Mewah - Leisure Mall - Plaza Pheonix - Tmn Suntex - Tmn Cuepacs - Bdr Tun Hussein Onn - Balakong - Tmn Koperasi - Tmn Mesra - Saujana Impian - Bdr Kajang - Kajang

Untuk keterangan lanjut:

http://kvmrt.com.my/w/

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Tingkat 13, Menara Dayabumi
Jalan Sultan Hishamuddin
50050 Kuala Lumpur
Tel: +603-2278 1222

Bangsar LRT Station
Concourse
Jalan Bangsar
59000 Kuala Lumpur

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Menara DBKL
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
Tel: +603-2617 9000

Majlis Bandaraya Shah Alam
Tingkat 1, Wisma MBSA
Persiaran Perbandaran
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 5510 5133

Menara MBPJ
Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Jalan Tengah, Seksyen 52
46200 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih
Off Jalan Semenyih
43000 Kajang
Tel: +603-8737 7899

Majlis Perbandaran Selayang
Menara MPS, Persiaran 3
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan

Kredit - Mohd Hüzail Md Mohtar

Konsep tadhkiyyah terapi batin rawat penyakit hati

Oleh Shuhairimi Abdullah

Pada prinsipnya, insan diciptakan Allah SWT dalam keadaan fitrah. Dapat difahami insan dilahirkan dalam keadaan suci dan bersih daripada sifat tercela. Namun begitu, dalam proses perkembangan sebagai seorang manusia, perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran yang akan mengujinya untuk menjadi insan terpuji. Islam memberi panduan bahawa jiwa setiap insan perlu disuburkan dengan nilai rohaniah yang berfungsi sebagai pelengkap kepada akhlak manusia.

Justeru, nilai dinyatakan itu menjadi pendorong dan pemangkin kepada seluruh perlakuan dan tingkah laku manusia yang memantulkan tindakan yang bersifat mahmudah seperti amanah, sabar, toleransi, ikhlas, bertanggungjawab, berfikiran positif dan sebagainya. Kepentingan menghayati nilai terpuji yang diutarakan Islam bertujuan memberi panduan kepada jiwa insan supaya selari dengan konsep khilafah dan khalifah al-ard.

Proses melahirkan insan yang memiliki hati budi luhur memerlukan unsur yang bertindak sebagai daya membentuk acuan keperibadian unggul. Bagi memenuhi aspirasi objektif murni itu, konsep tadhkiyyah dilihat sebagai mekanisme yang penting untuk membersihkan jiwa manusia daripada dicemari unsur yang menghalang pintu hati daripada menerima hidayah Ilahi. Dengan kata lain, nilai terkandung dalam konseptual tadhkiyyah dilihat sebagai ejen penyucian bersifat dinamis bagi membersihkan zahir dan batin manusia melalui terapi rohaniah. Di samping itu, ia turut membersihkan sistem jaringan manusia sama ada membabitkan interaksi manusia dengan Allah, sesama manusia, alam dan juga makhluk lain.

Oleh kerana insan dikategorikan sebagai makhluk dwidimensi iaitu zahiriah dan batiniah, ia dianugerahkan potensi istimewa sama ada cenderung kepada kebaikan atau sebaliknya. Meskipun manusia diberi alternatif memilih dua jalan itu atas kapasitinya sebagai khalifah al-ard, namun ia bertanggungjawab sepenuhnya di atas pilihan itu.

Ini kerana, manusia dikurniakan keupayaan istimewa berbanding makhluk lain iaitu potensi akliah, rohaniah, jasmaniah dan bimbingan wahyu bersesuaian dengan fungsinya memakmurkan alam ini. Atas keperluan ini, konsep tadhkiyyah dilihat sebahagian daripada keperluan rohaniah yang penting kepada manusia sebagai persediaan mencapai kedudukan tinggi atau dikenali sebagai insan kamil.

Dalam mengupas persoalan ini, intelektual falsafah Islam seperti al-Ghazali dalam karyanya bertajuk ‘Keajaiban-keajaiban hati’ memberikan pandangan konsep tadhkiyyah digagaskan Islam perlu mencakupi unsur nilai tertentu. Pada asasnya, unsur itu perlu dicantumkan untuk membentuk kerangka asas kepada konsep tadhkiyyah seperti dituntut syarak.
Unsur nilai yang dinyatakan adalah seperti berikut:

# Taharah yang memberi konotasi menyucikan tubuh badan manusia daripada najis dan benda kotor pada syarak;

# Membersihkan anggota tubuh badan manusia daripada perbuatan atau tindakan yang diklasifikasikan sebagai dosa;

# Membersihkan pandangan mata hati manusia daripada tingkah laku dikategorikan sebagai akhlak yang buruk dan dikeji syarak;

# Membersihkan aspek batiniah manusia daripada memfokuskan perhatian kepada semua perkara melainkan kepada Allah SWT;

# Ibadah yang memberi maksud mengabdikan diri kepada Allah SWT secara mutlak;

# Dhikir bermaksud manusia sentiasa melazimi mengingati Allah dan mengiktiraf kebesaran-Nya secara istiqamah setiap masa;

# Doa sebagai makhluk yang lemah, manusia sentiasa berdoa kepada Allah untuk memohon bantuan dan pertolongan;

# Taubat manusia sentiasa menginsafi setiap tindakan yang dilakukan dan mendisiplinkan diri memohon keampunan kepada Allah ke atas segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan;

# Sabar yang menjadi sebahagian daripada nilai luhur yang dituntut untuk dihayati oleh setiap manusia. Melalui nilai itu, ia dapat meningkatkan daya ketahanan dalaman diri manusia bersabar menerima segala ujian yang telah ditentukan oleh Allah;

# Muhasabah iaitu apabila wujudnya penghayatan nilai ini dalam diri manusia, ia akan membuka pintu kesedaran pada hati dan akal manusia untuk menilai dan mengkritik setiap tindakan yang dilakukan menurut pertimbangan syarak.

Justeru, apabila wujudnya keharmonian, unsur yang dinyatakan dalam ruang lingkup konsep tadhkiyyah, ia menjadi panduan kepada manusia untuk diterjemahkan dalam tindak-tanduknya. Hakikatnya, perbuatan manusia yang diwarnai konsep tadhkiyyah ternyata memberi kesan positif terhadap perlakuannya.

Ini kerana konsep itu dilihat sebagai terapi batin bagi merawat penyakit rohani yang dihadapi manusia. Jiwa manusia yang bertuhankan hawa nafsu sering gemar kepada perlakuan keji seperti hasad dengki, tamak, menipu, rasuah, membunuh, berzina dan sebagainya. Dengan kata lain, jiwa manusia yang terpengaruh kepada bisikan syaitan dan hawa nafsu akan menzahirkan nilai tercela dalam tindakan mereka.

- BERITA HARIAN

Fotografi - Dokumentasi visual spontan


Oleh MOHD. NAIM AZIZ

Di sebatang jalan yang sibuk dengan kenderaan yang bertali arus, kelihatan seorang wanita pertengahan usia sedang mengayuh sebuah basikal tua. Kayuhannya perlahan dan cukup berhati-hati.

Terdapat sebotol air mineral besar terletak di dalam raga di bahagian depan basikal tersebut. Lebih kurang satu meter di hadapannya, turut dilihat seorang lelaki menunggang motosikal sambil lengkap memakai helmet.

Menariknya, wanita itu juga mengayuh basikal dengan memakai helmet seolah-olah sedang menunggang motosikal. Situasi itu membuatkan penulis tidak melepaskan peluang untuk memetik punat kamera yang berada di tangan bagi mengabadikan momen yang dilihat sebagai gambar koleksi peribadi.

Itu merupakan salah satu karya berkaitan fotografi jalanan atau dikenali umum sebagai street photography. Dari segi definisinya fotografi jalanan menggunakan teknik terus yang akan menghasilkan pandangan yang literal, semula jadi dan asli terhadap sesuatu subjek atau situasi.

Bagi penulis, istilah fotografi jalanan dapat diterjemahkan dalam pelbagai bentuk penggambaran atau rakaman gambar selagi mana ia mempunyai asas yang tidak bercanggah dalam elemen-elemen fotografi.

Teknik secara bersahaja (kandid) atau secara terus (direct) dikategorikan sebagai salah satu aspek fotografi jalanan. Selain itu, ia juga boleh dihasilkan ketika sedang berjalan-jalan dan mengambil gambar tanpa sebarang tujuan.

Cabang fotografi tertua

Menurut Program Koordinator Pengajian Asas, Fakulti Kreatif Multimedia, Universiti Multimedia (MMU), Che’ Ahmad Azhar Che’ Fadzil, 47, fotografi jalanan merupakan salah satu cabang dalam kesenian fotografi.

Malah, ia boleh dikatakan cabang fotografi tertua di dunia kerana gambar pertama yang dirakam pada tahun 1826 oleh seorang jurugambar Perancis, Joseph Nicephore Niepce termasuk dalam kategori gambar jalanan.

“Gambar yang bertajuk View from the Window at Le Gras itu menunjukkan Niepce merakam pemandangan dari jendela rumahnya. Begitu juga dengan gambar manusia pertama yang dirakam pada tahun 1839 di Paris iaitu potret seorang lelaki di luar sebuah kedai.

“Kedua-dua gambar tersebut tergolong dalam karya fotografi jalanan dan ini bermakna ia sudah wujud sejak sekian lama,” ujar Che’ Ahmad ketika dihubungi Kosmo!.

Tambah beliau, kesenian itu bertujuan untuk merakam kehidupan manusia di samping turut mempunyai kepentingan tersendiri dalam setiap karya yang dihasilkan.

“Hakikatnya, karya-karya fotografi jalanan ini merupakan satu dokumentasi visual yang diambil secara spontan tentang kehidupan seharian manusia di tempat-tempat awam dan ia boleh menjadi rujukan sejarah untuk generasi akan datang,” jelasnya lagi.

Di samping merangkumi pelbagai aspek kehidupan, ragam masyarakat, tatasusila budaya, tingkah laku dan persekitaran alam, kesenian fotografi jalanan juga mempunyai hubung kait yang rapat dengan nilai-nilai kemanusiaan.

Lokasi-lokasi terbuka seperti sekitar jalanan, bandar metropolitan, pelosok kampung, pasar harian, kompleks membeli-belah, bangunan bersejarah dan sebagainya mampu menterjemahkan sesebuah karya dalam bentuk fotografi jalanan.

Bukanlah hasrat penulis untuk merungkai setiap perincian lokasi, tetapi asas lokasi tersebut sudah cukup untuk membuatkan seseorang jurugambar ‘berperang’ dengan karya dan identiti imej yang cuba dibentuk.


Fotografi jalanan bukan photojournalism

Ironinya, fotografi jalanan berbeza dengan kewartawanan foto (photojournalism) yang lebih eksklusif dan selalu dihasilkan oleh satu fokus dalam fikiran. Aspek ini terarah dalam bentuk dokumentari yang boleh dijual kepada akhbar dan majalah sebagai bahan utama.

Namun, secara semula jadinya, kewartawanan foto mampu menghasilkan berita-berita berat dengan hanya mendapatkan apa yang berlaku di tempat kejadian.

Kemunculan gajet di pasaran kini terutamanya kamera lensa refleks tunggal digital (DSLR) pula mudah didapati dan murah berbanding pada zaman kamera analog.

Umumnya dari segi harga ia agak berbaloi untuk seorang memilikinya. Bahkan kemunculan era siber teknologi tinggi alam maya lebih banyak memudahkan pengguna dan generasi masa kini.

Melalui IT juga, terdapat pelbagai laman sesawang yang khusus bagi menempatkan karya-karya fotografi jalanan. Walaupun pada hakikatnya ia adalah koleksi peribadi dan bukan untuk diperdagangkan, namun ia sebenarnya lebih memfokuskan tentang kematangan seseorang jurufoto itu.

Bercakap tentang fotografi jalanan, adakalanya imej yang dirakam menjurus kepada nilai berita, bahkan ia cukup untuk menterjemahkan apa yang berlaku dalam persekitaran masyarakat amnya.

Tetapi tidak semua imej yang dirakam mempunyai nilai dan asas berita memandangkan ia lebih kepada fotografi secara terus serta mempunyai sudut pandangan yang kreatif.

Dalam menghasilkan sebuah karya kreatif, seorang jurufoto perlu peka dengan keadaan sekitarnya di samping mempunyai pengetahuan asas dan kemahiran dalam teknik-teknik fotografi.

Tidak ketinggalan, kemahiran berkomunikasi juga harus dititikberatkan kerana ia termasuk antara aspek utama asas fotografi jalanan. Sekiranya komunikasi lemah, ia mampu ‘membunuh’ secara keseluruhan penciptaan karya yang lebih terarah kepada unsur-unsur kemanusiaan.


Dewasa ini, golongan amatur juga telah banyak mempelopori bidang fotografi jalanan dan menjadikan ia medium bebas untuk berkarya. Justeru, tidak hairanlah jika kelas-kelas atau skop perbincangan semakin meluas dalam kalangan mereka.

Golongan profesional turut melibatkan diri dan ini menjadi penanda aras kepada peningkatan ilmiah dan karya fotografi itu sendiri. Penglibatan di antara kedua-duanya mempunyai perbezaan dari segi pengalaman dan cara ‘menghidu’ bagi menjadikan sebuah karya fotografi jalanan amat bernilai tafsirannya.

Turut melalui proses yang sama adalah perbezaan di antara masa, tempat serta pemilihan subjek.

Sewaktu bersiar-siar di kotaraya Kuala Lumpur, penulis pernah disapa seorang bekas jurufoto yang satu ketika dahulu mempelopori bidang fotografi jalanan. Jelasnya, bukanlah satu konteks mudah daripada membayangkan apa yang tersurat melalui pengamatan mata sekiranya bermain dengan persekitaran.

“Jangan hanya sekadar melihat secara luaran tetapi lihatlah dengan konteks yang lebih jauh dan mendalam,” tutur Omar Rizal mengenai keadaan persekitaran sekiranya kita mahu ‘berperang’ dengan karya-karya sedemikian yang merupakan pesanan yang cukup bernilai buat penulis.

- KOSMO!

Hari Kanser tanam kesedaran kesihatan

Laporan oleh Persatuan Antarabangsa Kawalan Kanser (UICC) menunjukkan setiap tahun di seluruh dunia sebanyak 7.6 juta dilaporkan meninggal dunia akibat kanser dan hampir 12.7 juta orang lagi berisiko mendapat penyakit tersebut.

Malah jika masih tiada sebarang langkah proaktif diambil, angka tersebut akan terus meningkat sebanyak 26 juta kes baru dan 17 juta kematian menjelang tahun 2030 terutamanya di negara-negara sedang membangun dan miskin.

Menyedari ancaman tersebut UICC telah menginisiatifkan Sambutan Hari Kanser Sedunia pada 4 Februari setiap tahun dengan sokongan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Di Malaysia sambutan yang sama telah diadakan oleh Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) pada 4 Februari lalu dengan bertemakan Kanser Boleh Dicegah.

Hakikatnya kanser merupakan penyakit yang boleh membawa maut, namun ia masih boleh dicegah dan sesetengahnya mampu disembuhkan melalui rawatan-rawatan yang khusus.

Ketua dan Pengarah Kesihatan NCSM, Dr. Saunthari Somasundaram berkata, sebagai salah sebuah ahli dalam UICC, NCSM turut komited dalam usahanya membendung peningkatan seterusnya mengurangkan jumlah kematian disebabkan kanser di negara ini.

''Kami di NCSM perlu menyebarkan fakta dan maklumat sebenar kepada bahawa kanser bukannya penyakit yang mudah dijangkiti.

"Sebaliknya kanser satu jenis penyakit yang boleh dicegah dan dielak melalui perubahan gaya hidup," katanya.

Dr. Saunthari berkata, tahun 2011 merupakan tahun untuk menjelaskan mengenai penyakit yang tidak mudah berjangkit termasuk kanser, penyakit jantung, dan kencing manis.

Kebanyakan penyakit ini menyebabkan lebih 60 peratus kematian di seluruh dunia.

"Kanser, penyakit kencing manis dan penyakit jantung bukan lagi penyakit yang melibatkan golongan kaya sahaja kerana hari ini penyakit tersebut turut menjangkiti orang ramai yang terdiri daripada penduduk miskin melebihi daripada jangkitan penyakit lain.

''Sebanyak 30 peratus hingga 40 peratus kanser boleh dicegah dan satu pertiga kanser boleh dirawat melalui pendedahan awal tentang penyakit dan juga rawatan,'' katanya.

Katanya, risiko untuk mendapat kanser sebenarnya boleh dielakkan dengan berhenti daripada tabiat merokok, mengurangkan jumlah pengambilan alkohol, mengelakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari yang terlampau, makan makanan yang sihat dan mengekalkan berat badan dan melindungi daripada jangkitan yang menyebabkan kanser.

Pada tahun ini jelasnya, NCSM juga turut menganjurkan beberapa aktiviti seperti larian berganti-ganti yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 11 hingga 12 Jun selama 16 jam.

Program ini juga akan turut diadakan di Melaka pada Bulan Julai dan di Pulau Pinang pada bulan Oktober.

NCSM juga katanya, turut menganjurkan kempen penggalakkan hidup secara sihat kepada kanak-kanak sekolah melalui kempen Hope for Our Children dan juga kempen barah payu dara dan barah servik termasuk taklimat-taklimat lain mengenai kanser.

- UTUSAN

Asteroid - Pemusnah bumi?


Jika mengambil kira pandangan saintis Barat bahawa kiamat bakal terjadi akibat bumi dihentam asteroid, penduduk planet ini sudah tidak punya banyak masa untuk bersedia berdepan dengan malapetaka paling dahsyat itu.

Ia disebabkan sudah banyak kali bumi terselamat dan mengelak daripada menjadi sasaran pelanggaran asteroid. Malah, tanpa disedari sejak awal bulan ini, sudah lebih 40 objek berhampiran bumi yang ditemui dan dicatatkan, termasuk ancaman tahi bintang yang melintasi bumi tetapi dapat ‘ditepis.’
Namun, apakah kemungkinan bumi untuk terus bernasib baik daripada ancaman asteroid atau merujuk batu atau himpunan batuan pejal bahan logam besi atau nikel yang dalam, pelbagai saiz ini termasuk batu gergasi?

Terbaru, saintis Russia - Leonid Sokolov daripada Univesiti St Petersburg, meramalkan bumi bakal dihentam asteroid Apophis pada 13 April 2036. Ini bukan kali pertama ramalan impak maut bakal dicetuskan Apophis kerana pada 2004, saintis Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) meramalkan asteroid ini akan menghentam bumi pada 2029. NASA turut meramalkan pertembungan hampir Apophis-bumi pada 2068.

Ringkasnya, berdasarkan kedua-dua ramalan itu, hayat bumi didakwa mereka cuma tinggal antara 18 - 25 tahun kerana impak Apophis boleh meragut jutaan nyawa selain mencetuskan kekalutan di seluruh dunia.

Menurut ramalan saintis Russia itu, asteroid sepanjang 270 meter, ukur lilit 330 meter itu dan ketinggian bangunan 90 tingkat dengan berat sekitar 25 juta tan, itu bergerak pada jarak 37,014 kilometer sejam dan dianggarkan merentasi lohong graviti pada 2029 lalu melanggar bumi tujuh tahun kemudian.

Ketua Program Objek Menghampiri Bumi NASA, Deo Yeomans, berkata pengiraan lebih tepat laluan Apophis dalam tempoh beberapa tahun sudah pasti menyaksikan usaha pakar mengeluarkannya daripada mana-mana kemungkinan perlanggaran dengan Bumi pada 2036.
“Kemungkinan senario yang berlaku adalah Apophis akan menghampiri bumi pada akhir 2012 dan awal 2013. Namun, kehadirannya pasti dipantau hebat deretan teleskop optikal di daratan serta sistem radar sofistikated.

“Andai ia berada di laluan membahayakan, NASA akan bertindak menggunakan kelengkapan serta peralatan bagi mengubah laluan Apophis dan sekali gus mengurangkan ancamannya menghentam bumi,” kata Yeomans.

Ibarat menghangatkan lagi permusuhan AS dan Russia menawan cakerawala, Ketua Agensi Angkasa Lepas Russia, Anatoly Perminov, pula menegaskan kemungkinan mengerah sebuah angkasa lepas bagi memusnahkan Apophis. Malah, penyelidik NASA, Agensi Angkasa Lepas Eropah dan China juga akan dipelawa menyertai misi Apophis.

Dengan nada optimis, Perminov mengiyakan ancaman Apophis dengan mendakwa nyawa penghuni bumi kini terancam.

“Kita perlu mewujudkan satu sistem yang akan membenarkan kami menghalang satu perlanggaran, berbanding hanya duduk dan menunggu apa yang akan berlaku dan membunuh ramai,” kata Perminov.

Ketika saintis dua negara itu terus bertikam lidah mengenai ancaman Apophis, ada beberapa lagi laporan penemuan asteroid yang berhampiran bumi. Terbaru, juga awal bulan ini, penemuan apa dikenali asteroid berpotensi bahaya (PHA) yang baru diumumkan dan kali ini ia juga melepasi bumi dengan selamat.

Asteroid yang dilabelkan sebagai CU46 cuma 505,000 kilometer tersasar daripada laluan bumi tetapi masih dianggap sebagai terlalu hampir dalam terma astrologi. CU46 mempunyai keluasan diameter 20 meter hingga 50 meter dan objek ini berkemungkinan besar menghasilkan bebola api gergasi dan memberikan kerosakan besar jika berlanggar dengan bumi di kawasan padat.

Di sebalik ramalan maut dilontarkan saintis Russia dan Barat, ada baiknya dikaji kepentingan asteroid kepada manusia. Ini termasuk statusnya sebagai sumber asal usul sistem solar atau suria. Ini berikutan material dalam asteroid itu mewakili pembinaan blok dalam planet dan sekali gus membolehkan .

Timbalan Penyiasat Misi Dawn NASA, Carol Raymond, berkata kewujudan asteroid juga akan membantu manusia lebih memahami asal usul kehidupan. Saintis tidak tidak memahami sepenuhnya bagaimana kehidupan pertama terbentuk daripada bahan organik bukan kehidupan dan asteroid mungkin membantu mereka mempelajari lebih banyak benda.

Sesungguhnya manusia cuma menunggu masa sebelum pengumuman dibuat mengenai Bumi akan berdepan impak daripada asteroid yang cukup besar menyebabkan kerosakan teruk. Inilah sebabnya mengapa lebih banyak kajian perlu dibuat mengenai objek itu - bagi membantu mendalamkan pemahaman dengan harapan memberikan kita pilihan pertahanan lebih baik.

Laser tangkis ancaman

PELBAGAI idea dan kaedah diketengahkan dalam usaha mengelak bumi dilanggar asteroid. Antaranya, laser yang dikatakan boleh digunakan untuk memesongkan laluan asteroid yang berpotensi bertembung dengan bumi.

Berita ini mungkin satu kelegaan kepada pakar kaji bintang yang menunggu penuh debar ancaman Apophis atau asteroid gergasi yang diramal menghampiri bumi pada 2029 dan 2036.

“Walaupun hentaman berkemungkinan besar tidak berlaku, ia masih berpotensi memberikan malapetaka buruk,” kata Prof Madya Gregory L Matloff dari Kolej Teknologi New York.

Penyelidikan pakar fizik itu menyatakan laluan Apophis boleh dialihkan dengan memanaskan permukaannya untuk mencipta pancutan arus, yang akan mengubah laluannya dan menyebabkannya tersasar.

Pasukannya sedang menghasilkan pengumpul solar - solar dua sauh untuk bertindak sebagai pemekat cahaya matahari, membakar sebahagian permukaan dan menghasilkan pancutan arus.

“Bagi melakukannya, penting untuk mengetahui sedalam mana diperlukan cahaya untuk menembusi permukaan objek berhampiran Bumi (NEO). Pancaran yang menembusi terlalu dalam akan memanaskan asteroid.

“Namun pancaran yang menembusi pada kadar mencukupi, mungkin satu persepuluh milimeter akan menghasilkan arus yang boleh dikemudi dan mencapai matlamat memesongkan asteroid,” katanya.

Matloff dan pasukannya membuat uji kaji dengan laser merah dan hijau untuk melihat sedalam mana mereka dapat menembusi batu asteroid, menggunakan contoh daripada tahi bintang Allende yang jatuh di Chihuahua, Mexico pada tahun 1969.

Dalam satu kajian berkaitan, seorang lagi pakar fizik, Prof Madya Lufeng Leng, menyempitkan sinaran laser merah dan mengimbas permukaan nipis contoh itu, dan mendapati perbezaan dalam kedalaman cahaya yang dipindahkan wujud, bergantung kepada kandungan material pada laluan yang dilalui sinaran itu.

Hasil kajian merumuskan laser yang disasarkan daripada kedudukan angkasa lepas berhampiran NEO boleh membantu menentukan kandungan permukaan. Menggunakan maklumat itu, teknologi solar boleh memberi tumpuan lebih tepat sinaran matahari untuk menembusi permukaan asteroid dan kedalaman bersesuaian, memanaskan pada suhu tepat untuk menghasilkan pancutan arus yang akan memesongkan asteroid.

- BERITA HARIAN

Jumaat, Februari 25, 2011

Pengacara Daphne Iking peluk Islam


Pengacara terkenal yang juga pelakon filem Belukar, Daphne Eleanor Iking (gambar) mengesahkan beliau telah memeluk agama Islam awal bulan lepas.

Pemenang anugerah Aktres Harapan Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-23 itu turut mengakui beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang usahawan, Azmi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Joe, 30-an, pada 8 Januari lalu.

Ini merupakan perkahwinan kedua Daphne, 31, yang sebelum ini mengahwini Ryan Chong Yiing Yih, 33 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Isobel Daniella Iking, 4.

"Saya memeluk Islam bulan lalu dan kemudian bernikah pada 8 Januari. Majlis kesyukuran secara kecil-kecilan telah diadakan di kampung halaman saya di Keningau, Sabah," akui Daphne.

- KOSMO!

Daphne Kahwin, Peluk Islam Selepas Melawat Taj Mahal


Daphne Iking dan suami, Azmi Abdul Rahman atau dikenali sebagai Joe. Foto Beutifulnara.


Pengacara Daphne Iking sah memeluk agama Islam dengan nama Islamnya, Dahlia Eleanor Iking dan menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan, Azmi Abdul Rahman atau dikenali sebagai Joe.

Majlis pernikahan tersebut berlangsung pada 8 Januari lalu di kampung halamannya di Penampang Sabah yang turut dihadiri oleh keluarga dan teman rapat sahaja.

Menurut Joe, mereka tidak merancang untuk mengadakan sebarang majlis resepsi secara besar-besaran, namun hanya mengadakan sebuah majlis bersama anak yatim dan kawan-kawan terdekat di Kuala Lumpur.

Tambah Joe, sebagai seorang suami yang sah, dia kini mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga dan melindungi isterinya.

"Dalam Islam, tanggungjawab saya besar untuk membimbing dan menjaganya dengan baik. Keputusan kami untuk bernikah juga bagi menghindari fitnah," katanya seperti dipetik dari Daily Chili Jumaat.

Sementara itu, Daphne memberitahu bahawa Joe merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Islam kepadanya, namun keputusan memeluk agama itu datang tanpa sebarang paksaan daripada suaminya.

"Islam adalah agama yang indah. Saya masih lagi belajar tentang agama ini terutama selepas pelbagai dugaan yang menimpa dalam kehidupan saya," katanya.

Tambah Daphne keputusan memeluk Islam dan berkahwin dengan Joe dibuat sejak Disember lalu ketika melawat Taj Mahal di India.

Semasa berada di sana, dia kagum melihat keindahan alam serta keunikan seni bina Islam di bangunan Taj Mahal tersebut.

"Dari keajaiban yang berlaku di sana saya dapat rasakan keinginan memeluk agama Islam dari dalam diri dan menjadi isterinya. Dia juga terkejut ketika itu," kata Daphne.

Pasangan yang sudah mengenali sejak lebih setahun lalu itu menjalnkan hubungan sebagai rakan kongsi perniagaan dalam beberapa projek seperti 2REDchairs yang membincangkan isu-isu sensatif seperti agama, homoseksual dan perubahan jantina.

"Pada mulanya saya tidak yakin dengan hubungan ini boleh pergi sejauh ini dan kami pernah berpisah sebelum ini. Namun kami tetap berhubung sebagai rakan kongsi.

"Bagaimanapun dia tetap ditakdirkan sebagai jodoh saya. Dia memberi sokongan kepada saya ketika perkahwinan pertama saya menjadi mendapat publisiti meluas," katanya.

- MSTAR

Calon PAS: Hassanudin di Kerdau, Yuhaizad di Merlimau


Ketua Penerangan PAS Pahang Hassanudin Salim akan membawa cabaran parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau pada 6 Mac depan.

Manakala timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Melaka Yuhaizad Abdullah diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Pencalonan Hassanudin diumumkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kompleks PAS Kerdau malam ini.

Beliau merupakan bekas calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya umum 2008, tetapi tewas kepada calon BN Datuk Zaharuddin Abu Kassim.

Hassanudin tewas dengan majoriti 1,615 undi. Beliau mendapat 2,520 undi, manakala Zaharuddin memperolehi 4,135 undi.

Hasanuddin, 43, adalah seorang usahawan kelulusan diploma ukur tanah UiTM.

Turut hadir ialah timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, timbalan presiden PKR Azmin Ali, dan pemimpin DAP, Tan Seng Giaw.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan, Hasanuddin dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh. Beliau mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.

Hasanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.

SPR menetapkan tarikh pengundian PRK Kerdau pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pula 26 Februari.


Sementara itu, Yuhaizad, 38, juga merupakan timbalan yang dipertua PAS Jasin.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan penyokong Pakatan Rakyat di Kampung Merlimau Pasir.

Berusia 38 tahun, Yuhaizad memiliki Diploma Tasawur Islam dari Pusat Latihan Minda Mahir (ILHAM), Selangor dan juga memperolehi Sijil Kejuruteraan Mekanikal dari Institut Kemahiran Mara, Jasin.

Beliau terlibat di dalam bidang politik sepenuh masa dan adalah anak watan Merlimau serta seorang pemimpin muda yang dikenali ramai, mesra dan mudah dikenali.

Pengalaman luas dalam badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Belia 4B, Pertubuhan Kebajikan seperti Yayasan Amal Malaysia dan persatuan penduduk memastikan beliau menjadi aset kepada rakyat dan negeri sekiranya terpilih mewakili DUN Merlimau pada pilihan raya nanti.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN pada 20 Januari lalu akibat serangan jantung.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian ditetapkan pada 6 Mac.

Turut hadir pada majlis pengumuman calon itu, Setiausaha PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali, Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Yang Dipertua Pas Negeri Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman, Ketua Pemuda DAP pusat, Loke Siew Fook dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution.

Bercakap kepada wartawan kemudiannya, Abdul Hadi berkata Yuhaizad dipilih berdasarkan kelayakan pendidikan itu, statusnya sebagai anak tempatan dan kerana ia masih muda.

Yuhaizad memegang ijazah dalam pengajian Islam dan sijil dalam kejuruteraan mekanikal. Beliau juga pernah bertugas sebagai pengurus projek pembinaan.

Menurut Abdul Hadi, tidak mustahil untuk PAS menang kerana ia pernah memenangi pilihan raya kecil sebelum ini, sekiranya ia dijalankan dengan adil, begitu juga dengan pihak media.

- MALAYSIAKINI

Kejadian serangan 11 September dipapar secara online

NEW YORK: Muzium New York hari ini melancarkan satu laman interektif yang memaparkan peristiwa serangan pengganas pada 11 September 2001 sebagai mengenang tragedi yang mengejutkan seluruh dunia itu.

Paparan itu bermula jam 5.45 pagi dengan gambar yang agak kelam sekumpulan pengganas yang melalui kawalan keselaamtan di Lapangan Terbang Boston sebelum menawan pesawat pertama.

Ia berakhir sehinggalah jam 8.30 malam apabila Presiden George W Bush menjelaskan mengenai kejadian yang menimpa Pusat Dagangan Dunia New York yang runtuh atau 'Ground Zero'.

Sepanjang paparan interaktif itu, turut ditunjukkan gabungan klip video, gambar dan suara mangsa, termasuk anggota bomba dan pegawai ketika dua lelaki yang menawan pesawat menghala dan melanggar bangunan berkenaan.

Ia disusuli dengan pelanggaran bangunan Pentagon dan kejadian sebuah pesawat yang terhempas di Pennyslvania, yang semunya mengorbankan kira-kira 3,000 orang.

“Perlukah saya terjun?" suara seorang wanita yang terperangkap di tingkat 77 bangunan berkembar Pusat Dagangan Dunia New York yang ketika itu sedang terbakar.

“Bangunan 110 tingkat runtuh ke arah kami dan ketika itu saya hanya melihat ke matahari," kata seorang anggota bomba yang terselamat dari celah runtuhan.

Album interektif di alamat http://timeline.national911memorial.org, itu dipaparkan di Memorial National 11 September dan di Muzium New York.

"Berikutan ia menggambarkan keadaan semasa berlakunya serangan 11 September itu, beberapa imej grafik dan klip video yang kandungan yang sensitif.

"Justeru, ibu bapa boleh melihatnya terlebih dulu sebelum berkongsinya dengan anak mereka yang masih kecil," kata laman berkenaan sebagai peringatan kepada pengunjung.

Muzium berkenaan dijadual dibuka kepada awam pada 11 September tahun ini, iaitu sempena menyambut tahun ke-10 kejadian serangan itu.

- AFP

Telefon bimbit boleh jejas aktiviti sel otak

CHICAGO: Tempoh 50 minit untuk bercakap menerusi telefon bimbit yang dilekapkan di telinga, sudah cukup bagi menukar aktiviti sel otak yang paling hampir dengan antenanya.

Bagaimanapun, saintis di Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), berkata sama ada keadaan ini akan menyebabkan sebarang kerosakan belum dapat dipastikan.

Ia juga dijangka tidak dapat menyelesaikan kebimbangan dan andaian bahawa penggunaan telefon bimbit mempunyai kaitan dengan penyakit barah otak.

“Apa yang dapat kami lihat ialah metabolisme glukos meningkat di dalam otak seseorang yang terdedah dengan telefon bimbit dan paling ketara di bahagian yang paling hampir dengan antena telefon bimbit itu,” kata pakar NIH, Dr Nora Volkow. Penyelidikan beliau diterbitkan di Jurnal Persatuan Perubatan Amerika.

Kajian yang dijalankan bertujuan mengenal pasti reaksi otak terhadap medan elektromagnetik yang berpunca daripada isyarat telefon tanpa wayar.

Volkow berkata, beliau terkejut dengan bukti bahawa radiasi elektromagnetik yang lemah dari telefon bimbit boleh menjejaskan aktiviti otak, tetapi kajian itu tidak memberi jawapan sama ada penggunaan telefon bimbit menyebabkan barah.

“Kajian itu tidak memberi petunjuk sedemikian. Apa yang dilakukan kajian ini ialah untuk menunjukkan bahawa otak manusia adalah sensitif kepada radiasi elektromagnetik akibat penggunaan telefon bimbit.
Penggunaan telefon bimbit meningkat secara dramatik sejak peranti itu diperkenalkan pada awal hingga pertengahan 1980-an dan kini 5 bilion telefon bimbit digunakan di seluruh dunia.

Sesetengah kajian menga-itkan penggunaan telefon bimbit dengan peningkatan penyakit barah otak tetapi kajian yang dijalankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak dapat memberi keputusan muktamad.

Pasukan Volkow membuat kajian ke atas 47 orang yang menjalani imbasan ketika telefon bimbit digunakan selama 50 minit, manakala satu kumpulan lagi diimbas ketika telefon bimbit dimatikan.

– Reuters

Dokumentari Hikayat Merong Mahawangsa di TV3


Sempena kemunculan filem terbaru terbitannya, Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), KRU Studios telah menghasilkan sebuah dokumentari mengenai filem itu untuk tatapan umum.

Faktor utama penyiaran dokumentari HMM adalah sebagai program tambahan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan berhubung fakta sejarah yang dipaparkan dalam filem arahan Yusry Abdul Halim itu.

Dokumentari tersebut bakal disiarkan pukul 6 petang, 25 Februari (Jumaat) di TV3.

Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, penghasilan dokumentari itu juga adalah sebagai salah satu cara mempromosikan HMM.

“Biasanya filem yang telah dihasilkan akan menerbitkan program di sebalik tabir.

“Namun, HMM mengambil sedikit kelainan dengan menyediakan dokumentari berdurasi satu jam memandangkan versi filemnya memaparkan cerita yang mempunyai kaitan dengan pembentukan negeri Kedah,” katanya pada majlis tayangan dokumentari HMM di Suria Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Penghasilan dokumentari itu juga sebagai sokongan kepada penterjemahan intelektual yang diolah dalam bentuk hiburan sebelum menjelmakan filem HMM itu bagi tontonan seluruh lapisan masyarakat.

Tambah Norman, dengan memuatkan beberapa temu bual bersama tokoh sejarah dan ahli akademik, dokumentari itu diharap sedikit sebanyak membantu penonton untuk memahami secara mendalam versi filem HMM yang bakal ditayangkan menjelang 10 Mac ini.

Antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam dokumentari tersebut ialah Datuk Wira Mohd. Shaarif Abu Samah (wakil Istana Kedah), Mohan Shanmugam (Presiden Hindu Sangam Malaysia), Datuk Profesor Khoo Kay Kim (Sejarawan Malaysia), Datuk Dr. Wan Shamsuddin Mohd. Yusof (Sejarawan Negeri Kedah) dan Datuk Dr. Siti Hawa Salleh (Ahli Filologi dan Pengkaji Buku HMM).

Turut ditampilkan dalam dokumentari berkenaan ialah wawancara bersama Yusry Abdul Halim selaku pengarah filem itu dan Amir Hafizi yang merupakan penulis skripnya.

Menurut Norman, naskhah asal Hikayat Merong Mahawangsa dalam bentuk buku yang menjadi rujukan bagi projek filem itu adalah terlalu tebal dan mempunyai pelbagai bentuk pemahaman kepada setiap pembacanya.

Namun, dokumentari itu cuba untuk menjelaskan bagaimana tenaga kerja di sebalik filem HMM termasuk Yusry dan Amir menggabungkan elemen sastera, mitos dan sejarah, bagi mewujudkan unsur realisme untuk filem itu.

“Kami cuma mengubah beberapa elemen untuk menjadikan versi filem HMM lebih meyakinkan tetapi masih berteraskan cerita asli.

“Justeru, penonton juga akan melihat beberapa perkara yang disebut dalam naskhah asal dalam HMM versi filem,” jelas Norman yang membelanjakan RM40,000 untuk dokumentari yang mendapat tajaan eksklusif Celcom itu.

Kerajaan Kekalkan Harga RON95 Dan Diesel, Kata Ismail Sabri

Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi RON 95 pada RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Khamis.

Beliau berkata berikutan itu kerajaan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan itu.

"Kerajaan akan mengekalkan harga semasa, dan melihat opsyen atau alternatif lain walaupun tanggungan kerajaan bertambah.

"Setakat ini boleh tahan, untuk tidak naikan harga RON 95 dan diesel," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan kewangan 2010 Bank Rakyat di sini.

Beliau berkata peruntukan bajet untuk subsidi tahun ini sebanyak RM10.3 bilion dan jika trend itu berterusan, ia akan mencecah RM14 bilion.

Subsidi 10.3 bilion itu termasuk petroleum, RON 95, diesel, gas LPG, gula, beras dan minyak masak.

Disember lepas, harga RON 95 dan diesel masing-masing meningkat lima sen kepada RM1.90 dan RM1.80 seliter.

Antara altenatif yang sedang dikaji ialah menyemak semula kuota petrol dan diesel yang diterima oleh pihak-pihak tertentu, katanya kepada pemberita.

Ditanya bila kedua-dua kementerian akan memuktamadkan perbincangan itu, Ismail Sabri berkata ia akan dicapai secepat mungkin.

"Ia tidak akan mengambil masa yang panjang. Lebih lama diambil, lebih banyak subsidi akan ditanggung oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata harga barangan makanan juga meningkat, terutama produk import yang menyebabkan negara sebagai pengimport, perlu menanganinya.

Mengulas sama ada harga barangan subsidi lain akan meningkat memandangkan harga bahan api tidak dinaikkan, Ismail Sabri berkata "kita tidak bercadang untuk menaikkan subsidi barangan lain".

"Mulai 1 Februari, subsidi untuk semua pengilang makanan dan minuman manis yang menggunakan gula sebanyak 500 metrik ton sebulan, dihentikan.

"Kerajaan dapat menjimatkan sebanyak RM128 juta," katanya memberi contoh tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menjimatkan peruntukan subsidi.

- BERNAMA

Memberi Salam Amat Digalakkan Dalam Islam

Hadith:

DARIPADA Anas r.a. bahawasanya ia berjalan di kalangan beberapa orang kanak-kanak lalu ia memberi salam kepada mereka dan katanya Nabi s.a.w. berbuat demikian.

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Huraian Hadith:

1. Sunat memberi salam kepada sesama muslim tidak mengira darjat, pangkat dan peringkat orang yang diberi salam.

2. Memberi penghormatan kepada orang yang lebih rendah martabat dan pangkat tidak akan mengurangkan kemuliaan seseorang.

3. Umat Islam hendaklah sama-sama hormat menghormati antara satu sama lain dan mengamalkan sunnah Nabi s.a.w dengan memberi salam apabila bertemu walaupun terhadap kanak-kanak.

Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Kesan kenaikan harga barang


Apabila harga minyak petrol naik, purata pengguna akan turut merasai kesan teori domino ke atas harga barang keperluan harian dan perkhidmatan. Sejak kebelakangan ini, kenaikan harga barang keperluan termasuk petrol seolah-olah menjadi perkara biasa namun, ia membebankan kepada golongan berpendapatan rendah.

Pemilik kenderaan yang membayar RM1.85/liter untuk RON95 dan RM2.10/liter bagi RON97 pada Julai lalu kini membayar masing-masing RM1.90 dan RM2.50. Ramai pemilik kenderaan tidak begitu gemar petrol RON95 yang diberi subsidi tinggi, berikutan ia menjejaskan prestasi kenderaan sedangkan penggunaan RON97 meningkatkan perbelanjaan bulanan.

Harga bawang kecil dari India yang dijual pada harga RM4 sekilogram (kg) bulan lalu kini dijual pada harga RM14 di beberapa buah tempat. Pada masa yang sama, harga sayur, ayam, ikan dan hampir semua barang keperluan juga naik.

Dengan kadar kenaikan yang begitu kerap ada yang berputus asa dan berharap harga akan stabil. Pada masa kini, para pengguna hanya membayar sahaja tanpa banyak soal kepada peniaga atau penyedia perkhidmatan kerana beranggapan harga mungkin akan naik lagi pada hari berikut.

Ada juga yang melalui pengalaman harian berlainan kerana harga barang yang diperlukan seolah-olah tiada beza sejak setahun lalu.

"Saya sering makan di kedai yang boleh tahan cantik dan bersih tetapi tak sedar pula kalau harga makanannya lebih mahal ataupun tidak? Nasi putih dengan ikan goreng, sayur campur dua macam dengan air lobak merah, lebih kurang RM7. Pada saya, harganya berpatutan," kata pesara kerajaan Abbas Hasan, yang kini pendidik secara kontrak di Nilai, Negeri Sembilan.

Mungkin harga itu dirasakan berpatutan di Nilai berdasarkan jumlah pengunjung yang ramai.

Seorang pelajar Universiti Malaya (UM) beranggapan harga barang tidak pernah turun.

"Semuanya semakin mahal. Cuma kita perlu pilih dengan berhati-hati dan pastikan pembelian tidak melampaui bajet," kata Mildred dari Sabah.

Rungutan pengguna

Seorang pengusaha gerai makanan, Siti Gayah Muhammad menjelaskan, dia menetapkan harga makanan yang dijual. "Kita tengok harga bahan mentah untuk lauk itu. Harga bawang kecil dan besar, putih dan merah, sudah naik berlipat kali ganda, stok pun payah ditemui.

"Harga sebiji bawang besar belanda bersaiz sederhana ialah 40 sen. Saya beli juga sebab bawang besar dari India cepat rosak. Akibatnya, sama ada masakan perlu dikurangkan penggunaan bawang atau harga dinaikkan dengan membeli bawang mahal," kata Siti sambil mengacau masak lemak cili apinya.

Walaupun pembeli merungut, dia tiada pilihan untuk memastikan masakan tetap sedap dan penjual tidak rugi.

Selain kos perjalanan dan makanan yang semakin mahal, tanpa disedari harga kediaman juga semakin tinggi.

Beberapa syarikat pembinaan menyatakan, projek yang menjadi tumpuan syarikat lebih cenderung ke arah rumah mewah seperti rumah dua tingkat, berkembar dua dan banglo.

Sebuah rumah teres dua tingkat yang sederhana kini boleh mencecah harga sehingga RM1 juta di Lembah Klang manakala banglo pula berharga tiga hingga empat kali ganda jumlah itu.

"Tumpuan syarikat kami ialah rumah yang lebih luas dan selesa. Kualiti pembinaan sememangnya yang paling utama. Bahan yang digunakan juga mempunyai gred yang lebih tinggi. Inilah sebabnya mengapa harga rumah di Selangor lebih tinggi. Bak kata pepatah, alah membeli menang memakai!" jawab seorang pekerja syarikat perumahan ketika ditanya mengenai harga rumah yang 30 peratus siap di kawasan projek terbarunya di Shah Alam.

Adakah pembeli mampu membayar ansuran bulanan kalau hanya bekerja makan gaji memandangkan nilai pinjamannya sangat tinggi?

"Orang yang tinggal di bandar, yang berkereta ke pejabat, perlu berbelanja makan tengah hari pada hari bekerja, bayar tempat letak kereta bulanan, ada sewa rumah dan punya keluarga beranak dua pasti sukar untuk menyimpan RM500 sebulan," kata Datuk Dr. Ma'amor Osman, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) apabila diminta memberi komen tentang peningkatan harga barang dan perbelanjaan harian rakyat Malaysia pada masa kini.

Kalau ada pembantu rumah sudah pasti lebih besar perbelanjaannya. Dengan pendapatan bersama, kelamin beranak dua, berumur dalam lingkungan 30 tahun, yang berjumlah antara RM7,000 dan RM8,000, jika ingin tinggal di pinggir bandar pun pasti tidak selesa hidup jika rumah semahal itu menjadi pilihan untuk ditanggung liabiliti membayar pinjaman sehingga 35 tahun lamanya.

Bayaran bulanan kepada bank swasta, jika pinjaman sebesar RM1 juta itu diambil hari ini, akan ditolak lebih RM5,000 daripada pendapatan bersih mereka, katanya.

Ma'amor berkata, harga barang yang mahal menggalakkan penggunaan kad kredit dan amalan yang sepatutnya dikikis.

"Pastikan bajet tetap sama. Jangan berikan peniaga mesej yang salah. Mereka yang berpendapatan tetap tidak dapat mencari jalan keluar sekiranya harga barang terus naik.

"Misalnya bawang yang menjadi bahan utama dalam hampir semua masakan tempatan naik mendadak baru-baru ini akibat kesan cuaca. Ini menjadi satu bebanan baru. Mereka yang berniaga tak berapa merasai tambahan beban ini kerana jika harga barang naik, peniaga turut menaikkan harga jualan mereka," kata Ma'amor.

Cuaca tidak menentu

Beliau melihat kos perkhidmatan pengangkutan awam yang meningkat adalah sesuatu yang perlu dikawal dan dipantau supaya rakyat tidak terus terbeban.

Tambahan pula kenaikan gaji tahunan juga tidak tetap dan lazimnya ia tidak melebihi lima peratus.

Harga tiket bas ekspres ke negara jiran Singapura meningkat kepada RM95 sehala berbanding RM75 pada tahun 2010. Harga tersebut hanya kurang RM4 berbanding harga tiket promosi kapal terbang ke republik itu. Alasan kenaikan harga ialah kerana musim cuti sekolah.

Harga barang yang semakin tinggi tidak boleh disalahkan kepada peniaga dan pembekal semata-mata, kata wakil Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).

"Bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan cuaca kemarau yang melampau, yang melanda dunia, antara sebab kekurangan bekalan barang keperluan seharian. Lagipun kebanyakan sumber makanan negara ini diimport termasuk gula, tepung dan beras.

"Apabila permintaan melebihi bekalan, pasti harganya meningkat kerana bekalan yang terhad ini," kata Mohd. Yusof Abdul Rahman, Pengarah Komunikasi Kumpulan FOMCA.

Apapun, pengguna perlu membuat pilihan dengan berhati-hati ketika harga tidak stabil.

"Barang keperluan biasanya akan stabil pada harga baru dan sekiranya bekalan pulih seperti sediakala, penurunan harga tidak berlaku secara mendadak berbanding ketika ia dinaikkan. Kadang-kadang ia tak berlaku langsung. Carilah alternatif kalau boleh," pesan Mohd. Yusof.

Pengguna yang bijak membuat pilihan dan sanggup bersuara pasti dapat mengubah keadaan masa kini kepada tahap yang lebih baik.

- Bernama

Khamis, Februari 24, 2011

Jawatan Kosong di Jabatan Audit Negara, Cawangan Negeri Sarawak - Feb 2011

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
- PEMANDU KENDERAAN R3

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.audit.gov.my/images/stories/2010KakChon/BORANG/iklan%20can%20sarawak.pdf

BORANG PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan BORANG AUDIT/PG-1 yang boleh di dapati di Jabatan Audit Negara, Cawangan Negeri Sarawak atau di Ibu Pejabat, Jabatan Audit Negara, Putrajaya. Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 16 sm x 23 sm, yang beralamat sendiri serta dilekatkan dengan setem bernilai 30 sen ke alamat di bawah. Borang permohonan juga boleh diperolehi melalui laman web di http://www.audit.gov.my

Tarikh Tutup : 28 Februari 2011

Jawatan Kosong di Syarikat Air Terengganu (SATU) - Feb 2011

Syarikat Air Terengganu (SATU) mempelawa pemohon-pemohon daripada WARGANEGARA MALAYSIA RAKYAT NEGERI TERENGGANU yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

JAWATAN:
1. PEGAWAI (TEKNIKAL) GRED SG2T
2. PENOLONG PEGAWAI AGIHAN (JURUGEGAS) GRED SG3T
3. PENOLONG PEGAWAI PENGELUARAN (OPERATOR LOJI) GRED SG3T
4. PENOLONG PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (PEMBACA METER AIR) GRED SG3

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.satuwater.com.my/PDF/Iklan_SATU_Jawatan_Kosong.pdf

BORANG PERMOHONAN
http://www.satuwater.com.my/PDF/Borang_Permohonan.pdf

LAMAN WEB
http://www.satuwater.com.my

Tarikh Tutup : 10 Mac 2011

Recent Posts