Ahad, November 01, 2009

Mengapa perlu tutup pintu perpaduan?

Oleh DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

Keputusan mesyuarat khas jawatankuasa Pas pusat Rabu lalu yang memutuskan untuk menutup rapat pintu perbincangan mengenai permuafakatan dan perpaduan antara UMNO-Pas pastinya menimbulkan pelbagai tanda-tanya.

Semua maklum bahawa mesyuarat khas tersebut diadakan lantaran tercetusnya polemik baru dalam kepemimpinan Pas yang terkait dengan tulisan blog Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahukan Pas dibersihkan daripada kelompok yang dikatakan masih kuat menyokong isu perpaduan.

Tidak cukup dengan keputusan ini ditubuhkan pula jawatankuasa disiplin untuk menyiasat kepimpinan Pas Selangor dan mana-mana pimpinan lain yang dikatakan cuba membuat persefahaman dengan UMNO. Persoalannya, mengapakah begitu sekali tindakan dan keputusan mesyuarat pucuk pimpinan Pas untuk menutup segala ruang dan peluang demi sebuah perpaduan? Apakah terlalu besar dosanya untuk menjalinkan persefahaman dengan UMNO yang merupakan parti terbesar mewakili Melayu-Islam? Atau adakah kerana kepentingan politik, kita sanggup menggadaikan prinisp agama yang jelas menekankan aspek kesatuan?

Sememangnya sejak isu permuafakatan Pas-UMNO ini meletus, terlalu banyak suara sumbang dan prejudis mempersoalkan kewajaran permuafakatan di antara dua parti Melayu-Islam terbesar iaitu UMNO dan Pas. Tidak kurang juga yang berlagak bagaikan Tuhan seolah-olah mampu menerobos masuk jauh ke sudut hati manusia lantas mempersoalkan keikhlasan di sebalik kesedian dua parti untuk duduk berbincang.

Sebagai orang Islam kita tidak ada pilihan melainkan wajib menyokong penuh segala usaha ke arah permuafakatan dan pertautan ukhuwah sesama Islam. Ini kerana tuntutan agama jelas mengisyaratkan bahawa penilaian tahap keimanan manusia diukur berasaskan kepada sejauh mana seseorang itu memartabatkan nilai persaudaraan sesama umat Islam. Ini jelas diisyaratkan Nabi Muhammad saw dalam hadis: Tidak beriman seseorang sehinggalah dia menyintai saudaranya sebagaimana dia menyintai dirinya sendiri (Sahih Bukhari).

Sebab itulah dalam Islam jika berlaku pertelagahan sekalipun, adalah menjadi suatu kewajiban untuk umat Islam mencari jalan ke arah perdamaian. Firman Allah: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertawakallah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Al-Hujurat: 10)

Penegasan Allah dalam ayat ini cukup jelas mengisyaratkan peri-pentingnya membuka pintu seluas-luasnya ke arah sebarang usaha mencari titik persamaan dan permuafakatan. Sebaliknya menutup pintu rapat kepada sebarang ruang perbincangan demi mencapai suatu persefahaman dan permuafakatan sesama Islam hanya akan mengundang kemurkaan Allah.

Kadangkala kita merasa hairan dengan sikap segelintir pemimpin parti yang lebih senang mengambil hati orang bukan Islam sehingga tergamak meminggirkan orang Islam sendiri. Malah ada yang meletakkan seribu satu dalih dan syarat apabila nak berbincang sesama Islam. Sebaliknya tiada pula sebarang syarat yang dikenakan untuk duduk semeja dengan orang bukan Islam.

Bukan

Sikap mengutamakan orang bukan Islam melebihi sesama Islam inilah yang mengundang kemurkaan Allah sebagaimana terkandung dalam al-Quran: Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman, dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun. (Ali ‘Imran: 28).

Teringat penulis ketika bertanyakan hal ini kepada seorang sahabat yang turut aktif dalam kepimpinan pemuda Pas. Jawabnya mudah, syarat utama untuk Pas menerima UMNO ialah mereka mesti menerima Islam sepenuhnya. Lalu dibacakan kepada saya ayat Allah yang sering dijadikan hujah menolak UMNO: Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi segala hukum hakamnya) secara keseluruhan (Al-Baqarah:208).

Persoalannya apakah Pas meletakkan syarat yang sama ketika mereka bersetuju untuk bersama dengan PKR dan DAP dalam membentuk pakatan pembangkang? Apakah parti-parti yang didominasi puak sekular ini menerima Islam sepenuhnya sebagaimana anjuran ayat al-Quran yang sering menjadi hujahan Pas menolak UMNO itu?

Memang mudah mengeluarkan ayat-ayat Allah untuk menjustifikasi tindakan dan perbuatan. Bahkan dalam sejarah awal pertembungan politik sesama Islam di zaman Saidina Ali dulupun tidak sedikit mereka yang menggunakan slogan berpandukan ayat Allah untuk melancarkan kempen memerangi kerajaan pimpinan Khalifah Ali Abi Talib.

Puak Khawarij secara terbuka mengangkat senjata melawan Khalifah dan menkafirkan sesama Islam dengan berkempen: Tidak ada hukum melainkan hukum Allah. Slogan ini berpandukan ayat al-Quran, Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka itu orang-orang yang kafir (Surah al-Maidah, ayat 44). Namun Sayidina Ali pantas menepis hujahan tersebut dengan kata-kata tersohornya: “Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil”.

Fenomena Khawarij ini tampak turut meresapi umat Islam hari ini. Api kebencian dan permusuhan seringkali disemarakkan dengan nilai prejudis yang begitu mengakar di kalangan umat Islam seantero dunia ketika ini. Lebih mendukacitakan apabila ayat-ayat suci Allah terus digunakan bagaikan senjata ampuh bagi menjustifikasi persengketaan yang langsung tidak menepati tuntutan Rabbani.

Jantan dayus

Sanggup membutakan mata dengan kecurangan isteri, membiarkan isteri menyara keluarga sementara suami lebih selesa duduk goyang kaki di rumah dan mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Itu realiti yang seakan-akan menjadi ‘trend’ masyarakat masa kini apabila ramai suami yang sepatutnya menjadi pelindung kepada isteri dan anak tidak melakukan tanggungjawab itu, sebaliknya membiarkan isteri lebih berperanan sebagai ketua keluarga.

Lebih memalukan, ada di antara suami dayus itu membiarkan isteri melakukan maksiat kerana mereka sendiri sibuk menjalin hubungan dengan wanita lain dan ada juga disebabkan takut kepada isteri.

Peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Zain, berkata fenomena suami dayus kini antara punca utama berlakunya perceraian kerana daripada 15 kes permohonan fasakh yang diterima secara purata oleh firma guamannya setiap bulan, 10 memberi alasan suami dayus.

Menurutnya, tiada peruntukan dalam undang-undang Islam mensabitkan lelaki atau suami dayus tetapi ia boleh ditimbulkan oleh isteri dalam kes tuntutan fasakh atau mutaah bagi mensabitkan suami tidak bertanggungjawab terhadap isteri atau rumah tangga.

“Punca utama suami dayus ialah kurangnya ilmu agama. Mereka mengabaikan nafkah batin dan tidak menjalankan tanggungjawab tanpa alasan munasabah. Masalah kewangan antara sebab utama dayus.

“Ada suami yang berduit berpeleseran di luar dan membiarkan isteri curang, manakala anak berbuat maksiat seperti berjudi dan minum arak serta meninggalkan solat kerana kononnya berfikiran terbuka,” katanya.

Dalam satu kes, katanya, seorang suami tergamak mengarahkan isteri melacurkan diri asalkan isteri membawa duit pulang ke rumah. Malah ada ketikanya suami merakam gambar tidak senonoh isteri bersama lelaki lain.

Apabila isteri yang tidak tahan diperlakukan sedemikian memfail kes perceraian di mahkamah, suaminya menunjukkan gambar isterinya bermesra dengan lelaki lain kononnya sebagai bukti wanita itu curang.

“Hakikatnya, dia yang mendorong isteri melakukan kerja tidak baik. Logiknya siapa yang mengambil gambar isteri berpelukan dengan lelaki lain.

“Jahat macam mana pun seorang lelaki, dia tidak boleh lihat isterinya buat jahat. Ini kategori terlalu dayus kerana memaksa isteri buat jahat. Lelaki seperti ini tiada maruah dan sehina-hina manusia kerana makan duit isteri,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, satu lagi kes suami dayus yang dikendalikannya boleh disifatkan pelik kerana suami itu menetapkan syarat kepada isterinya iaitu tujuh tahun berkahwin, dia menyara isteri dan tujuh tahun selepas itu, isteri pula menyara kehidupannya.

“Selepas tujuh tahun menyara keluarga, suami itu tinggal di rumah menjaga anak dan menguruskan rumah tangga. Bagaimanapun pada tahun kelima isterinya bekerja, isteri yang tidak tahan kerenah suami memfail kes fasakh.

“Sewaktu suami bekerja, isteri yang turut mempunyai ijazah tidak pernah meminta macam-macam, tetapi apabila dia bekerja, suami minta yang bukan-bukan seperti menyediakan makanan berkhasiat kerana tidak mahu dia gemuk disebabkan hanya duduk di rumah dan meminta barangan mahal untuk keluarga dan rumah tangga.

“Jika isteri tidak beli apa dimahukan, suami mengamuk. Suami juga ada hobi pengotor iaitu membawa balik kereta dan motosikal buruk dan membaikinya di rumah kerana tiada kerja,” katanya.

Menurutnya, ada juga suami dilabel dayus kerana tidak memberi nafkah batin kepada isteri tanpa alasan munasabah dan turut bersikap dingin tanpa komunikasi.

“Namun atas desakan isteri, mereka mengadakan hubungan kelamin. Apabila isteri hamil, suami berkata, ‘sudah mengandung, sudahlah...’ maksudnya tak perlu lagi lakukan hubungan seks. Sehingga isteri melahirkan anak, dia dibiarkan begitu saja.

“Apabila minta penjelasan, isteri ditengking dan dihambur kata-kata kesat seperti katakan lapar seks, jalang, perempuan tak tahu malu dan boleh dicari di tepi jalan,” kata Mohd Zaidi.

Sementara itu pakar motivasi dan kaunselor, Dr HM Tuah Iskandar, berkata secara purata beliau menerima tiga aduan setiap bulan mengenai suami yang tidak menjalankan tanggungjawab atau membiarkan isteri melakukan perbuatan bertentangan ajaran Islam.

Menurutnya, isteri terbabit mengadu mereka dipaksa bekerja sedangkan suami lebih suka tinggal di rumah dan sangat mengejutkan apabila ada suami menggalakkan isteri melakukan maksiat serta zina asalkan tidak mengganggu hobinya yang gemar berfoya-foya.

“Kes ini membabitkan satu pasangan yang lima tahun berkahwin tetapi tiada anak. Isteri menghidu perbuatan suaminya yang kerap berfoya-foya di kelab malam atau mengunjungi perempuan simpanannya.

“Isterinya marah dan meminta suami berhenti berbuat demikian, namun suaminya meminta dia tidak diganggu dan sebagai imbuhan dia membenarkan isterinya menyimpan kekasih lain asalkan tidak membawanya pulang ke rumah,” katanya.

HM Tuah berkata, akibat marah dan dendam dengan suaminya, isteri terbabit kemudian menjalin hubungan dengan lelaki lain sehingga kepada hubungan ranjang.

“Namun selepas empat tahun hidup bergelumang dosa, isteri itu mula sedar dan ingin kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Beliau berkata, perbezaan status kerjaya juga sering menjadi punca suami tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan dayus sambil memberi satu kes membabitkan pasangan suami isteri yang berkahwin hampir 15 tahun.

Menurutnya, pasangan itu ada seorang anak dan suami yang bekerjaya sederhana serta mempunyai paras rupa tidak seberapa selalu ‘merendah diri’ dengan isterinya yang berjawatan tinggi serta cantik.

“Lelaki ini mengadu kepada saya mengenai isterinya yang dia lihat berjalan dan berpelukan dengan lelaki lain. Dia mengekori kereta dinaiki isterinya dan lelaki itu menuju ke sebuah kondominium mewah. Namun pengawal keselamatan menghalangnya memasuki kawasan itu.

“Apabila dia menelefon isterinya, wanita itu beritahu dia ada tugas di pejabat yang belum selesai dan akan pulang lewat. Selepas isterinya pulang pada lewat malam, lelaki ini masih tidak berani bertanya mengenai apa dilihatnya.

“Malah sehingga kini lelaki itu memendam perasaan dengan alasan dia bersyukur dapat berkahwin dengan isterinya itu serta sedar taraf dirinya,” katanya.

Menurutnya, satu lagi kes dikendalikannya membabitkan pasangan suami isteri bergelar ustaz dan ustazah yang berkahwin lebih 20 tahun atas dasar cinta sejak belajar di luar negara dan kini ada tiga anak.

HM Tuah berkata, ustaz itu mengadu sejak lima tahun kebelakangan ini isterinya sering mengamuk walaupun kerana hal kecil.

“Dia memberitahu isterinya pernah mengejutkannya yang tertidur di luar rumah dengan menggunakan kaki, malah pernah menendangnya hingga terjatuh dari kerusi ketika dia tertidur.

“Isterinya juga kerap memukul dan memaki hamunnya di depan jiran. Namun disebabkan perasaan sayang masih berputik selain dirinya bergelar ustaz, dia tidak mengambil tindakan balas, sebaliknya mendiamkan diri dan membiarkan,” katanya.

Beliau berkata, dalam ketiga-tiga kes itu jelas si suami bersikap dayus kerana tidak menegur perbuatan isteri yang melampaui batasan dan mengikut Islam, mereka diharuskan menceraikan isteri.

“Namun itu bukan alasan untuk bercerai, sebaliknya ia sebagai cara memberi pengajaran kepada isteri jika mereka masih tidak sedar dengan perbuatan dilakukan dan segala usaha untuk menyedarkan isterinya gagal,” katanya.

- METRO AHAD

Ketua kerajaan boleh dibicarakan

Ketua-ketua kerajaan atau negara boleh dibicarakan atas kesalahan jenayah perang kerana mereka tidak kebal dan tidak dilindungi oleh undang-undang antarabangsa.

Perkara tersebut diputuskan pada Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCT) hari ini sejajar dengan Artikel 1A, B, C, D Piagam KLWCT.

Dengan keputusan itu, menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCC) mempunyai tempoh dua bulan untuk menyediakan semua dokumen pertuduhan dan mengemukakan notis kepada pihak yang didakwa penjenayah perang.

“Maka kini terpulanglah kepada pihak suruhanjaya bagi mewujudkan kes dan memberi notis kepada mereka yang dituduh terlibat dalam jenayah perang untuk hadir pada pendengaran tribunal itu nanti,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dr. Mahathir merupakan Pengerusi Pertubuhan Keamanan Sedunia Perdana (PGPO) - pertubuhan yang bertanggungjawab mengambil inisiatif mengadakan persidangan antarabangsa bertemakan “Menjenayahkan Perang”.

Ia akhirnya membawa kepada penubuhanTribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCT) bagi membicarakan mereka yang didakwa sebagai penjenayah perang.

Menurut Dr. Mahathir, tribunal tersebut akan berlangsung mengikut prosedur dan undang-undang antarabangsa seperti yang dilaksanakan oleh tribunal-tribunal jenayah perang lain.

Pengerusi KLWCT, Hakim Datuk Abdul Kadir Sulaiman ketika membacakan keputusan itu berkata:

‘‘Tribunal berpendapat ketua-ketua kerajaan dan negara tidak boleh secara sebelah pihak mengatakan ia kebal dan tidak boleh didakwa di bawah undang-undang antarabangsa seperti Konvensyen Geneva ataupun undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.’’

Turut bersidang Hakim Datuk Abdul Kadir Sulaiman (Malaysia), Hakim Tunku Sofiah Jewa (Malaysia), Hakim Francis Boyle (AS), Hakim Profesor Salleh Buang (Malaysia), Hakim Profesor Niloufer Bhagwat (India), Hakim Alfred Lambremont Webre (AS) dan Hakim Profesor Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi (Malaysia).

Tribunal bersidang berikutan permohonan Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCC) untuk mendapatkan keputusan sama ada ia mempunyai kuasa untuk mendengar kes yang membabitkan ketua-ketua kerajaan atau negara berkaitan dengan jenayah perang.

Persoalan lain yang dibangkitkan KLWCC adalah sama ada ketua-ketua kerajaan ataupun negara boleh menarik diri dari mematuhi sebarang peruntukan perjanjian atau undang-undang antarabangsa seperti Konvensyen Geneva yang diterimapakai oleh dunia.

Abdul Kadir menegaskan, tribunal berpendapat ketua-ketua kerajaan atau negara juga diliputi oleh undang-undang antarabangsa seperti Konvensyen Geneva dan undang-undang hak asasi manusia.

Tambah beliau, tribunal juga membuat keputusan bahawa ketua-ketua kerajaan atau negara tidak boleh membebaskan diri mereka dari perjanjian ataupun undang-undang antarabangsa.

Katanya, keputusan penuh dan sebab-sebab perkara itu diputuskan oleh tribunal akan dibuat secara bertulis dan boleh diperoleh pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.

- MINGGUAN MALAYSIA

Cerpen - Falsampah

Oleh Serunai Faqir

LALAT. Langau. Lipas. Lipan. Semuanya menyeronot di dalam timbunan sampah yang kian menggunung di medan persampahan itu. Pemandangannya sahaja mampu membunuh jelira sesiapa yang melintasinya atau setidak-tidaknya lewat angin petang yang mengirim aromanya di mana sahaja ia mencecah. Tiada siapa yang mahu larut dalam kebusukan sampah itu, kecuali beberapa manusia yang sudah lama menggunakan sampah sebagai medium untuk kesinambungan dompetnya. Dengan tenang mereka berbaring di atas tilam sampah yang lembut, kata mereka seperti tilam di rumah pak menteri.

“Apa sudahnya kita ini Sarip?”

“Sudahnya kita beginilah,” jawab Sarip acuh tak acuh. Dia tahu pertanyaan itu bukanlah pertama kali disodorkan kepadanya. Entah dia sendiri tidak ingat, mungkin jutaan kali.

“Hanya orang seperti kita sahaja yang mengenal makna sampah. Setiap satu sampah punya bau kejahatannya yang tersendiri. Setiap sampah punya warna pelangi di sisi para marhaen. Setiap sampah tersimpan sejarah dan makna budaya yang tinggi nilainya. Dan tentunya setiap sampah adalah tetap sampah di sepanjang perjalanan menuju kejayaan.” Lensa pandangan Dol tidak berkelip, kali ini dia cuba menghitung bintang yang bertaburan di langit.

“Cukuplah, Dol. Apa lagi guna sampah kalau sudah terbuang? Kau bilanglah sejuta makna dan selaut falsafah, sampah tetap sampah. Seperti juga kita, orang anggap kita seperti sampah sahaja.” Sarip terkuap-kuap. Matanya sudah hampir terkatup ketika mengucapkan perkataan terakhirnya.

“Tapi kita bukan sampah masyarakat…” Nada Dol tegas sekali.

Orang seperti Dol ramai sekali apabila ekonomi mengalami demam H1N1 yang tidak kebah. Tapi Dol bukan orang sembarangan. Dahulu, dia seorang ternama dan kaya-raya. Punya segala yang manusia lain mahukan di atas dunia ini. Sarip senyum sendiri memikirkan dirinya juga dibuang kerja ketika zaman ekonomi melecet. Melecet, bukan meleset.

Jeda memanggung waktu. Dol tidak menghiraukan kata-kata temannya. Baginya kata-kata itu bagaikan sampah dan habuk yang tidak membawa sebarang maksud dan pengertian. Orang-orang seperti Sarip hanya melihat sampah dari sudut luaran. Bagi Dol, sampah itu ada rohnya yang tersendiri untuk dinikmati.

“Kau tahu Sarip.”

“Hmmm … apa dia lagi?”

“Dari sampah yang bertaburan ini, kita boleh mengenal taraf ekonomi rakyat Malaysia,” ujar Dol tersenyum, yakin dengan apa yang diperkatakannya. Di atas timbunan sampah itu, Dol berdiri bagaikan patung tugu pahlawan. Wajahnya penuh patriotik. Tiba-tiba dia tegak menyanyikan lagu Negaraku. Sarip terpaksa berdiri sama demi menghormati lagu Negaraku. Walaupun hanya seorang pemungut sampah, tapi hatinya berkobar semangat cintakan negara. Tidak sesekali dia akan menjual maruah negaranya hanya kerana seorang pemungut sampah.

“Cuba kau tengok sampah di sekeliling kita, cuba kau amati kotak-kotak, plastik dan kertas-kertas. Daripada itu sahaja aku sudah mampu menelah kemampuan ekonomi rakyat Malaysia masih lagi baik. Tengok, tengok.” Dol menoleh ke arah kiri.

“Itu, itu. kotak-kotak burger luar negara, kotak-kotak ayam goreng orang putih, kotak-kotak pizza. Menurut skala indeks di bursa saham persampahan, ia menunjukkan ekonomi rakyat Malaysia semakin mantap, mampu membeli barangan luar negara. Mampu untuk berbelanja dengan mewah, ketepikan nasi lemak atau nasi dagang yang enak dan mampu memberikan zat yang cukup serta beralih kepada makanan luar yang mengarut. Dan tentunya mereka ini terdiri orang-orang yang kurang patriotik terhadap negaranya.” Kotak-kotak sampah itu dikais-kaisnya. Sesekali matanya liar memandang keliling.

Sarip terkuap-kuap. Dia hanya memerhatikan sahaja rakannya yang semakin melalut. Semakin malam, semakin melalut, bisik hatinya.

“Berapa kerat sahaja rakyat Malaysia yang bersikap sederhana dalam membeli barangan dan sekaligus bersikap patriotik. Tak ramai, tak ramai. Hanya inilah golongan yang benar-benar patriotik dan cinta negaranya.”

“Bagaimana pula kau lebih tahu daripada aku?” Tiba-tiba Dol jadi semangat apabila ditiupkan semangat patriotik. Walaupun hembusannya lembut tapi berkesan. Dol tak perlu naik dan kibar bendera merata-rata kalau masih lagi makan di kedai sang imperialis atau memandu kereta buatan orang Yahudi.

“Kau tengok.” Dol menghulurkan bungkusan nasi lemak kepada Sarip. Kelihatan saki baki sambal nasi lemak berbekas di kertas. “Orang yang patriotik tetap akan makan nasi lemak, itu … itu … kertas bungkus nasi lemak, bekas polisterin lauk rendang. Haaa … begitu kaedahnya Sarip. Bukan patriotik di mulut sahaja tetapi juga di lidah, tekak, perut pun mesti juga.”

Baring

“Apa-apa sahajalah Dol,” jawab Sarip, dari baring dia duduk. Memerhatikan sekeliling. Memerhatikan kebenaran kata-kata temannya walaupun dia tidak pernah ambil peduli semua itu. Yang penting adalah perutnya perlu diisi agar tidak berkeroncong sewenang-senangnya berbunyi tak tentu masa dan keadaan.

Dan bintang masih tersangkut di dada langit. Bulan masih bersinar megah, kerana ia tahu bahawa ada manusia yang masih punya fikir walaupun skru kewarasan otak manusia semakin longgar. Tapi tak semua yang longgar. Fikiran kebanyakannya di bawah tapak kaki. Kalau tidak masakan golongan sepertinya masih wujud lagi di sini.

“Dalam mengaji kita mengkaji Sarip,” ujar Dol perlahan. Dia mengusap kepalanya, fikirannya berputar mencari jawapan yang tak pasti. Perlahan dia duduk di sebelah Sarip. Sehelai kertas putih bertulis tangan dibacanya.

“Manusia sudah tidak sayang ilmu. Kertas-kertas ini walaupun hanya bertindak sebagai medium untuk menyampaikan ilmu tapi ini sahajalah taraf dan kedudukan yang mampu dicapai - di timbunan sampah layaknya,” gumam Dol.

“Bermakna apabila rapuhnya kecintaan terhadap ilmu, maka rapuh jugalah ikatan di antara masyrakat. Antara bangsa, antara ibu bapa dan anak, antara suami dan isteri, antara guru dan murid. Semuanya berantakan.” Sambungnya lagi. Dol terdiam untuk seketika. Rumah tangganya juga kacau bilau dek kerana dibuang kerja. Duit tiada, anak sakit. Kerja payah dapat, bini melompat! Akhirnya dia berkawan dengan sampah-sampah yang lebih mengerti perasaannya.

Sarip sudah berdengkur. Tak larat mendengar ocehan temannya yang kuat benar berfalsafah. Baginya mudah, kerja cari duit untuk esok. Perut mesti diisi, tekak jangan kering, mulut mesti berasap. Mudah, mudah sahaja hidup ini. Yang jadi susah apabila ada manusia yang menyusahkan hidup orang lain dengan nafsunya yang tamak dan rakus. Itulah yang menyusahkan semua orang atas muka bumi ini.

Dol memandang ke arah Sarip, kemudian melontarkan lensa pandangannya ke rahang malam yang semakin rakus menelan cahaya. Kegelapan sudah berkerajaan. Lalat, langau, lipas dan lipan masih bersepah di atas tilam sampah yang akan diladeni sebentar lagi.

Dalam lena itu, Sarip merasakan bahawa dirinya sudah melangkaui alam yang sepatutnya.. Di sana dia berjumpa dengan seorang budak kecil (memang klise - kalau mimpi mesti jumpa orang tua berjanggut dan berjubah putih tapi ini lain) yang comel dan manja sekali riak wajahnya. Dia menghulurkan tangannya, Sarip menyambut.

“Tangan abang kasar.” Budak kecil itu tersenyum.

“Mana tak kasarnya, kerja kutip sampah. Tangan selalu kotor dan selalu kena basuh. Pegang benda-benda kotor dik.” Sarip senang sekali dengan budak itu. Dalam fikirannya teringat anak Dol yang seusia dengan budak yang tercokoh di hadapannya.

“Tak mengapa abang, walaupun kerja kotor tapi duitnya bersih. Jangan kerja bersih tapi duitnya kotor. Kerja kotor begini, kalau basuh dia boleh bersih. Kerja bersih yang kotor kalau basuh orang lain yang kena. Tapi, paling penting hati mesti bersih.”

Sarip senyum. Terpikat dengan keletah dan perkataan yang diujarkan.

“Kenapa adik cakap begitu? Adik tak tahukah berapa ramai yang menghina pekerjaan abang? Saudara mara semua lari, kawan-kawan apatah lagi. Kata mereka lagi, kerja busuk dan hina sama macam sampah yang ada di tempat abang.”

Budak kecil itu ketawa lalu menghela tangan Sarip. Mereka terbang. Terbang ke dalam kegelapan malam. Terbang di atas awan biru. Angin sejuk menampar pipinya. Sarip terasa bahagia. Tiba-tiba tangannya dilepaskan. Serta merta anganan Sarip meluncur ke bumi. Segala mewah kasih dan bahagia impian akan terhempas sedikit masa lagi. Tiba-tiba …

Masa terhenti. Semua menjadi kaku, menjadi beku.

“Apa ada dengan kekayaan dan kebahagiaan kalau terhasil dari tangan-tangan yang berdanur? Ibarat kaca terhempas ke tanah, itulah umpamanya. Jatuh berkecai dan akhirnya. Biarlah kerja kotor tapi halal dan bersih.

Sarip tidak bergerak, tubuhnya seakan hancur. Menjadi berkeping-keping. Halus dan akhirnya menjadi lumat. Tubuhnya bagaikan terapung dan terawang-awang seperti zarah-zarah halus yang melewati terowong cahaya. Sarip masih hidup, dia merasakan itu, namun dia tiada daya upaya untuk bergerak atau berkata walau sepatah.

Budak kecil itu menarik semula zarah-zarah halus (jasad) Sarip dan melemparkan ke udara. Sekali lagi tubuh yang bersifat halus menjadi zat dan jasad yang kasar. Jatuh berdebup di atas tanah. Kali ini kesakitan menjalar ke seluruh tubuhnya. Ada darah mengalir siku dan lututnya.

“Apa semua ini?” Sarip menyeringai kesakitan.

“Itulah perasaan yang bernama kesakitan, kebencian, kemarahan, kekecewaan, kehampaan dan, dan itulah yang telah kau berikan sewaktu menduduki kerusi empuk di pejabat berhawa dingin.”

Menitis

Sarip memandang ke arah Dol. Hanya dengkur dan embun pagi sahaja menitis. Suara lalat, langau, lipas dan lipan bagaikan tertangkap oleh telinganya. Semuanya berzikir, mengucap syukur kerana dalam laut sampah itu ada rezeki mereka.

Mereka lebih faham segenap inci, ruang, sudut dan bau sampah yang bertimbun itu. Sarip berdiri memerhatikan mereka. Sesekali matanya tertancap pada barisan semut gula yang bekerja keras mencari rezeki. Dol terjaga, pandangan mereka saling bertikam dan akhirnya Dol menukar lensa pandangannya ke hadapan.

“Dalam sampah ini ada rezeki kita, Sarip.”

Sarip mengangguk.

“Ada apa lagi dalam sampah ini, Dol?"

Dol menoleh ke arahnya, hairan. Mungkin selama ini Sarip menganggap dirinya sewel kerana bercakap soal sampah, tapi dia tidak pernah ambil pusing. Tapi memang Dol tahu dalam sampah ada macam-macam. Dan dalam macam-macam itu juga ada sampah.

Walaupun zahirnya seperti sehelai kain putih yang mulia dan mulus di pandangan ramai, namun Dol tahu bahawa di hati mereka, bertaburan sampah-sampah dan segala macam habuk. Gelap-gelita hati mereka. Memandang dengan pandangan manusia. Berkata dengan perkataan manusia. Bermegah dengan kemegahan manusia.

Ah persetankan itu semua, Dol membentak dalam hati.

“Kalau kau nak tahu, Sarip. Apa kemuliaan dalam timbunan sampah yang melaut ini? Ini yang manusia tidak pernah mahu ambil tahu dan tidak tahu pun apa yang ada pada kita dan sampah-sampah yang berselerakan ini.” Dol memulakan lagi syarahannya seperti biasa.

“Dalam persampahan ini, kau dan aku dan kita dengan sampah. Siapa yang lebih memerlukan siapa? Adakah kita memerlukan sampah untuk terus hidup. Atau bagaimana? Sampahkah yang memerlukan kita untuk terus berada di sini. Kalau tanpa manusia, sampah-sampah ini bergolekan di merata tempat tanpa ada pembelaan? Bagaimana?”

Sarip termenung dengan persoalannya. Ceritanya cuma sampah. Semuanya sampah. Dalam sampah ada sampah - itu bagi mata manusia yang melihat tetapi tidak merenung. Tapi bagi yang merenung dan menilik, dalam sampah ada kesucian yang tak terungkap. Sucinya sampah-sampah itulah yang telah menyebabkan ribuan manusia, haiwan, kuman-kuman terus hidup di atas muka bumi ini. Dan sampah yang paling mulia juga adalah sampah yang telah diproses lalu berkhidmat untuk manusia.

“Jadi sampah itulah yang lebih mulia dari manusia. Sarip kau tengok kotak-kotak makanan, minuman, pakaian - itukan diperbuat dari sampah-sampah yang kita kutip. Dan pesanan yang paling menusuk hati aku adalah ketika pertama kali aku menjual sampah dan kotak. Kata tauke itu begini, ‘bagus orang Melayu sudah tidak malu menjual sampah.’ Muka aku merah, namun aku menjawab, ‘duit itu kan tidak busuk.’ Ya, sejak itu, aku tidak pernah malu menjadi seorang Melayu yang menjual sampah dan kotak.” Dol menghela nafas. Mengenang kembali pertemuan pertamanya dengan sang tauke.

Sarip terus mendiamkan diri. Kata-kata Dol itu banyak kebenarannya. Sejak ekonomi merudum. Sejak kegawatan akhlak merudum. Sejak perpecahan antara perhubungan kekeluargaan, masyarakat dan bangsa, hanya sampah menjadi lambang penyatuan kepada itu semua.

Statusnya sampah tapi maksudnya sampah-sampah di sini bersatu tidak mengira dari rumah siapakah sampah itu berasal. Saling berasak dalam lori sampah yang mengangkut lalu menjadikan tempat ini sebagai tempat untuk menyatukan maksud dan maknawi. Jangan jadikan perpaduan itu seperti sampah, tapi jadikanlah sampah itu umpama lambang perpaduan.

Sarip terhenyak dengan persoalan-persoalan yang menghunjam benaknya. “Sampah, ya sampah.”

“Ya, sampah,” sahut Dol.

“Hidup sampah!" jerit mereka berdua. Dan kita juga adalah sampah-sampah dan sampah-sampah juga adalah kita, fikir Sarip.

- MINGGUAN MALAYSIA

Tulang - Rapuh atau tegar

Oleh NURUL ANUAR KARI

Anda pernah makan ketam? Hidupan laut dengan kulit sekeras batu ini tidak begitu mudah dimakan kerana ‘kulit’ itu sebenarnya adalah tulang yang melindungi keseluruhan badan ketam dan hidupan lain seumpamanya.

Tulang yang membentuk sistem kerangka badan juga wujud dalam bentuk berbeza mengikut keperluan dan spesies hidupan.

Bagi manusia, sistem kerangka tulang berada di dalam badan (endoskeleton). Bagi sesetengah hidupan seperti ketam, udang karang dan kerang, kerangka tulangnya berada di luar (exoskeleton).

Pertahanan dan sokongan

Asas utama struktur tulang di dalam atau luar badan adalah untuk memberikan pertahanan dan bentuk pejal kepada badan. Tulang memberikan sokongan di samping bekerjasama dengan otot bagi memudahkan pergerakan.

Bagi sistem kerangka dalaman seperti pada manusia dan mamalia lain, tulang di dalam badan memudahkan pembesaran badan sambil mengekalkan keutuhan bentuk dan pergerakan badan. Bagi kebanyakan haiwan, termasuk manusia, sistem kerangka dalaman ini turut memberi perlindungan kepada organ-organ dalaman utama tanpa terlalu menjejaskan kemampuan bergerak, terutamanya bagi manusia berjalan dengan stabil di atas dua kaki.

Kerangka dalaman juga membolehkan otot bertumpu kepada kaki, tangan dan bahagian sendi-sendi untuk pergerakan. Sambungan otot pada tulang turut menambah sokongan dan keutuhan bentuk badan khusus mengikut spesies, dan juga keturunan (bagi manusia).

Sistem kerangka luaran pula lebih bertumpu kepada pertahanan, bukan sahaja dari musuh malahan dari persekitaran yang ekstrem seperti kekeringan melampau akibat kehilangan air (musim kemarau). Bagaimanapun, sistem kerangka luaran menyukarkan pertumbuhan dan haiwan seperti ketam terpaksa menyalin kulit setiap kali badannya membesar melebihi saiz kerangka luarannya.

Penyu dan kura-kura merupakan antara spesies yang mempunyai kedua-dua sistem kerangka, luar dan dalam. Secara evolusi, penyu dan kura-kura yang tidak mengalami perubahan besar sejak berjuta tahun lamanya dianggap menggunakan kedua-dua sistem kerangka sebagai pertahanan dari pemangsa. Sistem kerangka dalaman memberikan haiwan tersebut bentuk dan sokongan sementara kerangka luaran menyukarkan pemangsa mencapai bahagian dalaman badan.

Kuat dan lemah

Setiap manusia dewasa mempunyai 206 tulang sementara kanak-kanak mempunyai 270 tulang. Seperti mana-mana struktur dalaman lain, kesihatan dan kekuatan tulang sering kali diabaikan dan diambil mudah berbanding kulit yang jelas kelihatan.

Selain memberi struktur dan perlindungan badan, tulang juga menyimpan sum-sum tulang yang menghasilkan sel darah merah dan sel darah putih (sel imuniti). Selain itu, tulang juga menjadi pusat simpanan mineral (terutamanya kalsium), mengimbangkan pH darah, simpanan lemak, menyahtoksin dan juga amat penting untuk pendengaran (tulang osikel - tulang paling kecil dalam badan dan tulang temporal kepala - tulang paling padat).

Seperti tisu badan yang lain, tulang mengalami hakisan akibat tekanan terhadap fungsinya dan perlu sentiasa diganti dengan tisu baru. Proses hakis dan ganti ini berterusan sejak kita lahir bagi memastikan tulang dapat menampung bentuk dan saiz badan. Namun, proses ini semakin perlahan dengan peningkatan usia dan terjejas teruk jika tidak mendapat bekalan mineral dan nutrien secukupnya.

Osteoporosis merupakan keadaan di mana kepadatan tulang seorang individu telah terjejas teruk sehingga terlalu rapuh untuk menampung keperluan badannya. Akibat tulang yang lemah dan rapuh, bentuk fizikal badan mungkin berubah (bongkok), menyukarkan pergerakan dan pastinya amat mudah retak dan patah, walaupun bagi aktiviti semudah bangun dari katil ataupun menaiki tangga. Jika telah mencapai tahap teruk, amat sukar untuk mengembalikan keutuhan, sokongan dan pertahanan tulang.

Hilang sokongan

Boleh dikatakan hampir keseluruhan sokongan tulang terhadap struktur dan pertahanan badan akan hilang bagi penghidap osteoporosis. Seperti biskut yang rapuh, tulang yang rapuh tidak dapat mengekalkan bentuk badan jika tidak mampu menampung beban graviti dan berat badan. Tulang yang rapuh juga dengan mudahnya retak, patah atau hancur, walaupun cuma dengan tekanan sederhana - sehingga mendedahkan organ-organ dalaman kepada bahaya kecederaan.

Osteoporosis boleh menyerang kebanyakan peringkat usia, tetapi lebih lazim di kalangan warga emas. Ia menyerang lelaki mahupun wanita, tetapi lebih banyak berlaku di kalangan wanita selepas mencapai menopaus (putus haid). Namun ini tidak bermakna lambat-laun semua warga emas dan semua wanita akan menghidap osteoporosis!

Hanya mereka yang tidak peduli atau gagal memantau tahap kesihatan tulang (termasuk lelaki dan golongan muda) akan tewas kepada osteoporosis.

Kesedaran

Anlene di bawah syarikat induknya, Fonterra, antara jenama utama susu untuk bekalan optimum kalsium tulang telah mengambil inisiatif mengumpulkan maklumat tahap kesihatan tulang penduduk rantau Asia sejak 2005. Selain itu, Anlene turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan universiti tempatan dalam usaha memastikan tulang penduduk rantau ini kekal sihat dan kuat.

Malangnya, lebih satu pertiga daripada 1.8 juta individu yang turut serta dalam tinjauan serantau Anlene didapati berisiko tinggi membentuk osteoporosis. Kajian bersama antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otaga, New Zealand pula mendapati kurang 50 peratus wanita negara ini mendapatkan bekalan kalsium secukupnya.

Satu laporan yang dikeluarkan Yayasan Osteoporosis Antarabangsa (IOF) sebelum ini menunjukkan kejadian retak atau patah tulang pinggul akibat osteoporosis di Malaysia paling banyak berlaku di kalangan kaum Cina, diikuti kaum Melayu dan India. Selain kekurangan kalsium, 71 peratus wanita Melayu yang telah putus haid turut didapati gagal mendapatkan bekalan Vitamin D secukupnya.

Vitamin D dihasilkan kulit yang didedahkan kepada cahaya matahari dan diperlukan bagi meningkatkan penyerapan kalsium ke dalam tulang. Masalah kurang pengambilan kalsium dan vitamin D turut dikesan di kesemua 14 negara yang terbabit dalam laporan tersebut.

Pengurus Besar Fonterra Malaysia, John McKay memaklumkan imbasan tulang Anlene menunjukkan peningkatan bilangan mereka yang berisiko menghidap osteoporosis.

“Data ini diperkukuhkan oleh laporan IOF yang menunjukkan peningkatan dua atau tiga kali ganda kejadian retak atau patah tulang pinggul di kebanyakan negara Asia sejak 30 tahun lalu.

“Negara-negara rantau Asia perlu mengambil langkah segera bagi memahami dan bertindak menentang penyakit yang boleh dicegah ini,” katanya.

Tambahnya, laporan IOF turut menyarankan pembentukan segera satu pangkalan data kebangsaan khusus untuk osteoporosis, termasuk kejadian retak atau patah yang berkaitan dengannya.

“Laporan tersebut turut menggesa lebih banyak langkah meningkatkan tahap kesedaran umum terhadap osteoporosis!”

Fonterra telah memainkan peranan aktif dalam kempen pendidikan dan pencegahan osteoporosis di Malaysia, termasuk dengan pelancaran kempen ‘Dengar kepada tulang anda’ yang disokong Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain meningkatkan kesedaran, kempen ini juga menawarkan khidmat imbasan tulang percuma di seluruh negara.

“Hasil tinjauan kami berbeza dari satu negara ke satu negara, tetapi sebilangan besar penduduk di setiap negara terbabit didapati berdepan dengan masalah kepadatan tulang yang rendah, dan pastinya turut berdepan dengan ancaman osteoporosis,” tegas McKay.

Apa yang pasti, jika terus diabaikan, osteoporosis bakal menjadi satu lagi penyakit boleh dicegah yang menyelubungi rantau ini seperti mana diabetes, strok, penyakit jantung serta HIV/AIDS yang telah mencengkam hidup sebilangan besar penduduk Asia.

Segala perkembangan teknologi menghasilkan tulang sintetik, sel stem tulang mahupun sistem kerangka luar (exoskeleton) tiruan juga akan menjadi sia-sia kerana kita sebenarnya tiada cara lain bagi menggantikan sepenuhnya fungsi, sokongan dan peranan sistem kerangka tulang badan. Berikan sedikit perhatian kepada tulang anda, mulakan hari ini!

Untuk maklumat lanjut mengenai osteoporosis dan kempen kesihatan tulang Anlene, layari laman web www.listentoyourbones.com.my atau hubungi talian 1-800-88-3122.

- MINGGUAN MALAYSIA

Pertahan penyatuan ummah

Oleh Mohd Shauki Abd Majid

Secara literalnya, perkataan “agama” membawa maksud “tidak kacau dan selamat.” Sifat itu memungkinkan kita memahami bahawa agamalah yang berperanan mengatur kehidupan aman dan damai.

Setiap pengikutnya adalah diminta atau diwajibkan hidup dalam keadaan damai. Tidak melakukan kekacauan atau huru-hara terhadap orang lain. Dari situlah lahirnya tatacara kehidupan bermasyarakat yang harmoni, tersusun kemas dengan segala nilai dan norma kehidupan bersama.

Demikian disyurga Al-Quran menggambarkan kaum beriman akan menperolehi buah-buahan dan menperolehi apa yang mereka minta. Kepada orang-orang beriman itu dikatakan: “Damai, damai”, sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha penyayang (Al-Quran Surah Yasin ayat 57-58). Bahkan disana, mereka orang-orang beriman tidak mendengar ucapan yang tidak bermanfaat dan tidak pula hujatan tuduhan berdosa, melainkan tegur sapa,’ damai, damai’, selamat, selamat’ (Al-Quran Surah Al-Waqiah ayat 25-26).

Agama mengajar manusia menjauhi sifat-sifat tercela dan mengkhianati orang. Setiap orang wajib menghormati hak orang lain dan menjauhkan diri daripada sebarang tindakan yang boleh mengakibatkan permusuhan dan kekacauan. Menghasut dan menyebarkan permusuhan atau mencipta kekacauan adalah perbuatan yang sangat dibenci oleh agama. (Maksud al-Quran, Surah Al-Raa‘d, ayat 25)

Tidak hairanlah apabila sesuatu kekecohan berlaku dalam masyarakat, perbezaaan pendapat atau tindakan akan dituntut diadakan satu usaha damai. Usaha mendamaikan mereka yang bermusuh, berbeza pendapat dan berkonflik akan mengembalikan kehidupan bermasyarakat yang harmoni. Walau bagaimanapun, keresahan dan kekalutan pendirian disebabkan oleh kegagalan kita mengawal rasa hati dan keserakahan batin.

Ingatlah bahawa apabila kita ingin memperkasakan kedudukan bangsa, kita haruslah bermula dengan usaha membangunkan pola hidup masyarakat. Kita perlu menyemai benih-benih budaya dan nilai kehidupan yang harmoni, ianya tetap bermula dengan niat. Niat bermula daripada kesanggupan hati dan iltizam kita. Secara berlawanan, jika hati resah atau kacau bilau, maka akan lumpuh dan hancurlah masyarakat.

Bukankah Erich Fromm pernah mengatakan bahawa apabila hendak menbangun bangsa, maka bangunlah masyarakatnya; bila hendak membangun masyarakat, bangunlah ‘hati’ nya. Bila hati kacau, masyarakat lumpuh, bangsa dan negara akan hancur. Apabila masyarakat hancur, bangsa dan negara porak peranda. Jika hati masing-masing sejuk dan tenang, maka dengan sendirinya ia telah mencipta masyarakat yang damai. Demikian juga bangsa dan negara akan memperolehi kesejahteraan dan keadilan. Rakyat telah memperjuangkan ketenangan dan dari ketenangan itulah melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

Dalam hal ini, Allah swt berfirman dalam surah Al-Anfal ayat 24 hingga 27 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman sahut dan sambutlah (seruan) Allah (dan seruan) Rasul-Nya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna (maju dan kuat) dan ketahuilah bahawa Allah (berkuasa) mengubah atau menyekat antara seorang itu dengan (pekerjaan) hatinya dan sesungguhnya pada-Nya kamu akan dihimpunkan kembali dan jagalah diri kamu dari berlakunya dosa (yang menbawa bala bencana) yang bukan saja akan menimpa orang yang zalim dari kalangan kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu semua secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah amat hebat azab seksa-Nya. Dan ingatlah ketika kamu sedikit bilangannya (lemah) serta tertindas di bumi sendiri kamu takut orang-orang (musuh-musuh) menangkap dan menculik kamu, maka Allah memberi tempat untuk kamu bermastaitin dan diperkuatkan kamu dengan pertolongan-Nya serta dikuniakan kamu daripada rezeki yang baik-baik supaya kamu bersyukur. Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengkianati (amanah) Allah dan Rasulnya dan (jangalah) kamu mengkianati amanat kamu sedangkan kamu mengetahui salah dan bahayanya.”

Renungan

Peringatan daripada Allah itu amatlah wajar dijadikan renungan setiap umat Islam, termasuk dalam kalangan yang berkepentingan dan berasa angkuh dengan kekuatan sendiri. Ini kerana, kehidupan kita di Malaysia adalah kehidupan yang diasaskan secara bermasyarakat. Ini bermakna, tidak ada satu kumpulan pun yang boleh mendabik dada mengaku secara sombongnya bahawa kekuatan diri dan kumpulannya sahajalah yang mampu bertahan, tanpa memerlukan bantuan orang lain.

Peringatan itu memberikan kita teladan untuk mengenali dan menyedari kedudukan dan kekuatan kita sebenarnya. Masa inilah kita harus berusaha untuk memperbetulkan kesilapan, kerana mereka yang kenal dirinya akan berusaha menerima seruan Allah dan Rasul-Nya demi kemajuan dan kerukunan hidup.

Amat malang sekali kerana perbezaan fahaman politik peluang kemasan yang terbuka untuk mengukuhkan perpaduan dan kekuatan ummah ditolak begitu sahaja.

Kerana sikap kita sendiri yang tidak berharmoni bertimbang rasa ,malah dipenuhi dendam kesumat yang tak kunjung padam .Ini sangatlah bertentangan dengan ajaran Islam dan sifat (rahmat) dan rahim, rahman Allah dan RasulNya sebagai mana firmanNya bermaksud “Tuhan kamu telah mewajibkan atasNya rahmat” (Al-Quran Surah Al-An‘aam ayat 12) dan dalam satu firman-Nya yang lain yang bermaksud “dan tiada Aku utuskan kamu (Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk alam semasta (Al-Quran surah Al-Anbia ayat 107). Jangan akhirnya rahmat Tuhan pun akan kian menjauh dari haribaan kita.

Dalam masa yang sama, kita sentiasa berdoa dan memohon Allah memberikan kita kebaikan kemajuan. Kita amat menginginkan kesejahteraan dan kekuatan, tetapi apabila Allah membuka peluang, tanpa kita sedar, kita sendiri telah menolaknya.

Inilah yang dimaksudkan Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Bahawa Allah akan memalingkan hati seseorang dan memisahkannya daripada dirinya sendiri.”

Di sinilah terbukti akan kebesaran Allah swt yang dapat melakukan segala kehendak-Nya seperti firmannya dalam surah Al-Anfal ayat 53 yang bermaksud: “Yang demikian sebenarnya Allah tidak mengubah sebarang nikmat yang dilimpahkan atas sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri yang merubahnya dengan pilihan sendiri.”

Oleh hal yang demikian, tidak ada sebab untuk kita cuba menolak seruan dan peluang yang terbuka luas demi merintis jalan ke jalan perpaduan. Dengan merintis jalan itu, ruang jaminan hidup sejahtera akan terlaksana. Lupakanlah alasan peribadi, takutkan pisang berbuah dua kali, atau hakisan kuasa politik, kerana itu adalah dugaan kita dalam mempersiapkan sebuah kehidupan bermasyarakat.

Rasulullah saw dalam sebuah hadis baginda, pernah menggambarkan fitnah itu adalah seperti raksasa yang sedang tidur. Allah akan mengutuk mereka yang mengejutkannya, kerana apabila terbangun daripada tidur, raksasa itu akan melahap apa yang ada di depannya. Kerana itulah, apabila adanya fitnah, kita bukan sahaja wajib menghalangnya, kerana ia akan menyebabkan kebinasaan dan kehancuran (kiamat).

Agar kita insaf dan berlapang dada, Allah sentiasa mengingatkan hamba-Nya supaya selalu mengenang kembali kelemahan dan kekurangan masing-masing. Nasib malang yang menimpa mereka yang sentiasa dalam ketakutan dan terancam oleh musuh, akan segera mempersiapkan diri dan mental agar bersedia untuk memperbaiki nasib malang yang menimpa, mudah-mudahan Allah memperbaiki nasib malang itu dengan melimpahkan rezeki dan memberikan kekuatan sebagai nikmat-Nya.

Ikutilah jejak langkah orang tua-tua kita yang telah berjaya meletakkan batu asas perpaduan, bukan saja antara satu bangsa dan agama, malah antara semua kaum di negara ini.

Demi menyahut seruan suci keamanan dan perpaduan, kita pelu berpegang kepada firman Allah swt yang bermaksud: Sekiranya mereka (musuh bukan Islam) cenderung untuk perdamaian, maka hendaklah kamu juga bersedia menerimanya dan bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (al-Anfal: 61)

Bertawakal dan berserahlah kepada Allah dalam melaksanakan arahan-Nya dengan menerima cadangan dan seruan secara tenang dan lapang dada. Menyerahkan diri kepada Allah swt untuk menentukannya, kerana Dialah yang akan menentukan keputusannya. Inilah apa yang diakukan oleh pihak Saidina Ali kw semasa menghadapi tentangan daripada Muawiyah. Suasana sebegini juga turut dialami oleh banyak pemimpin dan pejuang Islam terdahulu. Berkat kesabaran dan tawakal mereka, Islam memacu kecemerlangan dan kejayaan yang besar dalam sejarah peradaban manusia.

Di dalam ayat seterusnya, Allah berfirman yang bermaksud: Dan sekiranya mereka bermaksud mengkhianatimu, maka Allah akan mencukupimu. Dia sahaja yang dapat menolongmu dengan pertolongan-Nya dan orang mukmin sekalian (yang berada di belakangmu). (al- Anfal: 62)

Hakikat ini merupakan amanat Allah dan Rasul-Nya kepada kita untuk dipraktikkan sepanjang kehidupan bermasyarakat. Kita juga ditegah daripada mengabaikan kesungguhan dalam memperjuangkan langkah mempertahankan agama, tanah air dan negara. Sekiranya amanat suci ini dikesampingkan, maka ia akan menggugat dan meruntuhkan apa yang sedang kita nikmati sekarang. Ia akan menjadi sejarah duka yang penuh dengan penyesalan dan kekecewaan.

Menerusi ayat tersebut juga Allah menyebut pengkhianatan terhadap amanat itu adalah sebagai fitnah atau musibah. Malapetaka akan menimpa semua pihak yang ingkar dan tidak mengambil peluang memperbetulkan kesilapan.

Oleh hal demikian itu, sama-samalah kita renung dan fikir sedalam-dalamnya, semoga Allah selamatkan kita dan memberikan rahmat sepanjang kehidupan ini.

Sekolah satu aliran asas perpaduan

Oleh Ku Seman Ku Hussain

Kegagalan menzahirkan sekolah satu aliran selepas lebih setengah abad negara mencapai kemerdekaan adalah manifestasi “perpaduan” di negara ini. Usaha membina dan menyuburkan perpaduan menjadi begitu retorik apabila asasnya pada sekolah satu aliran tidak berupaya dilakukan.

Ini kerana sesetengah pemimpin politik masih terkepung dengan sentimen melulu tentang identiti kaum hingga menolak teras pembinaan sebuah negara bangsa.

Isu sekolah satu aliran yakni tidak ada sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil bukan perkara baru. Isu ini telah dibangkitkan sejak lama dulu oleh pihak yang melihat kepentingan perpaduan melampaui sentimen kaum. Tetapi malangnya ada kalangan pemimpin politik Melayu tidak berani mengambil risiko politiknya. Sementara kalangan pemimpin politik bukan Melayu pula melihat ini sebagai penghapusan identiti kaum masing-masing.

Sekolah satu aliran iaitu sekolah kebangsaan bukan sekolah Melayu tetapi sekolah untuk semua kaum. Sekarang ini pun orang Melayu tidak mempunyai sekolah sendiri berbanding Cina dan India yang mempunyai sekolah jenis kebangsaan. Pemimpin politik bukan Melayu gagal mewaraskan kaum mereka bahawa sekolah satu aliran adalah sekolah semua anak Malaysia.

Sebenarnya kegusaran atau sengaja kelihatan gusar bahawa sekolah satu aliran akan menghapuskan identiti kaum adalah suatu yang melulu. Kalau benar sekalipun sekolah satu aliran menghapuskan identiti kaum mereka sepatutnya lebih memikirkan perpaduan dalam negara pelbagai kaum. Perpaduan di mana-mana negara sekalipun adalah tunggak kemajuan. Tidak ada perpaduan bermakna tidak ada kemajuan yang berterusan. Tetapi hakikat dan falsafah sekolah satu aliran di negara ini sama sekali tidak ke arah menghapuskan identiti mana-mana kaum.

Sekolah satu aliran akan membina kebanggaan bersama sebagai warganegara apabila menggunakan bahasa pengantar yang sama iaitu bahasa Melayu, sistem pembelajaran yang sama dan menikmati kemudahan pendidikan yang sama. Persamaan inilah yang menjadi titik mula bagi seseorang warganegara menganggap tiada perbezaan walaupun berlainan kaum. Inilah yang dinamakan perpaduan.

Orang bijak pandai ada berkata, kalau mahu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Maknanya masa kecil lagi diasuh hidup dan berinteraksi dengan kaum lain, menggunakan satu bahasa dan memahami budaya rakan sebaya. Tetapi hal ini tidak akan berlaku kalau diberi kelonggaran orang Cina dan India mempunyai sekolah pengantar bahasa ibunda sendiri. Hanya orang Melayu saja yang mengisi sekolah kebangsaan, itu bukan sekolah orang Melayu.

Ungkapan “perpaduan” menjadi semakin memualkan apabila kalangan pemimpin politik tidak berani bertegas untuk membina perpaduan. Perpaduan menjadi barang mainan dan kita telah membuang banyak tenaga dan masa untuk mengisi retorik perpaduan sedangkan kita tidak berani membina asas perpaduan yang kukuh.

Perpaduan tidak boleh tercapai hanya dengan berkempen dengan slogan semata-mata. Perpaduan bukan benda yang boleh ditampal tetapi mesti tumbuh dan subur secara semulajadi.

Melampaui

Sekolah satu aliran harus dilihat melampaui kepentingan politik yang sempit dan sengkek, tidak kiralah sama ada kalangan Melayu atau bukan Melayu. Modul perpaduan menerusi sekolah satu aliran ini tidak wajar dikorbankan hanya kerana mahu menjaga kepentingan dalam politik.

Apakah maknanya kejayaan dan kepentingan politik kalau selepas setengah abad mencapai kemerdekaan kita tidak menggapai perpaduan? Ini satu kegagalan berpolitik sebenarnya.

Gelombang isu yang menjurus kepada sekolah satu aliran kali ini agak hebat. Kalau dibandingkan dengan sebelum ini, kali ini seolah-olah membawa petanda kewarasan kalangan pemimpin politik Melayu, bukan Melayu dan juga kalangan pembangkang. Biarpun ada kalangan pemimpin politik bukan Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO) bukan Melayu yang jumud tetapi nada yang lain memperlihatkan keyakinan.

Walau apa sekalipun, gelombang politik Melayu mesti menjadi peneraju supaya gagasan sekolah satu aliran menjadi kenyataan. Tanpa berpaksikan kepada sentimen kaum, pemimpin politik Melayu tidak ada alasan untuk menangguh perlaksanaan sekolah satu aliran. Kalau mereka berkata belum sampai masanya, katakan secara tegas bila masa yang sesuai untuk sekolah satu aliran? Rakyat sudah tidak mahu lagi sikap cuci tangan dan berdolak dalik.

Selepas politik Melayu gagal meletakkan bahasa Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan, apakah mereka juga mahu mencipta kegagalan untuk membina asas perpaduan dengan sekolah satu aliran?

Apabila bahasa Melayu menjadi bahasa ketiga atau keempat di negara ini, masa depan sekolah kebangsaan juga akan senasib dengan bahasa Melayu.

Apakah kita masih boleh bercakap tentang “perpaduan kaum” kalau semua warganegara hanya memahami dan mengenali kaum lain selepas mereka di alam pekerjaan? Ini kerana masa kanak-kanak mereka telah dipisahkan oleh sistem pendidikan yang membenarkan sekolah berdasarkan kaum? Meminjam gelombang sekolah satu aliran kali ini yang agak besar, semua pihak mesti mencari kewarasan dengan mengenepikan perjuangan politik kaum yang sempit. Kita perlu kembali menelaah Penyata Razak (1956) yang menekankan tentang peri pentingnya bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan untuk membina perpaduan kalangan pelbagai kaum. Kalangan bukan Melayu mesti diyakinkan bahawa sistem dan dasar pendidikan negara ini tidak pernah mempunyai agenda menghapuskan identiti kaum bukan Melayu.

Di sekolah kebangsaan mereka masih boleh mempelajari bahasa ibunda masing-masing. Agenda utama sekolah satu aliran adalah membina asas perpaduan dan kalau tidak ada asas, berkurunlah kita akan bercakap perkara yang sama tanpa sebarang hasil.

PAS - Bukan kocakan dalam cawan

Oleh Zulkiflee Bakar

Seorang pemimpin muda Pas memberitahu penulis bahawa segala kekalutan yang berlaku dalam parti itu pada masa ini hanyalah ‘kocakan di dalam cawan.’

Maksud beliau ialah ia tidak akan sampai memudaratkan parti atau lebih tepat lagi boleh memecah belahkan parti.

Dari satu segi penulis tidak menafikan andaian berkenaan, namun begitu perlu juga diperingatkan bahawa ‘kocakan di dalam cawan’ tersebut telah meleleh keluar sehingga memaksa pucuk pimpinan Pas mengadakan mesyuarat khas bagi ‘membersihkannya.’’

Akhirnya seperti diduga, mesyuarat khas itu berlangsung dan berakhir dengan satu ‘resolusi’ yang dianggap untuk menyenangkan hati semua pihak yang terlibat.

Jawatankuasa Pas Pusat memutuskan tidak mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM), sebaliknya bersetuju diadakan satu seminar bagi membincangkan pelbagai isu yang dihadapi oleh parti itu.

Ia bermakna Pas mengamalkan pendekatan menyelesaikan masalah dan pertikaian melalui kaedah menarik benang di dalam tepung, benang tak putus, tepung tidak berselerakan.

Semua pemimpin yang menjadi tumpuan dalam ‘perbalahan’ hadir dalam mesyuarat itu yang diadakan pada Rabu lalu. Selain Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mencetuskan isu EGM tersebut, tiga pemimpin yang menjadi sasaran beliau turut hadir mereka ialah Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas, Selangor, Datuk Dr.Hassan Ali.

Seperti diduga juga apabila mesyuarat itu selesai dengan baik (walaupun kita tidak tahu apa sebenarnya berlaku ketika mesyuarat berlangsung), pihak-pihak yang dianggap ‘musuh’ oleh sesetengah kelompok dalam Pas mula menjadi sasaran.

Tuduhan bahawa ‘musuh’ tersebut kecewa kerana perbalahan di dalam Pas sudah berakhir pun bergema. Malah ada penulis-penulis blog yang menyokong Pas secara terbuka menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) dan UMNO kecewa dengan penyelesaian damai yang dicapai oleh Pas.

Sebenarnya mereka berhak menulis apa sahaja dan membuat sebarang tafsiran yang mereka suka tetapi persoalannya sejauh manakah keputusan mesyuarat khas berkenaan akan meredakan situasi di dalam Pas?

Apa yang perlu difahami oleh semua pihak, kekalutan yang berlaku di dalam Pas bukan didorong atau dihasut oleh mana-mana pihak di luar parti itu. Segalanya bermula dengan kenyataan Nik Abdul Aziz yang mahu EGM diadakan bagi ‘membersihkan’ beberapa pemimpin Pas yang dilihat bermasalah.

Dari situ bermulalah kekalutan, biarpun cadangan EGM tersebut kemudiannya ditukarkan kepada mesyuarat khas. Ertinya, tidak ada campur tangan pihak luar sehingga memungkinkan Pas dilihat berhadapan dengan perbalahan.

Oleh itu, apabila pemimpin-pemimpin Pas mencapai kesepakatan untuk mengadakan sekadar satu seminar politik pada 7 November ini dan bukannya EGM, maka keputusan itu harus dihormati.

Tetapi persoalan yang bermain di fikiran banyak pihak termasuklah di kalangan ahli- ahli Pas sendiri, sejauh manakah seminar itu mampu menyelesaikan kemelut yang berlaku.

Ada yang sudah bertanya seandainya Nik Abdul Aziz tidak membuat kenyataan mengenai EGM atau mesyuarat khas Pas, apakah Pas akan mengadakan seminar politik bagi memperkasakan parti seperti mana yang hendak diadakan?

Malah ahli-ahli Pas juga bertanya, kalaulah tiada artikel yang disiarkan oleh mana-mana media mendedahkan mengenai kepincangan dalam Pas apakah perhimpunan di Taman Melewar itu akan berlangsung?

Cabaran

Semua ini menjadi cabaran kepada kepimpinan Pas untuk memastikan seminar tersebut bukan sekadar seminar biasa. Ia adalah seminar yang bakal menentukan hala tuju Pas selepas ini.

Hakikatnya terlalu banyak yang perlu Pas bincang atau tentukan dalam seminar berkenaan dan paling utama bagaimanakah Pas hendak memastikan parti itu benar-benar menjadi peserta utama dalam pakatan pembangkang dan bukannya sekadar ‘pak turut’.

Ia kerana walaupun Pas sudah secara rasminya menutup pintu rundingan dengan BN dan UMNO mengenai kerajaan perpaduan, tetapi itu bukanlah bermakna ia membuka laluan selesa kepada Pas untuk menjadi parti dominan dalam pakatan pembangkang.

Penyokong dan ahli Pas boleh mentafsirkan apa sahaja mengenai kenyataan ini termasuklah tuduhan jahil bahawa ia bertujuan memecahkan pakatan pembangkang yang didakwa kini semakin mendapat sokongan rakyat.

Tetapi realitinya, semua orang tahu bahawa Pas sebenarnya berhadapan dengan masalah untuk meyakinkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bahawa mereka berhak menjadi parti dominan dalam pakatan tersebut.

Buat masa ini, Pas dilihat tidak mempunyai suara dan banyak tindakan atau cadangan parti itu ditolak mentah-mentah oleh PKR dan DAP. Kedua-dua parti berkenaan hanya melihat Pas sebagai ‘anggota pelengkap’ sahaja bagi mengelakkan pertembungan sesama pembangkang menentang BN.

Oleh itu perwakilan yang hadir di dalam seminar nanti perlu memberikan penegasan mereka bahawa mereka mahu melihat Pas dominan.

Penegasan ini bukanlah bertujuan untuk mencetuskan ketegangan sesama pakatan pembangkang tetapi ingin memastikan kedudukan Pas yang sewajarnya.

Mengapa Yahudi terlalu inginkan Baitulmaqdis?

Oleh NOOR MUZAMIL MOHAMAD

Pada masa Nabi Daud dan Sulaiman, para Yahudi semuanyaa taat kepada Allah. Nabi Sulaiman mempunyai satu mukjizat iaitu sangat kaya, menguasai angin, jin, mesgastua. Pada zaman tersebut jin tunduk kepada Nabi Sulaiman dan mereka banyak membawakan emas kepada Nabi Sulaiman sehinggakan di bawah laut pun Ifrit tolong ambilkan.

Masa Nabi Sulaiman mengarahkan pembinaan Masjid Al-Aqsa, semua jin patuh dengan perintah tersebut dan mereka membuat dengan bersungguh-sungguh bersama dengan para Yahudi dan manusia lain sampaikan mereka tidak sedar kewafatan Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman wafat ketika berdiri atau duduk atas kerusi semasa memerhatikan jin dan manusia membina Masjid Aqsa. Sampai masa siap sepenuhnya, barulah kewafatan baginda dipertunjukkan dengan anai-anai makan tongkat baginda dan jasad baginda terjatuh. Ini nak menunjukkan bahawa jin juga tidak mengetahui perkara ghaib.

Selepas kewafatan baginda, Yahudi telah berpecah belah dan kembali ke tabiat lama mereka, menyembah berhala dan melakukan penindasan. Ada juga yang masih taat menyembah Allah, namun banyak dari mereka kembali menyembah berhala Baal, berhala Dagon (seperti lambang Starbuck), berhala Jehovah, berhala Osiris dan ada juga yang menyembah syaitan (Baphomet dan Lucifer)

Para penyembah syaitan ini telah membina satu lagi bangunan berdekatan Kompleks Masjidil Aqsa yang mana mereka namakan Solomon Temple untuk melakukan ritual penyembahan syaitan dan akan menjadi istana kepada al-Masih Dajjal. Ini diketuai oleh King Hiram the Thyre. Mereka mengangkut kebanyakan emas yang dipercayai banyak di Masjid Aqsa ke Solomon Temple tersebut.

Selepas banyak melakukan penindasan, mereka diserang oleh kaum Assyria yang memusnahkan kota mereka dan mereka bangun semula. Selepas itu pula diserang habis-habisan oleh kerajaan Rom yang memusnahkan kota Yahudi sehingga menjadi padang jarak padang terkukur, tinggal satu dinding sahaja yang sekarang menjadi Tembok Ratapan (Wailling Wall) yang mana Barrack Obama dan George W. Bush serta bekas Presiden Amerika yang lain melakukan ritual menangisi di tembok tersebut.

Selepas itu mereka berasimilasi dengan kerajaan Rom dan menjadi pembodek tegar kerajaan Rom. Selepas itu Nabi Isa diutuskan kepada mereka dan mereka rasakan Nabi Isa adalah ancaman terhadap kekuasaan mereka. Lalu mereka menghasut pemerintah Rom supaya membunuh Nabi Isa. Tetapi Nabi Isa diangkat ke sisi Allah secara hidup-hidup dan dengan jasad dan orang lain ditukarkan ke rupa Nabi Isa. nabi Isa akan turun semula menjelang kiamat.

Yahudi sekarang terlalu inginkan Baitulmuqaddis disebabkan mereka percaya masih banyak lagi emas yang belum sempat diangkut oleh mereka sejak dulu. Mereka percaya bahawa dengan emas dan makanan mereka dapat menguasai dunia. Sila baca Protokol of Zion (dari buku The International Jews, Henry Ford)

Protocol No. 22: The Power of Gold

In our hand is the greatest power of our day-Gold: In two days we can procure from our storehouses any quantity we may please.

Dan lagi satu misi yang lebih penting kenapa mereka mahukan sangat Baitulmaqdis adalah untuk membina semula Solomon Temple yang runtuh semasa serangan oleh Rom dahulu agar dapat menjadi Kiblat penyembah syaitan dan juga sebagai istana kepada Raja yang akan ditabalkan oleh mereka menjelang tahun 2020.

Protocol No. 24: King of the Jews

The king of the Jews must not be at the mercy of his passions, and especially of sensuality: on no side of his character must he give brute instincts power over his mind. Sensuality worse than all else disorganizes the capacities of the mind and clearness of views, distracting the thoughts to the worst and most brutal side of human activity.

Kesimpulannya, Yahudi terlalu hendakkan baitulmuqaddis disebabkan EMAS, membina semula Solomon Temple dan menunggu penabalan Raja Yahudi iaitu al-Masih Dajjal yang akan bersemanyam di Solomon Temple tersebut.

TUKAR SUKA SAMA SUKA

Untuk meletakkan iklan TUKAR SUKA SAMA SUKA anda, masukkan iklan anda di bahagian komen.
* Sila ikut format seperti berikut:
- NAMA JAWATAN & GRED
- TEMPAT ANDA BERTUGAS SEKARANG
- TEMPAT INGIN BERTUKAR
- NAMA PENUH, NO. TELEFON & E-MAIL anda.


PEMBANTU TADBIR RENDAH N11
Assalamualaikum... saya bekerja di JKKP Perak dan ingin membuat pertukaran suka sama suka ke Johor Bahru.. sila hubungi sya fadzilah mahat 0197008766.. terima kasih...

PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) N17
Assalamualaikum....ada sesiapa yang bertugas disekitar kuantan dan ingin bertukar suka sama suka ke kl?? siler hubungi saya...tinie-017-4413645 secepat mungkin.

PEMBANTU AM PEJABAT
Sesiapa pembantu am pejabat yg ingin brtukar ke kuala lumpur dr putrajaya ke??n9 ker sila hubungi sy..0173186351 wan

JURUTEKNIK J17(MEKANIKAL)
Sesiapa yg bkerja di terengganu dan kelantan amat dialu2 kan, untuk tukar suka sama suka di area nibong tebal,seberang perai selatan(sempadan parit buntar,perak). kepada yg berminat sila hubungi arif 0139911500 mat12keng@yahoo.com

JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
Sesiapa yang bertugas di Putrajaya dan ingin bertukar suka sama suka ke Sarawak boleh maklumkan pada saya.Terima kasih. Azam : 012-8784480 emel: muazzam_187@yahoo.com

PEMBANTU TADBIR KESETIAUSAHAAN
Saya bertugas di ibu pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia di KL dan mencari sesiapa yang berjawatan Pembantu Tadbir Kesetiausahaan untuk bertukar suka sama suka atau memaklumkan jika ada kekosongan di Perak. Sila email: zuraida_hurairi@moh.gov.my

PENOLONG PENDAFTAR N41 (Pendidikan)
Siapa2 yg bkerja di terengganu, pahang, kelantan amat dialu2 kan, untuk tukar suka sama suka di area selangor/ kl. kepada yg berminat sila hubungi norazlin85@yahoo.com

PEM.TADBIR KEWANGAN W17
SAYA BERTUGAS DI PUTRAJAYA DAN INGIN MEMBUAT PENUKARAN KE KAWASAN BANTING, KUALA LANGAT. SESIAPA YANG INGIN MEMBUAT PENUKARAN DARI KAWASAN BANTING KE PUTRAJAYA. BOLEHLAH MENHGHUBUNGI SAYA PADA NO. 012-2862950 ATAU EAMAIL SAYA hafizal_5580@yahoo.com

PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
Sesiapa yang bertugas di Terengganu/Kuantan dan ingin bertukar suka sama suka ke Putrajaya boleh maklumkan pada saya.
zaliha.isbullah@gmail.com
013-2156341

PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
Sesiapa yang bertugas di KL dan ingin bertukar suka sama suka ke Pulau Pinang boleh maklumkan pada saya. Kawasan area KL(Damansara) diutamakan.
nhidayah.mi@gmail.com
013-7318410

Jawatan : Pembantu tadbir (P/O)
Agensi : Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kem Sg Besi, KL
Nak Bertukar ke : Mana-mana U di sekitar Bandar Baru Bangi @ Sungai Merab
Sila e-mail : mamaifah@yahoo.com.my

PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
Sesiapa yang bertugas di Johor (JB) dan ingin bertukar suka sama suka di Putrajaya sila hubungi saya. Zainudin 0127647062 atau emel zainudin@dpmmjhr.org.my

PEMBANTU TADBIR N17
Sesiapa yang bertugas di mana2 Jbtn Persekutuan di Sg Petani, Kedah dan ingin bertukar suka sama suka ke Alor Star atau ingin memaklumkan kekosongan di Sg. Petani, sila hubungi 019-7558684 @ email: mija_ppuu@yahoo.com

PEMBANTU TADBIR (P/O) N17
Sy bertugas di sekolah di sitiawan. Sesiapa yg bekerja di ipoh or daerah kinta utara dan ingin bertukar suka sama suka sila hubungi sy. Pertukaran hanya pada mereka yg dilantik oleh pihak SPP shj.Hubungi sy ditalian 019-5980241

PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
Sesiapa yang bertugas di Putrajaya atau KL dan ingin bertukar suka sama suka ke Pulau Pinang boleh maklumkan pada saya. Kawasan area KL diutamakan.
nhidayah.mi@gmail.com
013-7318410

PEMBANTU TADBIR RENDAH N11
Sesiapa yang bertugas di mana2 Jbtn Persekutuan di Sg Petani, Kedah dan ingin bertukar suka sama suka ke Alor Star atau ingin memaklumkan kekosongan di Sg. Petani, sila hubungi 019-7558684 @ email: mija_ppuu@yahoo.com

PEMBANTU TADBIR (P/O) N17
Sesiapa yang bertugas di mana-mana sekolah di Daerah Selayang dan ingin bertukar suka sama suka ke sekolah rendah di daerah Jasin, Melaka, sila hubungi : Cik Shayfinaz : 013-6619005


JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
Sesiapa yang bertugas di Jabatan Pelajaran atau Pejabat Pelajaran Daerah@ sekolah2 di kawasan Ampang dan ingin bertukar jabatan suka sama suka sila hubungi : Putri:0172886327 emel:putri_darling2000@yahoo.com

PEMBANTU TADBIR (PT / PO) GRED N17
Saya bertugas di Jab Kerajaan di Muar, Johor. Sy telah memohon bertukar ke Perak dan di sana ada jawatan N17 yang masih kosong tetapi saya memerlukan pengganti. Sesiapa yang ingin bertukar ke Muar, Johor boleh la hubungi saya. Nuur Hayati Binti Hasmuni : 019-9928107
akudahtaudah@yahoo.com

PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17
Sesiapa yang bertugas di mana-mana jabatan persekutuan (gunasama) daerah Kuala Terengganu dan ingin bertukar suka sama suka ke Jabatan Kerja Raya (JKR) Ibu pejabat,Kuala Lumpur, sila hubungi : Munirah : 012-9443744
smunirah@jkr.gov.my

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17
Sesiapa (lelaki sahaja) yang bertugas di Sungai Petani dan ingin bertukar suka sama suka ke Georgetown,Pulau Pinang, sila hubungi: Sabeek Anwar: 012-4899786
sabeek78sp@gmail.com

PEMBANTU PENDAFTARAN
Sesiapa yang bertugas di JPN Bertam Pulau Pinang @ JPN Sungai Petani ingin tukar suka sama suka ke JPN Kamunting Taiping sila hubungi : Nurul Faradeela Binti Abdul Wahab
masdylla@gmail.com

SETIAUSAHA
Sesiapa yang bertugas di Badan Berkanun di Johor Bahru) dan ingin bertukar suka sama suka ke Lem. Penduduk dan Pembgn. Keluarga Negara (LPPKN), hubungi : Nor Fardzliah Bt. Jaafar
aliadarulsalam@gmail.com

PEG TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
Sesiapa yang bertugas di negeri Johor (terutamanya Johor Bahru) dan ingin bertukar suka sama suka ke Kuala Lumpur sila hubungi : Norhayati Binti Salehudin : 013-6113625 / 013-3487558
noryatisal@yahoo.com

PEMBANTU AM PEJABAT
Sesiapa yang bertugas di PLKN Melaka, Muar atau Batu Pahat dan ingin bertukar suka sama suka ke Kem Syed Sri Sirajuddin, Gemas, N.Sembilan, sila hubungi : Zulzariman Kasim : 017-6106706

FASILITATOR SCHOOLNET
Sesiapa yang bertugas di mana2 sekolah daerah Kuantan dan ingin bertukar suka sama suka ke sekolah rendah di daerah Bandar Jengka, sila hubungi : Rosnah Ghazali : 019-9402228
ammarukashah@yahoo.com

PEMBANTU TADBIR (P/O)
Sesiapa yang bertugas di Seberang Perai Tengah / Utara dan ingin bertukar suka sama suka ke Georgetown, Pulau Pinang ataupun ada kekosongan jawatan di Seberang Perai Tengah / Utara , sila hubungi : Cik Nurul Najwa : 012-5416166
nurul_amane@yahoo.com

PEMBANTU TADBIR (P/O)
Sesiapa yang bertugas di Kelantan dan ingin bertukar suka sama suka ke Putrajaya sila hubungi: Wan Khuzaimah Wan Ismail : 019-9323853
wankhuzaimah@spa.gov.my

PEMBANTU AM PEJABAT
Sesiapa yang bertugas di Kedah dan ingin bertukar suka sama suka ke Putrajaya sila hubungi: En Mohd Syafizan Ibrahim : 017-3176942
fizan_82@yahoo.com

PEMBANTU TADBIR GRED N17
Sesiapa yang bertugas di Georgetown, Pulau Pinang dan ingin bertukar suka sama suka ke Petaling Jaya, sila hubungi: Cik Fara : 017-4617886
hanis_fara@yahoo.com

PEMB.TADBIR KEWANGAN W17
Sesiapa yang bertugas di Jab. Pelajaran @ Pejabat Pelajaran Daerah @ sekolah2 di Johor Bahru dan ingin bertukar suka sama suka ke Jab. Pelajaran W.Persekutuan K.Lumpur (JPWPKL), sila hubungi:
Pn Suhaili bt Said : 017-6409019
baby_suci@yahoo.com

PEGAWAI PENYELIDIK Q41
Sesiapa yang sedang bekerja di Kuala Terengganu dan ingin bertukar suka sama suka ke Kajang, Selangor ataupun ada kekosongan jawatan gred 41 di Kuala Terengganu, sila hubungi:
Cik Nor Hafizah : 019-3921608
afieeza@yahoo.com

JURUTEKNIK GRED J17
Sesiapa yang sedang bekerja di Taiping, Kuala Kangsar dan Taiping yang ingin bertukar suka sama suka ke Jabatan Filem Negara, Petaling Jaya, Selangor, sila hubungi:
Pn Shima : 017-4620565
wanshim_80@yahoo.com.my

PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
Sesiapa yang sedang bekerja di Kuantan, Kemaman atau Dungun dan ingin bertukar suka sama suka ke KL, KEDAH atau KELANTAN, sila hubungi:
Pn Afzan : 012-2083854
afzanaini@gmail.com

Recent Posts