Isnin, Mac 30, 2009

27,297 hilang pekerjaan ekoran krisis ekonomi

Sebanyak 27,297 pekerja telah diberhentikan kerja di seluruh negara sejak Oktober hingga kelmarin ekoran krisis ekonomi dunia.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, sebanyak 19,956 daripadanya merupakan warga tempatan.

Bagaimanapun katanya, jumlah pekerja yang diberhentikan dalam tempoh dua bulan terakhir ini tidak meningkat dengan begitu ketara.

“Warga asing yang diberhenti- kan kerja kini dalam proses untuk dihantar pulang ke negara masing-masing.

“Isu pemberhentian pekerja di negara ini bagaimanapun sebenarnya tidak begitu ketara jika hendak dibandingkan dengan negara lain,’’ katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Hari Penempatan Pekerjaan Peringkat Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini semalam.

- KOSMO!

JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1 PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
2 PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
3 ARKITEK J41
4 JURUTERA J41
5 JURUUKUR BAHAN J41
6 PENOLONG PENDAFTAR N41
7 PEGAWAI PENERBITAN N41
8 PEGAWAI PSIKOLOGI S41
9 PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S41
10 PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S41
11 PUSTAKAWAN S41
12 JURUAUDIT W41
13 PEGAWAI KEWANGAN W41
14 PEMBANTU TEKNIK J29
15 PEMBANTU PERUBATAN U29
16 JURURAWAT U29
17 PENOLONG PEGAWAI SENIREKA B27
18 PENOLONG PEGAWAI KEBUDAYAAN B27
19 PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KP27
20 PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
21 PENOLONG PENGURUS ASRAMA N27
22 PENOLONG AKAUNTAN W27
23 PENOLONG JURUAUDIT W27
24 AHLI FOTOGRAFI B17
25 PEREKA B17
26 JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
27 PEMBANTU TAMAN/LADANG G17
28 PELUKIS PELAN J17
29 JURUTEKNIK J17
30 PEMBANTU TADBIR (P/O) N17
31 PEMBANTU TADBIR (PENYELENGGARA STOR) N17
32 PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) N17
33 PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17
34 PEMBANTU AKAUNTAN W17
35 PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
36 PEMBANTU JURUAUDIT W17
37 OPERATOR MESIN PROSESAN DATA F11
38 PENGAWAL KESELAMATAN KP11
39 TUKANG K2 R11
40 TUKANG K3 (KAYU) R9
41 TUKANG K3 (PAIP) R9
42 PEMANDU KENDERAAN R3
43 ATENDAN KESIHATAN U3
44 PEMBANTU AM PEJABAT N1
45 PEKERJA AWAM R1

Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :
http://www.utem.edu.my

Tarikh Tutup: 30 April 2009

JAWATAN KOSONG DI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1.PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI E27
2.PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
3.JURUTEKNIK J17
4.PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17
5.PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) N17
6.PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) N17
7.PENYELIA ASRAMA N17
8.PENJAGA JENTERA ELEKTRIK R17
9.PEMBANTU AKAUNTAN W17
10.JURUTEKNIK KOMPUTER FT17

Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :
http://www.kraftangan.gov.my
Permohonan jawatan adalah secara online sahaja. Sila layari laman web Kementerian Sumber Manusia www.jobsmalaysia.gov.my untuk memohon.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan di talian 03-2162 7459.

Tarikh Tutup: 13 April 2009

JAWATAN KOSONG DI ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (ANGKASA)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia

JAWATAN:
1.PEGAWAI PELAJARAN
-Minima Ijazah Perakaunan/ Pengurusan Perniagaan (Pengalaman 3 tahun)

2.PEGAWAI PRA AUDIT
-Minima Ijazah Perakaunan/ Pengurusan Perniagaan (Pengalaman 3 tahun)

3.PEGAWAI ICT
-Minima Diploma Sains Komputer / Kejuruteraan Komputer (Pengalaman 2 Tahun)

4.PENOLONG PEGAWAI SEKKOP
-Minima Diploma Perakaunan / Pengurusan Perniagaan

5.PEMBANTU KHAS
-Minima Diploma Sains Kesetiausahaan (Pengalaman 3 tahun)

6.PEMBANTU AM
-Minima SRP/PMR

Untuk memohon, sila hantar surat, resume & salinan sijil kepada:

PENGURUS UMUM
ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (ANGKASA)
PETI SURAT 8797,
PEJABAT POS KELANA JAYA,
46798 PETALING JAYA, SELANGOR.

E-mel: sumber@angkasa.coop

Tarikh Tutup : 6 April 2009

Ahad, Mac 29, 2009

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
- Pegawai Syariah (LS41)
- Penolong Pegawai Syariah (LS27)
- Pembantu Syariah (LS17)

Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :
http://202.75.48.108/%7Eportalma/images/stories/Iklan/brgjkosongbaru08.pdf

Tarikh Tutup: 3 April 2009

JAWATAN KOSONG DI JABATAN KETUA MENTERI MELAKA

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. Pembantu Rendah Hal Ehwal Islam S11
2. Tukang K2 R11
3. Operator Mesin Prosesan Data F11
4. Tukang K3 R9
5. Pekerja Awam R1

Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :
Permohonan hendaklah menggunakan Borang JKMM/PSM/1/08 yang boleh
didapati di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Aras 3, Blok Bendahara,
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya, 75460 Ayer Keroh, Melaka.
TIADA BORANG DI INTERNET.

Tarikh Tutup: 31 Mac 2009


Sejarah: 15 calon rebut Bukit Selambau!


Tiga pilihanraya kecil berjalan serentak hari ini bagi kawasan-kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.

Penamaan calon yang bermula jam 9 pagi tadi telah disahkan selepas lima bantahan ditolak di ketiga-tiga kawasan tersebut.

Di Bukit Gantang, calon BN Ismail Safian (Umno) berdepan dengan calon PAS Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Seramai 55,562 pemilih akan menentukan pertarungan sengit antara BN dan PAS - yang dianggap "pungutan suara" terhadap kepemimpinan baru kerajaan bawah Datuk Seri Najib Razak, yang terlibat dalam rampasan kuasa kontroversi di Perak sewaktu Mohamad Nizar mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat.

Kekosongan kerusi PAS ini akibat kematian wakil rakyatnya Roslan Shaharum tidak lama selepas kemuncak krisis politik tersebut awal bulan lalu.

Di Batang Ai, calon BN Malcolm Mussen Lamoh (PRS) dicabar calon PKR Jawah Gerang.

Calon bebas Johnny Chuat menarik diri daripada penamaan calon dan didakwa menyokong calon PKR.

Seramai 8,006 pemilih akan menentukan nasib kedua-dua calon ini. Kerusi Batang Ai dikuasai BN sebelum penyandangnya Datuk Dublin Unting meninggal dunia.

Di Bukit Selambau, calon-calon BN Datuk S Ganesan (MIC) dan PKR S Manikumar dihimpit 13 calon bebas yang telah menyerahkan borang pencalonan.

Calon-calon bebas: L Sarala, T Chandrarajan, R Loganathan, A Jayagopal, S Moganakumar, Vaneson Michael, Tan Hock Huat, Mohd Fazil Abdul Wahab, Anuar Abdul Hamid, Husaini Yaacob, Abdul Rahim Abu, Radzi Md Lazim dan Khamis Awang.

Kerusi DUN ini kosong susulan peletakan jawatan wakil rakyat PKR V Arumugam, yang juga exco kerajaan Kedah.

Arumugam asalnya menang atas tiket bebas tetapi kemudian memilih parti itu sebelum dilantik menyertai majlis mesyuarat kerajaan negeri.

Tempoh penyerahan borang selama sejam tamat jam 10 pagi dan tempoh bantahan tamat sejam kemudian.

Tiada bantahan dibuat di pusat penamaan calon Bukit Selambau di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani - menjadikan 15 calon semuanya cuba memenangi hati lebih 35,000 pengundi DUN tersebut.

Naib Presiden PKR Azmin Ali yakin kehadiran begitu ramai calon bebas tidak akan menggugat partinya dalam usaha mempertahankan kerusi tersebut.

Ketiga-tiga pilihanraya ini diadakan serentak pada 7 April ini.

- MALAYSIAKINI

Sebahagian Kuala Lumpur bergelap demi bumi


DEMI BUMI. Malaysia turut bergelap malam tadi bagi meraikan Earth Hour 2009 di mana ribuan penghuni rumah dan pemilik bangunan menyertai jutaan penghuni dunia yang lain memadamkan suis lampu mereka selama sejam.

Di Kuala Lumpur yang selama ini disimbahi cahaya lampu pelbagai warna turut bergelap.

‘Earth Hour’ yang mula diperkenalkan di Sydney, Australia dua tahun lalu merupakan agenda penting sebagai tanda sokongan terhadap usaha untuk mengurangkan kesan pemanasan iklim di peringkat global.

Sebanyak 84 buah negara, 2,848 bandar, 6,299 organisasi dan 21,014 perniagaan di seluruh dunia menyertai program tersebut dan satu bilion penduduk dari 1,000 bandar seluruh dunia disasarkan memberikan sokongan terhadap program tersebut.

Malaysia yang tidak ketinggalan dalam menunjukkan sokongannya dengan menyasarkan lebih 5 juta rakyat pelbagai kaum menyahut seruan kempen itu.

Antara kawasan yang bergelap ialah Menara Kembar Petronas, Sunway Pyramid, Mid Valley, Hotel Marriot, Hotel Hilton, Angkasapuri, Menara Kuala Lumpur, Menara Maybank, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dataran Merdeka serta beberapa bangunan lain di sekitar Kuala Lumpur.

Penduduk di kawasan perumahan dan perniagaan turut disarankan memadam lampu yang tidak digunakan, memadam perkakasan elektrik dan mengurangkan penggunaan air panas.

- KOSMO!

Dr. Mahathir bakal sertai semula UMNO

Kehadiran bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dewan Merdeka petang ini mengejutkan para perwakilan UMNO yang sedang khusyuk mengikuti sesi penggulungan oleh ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Beliau dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali muncul pada pukul 12.30 tengah hari ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang menyampaikan ucapan penggulungan perhimpunan agung parti ke-59 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Muhyiddin yang menyedari kehadiran Dr. Mahathir dan isteri terus mengucapkan selamat datang kepada kedua-duanya.

Para perwakilan yang kelihatan terkejut, terus bangun sambil memberikan tepukan gemuruh kepada negarawan ulung itu.

Dari pentas utama, Muhyiddin mendongak ke atas seraya meluahkan harapannya untuk melihat bekas Perdana Menteri itu kembali ke pangkuan UMNO.

Dr. Mahathir pula menganggukkan kepala bagaikan bersetuju.

''Kehadiran Tun berdua merupakan pengiktirafan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan pimpinan baru parti, terima kasih Tun,'' kata Muhyiddin.

Selepas majlis penutupan Perhimpunan Agung UMNO berakhir, Dr. Mahathir kemudian naik ke pentas dan bersalam-salaman dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Ahli-ahli MT.

Ahli-ahli MT yang lain turut bersalaman dan memeluk bekas Perdana Menteri itu.

Beliau kemudian menjulang tangan bersama-sama Abdullah, Najib dan Muhyiddin.

Sementara itu di luar Dewan Merdeka, orang ramai berasak-asak mengerumuni Dr. Mahathir dan Siti Hasmah untuk bersalaman sewaktu kedua-duanya berjalan menuju ke kereta.

Sebahagiannya kelihatan mengesat air mata kerana terharu dan sebak dengan kehadiran bekas Perdana Menteri walaupun sebelum ini, beliau menegaskan tidak akan menghadiri majlis tersebut.

Dr. Mahathir yang ditemui pemberita selepas majlis itu mengesahkan beliau akan menyertai semula UMNO.

Menurutnya, tarikh untuknya berbuat demikian akan diumumkan pada satu masa sesuai 'selepas beberapa perkembangan'.

''Saya kena isi borang, lambat sikit. Saya akan beritahu kemudian,''katanya.

Pada 19 Mei tahun lalu, Dr Mahathir dalam satu ceramah di Alor Setar mengisytiharkan dirinya keluar dari UMNO kerana hilang keyakinan terhadap parti itu.

Ditanya mengapa beliau menghadiri persidangan berkenaan selepas memutuskan untuk tidak berbuat demikian, Dr. Mahathir berkata, pemilihan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden telah memberi keyakinan kepadanya bahawa perubahan yang diharapkan akan berlaku.

''Pasal itu, pemilihan Muhyiddin meyakinkan saya ada perubahan," katanya.

Beliau juga tidak menolak bahawa barisan kepimpinan baru UMNO memberi gambaran baik bahawa parti itu akan berubah ke tahap yang lebih cemerlang berbanding sebelum ini.

''Saya ingat ada harapan baik untuk masa depan,'' katanya.

- UTUSAN