Ahad, September 28, 2008

30 Things Guys Want Girls To Know!!

1. We're not as perverted as you think we all are.





2. No matter what YOU say, your ex-boyfriend ISa LOSER.





3. We like you to give us hugs and kisses sometimes too.





4. Don't argue with us when we call you beautiful.





5. Don't treat us like crap, what goes around comes around.





6. We know you're pretty, that's one of the reason's we're going out with you.





7. Don't go into detail about your period. It scares us.





8. If you have cramps and we ask you what's wrong, just tell us it's that time of the month and nothing more.





9. If you really liked us for us, you would let us think that our mustache, beard, or sideburns looked cool.





10. We never shave our legs. So get over it.





11. NEVER ask us if you can put makeup on us. It's just wrong... ... ... ...





12. Don't make bets about us, because one of your friends will tell us, if you don't.





13. When we tell you that you're not fat, believe us.





14. We absolutely do not care about the Backstreet Boys, *NSYNC, 98 Degrees, or what any other guy looks like for that matter.





15. We may not be able to pee accurately all of the time, but at least we can stand up and go pee.





16. Just cause you think you're always right, doesn't mean that you don't have to apologize when you do something "wrong."





17. You expect us to say and do sweet things for you, but it would be nice if you did the same every once in a while. We like to know that you love us.





18. We can't always be spontaneous, so try to help us make the plans sometimes.





19. Don't ask us to beat up another guy for you, cause you might get what youwish for.





20. Never kick us in the nuts "just to see what we would say". That's just mean.





21. Never pretend like you are going to break up with us and laugh when we believe you.





22. Pamela Anderson's boobs aren't fake anymore, but we like yours better anyway.





23. Size doesn't matter, except to idiots who don't want a relationship.





24. PMS is not an excuse.





25. If you want us to put the seat down when we're done, you should put it up when you're done.





26... ... ... ... Don't tell us how cute your ex-boyfriend was. That doesn't turn us on.





27. And always remember: The way to a guys heart is through his stomach... .. and maybe... .oh nevermind.





28. NEVER ask us to kiss other guys. You might be that comfy with your friends, but to us it's just wrong.





29. We always notice how funny it is after your rip out our heart, stick it down our throat and still want to be friends.





30. And last but not least: We know you're not always right, but we'll pretend like you are anyway.

101 ways to cope with stress

� 1. Get up 15 minutes earlier


� 2. Prepare for the morning the night before


� 3. Avoid tight fitting clothes


� 4. Avoid relying on chemical aids


� 5. Set appointments ahead


� 6. Don't rely on your memory ... write it down


� 7. Practice preventive maintenance


� 8. Make duplicate keys


� 9. Say "no" more often


� 10.Set priorities in your life


� 11.Avoid negative people


� 12.Use time wisely


� 13.Simplify meal times


� 14.Always make copies of important papers


� 15.Anticipate your needs


� 16.Repair anything that doesn't work properly


� 17.Ask for help with the jobs you dislike


� 18.Break large tasks into bite size portions


� 19.Look at problems as challenges


� 20.Look at challenges differently


� 21.Unclutter your life


� 22.Smile


� 23.Be prepared for rain


� 24.Tickle a baby


� 25.Pet a friendly dog/cat


� 26.Don't know all the answers


� 27.Look for a silver lining


� 28.Say something nice to someone


� 29.Teach a kid to fly a kite


� 30.Walk in the rain


� 31.Schedule play time into every day


� 32.Take a bubble bath


� 33.Be aware of the decisions you make


� 34.Believe in yourself


� 35.Stop saying negative things to yourself


� 36.Visualize yourself winning


� 37.Develop your sense of humor


� 38.Stop thinking tomorrow will be a better today


� 39.Have goals for yourself


� 40.Dance a jig


� 41.Say "hello" to a stranger


� 42.Ask a friend for a hug


� 43.Look up at the stars


� 44.Practice breathing slowly


� 45.Learn to whistle a tune


� 47.Listen to a symphony


� 48.Watch a ballet


� 49.Read a story curled up in bed


� 50.Do a brand new thing


� 51.Stop a bad habit


� 52.Buy yourself a flower


� 53.Take time to smell the flowers


� 54.Find support from others


� 55.Ask someone to be your "vent-partner"


� 56.Do it today


� 57.Work at being cheerful and optimistic


� 58.Put safety first


� 59.Do everything in moderation


� 60.Pay attention to your appearance


� 61.Strive for Excellence NOT perfection


� 62.Stretch your limits a little each day


� 63.Look at a work of art


� 64.Hum a jingle


� 65.Maintain your weight


� 66.Plant a tree


� 67.Feed the birds


� 68.Practice grace under pressure


� 69.Stand up and stretch


� 70.Always have a plan "B"


� 71.Learn a new doodle


� 72.Memorize a joke


� 73.Be responsible for your feelings


� 74.Learn to meet your own needs


� 75.Become a better listener


� 76.Know your limitations and let others know them, too


� 77.Tell someone to have a good day in �pig Latin�


� 78.Throw a paper airplane


� 79.Exercise every day


� 80.Learn the words to a new song


� 81.Get to work early


� 82.Clean out one closet


� 83.Play patty cake with a toddler


� 84.Go on a picnic


� 85.Take a different route to work


� 86.Leave work early (with permission)


� 87.Put air freshener in your car


� 88.Watch a movie and eat popcorn


� 89.Write a note to a far away friend


� 90.Go to a ball game and scream


� 91.Cook a meal and eat it by candlelight


� 92.Recognize the importance of unconditional love


� 93.Remember that stress is an attitude


� 94.Keep a journal


� 95.Practice a monster smile


� 96.Remember you always have options


� 97.Have a support network of people, places and things


� 98.Quit trying to fix other people


� 99.Get enough sleep


� 100.Talk less and listen more


� 101.Freely praise other people

Sayangi buah pinggang, selamatkan jantung anda

"PADA Hari Jantung Sedunia ini, ambillah keputusan untuk menjalani ujian buah pinggang juga. Ia mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda," kata Pakar Perunding Nefrologi, Dr S Prasad Menon.

Adakah anda tahu risiko kardiovaskular boleh bermula walaupun fungsi buah pinggang mengalami sedikit kerosakan? Dan adakah anda sedar penyakit kardiovaskular menyumbang lebih daripada 50 peratus kematian di kalangan penghidap penyakit buah pinggang kronik?

Mereka yang menghidapi kegagalan buah pinggang peringkat akhir mempunyai 10 hingga 30 kali risiko kematian lebih tinggi akibat strok, serangan jantung atau penyakit kardiovaskular yang lain dibandingkan dengan golongan dewasa yang sihat.

Anda mungkin tertanya, apakah kaitan maklumat ini dengan diri sendiri? Banyak, jika anda mempunyai tanda-tanda penyakit buah pinggang atau jantung, sama ada anda sedar atau tidak.

Menurut Dr. S Prasad Menon, Pakar Perunding Nefrologi dan ahli Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF), sesungguhnya terdapat kaitan antara jantung dan buah pinggang.

"Doktor sedang berbincang tentang sindrom jantung-buah pinggang dalam beberapa tahun ini. Juga dikenali sebagai sindrom buah pinggang-jantung, asasnya mencadangkan penyakit akut atau kronik yang berlaku pada jantung atau buah pinggang boleh menjejaskan organ lain dalam bentuk akut atau kronik.

"Walau bagaimanapun, ini juga bermaksud anda mampu mengelakkan penyakit kardiovaskular dengan cara melindungi buah pinggang anda atau sebaliknya," jelasnya.

l Kaitan Antara Jantung & Buah Pinggang

Dr. Prasad menjelaskan bagaimana penyakit buah pinggang mempengaruhi jantung.

"Salah satu fungsi buah pinggang adalah mengawal tekanan darah. Jika terdapat penyakit buah pinggang, tekanan darah tinggi akan berlaku.

"Ini akan menambahkan lagi kerosakan buah pinggang. Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga akan merosakkan saluran darah di dalam badan dan mempercepatkan serangan jantung dan strok," katanya.

Menurut beliau, untuk memburukkan keadaan lagi, perembesan hormon oleh buah pinggang akan terganggu dengan penyakit pada buah pinggang.

"Anemia juga akan berlaku. Jika buah pinggang rosak, ia tidak akan dapat menyingkirkan air dari badan dan menyebabkan bengkak akibat pengumpulan air.

Semua faktor ini bersama tekanan darah tinggi mengakibatkan peningkatan isipadu darah pada jantung. Jantung akan membesar dan kurang berfungsi disebabkan keperluan untuk mengepam lebih banyak bagi menghantar darah ke seluruh badan," ujarnya.

Beliau menegaskan dalam jangka panjang, jantung akan menjadi lemah dan akhirnya gagal berfungsi.

Dr. Prasad menggunakan analogi 'pam dan tapis' sebagai cara bagaimana penyakit jantung mengancam buah pinggang.

"Jantung mengepam darah ke seluruh badan termasuk buah pinggang, bukan sahaja untuk menapis darah tetapi juga untuk memperkayakan buah pinggang agar ia dapat terus berfungsi dengan baik.

"Masalahnya, jika sesuatu berlaku kepada jantung (sebagai pam), seperti serangan jantung atau penyakit jantung kronik, aliran darah ke buah pinggang akan terjejas. Jika pam rosak, begitu juga dengan buah pinggang (sebagai penapis)," jelasnya.

Oleh itu, beliau menekankan betapa pentingnya untuk memastikan kedua-dua organ berkenaan berfungsi dengan baik.

l Perlindungan Jantung & Buah Pinggang

Dr Prasad gembira dengan peningkatan kesedaran awam tentang faktor risiko klasik kardiovaskular.

"Untuk kebaikan dalam mengelakkan serangan jantung atau strok, ramai orang hari ini mengambil usaha mengekalkan status berat badan, tekanan darah, paras kolesterol darah dan paras glukosa darah.

"Sebarang faktor risiko perlu diambil berat. Contohnya merokok; ia bukan sahaja berbahaya kepada jantung tetapi kepada buah pinggang juga," katanya.

Beliau turut menyatakan penting untuk mengetahui bahawa paras glukosa darah tinggi dan tekanan darah tinggi selalunya menandakan kerosakan pada buah pinggang.

"Oleh itu, rawatan untuk keadaan ini tidak akan lengkap melainkan mendapatkan pemeriksaan buah pinggang. Jika ada, penyakit buah pinggang kronik mesti ditangani sebaiknya," tegasnya.

Dr Prasad mencadangkan semua orang, tidak kira profil risiko masing-masing, sepatutnya menjalankan ujian albumin dalam air kencing untuk mengesan penyakit buah pinggang sebagai salah satu usaha untuk mencegah penyakit kardiovaskular. Dia juga percaya ujian itu juga perlu menjadi sebahagian daripada pemeriksaan fizikal tahunan.

"Dalam kebanyakan kes, pesakit buah pinggang kronik tidak menyedari mereka sakit. Penyakit ini muncul tanpa tanda penyakit sehinggalah pada peringkat yang lebih teruk.

"Disebabkan itu, kami percaya 10 peratus daripada masyarakat awam seakan-akan bom jangkamasa, menjalani kehidupan harian sedangkan mereka tidak sedar bahawa pada dasarnya, fungsi buah pinggang mereka sedang merosot setiap hari," ujarnya.

Tambahnya, individu sebegini mempunyai risiko yang tinggi mendapat strok, serangan jantung atau sesuatu lebih teruk.

"Jadi, mengambil ujian albumin ini adalah pilihan terbaik untuk sesiapa sahaja untuk Hari Jantung Sedunia.

"Anda tidak akan tahu keputusan yang akan diperoleh. Maka, untuk penyakit buah pinggang kronik, pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa," katanya.

Risiko untuk mendapat serangan jantung adalah satu kepastian apabila anda menghidap penyakit buah pinggang kronik.

Keadaan akan menjadi lebih buruk dengan kemungkinan kegagalan buah pinggang peringkat akhir dan perlu menghabiskan seluruh hidup dengan dialisis serta ketakutan kematian pramasa akibat penyakit kardiovaskular.

Jangan biarkan ini berlaku kepada anda. Sayangi buah pinggang anda, selamatkan jantung anda.

Tempat-Tempat Menarik di Terengganu

Pulau Wan Man

Taman tema seni bina dan ilmuan Islam pertama di dunia. Ia mengandungi 21 replika masjid terkenal dan monumen Islam terkemuka dari seluruh dunia. Antaranya ialah Kubah Emas (Dome of Rock) di Baitulmaqdis dan Taj Mahal di India.

Sekitar Kuala Terengganu

Pasar Besar Kedai Payang, Bukit Puteri, Istana Maziah, Dataran Maziah, Pantai Batu Buruk, Pulau Duyong (membina bot), Muzium Terengganu (muzium terbesar di Asia Tenggara) dan Losong (tempat menghasilkan keropok lekor).


Pulau/Snorkeling/Selam Skuba

Pulau di Terengganu diwartakan sebagai taman laut. Di sini anda berpeluang melihat panorama laut yang saujana mata memandang, batu karang, rumpai laut dan pasir pantai yang memutih. Segalanya bak syurga bagi mereka yang cintakan alam semula jadi dan minat dengan aktiviti laut.


Masjid Terapung dan Pusat Kraftangan Cendering

Masjid Terapung (Masjid Tengku Tengah Zaharah) dibina dengan begitu rupa bagi memberi gambaran seolah-olah sebuah binaan untuk tujuan ibadat di atas air. Pelancong turut berpeluang melihat seni kraf dan membeli pelbagai cenderhati kraf tempatan.


Pusat Pendaratan Penyu di Rantau Abang

Pantai di Terengganu adalah tempat yang paling sesuai untuk penyu berehat dan bertelur. Pantai di Terengganu antara enam tempat pendaratan penyu gergasi di dunia antara Mei hingga September. Pelancong berpeluang melihat kehadiran penyu pada malam yang sunyi sepi untuk bertelur.


Tasik Kenyir

Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara. Kedudukannya di tengah hutan hujan tropika menyediakan pelbagai kehidupan menarik seperti flora dan fauna selain spesies tumbuhan yang jarang dilihat di mana-mana di seluruh dunia.


Marang

Terletak kira-kira 17 kilometer dari Kuala Terengganu, pantai Marang memang terkenal dengan pasirnya yang memutih dan tumpuan untuk mandi-manda. Di sini anda boleh melihat kehidupan masyarakat nelayan yang keluar dan pulang membawa hasil tangkapan. Bagi mereka yang mahu merakam gambar menarik, inilah tempatnya.

Santai di Air Terjun Cemerong

Hutan lipur yang mempunyai air terjun memang menjadi tumpuan penduduk di negara ini untuk bersantai terutamanya bagi mengisi percutian hujung minggu.

Ada yang yang datang untuk mandi-manda atau sekadar merehatkan minda selepas seminggu terperuk di pejabat.

Di Terengganu, ada beberapa air terjun yang sering menjadi tumpuan ramai, antaranya Air Terjun Sekayu, Lata Tembakah, Lata Belatan dan Air Terjun Cemerong, setinggi kira-kira 300 meter.

Berkunjung ke air terjun ini, orang ramai pastinya tertarik dengan keindahan alam semula jadi terutama flora dan fauna di kawasan hutan lipur itu yang belum terusik itu.

Tambah menarik apabila mendengar kicauan burung dan desiran air yang mengalir di celah batuan besar.

Pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti lain termasuk mengadakan perkhemahan unggun api.

Memasak sendiri bekal yang dibawa pasti mengimbau kembali nostalgia menyertai pasukan pengakap ketika di alam sekolah rendah.

Bagi yang gemar aktiviti lasak, mereka boleh meredah hutan sejauh kira-kira dua jam perjalanan untuk sampai di kawasan air terjun yang paling tinggi. Dari titik ini, pengunjung pasti terpesona dengan pemandangan indah kawasan hutan lipur ini.

Bagi yang berkeluarga dan tidak larat untuk meredah bukit, mereka boleh berkelah sambil mandi-manda di kawasan kolam yang bersaiz agak luas berhampiran air terjun itu. Anak kecil juga bebas berenang bersama ahli keluarga dengan pengawasan orang dewasa.

Air terjun itu turut menyediakan pelbagai kemudahan asas termasuk kerusi rehat, tandas, tempat letak kereta dan gerai menjual makanan.

Khazanah Sungai Paka

Suatu ketika dulu, Paka hanyalah perkampungan nelayan di daerah Dungun, Terengganu.

Berikutan peredaran waktu, ia kini membangun pantas seiring dengan kesan pembinaan kompleks petroleum di bandar Kerteh, terletak berhampiran. Nikmat pembangunan yang dikecapi turut membawa limpahan ekonomi kepada penduduk tempatan.

Berbanding 60 atau 70 tahun lalu, Paka kini mempunyai beberapa hotel penginapan. Asalnya, ia dibina untuk menampung permintaan daripada pekerja industri berkaitan gas dan petroleum, kini ia mendapat tempat di kalangan pelancong.

Latar konkrit dengan prasarana moden bagaimanapun, masih tidak mengikis wajah perkampungan tradisional di sekitar Paka.

Kesibukan bot nelayan ke laut lepas adalah pemandangan biasa yang menjadi nadi ekonomi penduduknya.

Jika tidak meredah gelombang lautan, nelayan mengisi masa membaiki jala dan bot, manakala kaum wanitanya sibuk memproses udang dan ikan untuk dijadikan produk makanan kering.

Amat mudah juga untuk bertemu dengan keropok lekor - hidangan popular di pantai timur.

Untuk menyaksikan warna-warni kehidupan masyarakat nelayan ini, pengunjung boleh menyertai pakej ‘river cruise’ Sungai Paka tidak jauh dari pusat bandar kecil ini.

Sungai terletak 30 kilometer (km) dari Kuala Dungun ini kini popular sebagai salah satu tarikan pelancongan di Terengganu.

Hutan paya bakau yang masih terpelihara berhampiran kawasan kuala ini menjadi kediaman kepada pelbagai spesies flora dan fauna.

Kebanyakan warga tempatan gemar berkunjung ke sungai ini bagi melepaskan gian atau mencuba nasib untuk menaikkan udang galah.

Sepanjang perjalanan menyusuri sungai ini, pengunjung pasti terpesona dengan kehadiran pelbagai spesies burung yang menjadikan hutan bakau ini sebagai kediaman mereka.

Kelibat helang, enggang dan bangau juga sering kelihatan di tebing sungai menanti rezeki mereka.

Jika anda bernasib baik, anda akan berpeluang untuk mengambil gambar burung yang bertenggek di dahan pokok.

Ada kalanya, ia akan berlegar di permukaan air sebelum terbang rendah, melancarkan serangan hendap terhadap ikan, ular atau unggas yang menjadi sumber makanan.

Di beberapa kawasan, pengunjung dapat menyaksikan dusun dengan pelbagai pohon buah-buahan tempatan termasuk limau, durian, manggis, langsat, duku dan rambutan.

Tambah menarik, apabila melihat pelbagai warna buah yang berjuntaian di pohon berdekatan tebing sungai.

Selain godaan udang galah dan pelbagai spesies ikan, rata-rata pengunjung terutama yang datang dari luar Terengganu mengunjungi Sungai Paka semata-mata untuk melihat pemandangan kelip-kelip, setanding dengan apa yang didapati di Sungai Yakyah di Kampung Ibok, Kijal.

Mereka yang berhasrat untuk melihat keajaiban unggas yang turut dikenali dengan nama kunang-kunang ini hanya boleh menyaksikannya selepas senja.

Kerlipan unggas merubah pemandangan pohon bakau sehingga menjadikannya tidak ubah seperti pohon Krismas di sepanjang tebing Sungai Paka.

Jadi, apa lagi, hubungi hotel penginapan sekitar Paka, untuk menyertai pengalaman seumur hidup ini!



>Info

PENGINAPAN

Rumbia Resort Villa, Paka

Tel: 09-8272020

Faks: 09-8272759.



Residence Resort Paka

Tel: 09-8273366

Faks: 09-8273388



RUJUKAN PERCUTIAN

Sekretariat Kerajaan Negeri Terengganu

Tel : 609-623 1957 / Faks : 609-624 6989

Emel: ppp@terengganu.gov.my

http://www.tourism.terengganu.gov.my



PUSAT MAKLUMAT PELANCONG

Jalan Sultan Zainal Abidin

20000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman

Tel: 09-622 1553

Faks : 09-622 1957



Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir

Tel : 09-626 7788 / 666 8498

Faks : 09-666 7657 / 666 8979



Geliga

Tel: 09-868 7600

Faks : 09-622 1957

Bazar Warisan tarikan Kuala Terengganu

MEMILIKI reka bentuk menarik dan berhampiran Pasar Besar Kedai Payang dan Bukit Puteri, Bazar Warisan kini menjadi tumpuan pelancong yang pertama kali berkunjung ke Terengganu.

Mula dibuka Julai tahun ini, bazar yang dibina dengan kos RM18.4 juta di Jalan Sultan Zainal Abidin, kompleks perniagaan ini terletak di pinggir Kuala Terengganu, sejajar dengan matlamat kerajaan negeri untuk menjadikan kota ini sebagai bandar raya persisiran air.

Tambah menarik, reka bentuk kompleks tiga tingkat ini mempamerkan seni bina tradisional Terengganu. Sehingga kini, ia menempatkan pelbagai gerai pengusaha seni warisan tradisional termasuk sutera, batik, songket, tembaga dan cenderamata.

Bersebelahan bazar ini, pengunjung dapat melihat pemandangan indah Bukit Puteri yang menyimpan peristiwa penting dalam sejarah negeri ini. Menara pemerhati dan meriam lama yang masih dipulihara dengan baik, boleh dilihat apabila anda mendaki ke puncak bukit itu.

Pembinaan lif dan tangga bergerak dapat memudahkan orang ramai untuk naik ke tingkat dua dan tiga bangunan itu. Ruang pejalan kaki yang luas juga boleh memberi keselesaan kepada orang ramai untuk bergerak bersama keluarga.

Selepas penat berjalan, orang ramai boleh berehat seketika di beberapa wakaf tempat duduk di hadapan bazar itu. Ada pengunjung mengambil kesempatan bergambar kenangan di beberapa sudut bangunan ataupun menghala ke Bukit Puteri menerusi laluan di tingkat tiga bangunan.

Di tingkat tiga juga, pengunjung boleh menyaksikan keindahan muara Sungai Terengganu. Dari sini, Pulau Duyong yang menjadi lokasi utama penganjuran sukan layar antarabangsa, Piala Monsun dan bot kecil yang berulang-alik ke Kampung Seberang Takir.

Pengunjung dari Kedah, Nur Azlim Haziah, berkata dia tertarik dengan keunikan bangunan itu kerana reka bentuk tradisionalnya seperti ukiran kayu sebagai hiasan dalaman.

Safety Tips For Girls

Things women should know to stay safe: Please take the time to read these. There may just be one or two you hadn't thought of. It never hurts to be careful in this crazy world we live in.

1. Tip from Tae Kwon Do: The elbow is the strongest point on your body. If you are close enough to use it, do it!

2. If a robber asks for your handbag, DO NOT HAND IT TO HIM. Toss it away from you... . he is probably more interested in your handbag than you and he will go for the handbag. RUN LIKE MAD IN THE OTHER DIRECTION!

3. If you are ever thrown into the boot of a car: Kick out the back tail lights and stick your arm through the hole and start waving. The driver won't see you but everybody else will. This has saved lives.

4. Women have a tendency to get into their cars after shopping, eating, working, etc.,and just sit (doing their cheque book, or
making a list). DON'T DO THIS! A predator could be watching you, and this is the perfect opportunity for him to get in on the passenger side, and attack you. AS SOON AS YOU GET INTO YOUR CAR,LOCK THE DOORS AND LEAVE.

5. A few notes about getting into your car in a car park:

A.) Be aware: look around you, look into your car, at the passenger side floor, and check the back seat.

B.) If you are parked next to a big van, enter your car from the passenger door. Most attackers surprise their victims by pulling them into their vans while the women are attempting to get into their cars.

C.) Look at the car parked on the driver's side of your vehicle, and the passenger side. If a male is sitting alone in the seat nearest your car, you may want to walk back into the shop, or work, and get a guard/policeman to walk you backout. IT IS ALWAYS BETTER TO BE SAFE THAN SORRY. (And better paranoid than dead.)

6. ALWAYS take the lift instead of the stairs. Stairwells are horrible places to be alone (and the perfect crime spot.)

7. If the predator has a gun and you are not under his control, ALWAYS RUN! The predator will only hit you (a running target) 4 in 100 times; and even then, it most likely WILL NOT be a vital
organ. RUN!

8. As women, we are always trying to be sympathetic: STOP IT! It may get you raped, or killed. Ted Bundy, the serial killer, was a
good-looking, well educated man, who ALWAYS played on the
sympathies of unsuspecting women. He walked with a cane, or a limp, and often asked "for help" into his vehicle or with his vehicle, which is when he abducted his next victim.

9. Another Safety Point: Someone just told me that her friend heard a crying baby on her porch the night before last, and she called the police because it was late and she thought it was weird. The police told her 'Whatever you do, DO NOT
open the door." The lady then said that it sounded like the baby had crawled near a window, and she was worried that it would crawl to the street & get run over. The policeman said, "We already have a unit on the way, whatever you do, DO NOT open the door.

Pekerja lama atau graduan?

SENARIO industri pekerjaan yang lebih mementingkan pekerja berpengalaman berbanding graduan baru meresahkan pelbagai pihak kerana bukan saja menafikan hak memperoleh pekerjaan, malah meningkatkan kadar pengangguran.

Meskipun majikan sering diingatkan jangan pilih kasih, masing-masing mempunyai alasan tertentu.

Bagi majikan, pemilihan itu perlu bagi mengurangkan kos manakala graduan pula menganggap tidak adil kerana dinilai sebelum diberi peluang.

Polemik ini juga menggugat kredibiliti institusi pengajian tinggi (IPT) yang bertanggungjawab melahirkan graduan.

IPT dipersalahkan kerana mengeluarkan ramai graduan saban tahun tanpa memikirkan natijahnya pada industri.

Sejauh manakah kebenaran isu ini disensasikan dan benarkah industri tidak mampu menampung jumlah permintaan pekerjaan tinggi daripada kalangan graduan baru?

Ketua Jabatan Hospitaliti dan Pelancongan Management and Science University (MSU), Profesor Madya Arfah Kassim, berkata tiada bukti graduan dipinggirkan secara total berbanding pekerja berpengalaman.

Sebaliknya, ramai majikan kini memburu ramai graduan baru kerana mudah dilatih, berkemahiran tinggi, berdaya saing serta mempunyai sikap positif untuk maju dalam pekerjaan.

Menurutnya, pandangan skeptikal masyarakat yang hanya membuat penilaian melalui pandangan kasar menyebabkan timbul tanggapan itu.

"Isu graduan menganggur, majikan pilih kasih, cerewet dan berat sebelah bukan baru. Bagaimanapun, ia perlu dilihat melalui konteks luas.

"Banyak tawaran pekerjaan lebih mementingkan mereka berpengalaman, tapi majikan yang mencari graduan baru juga banyak.

"Kita juga tidak boleh menolak konteks pembangunan negara yang mengharapkan pergantungan pada sumber tenaga kerja berterusan. Ini pasti membuka peluang kepada graduan atau pelapis baru.

"Yang penting, bagaimana graduan itu cuba memasarkan keupayaan dan dirinya," katanya.

Isu graduan-majikan-IPT bukan sesuatu yang baru, malah sudah banyak dibincangkan tetapi tiada kesudahan.

Arfah tidak menafikan tindakan majikan mengambil pekerja berpengalaman boleh menjimatkan kos, tetapi graduan juga boleh melaksanakan tugasan sama jika dilatih serta diberi peluang.

Menurutnya, meskipun graduan tidak mempunyai pengalaman mantap, pengetahuan ilmu dan kemahiran diperoleh terutama menerusi latihan industri boleh membantu menepati kehendak majikan.

"IPT hari ini tidak sama seperti dulu yang mementingkan penguasaan teori semata-mata. Sistem pembelajaran kini sudah diseimbangkan dengan pelbagai latihan serta kemahiran bagi menyesuaikan kehendak pasaran kerjaya.

"Kebanyakan graduan sebelum menamatkan pengajian akan menjalani latihan industri. Ini juga diiktiraf sebagai satu latihan praktikal bagi memberi peluang menunjukkan kebolehan dan membina pengalaman," katanya.

Bagaimanapun, Arfah setuju graduan baru mengambil masa menyesuaikan diri dengan alam kerjaya, mengasah serta memperkukuhkan kemahiran.

"Aspek ini normal bagi sesiapa. Pekerja berpengalaman juga suatu ketika dulu mengalaminya, jadi tidak adil jika mengharapkan graduan ini terus cekap sebaik saja melangkah ke alam pekerjaan.

"Berikan mereka masa, latihan, teguran, tunjuk ajar serta dedahkan dengan cabaran. Saya percaya mereka cepat menguasai dan menepati sasaran majikan," katanya.

Mengulas segelintir graduan gagal menempatkan diri dalam industri kerjaya berikutan pengkhususan diambil terhad, beliau berkata, mereka jangan berpeluk tubuh atau menyalahkan pihak tertentu.

Sebaliknya, berusaha mencari satu pekerjaan yang mampu memberi pendapatan seperti menjadi usahawan.

"Sikap graduan ingin bekerja dengan kerajaan atau swasta antara faktor penyumbang pengangguran. Mereka tidak mahu menukar mentaliti menceburi bidang lain, contohnya menjadi usahawan.

"Buangkan sikap itu, sebaliknya bekerja keras dan gunakan ilmu keusahawanan dipelajari di IPT untuk cemerlang," katanya.

Mengulas sikap segelintir graduan baru tidak pandai menggunakan peluang majikan dengan baik, Arfah berkata, satu kerugian kerana mensia-siakannya.

"Pada masa ini, semua ingin merebut peluang bagi memperbaiki pencapaian atau kedudukan ekonomi. Jika graduan tidak menggunakan peluang dengan baik, mereka rugi.

"Sebagai golongan terpelajar, harus cerdik menggunakan akal dan membuat pertimbangan," katanya.

16 Cara Untuk Gembira

*Tarik nafas dalam-dalam::sehingga berasa hidung sudah penuh,hembuskan ikot mulut.

*Berjalan-jalan dgn kengkawan::gi window shopping,tgk movie,menyelam,main bowling.

*Luahkan perasaan::lepaskan perasaan marah @ geram melalui perbuatan.cthnya tendang almari,hempas pintu.

*Bergerak::bersenam 5 kali seminggu selama 30 minit.

*Melihat masa depan::sebelom tido bayangkan kehidupan hari esok.

*Membeli barang idaman::kalu harga seswai dgn kemampuan jgn teragak-agak nak beli.tp kalu diluar kemampuan,simpan azam utk menyimpan duit.

*Jatuh cinta::kesaktian perasaan jatuh cinta lebih kuat drp sebarang jenis dadah.

*Nikmati setiap saat::nikmati apa saja yg dilalui x kira ianya dilakukan dgn sesiape shj.

*Pergi ke pet shop::kajian mengatakan bhw tekanan darah pesakit darah tinggi jatuh ke paras normal setelah merenung akuarium selama 20 minit.

*Dengar muzik::cari lagu tema utk diri sendiri.

*Dapatkan nasihat::masalah x akan selesai kalu mengurung diri dalam bilik.ceritakan masalah kpd org yg buleh dipercayai.mintak pandangan & nasihatnya.

*Berwangi-wangian::badan yg berbau x menyelesakan.dapatkan minyak wangi kegemaram,titikkan pada celah tengkuk,belakang pelipat telinga,nadi pergelangan tgn & kaki.

*Makan cokelat::kandungan gula dalam cokelat dikatakan membebaskanendorphins yg merangsang perasaangumbira.

*Menyentuh seseorang::sentuhan tgn buleh membangkitkan perasaan tenang dan gumbira.kerana itulah wujudnya kaedah urutan refleksologi.

*Hentikan leteran::hentikanlah sikap yg suka membebel spt nenek tua.bercakaplah dgn jelas dan tenang.

*Berfikiran terbuka::bersedia menerima idea baru.kembangkanlah perspektif.hentikan berfikir spt org tua yg konservatif.

Zakat bersih jiwa

DALAM surah al-A’la, ayat 14 dan 15 menjelaskan: “Sesungguhnya berjayalah orang yang berusaha membersihkan dirinya (dengan amal yang soleh). Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan solat.”

Berdasarkan satu hadis diriwayatkan Ibn Khuzaimah, Rasulullah s.a.w pernah ditanya mengenai ayat berkenaan dan baginda menerangkan, yang ayat terbabit diturunkan mengenai zakat fitrah.

Demikian juga menurut satu lagi riwayat daripada Saidina Ali; maksud membersihkan diri pada ayat terbabit ialah mengeluarkan zakat fitrah dan ‘menyebut nama Tuhan serta mengerjakan solat’ ialah mengucap takbir pada hari raya dan mengerjakan solat hari raya.

Zakat fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan ke atas umat Islam kerana berakhirnya bulan Ramadan dan dikeluarkan mengikut peraturannya.

Ia disyariatkan pada Sya’ban tahun kedua hijrah dengan beberapa tujuan, antaranya untuk membersihkan diri orang yang mengerjakan puasa daripada perkataan buruk dan sia-sia serta memberikan kelapangan kepada orang miskin untuk menyambut hari raya.

Sebagaimana ibadat yang lain bergantung kepada batas waktunya, ibadat zakat fitrah juga tidak terkecuali, malah menurut ulama, orang yang melengahkan zakat fitrah sehingga terlepas waktu yang ditentukan bukan saja berdosa, bahkan tetap wajib membayarnya selepas itu.

Jika ia tidak dibayar, ia tetap menjadi hutang yang ditanggung individu terbabit, sehingga ia menjelaskannya suatu ketika nanti walaupun pada akhir hayatnya, menunjukkan besarnya kewajipan berzakat dan tidak boleh dipandang ringan walaupun jika dibandingkan dengan kadar nilainya beberapa ringgit.

Mazhab Syafie membahagikan kepada lima waktu iaitu waktu harus (pada awal bulan Ramadan), waktu wajib (apabila masuk matahari pada akhir bulan Ramadan), waktu fadilat/afdal (sebelum keluar untuk mengerjakan solat hari raya), waktu makruh (jika diakhirkan selepas solat hari raya dengan tiada uzur) dan waktu haram (diakhirkan hingga selepas hari raya dengan tiada uzur).

Benda yang dijadikan zakat fitrah ialah makanan utama sesebuah tempat seperti beras di Malaysia dan kadarnya ialah segantang Baghdad, bersamaan tiga cupak sukatan Malaysia atau tiga kati dua belas tahil atau dua kilogram 250 gram.

Makanan utama sebagai zakat fitrah menjadi pegangan dalam mazhab Syafie, kecuali disebabkan beberapa perkara seperti berlaku darurat atau diperintahkan oleh pihak berkuasa, lalu diharuskan membayarnya dengan wang sebagai ganti makanan seperti beras.

Diharuskan juga kerana adanya aturan daripada pemerintah terhadap sistem zakat fitrah dengan wang kerana beberapa alasan yang bertujuan baik, seperti asnaf yang lapan terutama fakir miskin lebih bersedia menerima wang berbanding beras.

Hari ini masyarakat secara umumnya menunaikan zakat fitrah dengan wang sebagai ganti beras disebabkan ada kelapangannya, sama ada daripada pihak yang menunaikan zakat atau penerimanya berdasarkan kadar yang ditetapkan di negeri masing-masing.

Kadar zakat yang ditetapkan umumnya berbeza-beza pada setiap tahun dan di antara negeri, berdasarkan beberapa faktor seperti kos barang dan sara hidup, namun kadangkala kadar yang ditetapkan di kawasan kota lebih rendah berbanding di negeri yang kos hidupnya tidak seberapa.

Bagi tahun ini, kadar zakat fitrah di Johor RM6.50, Kedah RM7, Kelantan RM7.60, Melaka RM6.30, Negeri Sembilan RM6.50, Pulau Pinang RM5, Pahang RM7.30, Perak RM7, Perlis RM6 - RM7, Sabah RM7.20, Sarawak RM7.50, Selangor RM5.20, Terengganu RM6 -RM8 dan Wilayah Persekutuan RM5.20.

Mengenai pelaksanaan ibadat zakat fitrah dengan wang, ulama ada memberikan sedikit huraian:

- Tidak sah jika diniatkan wang menjadi zakat fitrah, mengikut mazhab Syafie seperti niat: “Wang ini untuk fitrah yang wajib atasku, bagi diriku dan orang-orang tanggunganku.”

Tetapi harus digantikan makanan dengan wang dan hendaklah diniatkan seperti berikut: “Wang ini ialah ganti beras fitrah yang wajib atasku, bagiku dan bagi (orang-orang) tanggunganku pada tahun ini.”

- Harus menunaikan zakat fitrah dengan wang sebagai ganti beras (makanan) dalam mazhab Syafie tetapi lebih afdal dengan makanan. Dalam mazhab Hanafi, lebih afdal dengan harga daripada makanan.

Dari sini, dapat diperhatikan juga aspek penting yang menentukan sah atau tidak ibadat zakat fitrah ialah niat. Ini juga sesuai dengan hadis Bukhari yang menerangkan, setiap amalan adalah berdasarkan niat.

Waktu berniat ialah ketika menyerahkan zakat. Boleh juga didahulukan sewaktu mengasingkan benda zakat itu untuk diserahkan kerana zakat boleh diwakilkan.

Niat zakat fitrah seperti: “Ini zakat fitrah yang wajib bagi diriku pada tahun ini.” Tetapi jika menunaikan zakat fitrah dengan wang, niatnya: “Ini wang ganti beras zakat fitrah yang wajib atasku, bagi diriku dan orang-orang tanggunganku, pada tahun ini.”

Daripada (Abdullah) Ibn Umar r.a, katanya: Rasulullah s.a.w sudah menentukan wajibnya zakat fitrah, segantang daripada buah tamar atau segantang dari sya’ir (sejenis gandum) atas setiap orang hamba abdi atau merdeka, lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa dari kalangan umat Islam.” (Hadis sahih, riwayat Bukhari dan Muslim)

Recent Posts