Jumaat, September 26, 2008

Zakat fitrah amalan bersih diri

SEBELUM Ramadan yang mulia dan penuh ganjaran pahala ini meninggalkan kita, satu tanggungjawab yang patut dilaksanakan ialah membayar zakat fitrah. Setiap umat Islam wajib membayarnya mulai sekarang dan waktu afdal ialah selepas sembahyang Subuh akhir Ramadan.

Selewat-lewatnya sebelum menunaikan sunat Aidilfitri di masjid. Membayar zakat fitrah itu dianggap makruh dan haram sesiapa membayarnya selepas terbenam matahari pada Aidilfitri.

Daripada Umar katanya: "Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada Ramadan kepada semua orang Islam, lelaki, perempuan, orang yang merdeka atau hamba, satu sha' kurma atau gandum." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Tujuan membayar zakat fitrah adalah menyucikan diri yang berpuasa daripada kata dan perbuatan keji. Kehidupan ini sentiasa terdedah dengan perbuatan atau perkara yang boleh mendatangkan dosa, apatah lagi jika kita berniaga.

Kita mungkin tidak sedar sumber kewangan dalam perniagaan diperoleh daripada jalan tidak bersih dan haram seperti terjual barang haram, tersalah kira, menjual barang kurang bermutu atau luput tarikh. Pendapatan daripada sumber itu dianggap tidak bersih dan haram.

Apabila mengeluarkan zakat, bererti kita mengeluarkan harta daripada sumber pendapatan yang tidak bersih itu. Yang tinggal adalah harta yang bersih dan halal seperti firman Allah bermaksud: "Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka." (Surah at-Taubah, ayat 103)

Islam menggariskan lapan perkara bagi orang yang layak atau boleh menerima zakat fitrah iaitu fakir, miskin, mualaf, riqab (budak yang akan memerdekakan diri), orang yang banyak hutang, berjuang di jalan Allah, ibnu sabil dan amil. Sementara orang yang tidak layak dan tidak boleh menerima zakat ialah lima kelompok iaitu kafir, orang yang ada pekerjaan dan harta, dalam tanggungan orang lain, hamba dan keturunan Hashim serta Abdul Mutalib.

Sama ada zakat fitrah atau harta, harus diingat mengeluar atau membayar zakat adalah perintah Allah. Ia antara lima Rukun Islam dan diwajibkan pada tahun kedua hijrah. Firman Allah yang bermaksud: "Dirikanlah sembahyang dan bayarkan zakat hartamu." (Surah an-Nisa', ayat 77)

Dalam sebuah buku dicatat bahawa Ikramah, berkata harta yang daripadanya tidak ditunaikan hak Allah akan menjadi ular yang tidak berambut di kepala pada Hari Kiamat dan mengejar pemiliknya. Dia (pemilik harta itu) akan meminta perlindungan daripadanya.

Diceritakan juga Hajar Ibnu Baian menukilkan sabda Baginda SAW bahawa jika seorang daripada saudara-mara meminta pertolongan daripada harta yang lebih daripada keperluannya dan dia tidak sanggup menolong, maka pada hari hisab harta itu menjadi ular dan membelit jasadnya.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan orang yang menyimpan emas dan perak tidak menafkahkan di jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka (bahawa mereka akan) mendapat seksa yang pedih." (Surah at-Taubah, ayat 34)

Harta yang dikeluarkan zakat darinya mendapat lebih keberkatan dan si pemilik harta berkenaan mendapat pahala dan hidupnya diberkati Allah. Tentu saja mereka yang ingkar membayar zakat menerima hukuman Allah seperti dinyatakan dalam firman di atas.

Mengeluarkan zakat tanda kita bersyukur kepada Allah atas nikmat-Nya. Sesungguhnya nikmat Allah yang dikecapi kini dan lalu tidak ternilai harganya dan tidak terbalas. Justeru, tidak ada sebab mengapa kita berat hati mengeluarkan zakat yang diwajibkan.

Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang beriman, nafkahkanlah sebahagian daripada rezeki yang sudah Kami berikan kepada kamu." (Surah al-Baqarah: 254)

Daripada Ibnu Abbas katanya: "Rasulullah SAW menentukan wajibnya zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan sia-sia dan perkataan buruk, dan juga untuk menjadi makanan orang miskin, oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum solat hari raya maka menjadilah ia zakat fitrah yang makbul dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedekah biasa seperti sedekah sunat yang lain." (Hadis riwayat Abu Daud)

Baitulmaqdis jadi rebutan penganut tiga agama samawi

Pemerintahan Nabi Sulaiman adalah zaman kegemilangan kerajaan Israel. Ketika itu mereka berpegang teguh kepada agama dan tidak menyekutukan Allah.

Namun, selepas itu mereka menjauhkan diri daripada agama, malah mensyirikkan Allah dengan menyembah berhala Ba'al.

Kerajaan bani Israel berkecai semula. Mereka menjadi lemah, tidak berupaya mempertahankan diri dan tewas dalam peperangan. Kaum mereka sering menjadi tawanan perang dan Baitulmaqdis ditawan musuh silih berganti.

Pada 70 Masihi, Raja Rom, Titus mengepung Baitulmaqdis sehingga bani Israel kebuluran dan dihalau keluar dari Palestin. Pada 135 Masihi, Maharaja Adrianus membina semula Baitulmaqdis tetapi dibakar Parsi pada 614 Masihi.

Baitulmaqdis kemudian diserah kepada Khalifah Umar al-Khattab dan orang Islam memanggilnya Al-Qadsi. Pada 1099 Masihi tentera Salib menawannya daripada umat Islam, tetapi Salahuddin al-Ayubi merampasnya kembali pada 1187. Baitulmaqdis kemudian jatuh ke tangan Kerajaan Turki Alkhawarizmi dan Turki Othmaniah.

Al-Qudsi atau nama asalnya Jerusalem adalah bandar suci penganut Yahudi, Kristian dan Islam.

Bagi penganut Yahudi, di situlah rumah ibadah yang dibina Nabi Sulaiman iaitu Haikal Sulaiman. Bagi penganut Kristian, di situ juga Kanisah Al Qiamah sementara bagi umat Islam, terletaknya Masjid al-Aqsa.

Nabi Sulaiman wafat pada 933 Sebelum Masihi selepas memerintah Israel 40 tahun. Al-Risaalah 2 Musa Kalimullah yang meneruskan catatan mengenai Nabi Sulaiman dalam episod kali ini turut mengimbau sejarah Baitulmaqdis, iaitu bandar tua Baitulmaqdis yang menjadi ibu negara Palestin dulu.

Nama Jerusalem diberi suku kaum Amuri yang membina bandar itu berdasarkan nama tuhan mereka Syalim. Yurusyalim membawa erti bandar yang diasaskan oleh tuhan Syalim.

Baitulmaqdis menyimpan banyak sejarah selain Makam Nabi Daud, batu tergantung di Masjid Qabbah Assakhrah serta gua yang menjadi tempat Rasulullah SAW bersembahyang ketika Israk dan Mikraj.

Turut dipertontonkan ialah rumah ibadat yang dibina Nabi Sulaiman iaitu Haikal Sulaiman di atas Bukit Muria atau Bukit Muriah yang memakan masa tujuh tahun untuk disiapkan.

Kuasa, kekayaan tak jejas ketakwaan, iman Nabi Sulaiman

NABI Sulaiman memohon daripada Allah supaya dikurniakan sebuah kerajaan yang besar dan luas. Allah memperkenankan permohonan Nabi Sulaiman itu yang tidak diberikan kepada kerajaan lain selepasnya.

Allah juga mempermudah angin yang bertiup mengikut arahan Baginda. Jika angin diperintah bertiup, nescaya bertiuplah ia dan apabila diperintah berhenti, angin pun berhenti. Baginda juga berupaya memerintah angin bertiup menjadi ribut kencang atau bayu lembut yang nyaman.

Baginda boleh mengarahkan angin bertiup membawa awan dan menurunkan hujan di kawasan kering dan gersang dalam wilayahnya. Bumi gersang itu pun bertukar subur menghijau membawa kemewahan kepada petani.

Pada waktu negara jiran mengalami kemarau panjang, negara Israel mewah dengan air hujan yang dibawa awan. Ribut taufan menjadi bala tentera Baginda ketika bertindak memecahbelahkan barisan pertahanan musuh.

Allah juga mempermudahkan jin berkhidmat kepada Nabi Sulaiman dan jin digunakan sebagai buruh lombong tembaga dan bijih besinya. Jin juga bekerja menyediakan perhiasan dan perabot untuk istana dan rumah ibadah Baginda.

Di samping itu, syaitan juga patuh kepada perintah dan arahan Nabi Sulaiman. Syaitan diperintah Baginda untuk menyelam di laut dalam, bagi mengeluarkan mutiara. Begitulah kekuasaan Nabi Sulaiman yang dikurniakan Allah kepadanya.

Nabi Sulaiman juga memahami bahasa serangga seperti semut. Ketika bala tentera Nabi Sulaiman terdiri daripada manusia, jin dan burung sampai di suatu lembah yang dikenali dengan 'Lembah Semut' seekor daripada semut itu mengarahkan semut lain supaya masuk ke sarang masing masing.

Mereka diminta berbuat demikian supaya tidak dipijak oleh bala tentera Nabi Sulaiman yang ramai. Nabi Sulaiman memahami bahasa percakapan semut lalu tersenyum dan ketawa. Lantas memuji Allah, Pencipta Alam yang memberi nikmat kepadanya dan kedua ibu bapanya.

Biarpun diberi Allah kekayaan dan kekuasaan namun Nabi Sulaiman tidak lupa daratan. Malah segala-galanya menjadikan iman dan takwa baginda kepada Allah, bertambah kuat.

Melalui perkhabaran diterima daripada burung belatuk, ada seorang raja perempuan memerintah negeri Saba' dan mereka menyembah matahari. Lalu Nabi Sulaiman mengutus surat untuk berdakwah kepada pemerintah wanita itu.

Surat Nabi Sulaiman dimaklumkan Puteri Balqis kepada pembesar negara dan walaupun bersedia untuk menghadapi peperangan tetapi Puteri Balqis tidak mahu kerana memikirkan kesannya nanti kepada negara Baginda.

Sebaliknya Puteri Balqis lebih suka mengadakan hubungan baik dengan Nabi Sulaiman lalu mencadangkan supaya dikirim utusan membawa hadiah dan barang barang berharga kepada Baginda.

Nabi Sulaiman menolak hadiah dikirimkan seterusnya memaklumkan bahawa Baginda tidak mengharapkan harta benda. Malah apa diberi Allah kepa-danya jauh lebih baik daripa-da apa yang dimiliki Puteri Balqis.

Menurut pendapat yang masyhur, Nabi Sulaiman memperisterikan Ratu Balqis dan mengasaskan masyarakat Yahudi di negaranya.

Khamis, September 25, 2008

7 Cara Tampil Menawan

1. Jangan keterlaluan

Anda tidak perlu mengenakan solekan yang keterlaluan untuk kelihatan cantik kerana is akan mencacatkan penampilan anda. Oleh itu, elakkan memakai penggaris mata yang terlalu gelap dan tebal kerana anda akan kelihatan keterlaluan dan merosakkan solekan anda. Selain itu, memakai maskara juga perlu bersesuaian dengan mata. Memakai terlalu banyak maskara menyebabkan bulu mata anda kelihatan seperti palsu.

Begitu juga dengan bedak asas, is perlu sesuai dengan warna kulit muka. Jika tidak, wajah akan kelihatan terlalu gelap atau terlalu cerah daripada warna sebenar kulit anda. Jangan keterlaluan ketika mengenakan solekan agar wajah anda akan kelihatan cantik semulajadi.

2. Mengenakan gincu dengan betul

Mengenakan gincu perlu disesuaikan dengan bentuk bibir dan warna kulit. Agar sapuan gincu kelihatan cantik, terlebih dahulu gariskan bibir anda dengan penggaris bibir agar ia terbentuk dengan sempurna dan pastikan garisan bibir tersebut tidak kelihatan. Jangan mengenakan garisan di luar bibir jika mahu bibir anda kelihatan tebal kerana ia akan nampak tidak semula jadi.

3. Sesuaikan solekan dengan majlis yang dihadiri

Menghadiri sesuatu majlis atau sebarang aktiviti memerlukan anda mengenakan solekan yang berbeza. Oleh itu, anda perlu bijak dalam mengenakan solekan agar anda tidak akan kelihatan pelik ketika menghadiri majlis atau aktiviti tersebut.

Amat tidak bersesuaian untuk anda jika mengenakan solekan yang tebal untuk melakukan aktiviti riadah di tepi pantai. Selain itu, anda perlu bijak membezakan antara solekan siang dan solekan malam.

4. Jangan ragu-ragu mengenakan solekan

Ada wanita yang masih ragu-ragu untuk mengenakan sebarang solekan kerana khuatir akan kelihatan pelik atau keterlaluan. Usah bimbang kerana anda hanya mulakan dengan solekan yang nipis dan gunakan warna yang lembut. Mengenakan solekan yang nipis lebih baik daripada tidak mengenakan sebarang solekan langsung.

5. Mengenal pasti keseluruhan penampilan anda

Penting untuk anda mengenal pasti apa yang bersesuaian dengan warna kulit, rambut dan juga bentuk muka dan badan. Pilih solekan yang sesuai dengan warna kulit agar ia kelihatan semula jadi. Contohnya, jika berkulit gelap, anda perlu mengenakan solekan dengan warna yang gelap. Selain itu, kenal pasti jenis kulit anda sama ada berminyak atau kering. Kulit yang berminyak memerlukan anda memakai pelembab yang mengawal minyak.

6. Memilih warna rambut yang sesuai

Sama seperti solekan, warna rambut juga perlu disesuaikan dengan warna kulit anda. Warna kulit yang cerah perlu disesuaikan dengan mewarnakan rambut dengan warna yang cerah begitu juga sebaliknya.

7. Sentuhan terakhir

Setelah mengenakan solekan dengan sempurna, pastikan anda sentiasa touch up agar solekan anda tidak hilang atau pudar.

7 Common Mistakes We Make In Prayers

Read below are the 7 Common mistakes usually we make in prayers

Mistake 1: Reciting Surat al-Fatiha fast without pausing after each verse.

The Prophet (SAW) used to pause after each verse of this surah. (Abu Dawood)

Mistake 2: Sticking the arms to the sides of the body, in rukoo' or sujood, and sticking the belly to the thighs in sujood.

The Messenger of Allah (SAW) said: "Let not one of you support himself on his forearms (in sujood) like the dog. Let him rest on his palms and keep his elbows away from his body." (Sahih Muslim) . The Messenger of Allah (SAW) used to keep his arms away from his body during rukoo' and sujood that the whiteness of his armpits could be seen (Sahih Muslim).

Mistake 3: Gazing upward during prayer.

This may cause loss of concentration. We are commanded to lower our gaze, and look at the point at which the head rests during sujood. The Prophet (SAW) warned: "Let those who raise their gaze up during prayer stop doing so, or else their sights would not return to them. i.e. lose their eyesight]." (Muslim)

Mistake 4 : Resting only the tip of the head on the floor during sujood.

The Prophet (SAW) said: "I am commanded to prostrate on seven bones the forehead and the nose, the two hands [palms], the two knees, and the two feet." (Sahih Muslim) Applying the above command necessitates resting the forehead and the nose on the ground during sujood.

Mistake 5 : Hasty performance of prayer which does not allow repose and calmness in rukoo' or sujood.

The Messenger of Allah (SAW) saw a man who did not complete his rukoo' [bowing], and made a very short sujood [prostration ] ; he (SAW) said: "If this man dies while praying in this manner, he would die upholding a religion other than the religion of Muhammad." Abu Hurairah (RA) said:

"My beloved friend, Muhammad (SAW) forbade me to perform postures of prayer copying the picking of a rooster; (signifying fast performance of prayer), moving eyes around like a fox and the sitting like monkeys ( i.e. to sit on thighs)." ( Imam Ahmad & at-Tayalisi) The Messenger of Allah (SAW) said: " The worst thief is the one who steals from his own prayer." People asked, 'Messenger of Allah! How could one steal from his own prayer?' He (SAW) said: "By not completing its rukoo' and sujood." (At Tabarani & al-Hakim).

To complete rukoo' is to stay in that posture long enough to recite 'Subhana rabbiyal Adtheem' three times, SLOWLY, and 'Subhana rabbiyal-a'ala' three times, SLOWLY, in sujood. He (SAW) also announced: "He who does not complete his rukoo' and sujood, his prayer is void." (Abu Dawood & others)

Mistake 6 : Counting tasbeeh with the left hand

The Prophet (SAW) used to count tasbeeh on the fingers of his right hand after salah. Ibn Q udamah (RA) said: " The Messenger of Allah (SAW) used his right hand for tasbeeh." (Abu Dawood). The above hadeeth indicates clearly that the Prophet (SAW) used only one hand for counting tasbeeh. No Muslim with sound mind would imagine that the Prophet (SAW) used his left hand for counting tasbeeh. Aa'ishah (RA) said that the Prophet (SAW) used his left hand only for Istinjaa', or cleaning himself after responding to the call of nature. He never used it for tasbeeh. Yasirah (RA) reported: The Prophet (SAW) commanded women to count tasbeeh on their fingers.

The Messenger of Allah (SAW) said: "They (the fingers) will be made to speak, and will be questioned (on the Day of Resurrection.)" (At-Tirmidhi) . The above Hadeeth indicates that it is preferable to count tasbeeh on the fingers of the right hand than to do so on masbahah (rosary).

Mistake 7 : Crossing in front of a praying person.

The Messenger of Allah (SAW) warned: "Were the one who crosses in front of a praying person to know the consequences of doing so, he would have waited for *forty better than to cross in front of him." (Sahih Bukhari and Muslim).

*The forty in the tradition may be days months or even years. Allah knows best.

Hikmah Kewajipan Membayar Zakat

Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Sesungguhnya Allah telah memfardhukan zakat sebagai pembersihan terhadap harta.”






Huraian
1. Harta juga adalah merupakan suatu unsur yang memerlukan pembersihan dan penyucian kerana dalam proses mendapatkan dan mengembangkan harta ia sering terdedah oleh perkara-perkara yang syubhat.

2. Zakat merupakan alat untuk menyucikan harta demi menghindari keburukan dan kejahatan yang terkandung di dalamnya.

3. Tujuan zakat dalam syariat adalah untuk memenuhi keperluan golongan fakir miskin, orang yang dibebani hutang dan para musafir dan juga sebagai tnjang kepada kemaslahatan kaum Muslimin seperti untuk berjihad di jalan Allah, sebagai sumbangan kepada muallaf yang baru memeluk Islam dan pertolongan kepada kaum keluarganya serta perkara-perkara yang boleh mengukuhkan agama dan kedaulatan negara Islam.

4. Islam berprinsip bahawa seluruh harta pada hakikatnya hanyalah milik Allah SWT. Manusia adalah ditugaskan untuk memegang harta tersebut dan zakat yang diwajibkan itu berfungsi sebagai satu jaminan sosial dalam Islam.

Wanita Perlu Jaga Tutur Kata Untuk Kekal Bahagia

Perkara ini kerap dilakukan kaum wanita di bawah sedar tetapi sangat membinasakan perhubungan. Untuk wanita yang sudah berumahtangga kena lebih awas dengan sifat ini. Elakkan daripada mengamalkannya kerana ianya tidak membawa sebarang kebaikan kepada perhubungan. Wanita sering menuduh dantidak perasan yang mereka melakukannya. Penggunaan perkataan “takpernah”, “selalu”, “memang”, antara yang sangat bahaya akan tetapi selalu sangat digunakan oleh kaum Hawa untuk membantai pasangannya.

Katalah hati sakit kerana dia tidak melakukan sesuatu yang anda inginkan. Dialog atau tuduhan yang akan keluar ialah “You tak pernah care pasal I!”atau “Abang tak pernah nak buat apa-apa untuk saya!”. Lantas, hati si lelaki tadi akan berdarah kerana tak mungkin aku tak pernah melakukan apa-apa untukmu, sayangku. Kenapa kau menuduh aku sebegitu teruk sekali?Adakah aku ini tak berguna langsung?,itu yang difikir lelaki yang dituduhkamu. Atau “You selalu berperangaimacam ni.” Ouch! “Abang selalu buat tak endah apa yang saya suruh!”. Dan apabila perasaan marah memuncak “You memang tak sayang I!!!! Atau “Abang memang tak hiraukan saya!!!” Ouch! Ouch! Ouch! Lelehan darah di hati para lelaki semakin mengalir dirobek oleh kekasihnya itu.

Untuk mengekalkan perhubungan, elakkan daripada menggunakan perkataan-perkataan general yang sebegini. Tidak adil untuk si dia. Gunakan perkataan-perkataan yang positif dan sekiranya anda ingin tekankan tentang sesuatu topik, gunakan topik itu sahaja, jangan di’am’ kan tujuan anda. “You tak sms I pun tadi masa lunch. Next time smslah, ok.” Adalah lebih baik daripada “You tak pernah care pasal I, tak sms pun!”. “Abang lupa beli magazine yang saya kirim tadi” adalah lebih baik daripada “Abang tak pernah nak buat apa-apa untuk saya”. Atau “Abang tak buang sampah yang saya suruh tadi. Nanti berbau lah rumah” adalah lebih baik daripada “Saya sorang je buat kerja kat rumah ni, suruh tolong sikit pun tak boleh!” Gunakan peristiwa yang spesifik dan jangan hentam general terhadap semua aduan yang ingin anda buat.

Satu lagi yang perlu dielakkan ialah menuduh perkara yang belum terjadi. Contohnya suami anda berpakaian kemas dan bergaya kerana hari ini dia ada meeting dengan important client. Melihat kelainannya pada hari ini anda terus mengeluarkan komen, “Nak pergi jumpa girlfriend ke pakai bukan main smart ni?” Lelaki tidak gemar komen- komen sinis begini. Kalau kita pun kena sindir pagi-pagi, sakit hati juga. Dan perlu diingat, cakap banyak- banyak kali jadi doa. Jadi janganlah doakan dia ada girlfriend ye. Daripada cakap ayat itu, mulakan pagi dengan “Amboi… handsomenya suami saya ni. Bertuah sungguh dapat husband kacak bergaya” atau “Masih kacak lagi husband I ni, teruja tengok.” Bukan sahaja dia akan gembira, anda juga akan dapat perasaan positif itu.

Kalau suami balik lambat sikit dan telefon anda untuk memberitahu, janganlah jawab begini “Alah…. Orang lain takde lah kerja sampai lewat macam abang, entah-entah pergi ke mana..” sedih suami mendengar kerana kerja kuat pun dikutuk isteri. Hati nak balik rumah pun jadi hambar. Adalah lebih baik kalau dijawab begini “Ye ke? Kesian suami mama kerja kuat. Lepas kerja terus balik ye. Rindulah.” Suami mana yang tak nak bergegas balik jumpa anak isteri? Tuduhan begini tidak mendatangkan kebaikan kepada perhubungan. Kita pun tidak suka dituduh yang bukan-bukan. Katalah kita shopping balik lambat sikit dan sampai sahaja di muka pintu suami menyindir “Amboi lamanya pergi shopping. Pergi shopping ke pergi jumpa boyfriend ni?”. Berdesing juga telinga. Dahlah penat membeli barang, kena tuduh lagi. Begitulah juga perasaan mereka apabila dituduh membabi buta.

Apabila berbicara, gunakan perkataan- perkataan positif. Daripada hantar mesej “Abang ni tak ingat sayalah!” adalah lebih baik menghantar “Saya rindu Abang.” Perkataan yang baik-baik akan menghasilkan reaksi yang baik- baik. Jangan impikan reaksi yang cintan cintun romantis apabila perkataan yang anda gunakan bagaikan sudah sedia untuk berbalah. Mulakan hari baru anda dengan azam untuk menjaga tutur kata dalam perhubungan agar ikatan lebih mesra dan berpanjangan.

Kaedah Dapatkan Ketenangan

Sebenarnya tidak sukar utk dptkn ketenangan. Ada kaedah yg praktikal blh diamalkan. Insyaallah cara ini akan membantu utk menjadi seorang muslim yg yakin, tenang dan seterusnya membina keterampilan yg baik...


Mulakan sesuatu dengan perlahan-lahan. Apabila ingin ke mana-mana lebih baik mulakan 10 minit lebih awal.


Lakukan aktiviti berkebun. sesetengah pengamal percaya bahawa pohon-pohon dapat mengurangkan kekuatan jiwa dan merupakan satu langkah untuk mencapai kegembiraan.


Beri diri sendiri masa bertenang. Kita tidak boleh gembirakan semua orang. Jangan terlalul kesal jika terbuat silap kerana belajar dari kesilapan akan menjadikan anda lbh sempurna.


"Time out". Ambil masa 5 minit berehat dalam setiap jam bekerja. Ini akan dpt membantu meningkatkan produktiviti.


Haiwan peliharaan. Kucing, arnab atau ikan dpt memainkan peranan sebagai pelega tekanan.


Manfaatkan masa cuti. Sepanjang cuti, dapatkan rehat dan tidur yg secukupnya.


Cari hobi. Lakukan sesuatu yg disukai. Cara ini dpt meningkatkan keyakinan diri dgn mencari kegembiraan melalui hobi.


Buat senarai. Buat senarai yg perlu dilakukan setiap hari jika anda jenis yg pelupa jika mahu diri lebih terurus. Beri keutamaan pada matlamat yg penting.


Membaca. Membaca buku yg baik dpt memindahkan kebimbangan. Ia adalah merupakan aktiviti yg senyap dan boleh menyelamatkan diri seketika dari kebisingan.


Bermain. Apabila tertekan ambil masa rehat dan kembali ke zaman kanak-kanak. Ambil krayon dan lukis sesuatu..


Minta bantuan. Jika rasa terlalu terbeban, dapatkan bantuan.


Buat kebajikan. Membuat perkara baik pada orang lain seperti sedekah pd orang yg memerlukan, mengambil berat rakan yg sakit dipercayai boleh memberikan rasa positif dan menjalinkan silaturrahim dgn org lain.


Jgn abaikan perasaan negatif yg ada dlm diri. Jika ada rasa cemburu, marah atau hambar itu tandanya anda perlu lakukan sesuatu.tarik nafas panjang dan cari jln utk atasi rasa tersebut.


Senyuman. Pakar rawatan dalaman kata, jika kita berpura-pura gembira dgn memaksa diri senyum atau ketawa badan akan memberikan reaksi dengan mengeluarkan hormon stress.


Hargai diri sendiri atas sesuatu pencapaian.


senaman regangan. Senaman dapat membantu mengurangkan tekanan.


Baca Al-Quran. Ayat Al-Quran adalah penawar.


Zikir.


Solat.


Berdoa. Ini janji Allah. Apabila kita mohon pada Dia dengan sendirinya kita akan sedar kita tidak sendirian.

Fakta Mengenai CINTA

* Storge (Kawan Karib)

Berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud ketenangan dan cinta yang penuh dengan kasih sayang. Cinta itu timbul dan berkembang secara perlahan-lahan daripada perhubungan karib yang lama. Selalunya, pasangan Storge mempunyai minat dan keinginan yang sama.

Mereka gemar berkongsi harapan secara terbuka dan tidak berupaya untuk bercinta tanpa mengenali pasangan mereka dengan lebih mendalam. Mereka juga jarang memaparkan kemesraan tetapi lebih logikal dan tenteram. Sifat yang jarang merajuk atau merasa cemburu. Perpisahan atau berjauhan tidak menimbulkan kerisauan. Jika mereka bercerai, mereka masih boleh berkawan.

* Agape (Pengorbanan)

Bermaksud altruistik. Individu ini mengambil berat mengenai pasangan mereka. Lazimnya mereka mesra dan berhati mulia. Cinta jenis ini juga tidak mengharap apa-apa balasan daripada orang yang dicintainya itu. Akan tetapi mereka yang memiliki cara cinta Agape mudah dipermainkan oleh orang yang dicintainya dan sekiranya mereka sedar penindasan berlaku, ia dianggap sebagai satu tindakan yang tidak disengajakan.

* Mania (Kepunyaan)

Sangat hebat dan obses. Kebanyakan individu yang memiliki cinta jenis ini sentiasa memikirkan mengenai pasangan mereka, memerlukan kasih sayang, perhatian, kepastian dan ketulusan yang berterusan daripada pasangan mereka.

Mereka juga suka mengawal dan mengongkong pasangannya, cemburu buta, sentiasa perlukan kepastian cinta, mencurigai kejujuran serta keutuhan cinta, bimbang penolakan dan kehilangan cinta serta sentiasa peka terhadap sebarang tanda kekurangan cinta. Selain itu mereka sentiasa menagihkan janji daripada pasangan mereka yang menyebabkan mereka terumbang-ambing di antara keghairahan dan kekecewaan.

* Pragma (Logikal)

Bermakna praktikal dan realistik. Cinta jenis ini dicirikan sebagai logik dan munasabah. Individu itu lebih mengutamakan praktikaliti daripada hubungan cinta. Mereka lebih memerhatikan keuntungan peribadi dalam perhubungan.

Ini dicapai dengan mengadakan senarai sifat yang diperlukan daripada objek cinta dan mengikut taraf serta kemampuan peribadi individu berkenaan.

* Ludus (Permainan)

Cinta permainan yang sering dicirikan dengan kepentingan diri sendiri. Individu yang memiliki cinta itu menganggap cinta sebagai satu permainan dan pertandingan yang harus dimenangi. Ia membabitkan cinta yang tiada komitmen, kurang kemesraan, berahsia, tiada rancangan jangka masa panjang dalam perhubungan dan suka kepada perhubungan yang mendadak serta tidak teratur. Selain itu, mereka selalunya suka mempermainkan perasaan pasangan dengan mempunyai lebih dari seorang individu yang dicintai.

Tips Individu Berjaya

Firman Allah SWT (bermaksud):
[23.1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[23.2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[23.3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[23.4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[23.5] Dan mereka yang menjaga kemaluannya, -
[23.6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[23.7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[23.8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[23.9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[23.10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (syurga).

(Surah al-Mukminun)


Sifat Pertama:
Mendirikan sembahyang dengan khusyuk.

Teknik perlaksanaan:
- Merasakan diri bertemu dan menghadap Allah SWT dalam munajat.
- Berusaha untuk fokus terhadap pengertian ayat-ayat, zikir-zikir dan doa-doa yang dibaca dalam perbuatan solat.
- Cuba mengelakkan sebarang lintasan atau was-was yang tidak termasuk dalam solat.
- Memintas ganguan fikiran dengan mengucap [UTF-8?]isti‘azah (membaca [UTF-8?]a‘uzibillah) dan menghembus dengan perlahan ke arah kira sebanyak tiga kali.
- Membataskan pergerakkan anggota badan tanpa hajat.
- Melakukan perbuatan solat dengan tenteram.
- Menumpukan penglihatan ke tempat sujud secara berterusan.
- Memilih tempat solat yang jauh daripada sebarang gangguan.

Sifat Kedua:
Menjauhkan perkataan dan perbuatan yang sia-sia.

Teknik perlaksanaan:
- Memahami kepentingan menjaga perkara tersebut.
- Mengawal diri untuk berbicara.
- Mengingati bahawa segala yang dibicarakan bahawa ia dirakam secara nyata dan ghaib.
- Berdiam ketika perlu.
- Berfikir sebelum berbicara mengenai kandungan, teknik dan waktunya yang sesuai.
- Mengetahui cara bergurau dengan seseorang tanpa melakukan penghinaan perkara batil.
- Cuba mengubah topik orang yang berbicara kepada perkara berfaedah secara berlembut.
- Menggunakan kebijaksanaan untuk berpaling daripada perkara yang sia-sia yang dilakukan oleh seseorang terhadap kita.
- Memilih perkara yang dipaparkan di dalam media penyampaian (telivisyen, radio, surat akhbar, majalah buku dan lain-lain)..
- Jiika berlaku suatu perkara yang sia-sia, hendaklah beristighfar kerana merasakan kesan negatifnya.

Sifat Ketiga:
Membersihkan harta dengan menunaikan zakat.

Teknik perlaksanaan:
- Memberikan perhatian terhadap hal-ehwal orang ramai secara umum dan khusus..
- Mendapatkan bantuan seseorang yang dikenali ketika berlaku masalah.
- Bersegera melakukan perkara yang mampu untuk menolong orang yang memerlukan.
- Membantu secara sukarela tanpa diminta.
- Meraikan perasaan orang yang meminta bantuan dengan tidak menyusahkan atau memalukannya.
- Memberikan bantuan mengikut keutamaan dalam tanggungjawab terhadap individu dan mengikut situasi.
- Menunjukkan kesungguhan ketika mengeluarkan zakat.
- Memastikan zakat diagihkan kepada orang yang benar-benar berhak.
- Menghulurkan sedekah secara sukarela, bukan berpada dengan zakat yang wajib.
- Mengikhlaskan niat untuk Allah SWT.

Sifat Keempat:
Menjaga kemaluan (kehormatan) .

Teknik perlaksanaan:
- Menundukkan pandangan daripadamelihat aurat yang diharamkan.
- Memelihara pendengaran daripada mendengar perkara keji dan perkataan lucah.
- Menahan diri dengan menjaga kesucian daripada bercumbu-cumbuan dengan wanita.
- Mengelakkan berdua-duan dengan wanita di tempat sunyi, tanpa ditemani mahramnya.
- Mengelakkan diri jika tidak terdesak daripada berada di tempat berlaku percampuran antara golongan lelaki dan wanita yang berhias secara melampau.
- Mengawal fikiran supaya terarah kepada perkara yang berfaedah supaya tidak tenggelam di dalam khayalan seks.
- Berkahwin untuk melakukan hubungan seksual dan menjaga kesucian.
- Jika tiada kemampuan untuk berkahwin, hendaklah memperkukuhkan keazaman di samping berpuasa, bersukan atau lain-lain aktiviti yang berfaedah.

Sifat Kelima:
Menjaga amanah.

Teknik perlaksanaan:
- Pengkhianatan bukanlah pengganti kepada amanah kerana ia memudharatkan agama dan kehidupan manusia.
- Menerima amanah secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya.
- Merasakan bahagia kerana memilih amanah, meskipun orang lain tidak amanah.
- Mengistiharkan berpegang dengan amanah tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi.
- Menzahirkan nilai amanah melalui perlaksanaan yang telus.
- Melaksanakan tuntutan amanah secara berterusan dalam pelbagai situasi.

Perkara-perkara tuntutan amanah:
- Perkara fardhu dalam agama.
- Penempatan orang-orang Islam.
- Anggota badan.
- Waktu.
- Ilmu.
- Harta.
- Barang titipan.
- Rahsia orang lain.
- Tugas dan jawatan.
- Perkara yang diminta untuk dibincangkan.

Sifat Keenam:
Setia pada janji.

Teknik perlaksanaan:
- Memungkiri janji bukanlah pengganti kepada menepati kerana ia memudharatkan.
- Menepati janji secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya.
- Merasakan bahagia kerana memilih untuk menepati janji, meskipun orang lain tidak tepati janji.
- Mengistiharkan berpegang dengan janji tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi.
- Menzahirkan nilai kesetian melalui perlaksanaan yang telus.
- Melaksanakan tuntutan janji secara berterusan dalam pelbagai situasi.

Sifat Ketujuh:
Tetap memelihara sembahyang.

Teknik perlaksanaan:
- Merasakan bahawa memelihara waktu solat adalah penting.
- Tahu menentukan waktu solat ketika musafir dan hadir.
- Takbir yang paling afdhal adalah pada awal waktu.
- Menyusun aktiviti harian dengan tidak mengabaikan waktu solat.
- Mengqadha solat yang tertinggal dengan secara tanpa bertangguh.

Sejarah Utusan Melayu

SEJARAH tidak pernah berbohong dan ia akan menceritakan kisah-kisah silam dan juga yang baru beberapa jam berlaku. Yang berbohong dan sering memutarbelitkan fakta ialah manusia. Dalam sejarah, banyak yang boleh dipelajari. Yang baik dijadikan teladan, yang jahat dijadikan sempadan. Itulah sejarah yang sering kita pinggirkan dan tidak diambil berat. Berani saya katakan, rakyat Malaysia - terutamanya generasi muda - semakin tersisih dengan sejarah.

Profesor Datuk Dr. Zainal Kling pernah memberitahu saya bahawa Malaysia akan berada dalam keadaan bahaya sekiranya, rakyatnya tidak tahu sejarah. Sejarah asal usul penubuhan Malaysia, sejarah asal usul politik Malaysia dan menjuruslah kepada sejarah pra dan pasca-Kesultanan Melayu, sudah tidak diambil endah oleh generasi sekarang.

Saya tidak pasti mengapa fenomena ini berlaku, namun, sedikit sebanyak kita boleh salahkan juga kepada sistem pendidikan. Ia diakui Prof. Zainal yang berkata "semakin ramai pelajar sekolah menengah kita yang sudah tidak berminat mempelajari dan mengetahui mengenai sejarah tanah air. Pelajar sains misalnya, tidak minat langsung dan ada yang tidak berpeluang belajar sejarah."

Utusan Melayu turut mempunyai sejarah yang panjang. Namun, saya yakin tidak ramai yang mengenai asal usul akhbar ini, yang pada mula penubuhannya pada 1939 diterbitkan dalam tulisan jawi. Tulisan jawi ialah tulisan rasmi yang digunakan oleh umat Melayu sejak ratusan tahun dalam alam Nusantara ini. Sehinggalah pada tahun 1967 Utusan Malaysia, yang bertulisan rumi diterbitkan dan bergerak seiring dengan abangnya Utusan Melayu bertulisan jawi.

Kini akhbar tulisan jawi hanyalah akhbar sisipan dalam Utusan Malaysia yang diterbitkan secara percuma setiap Isnin dan dikenali sebagai Utusan Melayu Mingguan. Tidak pasti, sampai bila akhbar jawi dan kalam jawi itu sendiri akan bertahan. Yang pasti, cubaan untuk 'menghilangkannya' sudahpun ada.

Sejarah akhbar ini sungguh besar sekali. Pak Said Zahari (Ketua Pengarang Utusan 1959-1961) dalam tulisannya bertajuk Mogok Utusan Kenapa dan Untuk Apa? berkata, Utusan Melayu sejak lahirnya dalam tahun 1939, berikrar akan berkhidmat untuk bangsa, agama dan negara. Utusan Melayu telah meniupkan semangat kebangsaan, menanamkan bibir-bibit perjuangan pembebasan daripada belenggu penjajahan yang telah menindas dan menginjak maruah mereka sejak ratusan tahun.

Katanya lagi: "Utusan Melayu dilahirkan oleh patriot-patriot Melayu sejati yang mahu mengembalikan keagungan dan maruah bangsanya yang telah luput oleh angkara penjajahan. Para wartawan dan setiap pekerja lainnya yang bertanggungjawab menerbitkan lembaran-lembaran Utusan Melayu setiap hari adalah pejuang bangsa yang menggunakan Utusan Melayu sebagai senjata dan alat perjuangannya.''

"Penjajah Inggeris tidak pernah senang dengan Utusan Melayu. Dari mula-mula lagi Utusan Melayu sudah menjadi duri dalam daging penjajah Inggeris. Mereka menyedari bahawa kepentingan politik, ekonomi dan keselamatannya di rantau ini akan terancam sekiranya Utusan Melayu dibiarkan dengan dasar dan cita-cita perjuangan serupa itu," kata Pak Said.

Zainuddin Maidin (Ketua Pengarang Utusan 1982-1992) pula pernah menulis: "…sejak Utusan Melayu mendorong kepada penubuhan UMNO, komitmennya kepada perjuangan asal yang merangsangkan pelancaran mogok dan peranan utamanya di dalam menentang konfrontasi Indonesia dan memerangi 'Malaysian Malaysia' Lee Kuan Yew (bekas Perdana Menteri Singapura) adalah menjadi bukti yang amat jelas bahawa Utusan Melayu didokong oleh orang-orang yang berjiwa besar, orang-orang perjuangan yang tidak pernah takut dan gentar. Baik di kiri atau di kanan, mereka adalah anak-anak Utusan Melayu yang berani, penuh dedikasi dan mempunyai perasaan yang amat mendalam terhadap Utusan Melayu."

Sejarahnya, "Utusan Melayu tidak dilahirkan di atas dulang emas. Salah seorang pengasasnya Allahyarham Yusoff Ishak menitiskan air mata apabila ia dapat mencukupkan modal daripada beberapa orang Melayu bagi menerbitkan Utusan Melayu di Singapura pada 29 Mei 1939. Utusan Melayu lahir dengan semangat yang dibangunkan oleh kemiskinan dan keinsafan."

Hari ini rakyat Malaysia, terutama anak-anak Melayu tidak tahu itu semua. Mereka tidak peduli lagi dengan akhbar yang memperjuangkan apa yang mereka perolehi hari ini. Di sebalik akhbar-akhbar Cina di Malaysia menjadi jualan tertinggi di antara akhbar-akhbar yang ada di negara ini, akhbar Melayu semakin disisihkan.

Orang Melayu sendiri menyisihkan akhbar ini. Dengan jualannya yang semakin menurun, saya tidak pasti sampai bila akhbar keramat ini akan kekal bertapak di atas muka bumi Malaysia ini.

Hari ini juga Utusan Malaysia akan meneruskan perjuangannya, walaupun, ia sering ditohmah sebagai 'duri dalam daging' oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan. Walaupun ia diboikot oleh tiga negeri pembangkang Pulau Pinang, Perak dan Selangor (kecuali Kelantan dan Kedah), walaupun ia dipulau daripada menghadiri acara yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim, wartawannya tidak akan berputus asa. Tindakan itu tidak sedikit pun menjejaskan perjuangannya sebagai Penyebar Fikiran Rakyat. Biarlah Utusan Malaysia menjadi 'duri dalam daging' mereka asalkan maruah agama, bangsa dan negara terpelihara.

Kenapa Kita Sering Gagal Dalam Hidup??

Pada malam minggu yang lepas, saya dihubungi oleh teman lama yang sudah enam tahun terputus hubungan. Setelah berbual panjang kami memutuskan untuk berjumpa pada keesokan harinya. Beliau kini berada dalam keadaan yang begitu menekankan. Syarikat tempat beliau mencari nafkah selama sembilan tahun sudah gulung tikar. Kini setiap hari beliau keluar mencari kerja juga tidak ketinggalan menghantar surat-surat permohonan. Sudah hampir dua bulan beliau tidak bekerja. Tanya beliau kenapa hingga sekarang beliau masih tidak dapat pekerjaan, apakah halangan yang mengganggunya. Saya mempunyai dua pandangan terhadap masalah ini, yang pertama pada keadaan ekonomi sekarang, mendapat pekerjaan yang kita inginkan bukan sesuatu yang mudah, walaupun kita mempunyai pengalaman luas, itu bukan jaminan. Kos-kos yang ditanggung oleh pihak syarikat memuncak dan ini menyebabkan mereka harus berhati-hati dalam menambah bilangan pekerja.

Yang kedua, mungkin ada halangan dari segi spiritualnya. Namun bagi kes teman saya, apa yang saya lihat ialah faktor ekonomi sejagat dan bukannya spiritual. Saya telah banyak bertemu mereka yang berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang tetapi gagal. Ada diantara mereka bersungguh-sungguh mencari kerja dan akhirnya berjaya mendapat pekerjaan tetapi hanya mampu bertahan selama dua hingga tiga bulan. Ianya bukan kerana mereka bermasalah tetapi syarikat yang bermasalah. Terdapat juga mereka yang sudah putus asa dalam mencari pekerjaan dan memutuskan untuk berniaga. Pada awalnya semuanya berjalan lancar tetapi selang beberapa bulan semuanya bungkus. Apabila terjadinya keadaan sebegini maka timbullah pertanyaan mengapa orang lain boleh berjaya dan aku lebih bersungguh-sungguh, lebih kreatif, lebih bijak tetapi gagal. Masalah yang sebegini sebenarnya dihadapi oleh ramai dikalangan orang kita. Mengapa? Persoalan ini perlu kita kupas agar kita dapat mencari punca permasalahan dan insya Allah kita berupaya menyelesaikannya apabila mengetahui sebab musababnya.

Ramai berpendapat masalah ini merupakan berpunca dari masalah spiritual. Ianya bermaksud perjalanan kehidupan atau rezeki kita terhalang disebabkan terdapat `sesuatu? yang menghalang kita dari berjaya. `Sesuatu? itu mungkin datang daripada niat jahat orang lain atau masalah keturunan iaitu saka. Pendapat ini tidak saya sangkal tetapi saya mempunyai takrifan yang berbeza tentang masalah spiritual. Masalah spiritual pada pandangan saya ialah masalah kekuatan jiwa seseorang itu. Jika seseorang itu mempunyai jiwa yang kental dan mantap makanya beliau akan mudah mengendalikan perjalanan kehidupan serta kerezekiannya dengan mudah. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu hingga kaum itu sendiri mengubahnya. Makanya kita diberi peluang untuk mengubah corak serta taraf hidup kita tetapi kita perlu tahu cara dan kaedah yang betul-betul membawa kepada perubahan positif. Untuk mengubah nasib itu perlu jiwa yang kental dan mantap dan bukan hanya minda yang positif. Minda yang dikatakan positif belum tentu mempunyai jiwa yang mantap. tetapi jiwa yang mantap sudah tentu 100% mempunyai minda yang positif. Jadi perubahan itu perlu bermula dengan jiwa, tanpa jiwa minda tidak mampu melakukan proses pemikiran.

Kita sering gagal dalam hidup kerana kita hanya menggunakan minda sebagai pemandu arah dalam segala aspek kehidupan. Apabila minda kita berserabut atau berada dalam tekanan maka seringkali keputusan yang dibuat itu salah atau tidak mendatangkan hasil. Situasi ini akan membuat kita lebih tertekan dan sebarang tindakan atau keputusan susulan akan lebih membawa kepada ketidakberhasilan. Dalam keadaan ini kita dapat melihat wajah mereka tidak ceria, muram serta membosankan. Apabila wajah atau expresi diri ini ditonjolkan kepada umum pastinya jawapan untuk apa jua soalan bertukar negatif. Dan ini menyebabkan mereka hilang keyakinan diri, menjadi pemarah dan secara tidak langsung kesihatan lahiriah terganggu. Jika hal ini tidak diubah, perjalanan kehidupan seseorang itu akan terganggu terutamanya hal-hal yang melibatkan wang ringgit.

Jika anda sering gagal dalam hidup, apa yang perlu anda lakukan ialah keluar dari kepompong minda yang selama ini anda gunakan untuk mencari penyelesaian kerana apabila anda berada dalam tekanan anda akan menjadi tidak rasional dan seringkali keputusan yang dibuat tidak mendatangkan hasil bahkan menambahkan beban. Anda perlu mencapai ketenangan jiwa kerana jiwa yang tenang adalah jiwa yang mantap yang mampu menjana minda positif dan mampu memberi jalan penyelesaian dalam setiap masalah. Jiwa yang tenang akan selalu mengingat kepada Penciptanya dan jiwa akan lebih mantap hasil kerana keyakinan yang jitu kepada Allah swt. Jiwa yang tenang dapat dicapai melalui kaedah meditasi super sedar dan dalam Islam keadaan meditasi super sedar ini dapat dicapai dalam solat yang benar-benar khusyuk. Dalam kekhusyukan itu segala permasalahan akan hilang kerana jiwa kita berada dalam keadaan yang begitu tenang. Apabila jiwa kita tenang dan mantap maka segala tindakan kita lebih baik dan berjaya serta kita yakin bahawa segala usaha perlu kita lakukan tetapi keputusan adalah hak milik Allah swt.

Selain itu kita juga harus melihat siapakah disekeliling kita, bersesuaian dengan hadith nabi saw, barangsiapa berkawan dengan penjual minyak wangi maka wangilah dia. Justeru jika kita dikelilingi oleh mereka yang bermasalah maka kita akan terikut bermasalah. Ini kerana apabila bermasalah, gelombang fikiran berada dalam gelombang beta. Jika anda dikelilingi mereka yang berada pada gelombang beta yang tinggi, maka gelombang tersebut akan mempengaruhi pemikiran serta gelombang otak anda secara langsung. Jadi jika anda bermasalah carilah tempat-tempat yang mempunyai gelombang alpha seperti masjid terutamanya dibawah kubah dan duduklah dengan santai selama 30 minit, insya Allah anda akan dapat melihat jalan penyelasiannya. Ingatlah jiwa mantap, minda hebat, hasil cemerlang.

Recent Posts