Khamis, April 10, 2008

Jenis Darah & Peribadi Anda

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institutdi Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itusendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?

DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapaimatlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu seriusdalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yangdemikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidaikuasaidengan tekanan.

DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu.Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamuitu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesadengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujurdan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannyadenga cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namunada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekaligus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian

DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis ABini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu.Kamuperlulebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

Tips Mengurangkan Tekanan

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan kerja / hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Quran

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lace lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan dan beriadah

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya, InsyaAllah.

Isnin, April 07, 2008

PROGRAM GREEN (KHAZANAH NASIONAL) UNTUK GRADUAN MENGANGGUR

Syarat kelayakan:
1. Mempunyai ijazah & menganggur tidak kurang dari 6 bulan
2. Memiliki CGPA antara 2.50 - 3.00 sahaja
3. Berumur di bawah 27 tahun pada 31
Disember 2008

Tempoh program:
2 bulan latihan formal
10 bulan latihan praktikal di syarikat GLC
Elaun: RM1,000 sebulan

Borang Permohonan On-line:
www.khazanah.com.my/green.htm

Tarikh Tutup: 15 April 2008

Sabtu, April 05, 2008

Rahsia Warna Kegemaran Lelaki

"Kenalilah warna-warna kegemaran lelaki. Dengan mengenali warna kegemaran mereka, anda akan lebih memahami mereka. Anda akan lebih disayangi lantaran anda mengetahui sikap-sikap mereka yang tersembunyi"

Jika dia menggemari warna UNGU, ketahuilah bahawa dia seorang yang suka memburu kejayaan & amat positif dalam pemikiran. Usah berkecil hati sangat dengan sikapnya yang kadang-kadang seperti mementingkan diri sendiri. Sebenarnya dia serabut untuk membina langkah-langkah kejayaan. Fahami dia.

Jika dia menggemari BIRU TUA, dia seorang yang rajin & amat berdedikasi. Mungkin anda akan rasa terabai tapi disitulah letaknya titik kejayaannya.

Jika dia menggemari warna MERAH, dia seorang yang berani, bersemangat & tiada istilah gagal di hatinya.

HIJAU pula bermakna dia serang yang tenang tak banyak karenah tetapi cemburu, romantik & baik hati orangnya.

OREN pula bermakna dia seorang yang komited dengan usaha yang dipertanggungjawabkan.

KUNING melambangkan dia seorang yang ceria, baik sangka & tak suka gaduh.

Jika dia minta warna HITAM, dia seorang yang protokol tetapi emosional serta mudah berasa hiba.

PUTIH pula melambangkan dia seorang yang amanah.

COKLAT menunjukkan dia seorang yang matang & bertanggungjawab.

Jumaat, April 04, 2008

The Beauty Tips For Your Life

Here are to be more beautiful you will be!!

1. FOR PERFECT LIPS:
Try smile. A simple formula guaranteedto beautify any face instantly.

2. FOR FANTASTIC FRESH BREATH:
Use 'Speak Words of Truth and Kindness'; as this mouthwash never allows stale smells to linger.

3. FOR BEAUTIFUL EYES:
Can be achieved by Looking for The Good. This product also has a positive effect on the heart. Tip: Lowering your gaze when required also helps!

4. LOSE WEIGHT:
by Repenting and making Taubah. Both these load shifters will reduce stress and leave you feeling considerably lighter.

5. FOR THE SOFTEST SKIN:
Can be achieved by 'Tears' used alongside 'Prayer', particularly late at night; it will leave you glowing and feeling relaxed. Use a wonderul cream called 'Nur'

6.FOR THE BEST LOOKING HANDS
Give donations and charity.

7.AVOID HEART DISEASE
by contacting the 'Forgive Yourself and Others', and 'Counting Your Blessings' Health Spas. No need to travel, just give them a call and they'll treat you wherever you are. Their holistic treatments have a whole host of additional health benefits including stress busting.

8. FOR A BETTER POSTURE:
Strengthen and straighten your back by using 'Help Carry Another's Burden'; You'll be surprised by how easy and natural it is to use.

9. FOR PERFECT POISE:
Use 'Knowledge and Wisdom'; This excellent product will do wonders for your self esteem and confidence, and will even boost your body's defences.

10. FINALLY, TO DRESS THE BEAUTIFUL YOU:
Find the ultimate outfit in, 'Taqwa', This robe perfectly fits yet allows room for gowth, the true classic promises to
never go out of style and is appropriate for any occasion. Finish your new look with the sensational scent, 'Gratitude', the heavenly perfume is available in the most beautiful containers' now!

Doa orang dizalimi mustajab

Biasanya doa orang yang dizalimi mustajab. Sabda Rasulullah s.a.w kepada Mu’adh bin Jabal ketika baginda mengutusnya ke Yaman yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a:

“Dan takutlah engkau akan doa orang yang dizalimi, sesungguhnya (doa orang yang dizalimi itu) tidak ada di antaranya dan di antara Allah pendinding.” (Bukhari).

Abu Hurairah r.a meriwayatkan Rasulullah bersabda: “Doa orang yang dizalimi itu adalah mustajab, sekalipun dia adalah seorang yang berbuat maksiat kerana kemaksiatannya itu adalah tertanggung ke atas dirinya sendiri.” (Ahmad).

Justeru, sebaiknya anda memaafkan mereka yang me lakukan fitnah. Manusia tidak lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Memaafkan kesalahan orang yang berbuat kejahatan pada diri kita adalah lebih baik.

Khamis, April 03, 2008

Rambut & Peribadi Anda

Anda tergolong dalam golongan mana???

1) RAMBUT LURUS - bijak, seorang yang riang, bergaya, cemburu, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL- kurang bijak, degil,cemburu kuat, romantic, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,

3) RAMBUT KERINTING NEGRO- bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG- bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT- bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT- bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG- kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL- bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT- sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.

10) RAMBUT BERUBAN-kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri

Rabu, April 02, 2008

Kebijaksanaan Luqman al-Hakim tersohor

LUQMAN al-Hakim adalah seorang tokoh yang menjadi sebutan masyarakat Islam hingga kini, lebih-lebih lagi apabila menyentuh mengenai mutiara kata dan ungkapan yang baik lagi terpuji.

Kebenaran mengenai kewujudannya suatu masa dulu di perakui al-Quran apabila kitab suci itu sendiri merakamkan nama beliau dan nasihat bermanfaat daripadanya seperti yang dapat diperhatikan melalui surah Luqman.

“Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmah kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu terpulanglah kepada dirinya dan sesiapa yang ingkar dan tidak bersyukur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.” (Luqman:12)

Al-Quran menceritakan secara umum personaliti Luqman seperti juga tokoh lain daripada kalangan nabi dan orang beriman.

Justeru, timbul sedikit perselisihan di kalangan ulama dan pengkaji mengenai latar belakang, kehidupan dan ketu runannya.

Malah, nama Luqman itu sendiri dikatakan adalah nama orang Ajam (orang asing), bukannya nama orang Arab.

Ibnu Kathir ada menyatakan dalam kitab sejarahnya: ‘Beliau ialah Luqman bin Unqaa’ bin Sadam.’

Tetapi, ada cerita dari as-Suhaili, dari Ibnu Jarir dan al-Qutaibi: ‘Beliau ialah Luqman bin Tharan.’ Gelarannya Abu An’am.

Al-Allamah al-Alusy berkata: “Kebanyakan pendapat me ngatakan beliau hidup di zaman Nabi Daud a.s.”

Katanya lagi: “Orang juga berselisih pendapat apakah beliau seorang yang merdeka atau hamba? Kebanyakan pihak mengatakan beliau adalah seorang hamba Habsyi.”

Ibnu Qutaibah berkata: “Luqman adalah seorang hamba Habsyi kepada seorang lelaki daripada kalangan Bani Israil. Kemudian beliau dibebaskan dan diberikan harta.”

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dia berkata: “Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Adakah engkau semua tahu siapakah dia Luqman? Mereka pun menjawab: Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih tahu. Baginda bersabda: Dia adalah seorang Habsyi.”

Pendapat yang mengatakan dia adalah seorang Habsyi adalah dari Ibnu Abbas dan Mujahid.

Al-Hassan al-Basri berkata: “Luqman membina sebuah singgahsana di Ramlah, Syam. Pada masa itu tempat terbabit masih lagi belum dibangunkan. Beliau berada di sana se hinggalah lanjut usianya dan meninggal dunia.”

Ibrahim bin Adham berkata: “Aku telah diberitahu bahawa kubur Luqman adalah di antara Masjid Ar-Ramlah dan tempat didirikan pasar pada hari ini. Di tempat terbabit terdapat 70 kubur nabi .”

Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Hatim, dari Abdullah bin Az-Zubair katanya: “Aku telah bertanya kepada Jabir bin Abdullah: Apakah cerita terakhir yang sampai kepadamu semua mengenai keadaan diri Luqman? Jabir menjawab: Dia adalah seorang yang pendek, pesek hidungnya dari keturunan Naubah.”

Menurut Ibnu Kathir, Luqman adalah seorang lelaki yang soleh, kuat beribadat dan suka memberikan nasihat serta mempunyai kebijaksanaan yang amat tinggi.

Katanya lagi, Luqman adalah seorang hamba yang banyak berfikir dan mempunyai imaginasi yang baik, malah me ngasihi Allah sehingga Allah mengasihinya.

“Beliau juga dianugerahkan dengan kebijaksanaan iaitu lidahnya menuturkan kata-kata yang hak, hatinya berfikir perkara baik sementara badannya bergerak dengan baik.

“Sekiranya beliau berbicara, bicaranya penuh bijaksana dan sekiranya beliau berfikir, pemikirannya penuh bijaksana dan sekiranya beliau bergerak, pergerakannya penuh bijaksana,” katanya.

Luqman adalah orang pertama yang dipengaruhi dengan hikmah serta beramal dengannya. Oleh kerana itu beliau sentiasa berfikir.

Beliau adalah seorang yang bijaksana, bersifat zuhud di dunia, tidak mengendahkannya dan tidak memandang ke padanya.

Dikatakan, sesungguhnya rumah Luqman adalah sebu ruk-buruk rumah dan lebih daif dari sarang labah-labah. Suatu ketika beliau pernah ditanyakan mengenai keadaan terbabit lalu katanya: “Ini sudah cukup banyak bagi orang yang akan mati.”

Luqman melalui pelbagai peristiwa dalam kehidupannya, antaranya seperti diceritakan, suatu hari beliau masuk ber temu Nabi Daud a.s yang sedang membakar baju besi, lalu beliau ingin bertanya kepadanya namun Nabi Daud men diamkan diri.

Apabila Nabi Daud menyelesaikan baju besi terbabit dan siap untuk dipakainya, baginda berkata: “Engkaulah pemakai baju perang yang paling baik.”

Luqman pun berkata: “Berdiam diri itu adalah hikmah (kebijaksanaan), tetapi amat sedikit orang yang melaku kannya.”

Beliau suka duduk lama bersendirian. Pada suatu hari tuannya lalu di hadapannya lalu berkata: “Wahai Luqman, sesungguhnya engkau ini sering kali duduk lama bersen dirian. Sekiranya engkau duduk dengan manusia ternyata ia lebih baik buatmu.”

Dijawab Luqman: “Bahawa duduk bersendirian itu aku dapat memahami bagaimana untuk berfikir. Sementara lama berfikir penunjuk jalan ke syurga.”

Ibnu Kathir menegaskan ulama salaf berselisih pendapat mengenai diri Luqman, sama ada dia seorang nabi atau seorang hamba yang soleh tanpa taraf kenabian?

Antara dua pendapat ini kebanyakan mereka berpegang dengan pendapat kedua.

Dipetik dari Ibnu Abbas katanya: “Luqman bukanlah se orang nabi mahu pun raja, tetapi beliau seorang pengembala ternakan yang berkulit hitam. Allah memerdekakannya dan sesungguhnya Dia reda dengan segala kata-kata dan wasiat Luqman...”

Mengenai sifat hikmahnya, Luqman al-Hakim pernah di tanya, lalu beliau menjawab: “Aku tidak meminta sesuatu yang sudah aku cukupi (ada) dan aku tidak melampau-lam pau dalam sesuatu yang tidak berkenaan dengan diriku.”

Beiau juga pernah ditanya, dari siapa mempelajari kata-kata hikmah itu, lalu katanya: “Dari orang yang jahil dan bodoh. Setiap kali aku melihat suatu keaiban di kalangan mereka, aku berusaha keras untuk menjauhinya.”

Dalam satu dialog dengan anaknya, beliau ditanya: “Wahai bapaku sifat manakah yang ada dalam diri manusia yang paling baik?”

Luqman menjawab: Agama.

Anaknya bertanya: Sekiranya ada dua?

Luqman: Agama dan harta.

Anaknya bertanya lagi: Sekiranya ada tiga?

Luqman: Agama, harta dan sifat malu.

Anaknya bertanya lagi: Sekiranya ada empat?

Luqman: Agama, harta, sifat malu dan akhlak yang baik.

Anak bertanya lagi: Sekiranya ada lima?

Luqman: Agama, harta, sifat malu, akhlak yang baik dan sifat pemurah.

Anaknya bertanya lagi: Sekiranya ada enam?

Luqman: Wahai anakku, sekiranya lima sifat ini terkumpul dalam diri manusia, dialah seorang yang bersih lagi bertakwa. Dia hanya bertuankan kepada Allah dan menjauhkan diri dari syaitan.

Selasa, April 01, 2008

14 Perkara Mengenai Lelaki

1) Lelaki, jika anda bertanya "Apakah awak cintakan saya?" selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab "Ya, saya cintakan awak". Tetapi hakikat sebenarnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti (i) "Ya, rasa-rasanyalah" (ii) "Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?" (iii) "Bergantunglah apa maksud cinta kepada pandangan awak" (iv) "Penting sangatkah?" dan (v) "Who, me?"

2) Anda tidak perlu meminta pendapat ikhlas lagi jujurnya mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memuji-muji yg awaklah kekasih @ gadis paling cun di dunia yang fana ini, kerana hakikatnya, bila terlihat ada perempuan yang asal ada rupa lalu di hadapannya, dia merenung terbeliak-beliak seperti air liur mahu jatuh meleleh.

3) Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang-rancang, kerana baginya, apa yang terjadi, biarlah takdir yg menentukan. Dan keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba memandai-mandai menjadi Miss Perfect Planner. Jika lelaki anda jenis ini, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

4) Lelaki tidak suka dipaksa atau di ubah.

5) Lelaki yang kaki rokok mesti merokok se'pam' dua setiap kali selepas makan.

6) Setiap kali anda marah-marah atau naik angin dengan si dia, dalam kepala otaknya cuma ada satu; "Oh dia ni mesti kena sindrom PMS" walhal dia tidak sedar yang kita sebenarnya marah sebb perangai/ tingkahlakunya yg menyakitkan hati.

7) Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang pun, cuma sekejap saja dan dia cepat-cepat mahu menutup kes itu. Beberapa hari berikutnya - dia buat-buat lupa.

8) Ada tiga perkara yg boleh membuat lelaki stress (i) duit (ii) kuasa (iii) seks.

9) Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan-kawan atau familinya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar, juga satu percubaan mensabotaj nama baiknya.

10) Lelaki cuma suka lafazkan I LOVE YOU pada peringkat awal perhubungan. Lama-lama sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis signal supaya dia tak amnesia atau nyanyuk atau hilang ingatan yang dia masih dan perlu mencintai kita.

11) Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik banyak perhatian waktu berjalan bergandingan. Tetapi jika ada lelaki lain yg tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu, kerana katanya "Awak yang kuat melayan".

12) Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motor, topi keledar atau apa-apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

13) Jangan kritik cara mereka berpakaian, cara mereka menyapu gel rambut atau cara mereka menyikat rambut.

14) Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan famili atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.

Recent Posts