Ahad, Januari 20, 2008

Pupuk cinta penuh ikhlas

Panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan mencurah di tengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui kasih dan sayang, membelai serta memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati.

Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?

Ada bijak pandai mengatakan, perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus apabila berhadapan dengan mereka. Terutama yang yang bergelar isteri, sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri.

Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah memadai.

Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah menyediakan makan dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami.

Walaupun hidup dalam serba kekurangan, Insya-Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila.

Bagaimanapun, hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan sayang. Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang banyak.

Bagi wanita yang memegang prinsip, 'ada wang abang sayang, tidak ada duit abang melayang', lain pula penyudahnya. Jika yang dicintai itu wang, yang disayang itu kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman.

Ada juga yang mengatakan, peranan wang membeli kasih dan sayang lalu ia berkait antara satu sama lain.

Sebenarnya wang sekadar dijadikan alat dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga. Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah.

Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir. Sekiranya diutamakan nilai kasih dan sayang oleh suami atau isteri, tidaklah kita cepat melatah andai ditimpa musibah atau hidup dalam serba kekurangan.

Wanita kini lebih ramai yang sedar perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki pula, asal ada yang menguruskan rumah tangga sudah memadai. Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajai cinta walaupun mereka mampu melakukannya.

Tahukah anda bila lelaki benar-benar jatuh cinta? Apabila setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan.

Lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa saja untuk kekasihnya.

Antara tanda lelaki jatuh cinta dengan hebat termasuk:



- Bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

- Sentiasa ingin menghiburkan hati kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

- Banyak menasihati kekasihnya kerana dia sayangkan kekasihnya.

- Berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

- Sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

- Sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sering rasa curiga.

- Tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

- Mudah rasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian padanya.

- Ada kalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahukan kekasihnya melayannya lebih daripada orang lain.

- Menjadi orang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

- Pandai merajuk kerana ingin dipujuk kekasihnya.

- Menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

- Sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

- Mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

- Kerap bertanya cinta kekasihnya kerana dia berasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

- Tidak melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

- Cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

- Membanggakan kekasihnya depan orang lain.

- Jika dia ditinggalkan kekasihnya, dia berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun sentiasa mengharapkan kekasih kembali padanya.

- Apabila timbul orang kedua, dia akan hilang akal dan sanggup buat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

- Menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawa sendiri.

Sabtu, Januari 19, 2008

Keajaiban Molekul Air

"Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup." (QS. Al Anbiya : 30).

Kajian saintifik di Jepun: Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air.


Air murni dari mata air di Pulau Honshu dido'akan secara agama Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 darjah C di makmal, kemudian diambil gambarkan dengan mikroskop elektron dengan kamera halaju tinggi. Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah.

Percubaan diulangi dengan membacakan kata, "Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)" di depan botol air tadi. Kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba dengan menghadapkan tulisan huruf Jepun, "Arigato". Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata "setan", kristal berbentuk buruk. Diputarkan muzik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur.

Ketika 500 orang berkonsentrasi memusatkan pesanan "peace" di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika dicuba dibacakan do'a Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah.

Semasa di suatu seminar yang rata – ratanya dihadiri oleh bukan Islam , Prof .Masaru Emoto menunjukkan beberapa molekul air yang buruk rupanya.Kemudian yang terakhir beliau menunjukkan molekul-molekul air yang begitu indah , berbentuk kristal yang bercabang-cabang dan berkilauan . Beliau kemudiannya bertanya kepada hadirin tentang molekul air tersebut. Hadirin senyap.Dengan yakinnya seorang peserta seminar dari Malaysia bangun dan berkata “itu molekul air zam-zam, air yang paling mulia”. Prof. Emoto menggangguk “saya tidak pasti sama ada itu adalah air yang paling mulia atau tidak tetapi memang benar itu adalah molekul air zam-zam”

Dr. Emoto akhirnya mengelilingi dunia melakukan percubaan dengan air di Swiss, Berlin, Perancis, Palestin, dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New York untuk mempresentasikan penemuannya pada bulan Mac 2005 lalu.

Ternyata air boleh"mendengar" kata-kata, "membaca" tulisan, dan boleh "mengerti" pesanan. Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr. Masaru Emoto menghuraikan bahawa air bersifat boleh merakam pesanan , seperti pita magnetik atau compact disk.

Semakin kuat konsentrasi pemberi pesanan, semakin dalam pesanan yang terhasil pada molekul air . Air boleh memindahkan pesanan tadi melalui molekul air yang lain. Barangkali penemuan ini dapat menjelaskan, kenapa air putih yang dido'akan boleh menyembuhkan si pesakit.


Tubuh manusia memang 75% terdiri daripada air. Otak 74.5% air. Darah 82% air. Tulang yang mampat pun mengandungi 22% air. Air diproses di tubuh meneruskan pesanan kepada air di otak dan pembuluh darah.

Dengan izin Allah, pesanan tadi akan dilaksanakan tubuh tanpa kita sedari.
Rasulullah SAW bersabda, "Zamzam lima syuriba lahu", "Air zamzam akan melaksanakan pesanan dan niat yang meminumnya." Barangsiapa minum supaya kenyang, dia akan kenyang. Barangsiapa minum untuk menyembuhkan penyakit, dia akan sembuh.

Subhanallah... Pantaslah air zamzam begitu berkhasiat, karena dia menyimpan pesan do'a jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim AS.

Bila kita renungkan berpuluh-puluh ayat Al-Qur'an tentang air, kita akan tersentak bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan , daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia. Islam adalah agama yang paling melekat dengan air.

Solat fardhu wajib air wudhu 5 kali sehari. Solat sunat , memegang al –Quran.

Persetubuhan, suami isteri wajib mandi.Wanita yang datang haid selepas itu pun wajib mandi. Mati pun jenazah wajib dimandikan dan lain-lain keadaan.

Kita mestilah menghormati air . Jaga kebersihan dan jaga adab – adab serta jangan membazir.

Seorang ilmuwan Jepun telah merintis. Ilmuwan muslim harus melanjutkan kajian kehidupan ini berdasarkan Al-Qur'an dan hadits.

Jumaat, Januari 18, 2008

Solat Istikharah - Mengapa tunggu mimpi?

Oleh: AZMAN AHMAD

Baru-baru ini seorang duda datang mengadu. Dengan nada kecewa beliau menjelaskan bahawa pinangannya baru sahaja ditolak. Menurutnya, wanita yang ingin dijadikan pasangan hidupnya itu agak berusia tetapi masih lagi cantik, berpendidikan agama dan masih lagi dalam kategori `anak dara'.

Walau bagaimanapun perangainya agak sedikit pelik. Sebelum ini, bukannya tidak ada rombongan yang cuba untuk meminangnya, tetapi kesemuanya ditolak.

Alasannya mudah sahaja, tidak mendapat petunjuk Allah katanya. Beliau sudah mengerjakan solat istikharah, namun tidak mendapat alamat dalam mimpinya itu.

Persoalan yang ingin diperbincangkan di sini, apakah mimpi manusia biasa boleh dijadikan sandaran atau boleh menjadi isyarat kepada jawapan yang dicari? Benarkah solat sunat istikharah boleh menjadi medium atau pengantara untuk menentukan sesuatu keputusan seperti menentukan jodoh seseorang atau baik buruk takdirnya?

Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Biasanya solat istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya.

Maka untuk itu, dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Pelaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain. Dalam sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah s.a.w. pernah mengajar kami cara untuk meminta petunjuk Allah Taala dalam beberapa urusan yang penting.

Baginda bersabda, Apabila salah seorang di antara kamu menghendaki pekerjaan, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian ia berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dengan pengetahuan-Mu, dan aku minta diberi kekuatan dengan kekuatan-Mu. Aku minta kemurahan-Mu yang luas, kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Kuasa sedang aku tiada berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui yang ghaib.

Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah Taala dalam keadaan lemah. Kelemahan yang ada pada manusia itu menyebabkan apa jua rancangan dan tindakan yang kita lakukan kadang-kadang sudah diyakini baiknya, tetapi belum tentu baik bagi Allah Taala. Begitu juga apa yang kita rancang dan kita lakukan sudah diyakini kesan buruknya, tetapi belum tentu buruk menurut penilaian Allah. Dalam hal ini kita harus mengakui bahawa daya fikir dan akal manusia sangat terbatas. Untuk itu kita dianjurkan beristikharah.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Kamu diwajibkan berperang, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu suka kepada sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah: 216)

Sebenarnya amal ibadah yang mengandungi unsur-unsur tilikan dan bergantung kepada mimpi semata-mata bukanlah daripada ajaran Islam. Malah Nabi s.a.w. tidak pernah mengajar umatnya agar mencerap petunjuk Allah menerusi mimpi. Fenomena menilik nasib atau jodoh melalui mimpi di kalangan masyarakat kita, lebih-lebih lagi bagi sesetengah wanita perlu diperbetulkan semula. Amalan ini dikhuatiri boleh menyebabkan berlakunya dosa syirik kepada Allah s.w.t.

Hal ini kerana manusia bukanlah tuhan yang boleh meramal apa yang berlaku. Perbuatan meramal atau menilik mimpi adalah amalan dan budaya jahiliah yang sangat ditegah oleh Islam. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Wahai orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maidah: 90)

Perlu dijelaskan di sini bahawa tidak semua mimpi manusia itu benar. Mimpi manusia biasa pada kebiasaannya adalah mainan tidur yang berpunca daripada pengaruh iblis dan syaitan yang datang mengganggu.

Kita tidak boleh menyamakan antara mimpi manusia biasa dengan mimpi para nabi dan rasul-rasul. Mimpi bagi nabi dan para rasul adalah wahyu dari Allah Taala. Kisah Nabi Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah diperintah oleh Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail a.s. yang datang melalui mimpi baginda. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Maka apabila anak itu sampai (kepada peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah ayah akan mendapatiku daripada orang-orang yang sabar. (Al-Soffat: 102)

Kesimpulannya mimpi kita itu tidak mengandungi kebenaran mutlak. Kemungkinan kebenaran yang terlihat itu lebih berdasarkan kepada kebetulan sahaja atau unsur-unsur daripada mainan syaitan yang bertujuan untuk menyesatkan manusia. Itulah sebabnya, jangan menyandarkan segala keputusan kepada mimpi. Sebaliknya berfikirlah dengan lebih rasional.

Dalam kes di atas, seandainya pertimbangan akal diletakkan pada tempat yang sewajarnya, maka memadai dengan sedikit soal selidik dan mengkaji latar belakangnya sudah dapat menentukan ciri-ciri pasangan yang menepati kehendak Islam. Maka ketika itu, dia tidak perlu lagi beristikharah dan terus menerus menunggu mimpi. Atau sekiranya beliau berada dalam situasi antara dua pilihan, yang satu berakhlak mulia sedang yang kedua kurang baik agama dan akhlaknya, maka pilihannya ketika itu sewajarnya kepada yang pertama. Kaedah pertimbangan dan penilaian seperti itu tidak perlu melalui solat sunat istikharah.

Mimpi itu bukanlah satu-satunya jalan yang memimpin manusia kepada petunjuk Allah s.w.t. Kadang-kadang petunjuk Allah Taala datang melalui buah-buah iman yang masuk menyerap ke dalam hati sehingga menerbitkan keyakinan dan rasa hati yang kuat melalui keyakinan untuk memilih salah satu di antara beberapa pilihan.

Jika kita mempunyai kecenderungan untuk memilih salah satunya, maka itu merupakan isyarat kuat daripada Allah. Pilihlah dulu terimalah seadanya, kemudian solatlah istikharah dan ketika itu pohonlah kepada Allah Taala moga pilihan kita tersebut tepat dan terbaik yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat. Hal ini diperjelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah doa yang bermaksud:

Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini, baik bagi agama dan kehidupanku dan hari kemudianku, maka berikanlah ia kepadaku, dan mudahkanlah ia bagiku, dan berkatilah ia kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk bagiku, buruk bagi agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku, maka jauhkanlah aku daripadanya, dan berikanlah bagiku kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan pemberian itu. - (Riwayat Bukhari)

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA - 16 MAC 2004 (SELASA)

Rabu, Januari 16, 2008

Dosa Mengumpat

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (HRMuslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging
saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (HR Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (HRAbu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Kunci Kejayaan

· Ada matlamat

· Yakin pada diri sendiri

· Azam yang kuat

· Displin yang tinggi

· Berusaha bersungguh-sungguh

· Tidak mudah berputus asa

· Jangan takut untuk gagal

· Tumpu perhatian yang tinggi dalam kelas

· Fahamkan terus ketika guru mengajar

· Aktif bertanya dan bersoal jawab dengan guru

· Belajar secara berterusan

· Siapkan kerja rumah

· Menjaga pemakanan harian yang berzat

· Menjaga kesihatan diri pada tahap terbaik

· Mengatur jadual harian

· Bijak mengurus masa

· Mengulangkaji pada hari yang sama

· Hormati ibu bapa, guru dan orang yang lebih tua

· Persekitaran hendaklah membantu

· Jangan tinggal solat

· Anggap kesukaran itu sebagai cabaran

· Berusaha keras sebelum bertawakal

· Sentiasa berdoa

Selasa, Januari 15, 2008

Keikhlasan, Cinta dan Air Mata

Sekadar renungan

Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Ssetelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu.. Apabila sekali ia retak.. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.. akhirnya ia dibuang.. sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya.. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.. Akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....

Jiika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.. yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.

Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal.....

Isnin, Januari 14, 2008

19 Hadis Rasullullah S.A.W. Mengenai Wanita

1. Doa perempuan lebih makbul drpd lelaki krn sifat penyayangnya yg lebih kuat drpd lelaki. Ketika ditanya kpd Rasulullah saw akan hal tersebut, jwb Baginda saw, "Ibu lebih penyayang drpd bapa dan doa org yg penyayang tidak akan sia2".

2. Apabila seseorg perempuan mengandung janin dlm rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat utknya. Allah swt mencatatkan bgnya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan drnya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorg perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah swt mencatatkan bgnya pahala org yg berjihad pd jalan Allah swt

4. Apabila seseorg perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dr dosa2 spt keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bg ibu itu setiap satu tegukan drpd susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yg sakit, maka Allah swt memberinya pahala spt memerdekakan 70 hamba dgn ikhlas utk membela agama Allah swt

7. Barangsiapa yg menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama org yg sentiasa menangis krn takutkan Allah swt dan org yg takutkan Allah swt akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dr pasar ke rumah lalu diberikan kpd keluarganya, maka pahalanya spt bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan drpd anak lelaki. Maka barangsiapa yg menyukakan anak perempuan seolah3 dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yg menolong suaminya dlm urusan agama, maka Allah swt memasukkan dia ke dlm syurga lebih dahulu drpd suaminya (10,000 tahun)

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dr pintu syurga mana sahaja yg dikehendaki.

11. Wanita yg solehah (baik) itu lebih baik drpd 1,000 lelaki yg soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kpd Rasulullah saw, siapakah yg lebih besar haknya terhadap wanita? Jwb Rasulullah saw, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jwb Rasulullah saw, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yg taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar bgnya selama mana dia taat kpd suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yg taat berkhidmat kpd suaminya akan tertutup pintu2 neraka dan terbuka pintu2 syurga. Masuklah dr mana2 pintu yg dia kehendaki dgn tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yg tinggal bersama anak2nya akan tinggal bersama aku (Nabi saw) di dlm syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dlm pergaulan dgn mereka dan mendidik mereka dgn penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka bgnya syurga.

19. Drpd Aisyah r.a. "Barangsiapa yg diuji dgn sesuatu drpd anak2 perempuan lalu dia berbuat baik kpd mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya drpd api neraka."

How To Improve In Public Speaking?

There are many similarities between daily conversation and public speaking:

Organizing our thoughts logically and the most persuasive manner. To successfully deliver our message, ones will organize their messages systematically, step by step to make the listener understand the message.

Tailoring the messages to the audience. Ones will think deeply trying to send the messages efficiently and show them how importance the issue to the people in that particular room.

Telling story for the maximum impact. Instead of telling directly the messages, ones usually built up some story telling, adjusting words and tone of voice to enhance the effectiveness of the messages.

Adapting to the listener feedback. Whenever we talk to someone, we will be aware with the person's verbal, facial, and physical reaction.

There are three (3) major differences between daily conversation and public speaking:


Public speaking is more highly structured.

It usually imposes strict time limitations on the speakers. In most cases, the situation does not allow listener to interrupt with question or commentary. The speaker must accomplish her or his purposes in the speech itself. In preparing the speech, the speaker must anticipate questions that might arise in the mind of listener and answers them. Consequently, public speaking demands mush more detailed planning and preparation than ordinary conversation.


Public speaking required more formal language.

Slang, jargon and bad grammar have a little place in public speeches. The listeners usually react negatively to the speakers who do not elevate and polish their language when addressing the audience.


Public speaking requires different methods of delivery.

When conversing informally, most of the people talk quietly, interjects stock phrases such as "like" and "you know", adopt a casual posture and use what are called vocalized pauses ("uh," "er," "um" . Effective public speakers, however adjust their voices to be heard clearly throughout the audience. They assume a more erect posture. They avoid distracting mannerisms and verbal habits.

Ahad, Januari 13, 2008

8 petanda dia adalah jodoh kamu!

"Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?

7 pahala selepas mati

Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Recent Posts