Memaparkan catatan dengan label Universiti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Universiti. Papar semua catatan

Jumaat, Julai 13, 2012

Semakan kemasukan ke UTM (Lepasan SPTM)

Calon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf yang memohon mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi sesi akademik 2012/2013 boleh membuat semakan bermula 13 Julai 2012.

Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar UTM dalam satu kenyataan memberitahu, status keputusan permohonan kemasukan boleh diperiksa mulai 12 tengah hari menerusi beberapa saluran, antaranya hotline 03-88706767; helpline 03-88706777; talian am 03-88706755/6766 serta laman web http://upu.mohe.gov.my dan www.jpt.utm.my.

Calon juga boleh memeriksa menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip 'UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888 ataupun melalui e-mel azhara@utm.my, hnoraishah@utm.my, suhaimib@utm.my dan azrulmusa@utm.my.

Calon yang berjaya boleh mencetak surat tawaran di www.jpt.utm.my bermula Isnin depan. Mereka juga dikehendaki membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh tujuh hari waktu bekerja selepas surat tawaran rasmi dikeluarkan.

Pemohon yang tidak menerima sebarang tawaran dibenar mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-rayuan menerusi http://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan diumumkan. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari UTM sehingga 30 September, rayuan tersebut dianggap tidak berjaya.

SEMAKAN KEMASUKAN KE IPTA (LEPASAN STPM/DIPLOMA) SESI 2012/2013

SEMAKAN KEMASUKAN KE IPTA (LEPASAN STPM/DIPLOMA) SESI 2012/2013

Semakan status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/ Diploma/ Setaraf Sesi Akademik 2012/2013 boleh disemak mulai jam 12 tengah hari 13 Julai 2012 melalui laman web http://upu.mohe.gov.my.

UNIT PUSAT UNIVERSITI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
http://upu.mohe.gov.my

Isnin, Mei 07, 2012

SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KE IPTA/ POLITEKNIK PRIMIER (LEPASAN SPM) SESI 2012


SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA/POLITEKNIK PREMIER LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013
Semakan Status Keputusan Permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier Sesi 2012 bagi Program Pengajian Lepasan SPM/ Setaraf boleh disemak mulai 7 Mei 2012 (Isnin) jam 12.00 tengah hari melalui laman web berikut:

ATAU melalui SMS. Sila taip: UPU RESULT [No. KP] dan SMS ke 15888

Unit Pusat Universiti (UPU)
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
http://upu.mohe.gov.my/

KEPUTUSAN KEMASUKAN KE  UM, UKM dan UPM.

Status keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya boleh diketahui mulai 7 Mei 2012. Begitu keputusan permohonan ke Universiti Putra Malaysia (UPM).

Semakan boleh dilakukan melalui laman web http://www.um.edu.my/kemasukan, http://www.ukm.my/kemasukan/tawaran dan http://www.smp.upm.edu.my/tawaran bagi program Asasi Sains, Asasi Pengajian Islam di UM, program Asasi Pintar di UKM dan program Asasi Sains Pertanian dan diploma di UPM.

Calon yang berjaya boleh menyemak maklumat tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) masing-masing untuk membuat pengesahan dalam tempoh tujuh hari bekerja bermula esok hingga 15 Mei ini.

Tarikh pendaftaran penuntut baru ke program Asasi Pintar UKM adalah pada 23 Mei bermula pukul 9 pagi hingga 11 pagi, program Asasi Sains dan Asasi Pengajian Islam UM pada 27 Mei, manakala program Asasi Sains Pertanian pada 17 Mei di UPM, Serdang dan diploma pada 7 Jun di UPM, Kampus Bintulu.

- BERNAMA

Selasa, Mac 20, 2012

Ekspo Selangkah Ke UiTM 2012 sasar 30,000 pengunjung


Universiti Teknologi Mara (UiTM) Malaysia menyasarkan 30,000 pengunjung akan hadir ke Ekspo Selangkah Ke UiTM 2012 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) kampus Shah Alam selama dua hari bermula 24 Mac ini.

Penolong Pendaftar Kanan Bahagian Pengambilan UiTM, Mohd. Nizam Nordin berkata, ekspo edisi kelima membabitkan 24 buah fakulti itu diadakan bagi memberi penerangan dan maklumat terperinci mengenai program-program pengajian sedia ada dan baharu yang ditawarkan oleh UiTM.

“Kami berharap pihak yang berminat terutama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi, dan diploma serta mereka yang berhasrat melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dapat hadir ke ekspo tersebut.

“Pada ekspo tersebut calon-calon akan diminta menjalani Ujian Minat Kerjaya bagi menentukan kecenderungan dan kemampuan mereka memasuki kursus tertentu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Mohd. Nizam, melalui ekspo tersebut, UiTM juga akan memperkenalkan satu lagi kursus baharu iaitu Teknologi Agro bagi calon-calon yang berminat meneroka bidang pertanian moden.

“Pengenalan kursus baharu itu selaras dengan misi UiTM untuk menambah bilangan pelajar menduduki kursus yang mempunyai permintaan dalam pasaran kerja,” katanya.

Ekspo tersebut turut diadakan oleh kampus-kampus cawangan UiTM di seluruh negara bagi memudahkan ibu bapa dan para pelajar yang berada di luar kawasan Lembah Klang menghadirinya.

Lokasi yang telah dipilih ialah Seremban Parade, Negeri Sembilan; Kompleks Star, Perlis dan Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang, juga pada 24 dan 25 Mac.

Pada tarikh sama, program tersebut turut diadakan Padang A, UiTM Perak; Star Parade dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Sungai Petani, Kedah; Perpustakaan Awam Kuala Terengganu, Terengganu; Dataran Segamat, Johor; Ruang Legar Bazar Kuala Semantan di Temerloh, Pahang; Kampus UiTM Bukit Sekilau, Kuantan, Pahang dan UiTM Bandaraya Melaka.

Sementara itu, di Sabah, ekspo tersebut akan diadakan di Kompleks Makmal Sains dan Agroteknologi UiTM Sabah dan Sabinda Plaza, Tawau (24 hingga 25 Mac) manakala di Sarawak ia akan berlangsung di kompleks beli-belah The Spring, Kuching (23, 24 dan 25 Mac)

Khamis, Julai 01, 2010

Bilangan Pelajar yang ditawarkan masuk ke IPTA (Program Ijazah Pertama)



Kemasukan Program Ijazah Pertama Tahun 2010: 

Universiti Utara Malaysia (UUM) (4,392)

Universiti Malaysia Sabah (UMS) (4,001)

Universiti Putra Malaysia (UPM) (3,717)
 
Universiti Sains Malaysia (USM) (3,694)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (3,436)

Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) (2,973)

Universiti Malaya (UM) (2,819)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (2,495)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) (2,304)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) (2,218), 

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) (1,945), 

Universiti Malaysia Pahang (UMP) (1,674), 

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) (1,406), 

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) (1,168), 

Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) – sebelum ini dikenali sebagai Universiti Darul Iman Malaysia - (UDM) (881), 

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) (678), 

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (445), 

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (260). 

Kredit - En.Mohd Razihan

Recent Posts