Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan

Jumaat, November 16, 2012

TIP TAMPIL YAKIN KE SESI TEMUDUGA

TIDAK semua memiliki keyakinan untuk tampil penuh yakin ketika menghadiri sesuatu temu duga walaupun memiliki kelayakan pendidikan membanggakan.

Sama ada lelaki atau wanita, masalah sama masih dibangkitkan iaitu tidak yakin apabila menjawab soalan daripada panel serta hadir dengan mengenakan pakaian dan gaya yang tidak bersesuaian.

Bagi pengamal perhubungan awam, Natrah Abdullah, boleh dikatakan kebanyakan mereka yang menghadiri temu duga tidak melengkapkan diri mereka seperti sepatutnya.

Dia yang memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang merangkumi hartanah, perhotelan, komunikasi korporat serta jenama francais makanan berkata, mereka seolah-olah bersikap sambil lewa terhadap tanggapan pertama panel penemuduga.

Paling penting katanya, lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan terutama dalam bidang yang ingin diceburi bersesuaian dengan tahap pendidikan dimiliki ataupun lebih.

“Jangan bersikap bangga diri dengan kelayakan pendidikan yang ada kerana ia tidak membawa apa-apa makna jika tidak dilengkapi pengetahuan asas lain.

“Dunia pekerjaan bukan seperti melakukan teori ketika di bilik kuliah kerana ia lebih meluas dan kita perlu melengkapkan diri dengan segala jenis maklumat,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di The Gardens, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Malah, ada peserta temu duga yang tidak memiliki kelayakan pendidikan tinggi, tetapi berjaya menambat hati panel penemuduga disebabkan memiliki keyakinan diri yang tinggi serta membuat kajian terlebih dulu mengenai bidang yang ingin diceburi sebelum menghadiri temu duga.

Selain itu, Natrah berkata, penting untuk tampil kemas dan yakin apabila menghadiri sesuatu temu duga kerana ia penentu sama ada berjaya ataupun tidak mendapatkan pekerjaan terbabit.

“Jangan datang menghadiri temu duga dalam keadaan berserabut dengan rambut kusut, pakaian tidak bergosok, mengenakan jean serta memiliki bau badan tidak disenangi kerana ia menunjukkan peserta tidak begitu berminat untuk mendapatkan kerja terbabit.

“Pastikan persediaan fizikal dan mental secara menyeluruh sebelum menghadiri sesuatu temu duga,” katanya.

Di samping itu, katanya, sematkan dalam diri sikap ingin tahu terutama jika ia berkaitan dengan pekerjaan dan syarikat yang menjadi markah bonus kerana menunjukkan kesungguhan dalam mendapatkan kerjaya diingini.

Natrah berkata, pastikan juga diri memiliki asas agama yang cukup serta menghormati kedua-dua orang tua dan sanak- saudara walau di mana berada.
“Keberkatan hidup hanya datang apabila kita menghormati mereka yang banyak memberikan sokongan atas usaha selama ini.

“Jangan bersikap bangga diri dan melupakan mereka yang banyak membantu kerana ia boleh menimbulkan perasaan riak dan akhirnya memberi kesan kepada kerjaya yang sedang dibina,” katanya.

Selain itu, antara tip yang perlu dititikberatkan adalah daripada segi penambahan ilmu dan keterampilan serta perwatakan diri dalam mendapatkan kerjaya berkenaan.

“Jangan cuba meniru dan menjadi orang lain kerana kita perlu tahu setakat mana kemampuan diri agar boleh disesuaikan dengan kehendak pekerjaan itu sendiri.

“Jangan sesekali melakukan sesuatu yang bukan kepakaran diri kerana ia boleh mengakibatkan masalah lebih besar di kemudian hari,” katanya.

Menurutnya, tambahkan ilmu pengetahuan dengan memperbanyakkan pembacaan, pemerhatian serta kajian mengenai bidang yang diceburi kerana ia akan memperluaskan pandangan dan kebolehan diri bagi mengembangkan lagi bakat sedia ada.

Selain itu katanya, lengkapkan tip keyakinan diri berkenaan penjagaan kebersihan diri agar kulit sentiasa berada dalam keadaan sempurna dengan mengamalkan teknik penjagaan yang betul.

Katanya, sesiapa saja ingin tampil menarik dan cantik oleh itu, penting untuk menjaga kebersihan diri supaya personaliti dan karisma yang ada boleh ditonjolkan sebaik mungkin.

“Tidak perlu menggunakan barangan berjenama kerana paling penting, ia bersesuaian dengan diri dan mudah didapati serta pada harga berpatutan.

“Sebagai contoh, produk penjagaan kecantikan Safi Balqis Perfect 10 yang mampu dimiliki semua dan ia juga boleh memberikan kesan penampilan diri yang memberangsangkan,” katanya.

Untuk mendapatkan pelbagai lagi Rahsia dan Tips mengenai temuduga, anda boleh mendapatkan Pakej Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan di :  http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=my


Sabtu, November 10, 2012

Bagaimana mendapatkan modal untuk memulakan perniagaan

Oleh Luqman Zuhdi
Ketua Perbankan Perniagaan & Pembangunan Bumiputera,
OCBC Al-Amin Bank Berhad.

BAGAIMANA seorang usahawan boleh menyediakan kertas cadangan yang mantap untuk mendapatkan pembiayaan perniagaan?

JAWAPAN: Tidak ramai orang, termasuklah lulusan universiti yang pernah membayangkan diri mereka akan menjadi usahawan yang berjaya ketika mereka mula-mula menceburi dunia kerjaya.

Kebanyakan mereka menganggap diri amat bernasib baik kerana berjaya mendapat kerja dan berharap untuk mengumpul cukup duit bagi membeli kereta, mendirikan rumah tangga dan kemudian membeli rumah.

Walaupun sebahagian besar daripada pekerja sudah berpuas hati apabila mendapat kerja, ada pula yang silih bertukar majikan, sama ada untuk menyahut cabaran baharu, menguasai kemahiran baharu, atau memperoleh gaji lebih tinggi.

Segelintir daripada mereka kemudian membuat keputusan untuk bekerja sendiri dan memulakan perniagaan sendiri, dan dalam proses tersebut menjadi seorang yang digelar usahawan.

Pada hakikatnya, tidak ramai yang secara sedar membuat keputusan untuk menjadi usahawan, terutamanya selepas mengikuti kisah kegagalan perniagaan dan kemuflisan korporat.

Terdapat pelbagai aspek penting yang perlu dipertimbangkan oleh individu dan setiap satu aspek mungkin membawa kepada kejayaan atau kegagalan perniagaan usahawan.

Untuk menjadi usahawan berjaya, seseorang itu mesti mempunyai beberapa sifat istimewa, termasuk kesungguhan, kreativiti, disiplin dan bercita-cita tinggi.

Walaupun wang modal sudah tentu diperlukan bagi memulakan perniagaan baru, anda juga perlu menyusun rancangan perniagaan kukuh yang mengambil kira semua isu pemasaran dan kewangan.

Buat permulaan, seorang usahawan perlu tahu di mana untuk mendapatkan sumber pembiayaan, sama ada daripada ahli keluarga, sahabat handai, bakal rakan kongsi, pembekal, bank, firma kredit, syarikat kewangan, syarikat kad kredit dan sebagainya.

Mereka juga perlu teliti dalam soal penggunaan dana tersebut, contohnya untuk membeli stok, memberi kemudahan kredit kepada pelanggan, membayar upah dan bil utiliti, membeli aset untuk menjana pendapatan dan sebagainya.

Bagaimanapun, jika usahawan perlu mendapatkan pembiayaan daripada bank, mereka perlu tahu bahawa sumber dana berbeza yang diperolehi mesti digunakan untuk kegunaan atau keperluan berbeza.

Jika dana jangka pendek seperti overdraf digunakan untuk membiayai aset jangka panjang seperti tanah dan bangunan, maka perniagaan akan menghadapi masalah aliran tunai jika keadaan ekonomi dan kewangan di pasaran bertambah buruk.

Persoalannya ialah bagaimana seorang usahawan boleh menyediakan kertas cadangan yang mantap untuk mendapatkan pembiayaan bagi perniagaan?

Teruskan membaca ruangan ini kerana dalam artikel artikel seterusnya, kita akan membincangkan beberapa unsur penting yang perlu ditekankan oleh usahawan, yang juga merupakan faktor utama yang dinilai oleh bank dalam sesuatu kertas cadangan.

- UTUSAN

Sabtu, November 03, 2012

Selidik pasaran dahulu sebelum berniaga

TEMUBUAL DENGAN MD. ZULFADLI (SMARTZUL)

APAKAH kelebihan serta risiko dalam melakukan perniagaan dalam Internet?

Lazimnya ramai yang mengetahui kelebihan menjalankan bisnes melalui Internet iaitu kita dapat menjimatkan kos sewa kedai, boleh mencapai sasaran pelanggan di serata lokasi, boleh dijalankan secara 24 jam, kos permulaan yang minimum dan kita juga boleh menjual pelbagai jenis produk mahupun servis.

Selain itu, risiko yang ditanggung juga adalah lebih rendah dan mempunyai kebebasan masa bekerja, menarik pelanggan tanpa had serta peluang menjana pendapatan pasif.

Apakah perkara utama yang perlu ada kepada mereka yang ingin memulakan bisnes Internet? Rata-rata sekarang ini ramai begitu ghairah menjalankan perniagaan, malah pada asasnya apa saja produk pun boleh dijual di Internet dan tiada syarat tertentu. Tetapi ia bertitik tolak kepada kemampuan. Adakah kita mampu menjualnya, modal, pekerja, ruang simpanan, kos penghantaran dan lain-lain faktor, adakah kita mampu menyediakannya? Kalau tidak mampu, maka apa yang perlu kita lakukan? Maka atas sebab itulah kalau kita perhatikan, kebanyakan usahawan kecil dan sederhana hanya menjual produk yang biasa saja atau beberapa jenis saja dalam jumlah kuantiti yang tidak besar. Contohnya, pakaian (kanak-kanak, lelaki, perempuan, Muslimah), makanan tambahan, kosmetik, gajet dan pelbagai lagi.

Paling penting jika boleh, utamakan ciri produk sebelum memutuskan menjual barangan melalui Internet. Antaranya ialah tidak terlalu berat (ini untuk jimatkan kos penghantaran), elakkan barangan yang salah di sisi undang-undang seperti barangan tiruan, cetak rompak dan lain-lain, stok mudah diperoleh atau mudah dihasilkan sendiri.

Itu beberapa ciri boleh kita jadikan sebagai kayu ukur terhadap produk yang berada dalam fikiran kita. Kalau kita mampu dan selaras dengan ciri di atas, maka mungkin produk itu boleh dijual.

Bagaimanakah tips memulakan bisnes Internet? Langkah pertama yang perlu diambil terutama mereka yang baru memulakan perniagaan adalah mengenal pasti masalah pelanggan yang mahu diselesaikan dan siapakah mereka (umur, jantina, lokasi dan lain-lain). Ini langkah pertama.

Seterusnya, kenal pasti sejauh mana saiz pasaran dan sebolehnya kita tidak mahu menjual kepada pasaran yang terlalu kecil dan paling utama tentukan produk sesuai untuk dijual sama ada produk fizikal, digital atau servis.

Selain itu, sediakan medium jualan yang betul seperti menggunakan facebook page ataupun laman web jualan. Bayaran pula boleh melalui akaun bank, kad kredit atau debit (boleh guna paypal).

Gunakan mesej dan ayat jualan yang betul di mana usahawan boleh merujuk ‘copywriting’ yang banyak di Internet. Langkah akhir, lakukan pemasaran kepada sasaran pelanggan dengan menggunakan pengiklanan melalui facebook dan langkah ini akan menjadi mudah jika langkah pertama dilakukan dengan sempurna. Untuk maklumat lanjut boleh melayari blog.smartusaha.com.

Adakah perniagaan yang dilakukan secara online juga boleh gagal? Sesiapa pun mahu berjaya dalam usaha perniagaan Internet dan tidak mahu gagal dan kegagalan pasti akan berlaku apabila kita leka, kurang ilmu dan tidak melakukan sesuatu itu dengan perancangan.

Antara sebab yang boleh menggagalkan perniagaan usahawan itu sendiri adalah tidak membuat perancangan perniagaan jelas di mana mereka hanya membuat perniagaan Internet secara ala kadar dan tiada matlamat. Selain itu, tiadanya promosi dan pemasaran agresif, terancang, efektif dan konsisten. Faktor lain ialah pengurusan kewangan yang teruk dengan hanya mementingkan wang masuk, tetapi wang itu tidak diuruskan dengan baik tanpa merekodkan pengaliran wang masuk atau wang keluar. Selain itu, mereka juga tidak melakukan kajian pasaran sebelum menentukan produk yang perlu dihasilkan atau dijual.

- HARIAN METRO

Selasa, Oktober 16, 2012

Tip Panduan Menghadapi peperiksaan


MUSIM peperiksaan datang lagi. Hampir semua pelajar mula stres apabila menjelangnya peperiksaan. Sedikit stres itu bagus sebab ia membolehkan pelajar berada pada puncak prestasi bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Tetapi jika stres itu keterlaluan ia menjadi sesuatu yang negatif pula. Tanda-tanda stres pada anak boleh dikenalpasti melalui perubahan tingkahlaku dan tahap kesihatan mereka. Jika tidak dikawal ia boleh membawa kepada panik dan bimbang yang melampau.

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil oleh para pelajar agar mereka lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan.

1) Berfikir secara positif.

Sama ada anda bersedia atau tidak bagi menduduki peperiksaan, anda perlu berfikir secara positif. Jika berfikir yang anda tidak boleh menjawab soalan-soalan, anda tetap perlu menghadapi peperiksaan tersebut. Begitu juga, jika anda fikir anda boleh menjawab dengan baik, anda juga perlu menghadapinya. Sebagai pelajar, anda tidak boleh lari daripada peperiksaan itu. Oleh itu elakkan daripada berfikir yang anda belum bersedia, tidak layak, gagal, bimbang apa yang dibaca tidak keluar dan seumpamanya. Sebaliknya, fikirkan anda boleh lakukan yang terbaik mengikut kemampuan dan persediaan yang ada, kerana sedikit pencapaian lebih baik daripada tiada pencapaian langsung.

2) Jaga pemakanan.

Pastikan bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan. Sarapan memberikan tenaga kepada tubuh badan dan terutamanya otak. Amalkan pemakanan sunah seperti susu, bijirin, kurma dan madu. Penting bagi ibu bapa memastikan rezeki yang diberikan kepada anak-anak adalah halal dari segi sumber pendapatan dan kandungannya. Rezeki yang haram menggelapkan hati dan membuatkan anak lambat faham, susah ingat dan cepat lupa.

3) Tidak perlu menyemak kertas jawapan.

Sudah menjadi tabiat segelintir pelajar iaitu apabila pulang ke rumah selepas peperiksaan mereka terus menyemak jawapan yang telah diberikan. Kalau jawapannya betul, memanglah seronok. Tetapi bagaimana pula kalau jawapannya salah? Sedikit sebanyak ia pasti mengganggu dan memberi kesan terhadap prestasi dalam menghadapi kertas peperiksaan untuk subjek-subjek yang lain selepas itu.

4) Banyakkan pembelajaran output.

Sekiranya pelajar mahu cemerlang dalam peperiksaan dia semestinya perlu melatih diri menjawab soalan-soalan sama soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun sebelumnya atau pun soalan-soalan ramalan. Membiasakan diri dengan pelbagai bentuk dan helah soalan membina keyakinan dalam diri pelajar. Lebih banyak latihan dan latih tubi yang dilakukan lebih tinggi keyakinannya.

5) Minta restu ibu bapa dan guru-guru.

Sebelum peperiksaan mintalah ibu bapa dan guru-guru menghalalkan makan minum dan ilmu yang telah mereka berikan kepada kita. Apabila ilmu itu berkat, membaca akan cepat faham, menghafal pula cepat ingat dan menjawab soalan menjadi mudah.

6) Meminta maaf dan memaafkan semua orang.

Ada waktunya kita melakukan kesalahan pada orang lain sama ada secara sengaja atau pun tidak. Oleh itu, bersihkan hati agar ia bukan menjadi sebab pada pencapaian yang kurang cemerlang kelak. Maafkan dengan hati yang ikhlas bukan hanya kerana akan berhadapan dengan peperiksaan.

7) Banyakkan berdoa.

Allah memakbulkan doa sesuai dengan kesungguhan kita meminta setiap sesuatu itu. Kalau kita berdoa tidak sepenuh hati maka hasilnya juga tidak sepenuhnya.

8) Latih minda menuju kejayaan.

Setiap tingkahlaku ada kaitannya dengan cara fikir atau program yang ada dalam minda. Sebelum ini, minda telah diprogramkan oleh ibu bapa, guru, rakan, media, pengalaman, sangkaan dan sebagainya. Jika program ini negatif maka negatiflah kita. Kalau positif maka positiflah kita. Apa yang perlu dibuat ialah gambarkan secara positif dalam minda seolah-olah anda berada dalam dewan peperiksaan dan dapat menjawab semua soalan dengan cemerlang. Dengarkan suara hati yang positif bahawa anda boleh melakukannya. Rasakan sekarang perasaan yakin diri yang tinggi. Lakukan semua ini dalam masa lima hingga 10 minit setiap hari dan ia dapat membantu meningkatkan keyakinan bagi menghadapi peperiksaan.

- UTUSAN
 

Khamis, September 27, 2012

Rahsia warga Hong Kong panjang umur

LELAKI Hong Kong sudah memegang gelaran warga tertua dunia lebih sedekad. Data terbaharu pula menunjukkan wanita di kosmopolitan itu juga telah berjaya menyaingi rakan seangkatan mereka di Jepun buat pertama kali.

Bancian butiran data itu mendedahkan bahawa jangka hayat wanita Hong Kong meningkat daripada purata 86 tahun pada tahun 2010 ke 86.7 tahun pada tahun 2011.

Umur panjang wanita Jepun pula mengalami penurunan akibat gempa bumi dan tsunami pada tahun lalu iaitu sekitar 85.9 tahun.

Jadi, apakah rahsia penduduk Hong Kong berusia panjang?

Para pakar berpendapat, tiada sejenis ubat pun mampu memanjangkan usia tetapi beberapa faktor dapat menyumbang ke arah itu.

Kemudahan mengakses penjagaan kesihatan moden, sentiasa sibuk, makanan tradisional Kantonis dan permainan mahjong dikatakan dapat menambah hayat penduduknya.

Gaya hidup

"Batu-batu bergerak tidak mengumpul lumut (individu yang bergerak tidak akan hilang idea atau kreativiti).

"Saya suka mengembara, saya suka melihat sesuatu yang baharu dan berjumpa kawan-kawan untuk yum cha (minum teh) setiap hari," kata Mak Yin yang berusia 80 tahun.

Nenek kepada enam orang cucu itu mengamalkan seni pergerakan badan, tai chi, di padang berdekatan rumahnya pada setiap pagi Ahad.

Amalan minum teh juga dikesan dapat memberikan dos antioksida yang sihat ketika menikmati makanan.

"Kawan-kawan saya berusia sekitar 60-an, mereka fikir saya dalam lingkungan usia mereka juga walaupun sebenarnya saya lebih tua daripada mereka," kata Mak yang disambut dengan hilai tawa.

Makanan kegemaran Mak ialah sayur-sayuran, nasi dan buah yang dikukus. Makanan Kantonis terkenal dengan ikan dan sayur kukus yang menggunakan sedikit atau langsung tidak menggunakan minyak masak.

Minyak masak sememangnya dipersalahkan sebagai makanan yang menyebabkan penyakit jantung, obesiti dan berkolesterol tinggi.

Sebuah kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine pada Februari lalu mendapati tai chi mampu mengurangkan kelemahan dan kemerosotan keseimbangan kepada orang yang mengalami penyakit Parkinson pada tahap ringan hingga sederhana.

Tambah pakar, faktor lain yang menyumbangkan usia yang panjang adalah dengan bekerja. Ketika penduduk di negara lain seusia mereka mengambil keputusan untuk berehat selepas bersara, masih ramai lagi penduduk Hong Kong memilih untuk bekerja pada umur 70-an dan 80-an.

Hong Kong tidak mempunyai umur persaraan dan adalah suatu pemandangan yang biasa apabila warga emas bekerja di kedai-kedai, pasar dan restoran bersama-sama dengan kakitangan muda.

"Ramai orang tua di bandar kami masih lagi bekerja dan itu menyumbang kepada kesihatan mental serta psikologi yang lebih baik," kata presiden Persatuan Gerentologi Hong Kong, Edward Leung.

"Bagi orang tua, ramai yang mengalami tekanan kerana mereka tidak ada apa-apa untuk dibuat dan telah meningkatkan sindrom kekosongan. Ia mengakibatkan tekanan mental," kata penjual ikan, Lee Woo-hing, 67.

Dia tidak betah duduk di rumah tanpa melakukan sesuatu. Inspirasinya ialah seorang taikun tempatan, Li Ka-shing yang merupakan lelaki terkaya di Asia dan masih lagi menguruskan empayar perniagaannya yang besar walaupun sudah berusia 80-an.

"Jika Li Ka-shing masih lagi terus bekerja pada usia 84 tahun, mengapa saya mesti bersara?" kata Woo-hing.

Mahjung perangsang

Situasi kehidupan yang sesak di Hong Kong membawa kesan tidak sihat, dipenuhi dengan penyakit dan virus termasuklah selesema burung dan sindrom pernafasan akut teruk yang telah membunuh berdozen-dozen penduduknya.

Namun, dengan tabiat seharian penduduk biasa di Hong Kong, ramai pakar berkata, bandar itu merupakan tempat yang paling baik untuk menjalani usia tua.

Menurut pakar penuaan daripada Universiti Lingnan, Hong Kong, Alfred Chan, budaya sentiasa sibuk yang popular dalam kalangan penduduk tempatan, bermain mahjung bersama rakan-rakan dapat membantu melambatkan demensia (nyanyuk).

"Ia merangsang bahagian yang mengawal memori dan keupayaan kognitif. Tabiat itu membantu warga emas mengekalkan memori," katanya.

Peraturan yang rumit dan pengiraan markah membuatkan mahjung yang juga dikenali sebagai domino Cina memerlukan kekuatan mental yang tinggi. Selain itu, aspek sosial juga penting.

"Dalam mahjung, kamu perlu bermain dengan tiga orang lain. Ia sangat baik untuk bersosial kerana kamu perlu berinteraksi secara berterusan," terangnya.

"Saya separa bersara. saya bekerja pada waktu pagi dan berkumpul dengan rakan-rakan sambil bermain mahjung pada waktu petang," kata tukang jahit berusia 67 tahun, Yeung Fook ketika ditemui sedang bermain permainan itu di sebuah kedai pakaian.

"Saya lebih gembira ketika bekerja. Sangat bosan apabila hanya duduk di rumah," ungkapnya.

- AFP

Ahad, September 23, 2012

Merancang kewangan masa depan

APABILA berbicara soal kewangan dan sara hidup, antara persoalan yang sering ditimbulkan ialah sudahkah anda meluangkan masa merancang masa depan?

Dalam kesibukan mencari sumber pendapatan, menguruskan perniagaan dan menunaikan tanggungjawab kepada keluarga, sudahkah anda meluangkan masa untuk merancang masa depan?

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd., Zainudin Ishak, perancangan kekayaan strategik awal adalah penting untuk menjamin masa depan keluarga dan perniagaan anda.

"Pada hakikatnya kehidupan kita begitu sibuk dengan segala tuntutan kerja, perniagaan, keluarga dan pelbagai komitmen lain.

"Walaupun kita memberi keutamaan untuk memastikan agar kita dapat memberi nafkah kepada keluarga sekarang, kita kadangkala terlepas pandang dan tidak terlintas di fikiran untuk meluangkan masa merancang dan memikirkan tentang masa depan keluarga terjamin," katanya.

Menurut beliau, fokus perancangan sewajarnya berubah sejajar dengan perniagaan yang berkembang maju melalui pelbagai peringkat kitaran perniagaan yang berbeza iaitu 'survival', pertumbuhan dan kematangan.

Sebab itu katanya, perlu ada strategi kesinambungan perniagaan

"Langkah pertama untuk menentukan kaedah yang sesuai bagi melindungi perniagaan dan keluarga anda ialah dengan merangka strategi kesinambungan perniagaan.

"Setiap orang mempunyai keperluan dan matlamat kewangan masa depan yang berbeza dan khusus kepada cara hidup mereka. "Bergantung pada keperluan dan matlamat anda, pelan Takaful boleh disesuaikan untuk membantu anda dan keluarga mencapai matlamat tersebut," katanya.

Sebagai contoh katanya, ada yang mungkin mahu menyerahkan perniagaan kepada anak demi menjamin kesinambungan perniagaan. Atau mahu menjual perniagaan kepada rakan kongsi sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku.

Walau apa pun strategi katanya, pasti ada pelan yang boleh disesuaikan dengan keperluan khusus perniagaan anda.

"Strategi kesinambungan perniagaan yang rapi boleh memberikan anda ketenangan fikiran terhadap masa depan sekiranya anda atau individu penting lain meninggal dunia atau hilang upaya. "Dengan cara ini, keluarga anda dan orang tersayang boleh menampung keperluan kewangan mereka dengan lebih baik," kata Zainudin.

Antara manfaat strategi kesinambungan perniagaan katanya, ialah menggabungkan pelan takaful yang sesuai, ini termasuk strategi mengekalkan secara eksklusif perniagaan tersebut di tangan orang tertentu sahaja dengan mengehadkan pemindahan kepentingan perniagaan hanya kepada rakan kongsi, ahli keluarga atau kakitangan penting pilihan anda.

Di samping itu, strategi tersebut boleh memastikan kestabilan perniagaan dan mengurangkan risiko kredit yang boleh memberi jaminan yang lebih kukuh kepada pelanggan dan pemiutang.

- UTUSAN

Sabtu, September 22, 2012

Rahsia cantik Tiz Zaqyah

CANTIK rupa, cantik gaya dan indah tutur bicara serta cekal semangatnya. Seawal usia 24 tahun, Tiz Zaqyah sememangnya memiliki kecantikan yang asli.

Bentuk tubuhnya menawan dengan berat 48 kilogram pada ketinggian lima kaki tujuh inci.

Dalam satu pertemuan bersama pelakon terkenal ini, di Tanamera Spa, di Kuala Lumpur, dia diajukan soalan tentang rahsia kecantikannya.

"Tiada rahsia tertentu. Saya cuma pastikan sentiasa minum air masak sebanyak dua atau satu liter sehari terutama dilokasi penggambaran untuk menambah tenaga setelah seharian penat berada di lokasi," ujarnya.

Selain itu, Tiz juga akan sentiasa memastikan selesai sahaja penggambaran dilokasi dia akan membersihkan wajahnya terlebih dahulu sebelum tidur.

Dia juga mengamalkan rejim penjagaan kecantikan yang berasaskan dengan bahan-bahan semulajadi seperti membuat skrub menggunakan lobak merah.

"Saya mengamalkan skrub ini sejak di bangku sekolah lagi. Biasanya ibu saya yang akan membuatkan skrub tersebut dan saya hanya memakainya sahaja.

"Sejak mengamalkan penggunaan skrub lobak merah di muka, saya merasakan kulit muka bertambah halus. Sebulan sekali saya pasti memakainya," ujar pelakon yang meledak namanya melalui drama televisyen, Nur Kasih itu.

Tiz juga mengakui dia agak beruntung kerana tidak pernah mengalami masalah berat badan sejak dari remaja.

"Badan saya ini mudah turun mudah naik. Saya tidak pernah diet. Saya memang jenis suka makan nasi dan makanan yang pedas. Tapi saya pilih lauk ikan dan sayur. Itu sudah mencukupi.

"Tip saya menjaga perut ialah minum air 20 minit lepas makan. Air pun bukanlah jenis berais, setakat air sejuk atau air suam sahaja," ujar Tiz.

Selain menjaga pemakanan, dia juga sering memanjakan diri di spa dan paling gemar berurut.

Menurut Tiz , selepas berurut dia akan rasa begitu lega, segar dan benar-benar merehatkan mindanya.

"Tiz akan berurut sekurang-kurangnya tiga kali sebulan. Skrub badan pula dua kali seminggu, Tiz juga percaya bahawa aroma terapi memang memberi kesan untuk merehatkan minda seseorang," jelasnya.

Menurut si cantik itu lagi, jika tidak berlakon, dia memang bukan seorang yang gemar mengenakan solekan.

Apa yang akan dibuat sebelum keluar ialah sekadar memakai krim pelindung matahari dan sedikit gincu, alasannya supaya kulit bebas bernafas.

Tentang penjagaan kulit pula Tiz berkata, dia menggunakan rangkaian mandian May.

Baginya sentuhan mandian May dapat melembapkan kulit dan teksturnya sangat menyegarkan badan.

Produk itu diperkaya dapat memberi kesegaran sepanjang masa kepada pemakainya.

"Saya sangat menggemari baunya yang harum dan menyegarkan. Lebih penting baunya kekal lama pada kulit selain membuatkan kulit lembut dan licin," katanya.

- UTUSAN

Selasa, September 11, 2012

Ilmu Pelaburan Emas

SEJAK kebelakangan ini, cerita mengenai pelaburan emas semakin mendapat perhatian dan lebih banyak individu mula memilihnya sebagai medium pelaburan jangka panjang.

Bagaimanapun, tidak ramai mengetahui cara betul untuk melabur dalam komoditi itu, malah lebih membimbangkan apabila semakin banyak syarikat menawarkan skim pelaburan di laman sosial dan memaparkan longgokan emas untuk menarik pelabur.

Ikuti temu bual wartawan Bisnes Metro, Syarifah Dayana Syed Bakri dengan Ketua Pegawai Eksekutif, Hijjaz Gold Sdn Bhd, Md Zamri Mohamad Nazir mengenai pelaburan emas dan tip memaksimumkan pelaburan.

ADAKAH pelaburan emas boleh memberi banyak keuntungan kepada pelabur? Pelaburan emas boleh mendatangkan keuntungan, namun bergantung kepada harga emas ketika dibeli kerana tidak semua tempat menawarkan harga sama.

Terdapat dua cara untuk membeli emas iaitu melalui ejen yang mendapatkan bekalan emas dari kilang atau membeli emas terpakai. Kedua-dua cara ini boleh menguntungkan pelabur, namun memerlukan masa dan tidak boleh memberi keuntungan serta-merta.

Cara terbaik untuk mengoptimumkan keuntungan ialah dengan mendapatkan emas pada harga paling rendah iaitu melalui pembelian emas terpakai kerana ia tetap dikira sebagai emas walaupun patah atau rosak berikutan masih boleh dijual mengikut harga pasaran jika dileburkan.

Apakah langkah yang perlu diambil jika seseorang berminat membuat pelaburan emas? Sebelum membuat pelaburan dengan jumlah wang yang banyak, lebih baik sekiranya pelabur mendapatkan ilmu berkaitan emas.

Ini bagi membolehkan pelaburan yang dibuat tidak merugikan. Jika mengikut cara salah, pelaburan itu menjadi sia-sia dan pelabur mungkin menanggung kerugian walaupun ia berkaitan pelaburan emas.

Pastikan jenis pelaburan ingin dibuat, sama ada untuk simpanan sendiri bagi jangka panjang atau melabur bagi mendapat keuntungan kerana ia membabitkan konsep dan sistem berbeza.

Selain itu, mereka yang berminat boleh mula memantau sendiri harga emas dunia di www.goldprice.org atau www.kitco.com untuk menilai sendiri turun naik harga emas dalam tempoh tertentu.

Jika seseorang berminat membuat pelaburan emas, yang mana harus dipilih sama ada melabur emas secara fizikal atau pelaburan berdasarkan harga emas semasa? Pelaburan emas fizikal adalah yang terbaik kerana pemilik emas boleh menilai dan memiliki emas dibeli. Malah, jika bukan untuk tujuan dijual, barangan berkenaan boleh dipakai atau disimpan neberikutan harganya terus meningkat serta dianggap aset.

Malah, ia boleh dijual atau digadai untuk mendapatkan wang tunai. Pelaburan emas berdasarkan harga emas tanpa mendapat produk emas dikategorikan haram kerana hanya membabitkan permainan harga tanpa memiliki emas sebenar.

Ia turut berisiko menyebabkan pelabur tertipu kerana tidak dapat menilai emas mengikut harga pasaran berikutan hanya bergantung kepada harga ditetapkan institusi kewangan yang kemungkinan bergantung kepada spekulasi pasaran.

Bagaimana jika seseorang individu merancang membuat simpanan emas sebagai pelaburan jangka panjang? Menabung emas lebih baik daripada wang kerana harga emas boleh meningkat walaupun mengambil masa lama berbanding simpanan wang tunai yang boleh dikeluarkan bila-bila masa.

Langkah untuk menjadikan emas sebagai medium simpanan adalah tindakan baik, namun perlu bergantung kepada harga emas ketika dibeli.

Bagi memastikan simpanan emas memberi pulangan tinggi, pelabur perlu mendapatkan emas pada harga paling rendah sama ada melalui harga kilang atau membeli emas terpakai.

Apakah cara terbaik untuk mengelak terperangkap skim emas berunsur penipuan? Apa-apa bentuk perniagaan atau pelaburan yang ingin dilakukan perlu dilengkapkan dengan pengetahuan dan maklumat untuk mengelak pelabur tertipu.

Bagi melabur dalam emas, pelabur perlu mempunyai pengetahuan indeks harga emas, trend turun dan naik harga emas, cara mengenal pasti emas tulen dan tiruan serta yang paling utama teknik mendapatkan emas paling murah.

Jika memiliki ilmu berkaitan emas, pelabur emas boleh mendapat keuntungan serta-merta sekiranya tahu cara yang betul.

- HARIAN METRO

Selasa, September 04, 2012

JAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41

JAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji:

Peringkat Gaji Minimum - Gaji Maksimum

P1 : RM1,908.45 - RM5,466.95
P2 : RM2,015.37 - RM5,781.39
P3 : RM2,127.01 - RM6,122.73

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM225.00


Syarat Lantikan:


Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,908.45 ] atau
Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM2,112.86 ] dan
lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan di atas; atau
lulus Peperiksaan Khas; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


Deskripsi Tugas:
Melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian.


PANDUAN PEPERIKSAAN MEMASUKI JAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41 : http://www.pembangunanmasyarakat.com/hop.php?ref=my



Selasa, Julai 17, 2012

Tips Memutihkan Gigi

PENGAMBILAN minuman seperti teh dan kopi akan mengubah warna kecerahan gigi yang secara tidak langsung akan mencacatkan senyuman kamu. Berikut adalah tip untuk memiliki gigi cantik dan sihat :-

1. PETUA klasik untuk memutihkan gigi adalah menggunakan soda bikarbonat yang diletakkan pada berus gigi untuk mengurangkan hidrogen peroksida.

2. KITA boleh memutihkan gigi dengan menggunakan paste yang diperbuat daripada beberapa titis jus lemon yang telah dicampur dengan secubit garam. Gunakan paste tersebut ke gigi dan gosok secara lembut ketika sedang memberus gigi.

3. SARI buah epal dan cuka putih juga sangat berkesan untuk menghilangkan kesan karat pada gigi tapi elakkan dari menggunakan secara harian kerana ia boleh menimbulkan kerosakan pada lapisan enamel gigi.

4. KULIT limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut. Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau, ia mampu membantu menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi.

5. SELAIN teh dan kopi, buah-buahan seperti anggur merah, ceri, beri hitam serta beri biru juga mampu mengubah warna kecerahan gigi kamu. Jadi, berus gigi atau minum air putih selepas makan buah-buahan tersebut untuk mengelakkan kotoran melekat di gigi kamu.

6. KEJU mengandungi lactic acid yang berfungsi untuk melindungi gigi. Selain itu, ia turut mengandungi kalsium dan fosfor yang berguna dalam pembentukan enamel gigi.

7. NIKOTIN yang terkandung dalam rokok akan menyebabkan gigi kelihatan kekuningan dan sukar untuk dihilangkan kerana ia telah menembusi enamel. Dalam kes ini, gunakanlah produk pemutih gigi sebagai jalan penyelesaiannya.

8. JANGAN lupa membuat temu janji dengan doktor gigi sekurang-kurang enam bulan sekali untuk membuat scaling bagi mengeluarkan kotoran permukaan yang berpunca daripada pelbagai makanan.

- UTUSAN

Isnin, Julai 09, 2012

Mengurus kemahiran hidup elak berhutang

Oleh Pegawai Penyelidik
Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

LAPORAN Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) baru-baru ini menunjukkan tahap kualiti hidup rakyat Malaysia pada 2011 adalah meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Ini memberi gambaran bahawa terdapat peningkatan kemajuan kualiti hidup rakyat Malaysia yang merangkumi aspek fizikal, sosial dan ekonomi terutama dalam kemajuan diri, gaya hidup yang sihat, akses dalam memperoleh pengetahuan dan menikmati taraf hidup yang berkualiti dan lebih selesa.

Adalah penting menikmati taraf hidup yang berkualiti dan selesa demi mencapai sebuah negara maju menjelang 2020. Walau bagaimanapun, anjakan kepada negara maju dan berpendapatan tinggi ini perlu juga membawa kepada anjakan masyarakatnya yang mempunyai kemahiran hidup yang tinggi. Kemahiran hidup yang dimaksudkan adalah berkaitan soal mengurus kewangan.

Golongan muda ialah individu yang dikatakan kurang mementingkan pengurusan kewangan dan suka terpengaruh dengan gaya hidup di luar kawalan atau kemampuan kewangan mereka. Malah gaya hidup mereka yang tidak dapat membezakan antara kehendak dan keperluan serta keinginan hidup mewah menyebabkan pinjaman yang dibuat ini terus meningkat.Apabila keadaan ini berlaku, mereka akan terjebak dengan masalah hutang yang akhirnya menyebabkan mereka gagal melunaskan pinjaman.

Ada juga golongan muda yang berhutang untuk tujuan peribadi. Sebagai contoh berhutang untuk menyertai skim cepat kaya. Mereka sanggup meminjam wang dari institusi kewangan hanya untuk mencuba mengubah ‘nasib’ melalui skim tersebut. Ada yang sanggup berhutang sehingga mencecah berpuluh-puluh ribu ringgit. Mereka tidak sedar bahawa jika jumlah hutang yang dibuat melebihi RM30,000 misalnya, dan mereka tidak dapat melunaskannya mengikut ketetapan bank, kemungkinan mereka akan dikenakan tindakan undang-undang dan berakhir dengan kebankrapan.

Kesan secara langsung mereka yang dibelenggu pinjaman dan hutang piutang ini boleh menjejaskan produktiviti di tempat kerja dan kadang-kala menyebabkan terjadinya pertengkaran dan mencetuskan pergaduhan dalam keluarga. Begitu juga dengan dengan alam pekerjaan misalnya, rekod peribadi mereka akan terjejas dan peluang untuk kenaikan pangkat, kekal dalam jawatan atau mendapat pekerjaan baru adalah sukar. Apabila keadaan ini berlaku adakah kualiti hidup dapat dicapai?

Memang tidak dinafikan dalam kehidupan hari ini ramai orang yang seronok berhutang terutama orang muda. Sebabnya jika hendak membuat pinjaman kini adalah sangat mudah. Usaha tidak banyak tapi pinjaman yang diperoleh memang banyak. Hanya menunggu beberapa hari sahaja kelulusan pinjaman. Itulah sebabnya ramai masyarakat kita terutama golongan muda ini suka berhutang tetapi tidak pula bijak dalam mengurus atau melunaskan hutang mereka. Malah tidak ramai yang membuat penilaian sama ada hutang yang mereka ambil itu jenis hutang yang perlu atau sebaliknya.

Hutang yang tidak bersandarkan aset ini selalunya dikenakan kadar faedah yang tinggi oleh institusi kewangan kerana dianggap sebagai jenis hutang berisiko tinggi. Manakala tempoh bayarannya pula bergantung kepada jumlah wang yang dibayar.

Jika bayaran yang dibuat adalah jumlah yang minimum, individu itu akan mengambil masa lama untuk menjelaskan hutang kad kreditnya. Oleh itu, amat penting untuk seseorang untuk mengetahui tentang jenis-jenis hutang dan sebab mereka berhutang kerana mereka akan menjadi lebih fokus apabila menangani bebanan hutang kelak.

Berbeza dengan individu yang bijak mengurus kemahiran hidup dalam soal kewangan ini. Mereka hanya berhutang untuk membeli atau membina rumah kediaman, membeli kenderaan sebagai pengangkutan yang menjadi satu tuntutan pada zaman sekarang untuk berulang-alik ke tempat kerja. Hutang ini tergolong dalam jenis hutang yang bersandarkan aset.

Tempoh pembayaran yang panjang dan kadar faedah agak berpatutan bergantung keadaan ekonomi tempatan dan dunia. Hutang untuk membeli aset sebegini adalah satu lumrah kerana harga aset ini juga adalah tinggi dan jarang sekali dapat membeli secara tunai.

Justeru, hutang perlu diuruskan dengan cara yang teratur dan dilakukan dengan perancangan yang betul. Misalnya, apabila tibanya musim gaji, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah membayar hutang dan bil-bil bulanan seperti hutang kereta, rumah, bil air, bil api, hutang pinjaman pendidikan dan sebagainya.

Selepas membayar hutang, perbelanjaan barang keperluan perlu dibuat dengan sebaiknya bagi mengelakkan berlakunya pembaziran. Berbelanjalah dengan sebaiknya. Membeli sesuatu mengikut kemampuan dan tidak berbelanja melebihi kemampuan diri.

Dalam suasana masyarakat yang suka berhutang ini apa yang boleh difikirkan dan disyorkan dalam menangani isu ini, perlu dimasukkan satu subjek khas berhubung ilmu kemahiran kewangan peribadi kepada pelajar bermula di peringkat sekolah menengah atau di pusat-pusat pengajian tinggi. Pendedahan subjek pendidikan kewangan peribadi misalnya dapat membentuk individu lebih bertanggungjawab dalam mengurus soal kewangan mereka.

Apabila individu itu bijak dan pandai mengurus kemahiran hidup terutama dalam persoalan kewangan ini maka secara tidak langsung akan meningkatkan kualiti hidup yang lebih selesa untuk mencapai sebuah negara maju menjelang 2020.

- UTUSAN

Rabu, Mei 16, 2012

Virus W32.Shadesrat

Virus atau cecacing W32.Shadesrat merupakan satu program komputer berniat jahat yang dicipta oleh penjenayah siber dengan tujuan merosakkan sesebuah komputer yang dijangkitinya.

Ia menyerang sistem komputer tanpa disedari dan tanpa kebenaran yang empunya.

Ia mempunyai keupayaan untuk sabotaj fail audio dan video sedia ada yang terdapat dalam komputer yang dijangkitinya.

Cecacing itu juga akan menjangkiti fail-fail tertentu untuk melemahkan beberapa fungsi yang terdapat dalam sistem sesebuah komputer.

Cecacing tersebut akan membuka laluan tanpa kebenaran atau backdoor pada komputer yang dijangkiti. Ini membolehkan penceroboh menyerang komputer tersebut dari jarak jauh.

Sekiranya berjaya ditemui, sangat digalakkan dihapuskan terus cecacing itu.

Ia berupaya mereplikasikan dirinya ke kuantiti yang banyak dan disebarkan menerusi rangkaian komputer. Ini boleh menyebabkan masalah serangan DDoS.

Simptom Jangkitan Virus W32.Shadesrat

1. Ia akan menjangkiti dan memusnahkan fail-fail yang ada dalam komputer.

2.Membina fail-fail kontang atau junk files yang akan menghalang perjalanan operasi beberapa aplikasi komputer.

3. Melemahkan sistem keselamatan dan prestasi larian bagi sesebuah sistem komputer yang dijangkiti.

4. Mencuri maklumat privasi mangsa dan menembusi sistem keselamatan komputer yang dijangkiti.

5. Tidak membenarkan untuk melayari laman-laman web tertentu terutama laman-laman web antivirus dan lain-lain.

Bagaimana untuk menghapuskannya?

Sekiranya komputer kita dijangkiti cecacing W32.Shadesrat, hapuskannya secara manual atau menggunakan perisian antivirus atau sekuriti.

Namun begitu, sekiranya sudah dijangkiti, perisian sekuriti atau antivirus tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Ia juga akan menghalang untuk membuka pelayar web untuk dapatkan kemas kini fail keselamatan di Internet. Jadi, penyelesaian yang terbaik hapus dan buang cecacing itu secara manual.

Sebelum itu, pastikan ditutup fungsi aplikasi System Restore yang terdapat dalam Windows. Sila buka Task Manager dan berhentikan larian fail cecacing itu dalam sistem iaitu seperti Slide Show.exe.

Seterusnya, nyah sambung segala sambungan rangkaian yang terdapat pada komputer yang dijangkiti termasuk sambungan Internet. Seterusnya, larikan komputer yang dijangkiti itu dalam mod selamat atau Safe Mode.

Hapuskan cecacing W32.Shadesrat secara manual

1. Fail-fail yang bersangkutan dengan cecacing itu boleh didapati di %CurrentFolder%\[Nama_Cecacing].exe

Contoh: data.dat, Slide Show.exe, W32.Shadesrat

2. Kemasukan ke Windows Registry boleh diperoleh di beberapa kemungkinan laluan yang berikut dan ia perlu dihapuskan:

HKEY_CURRENT_USER\Software\VB and VBA Program Settings\SrvID\ID\[8 hingga 10 aksara secara rawak]

HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\

CurrentControlSet\Services\

SharedAccess\Parameters\

FirewallPolicy\StandardProfile\

AuthorizedApplications\List\

"%CurrentFolder%\[NamaCecacing].exe"

> "%CurrentFolder%\[THREAT FILE NAME].exe:*:Enabled:Windows Messanger"

HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\

Microsoft\Windows\CurrentVersion\

policies\Explorer

HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\

Microsoft\Windows\CurrentVersion\

policies\Explorer\run

HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\

ControlSet001\Control\MediaResources

\msvideo

HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\

CurrentControlSet\Control\

MediaResources\msvideo

HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\

W32.Shadesrat

Penghapusan cecacing secara manual perlu dilakukan dengan berhati-hati dan betul.

Sebelum melakukannya, buat salinan pendua kepada Windows Registry dan data yang tertentu. Setelah itu pastikan juga, dikemas kini keselamatan Windows dan perisian anti-virus yang digunakan.

Lakukan imbasan dengan perisian anti-virus yang telah dikemas kini untuk pastikan virus cecacing itu sudah tiada dalam komputer yang telah didijangkiti itu.

- UTUSAN

Isnin, Mei 07, 2012

TIPS PANDUAN LULUS PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK (PTD)

Panduan Lulus Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) 


Untuk mendapatkan Panduan Lengkap Peperiksaan Online SPA bagi Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik - PTD Gred M41, sila dapatkan di: http://jvsecurepay.com/affiliates/ptd/28


"Bahan bacaan ini adalah maklumat yang dijamin dapat membantu mereka yang mahu lulus peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik. Apabila ia dibaca, dan praktiskan terus.

Ini adalah kata-kata yang dihimpunkan daripada para pembaca yang telah mengaplikasikan segala maklumat yang dikongsikan dalam e-book Tips PTD yang lepas.

Buat pengetahuan umum, e-book ini telah membantu orang ramai untuk tampil lebih berkeyakinan dan berilmu, semasa menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang bakal berlangsung.

Untuk mendapatkan Panduan Lengkap Peperiksaan Online SPA bagi Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik - PTD Gred M41, sila dapatkan di: http://jvsecurepay.com/affiliates/ptd/28

E-book Tips PTD - Soalan Bocor, Langgar Undang-undang?

Terdapat satu pertanyaan yang menarik daripada prospek yang berminat. Soalannya agak relevan memandangkan e-book ini telah terbukti banyak membantu orang ramai. Soalan itu adalah:

"Adakah e-book Tips PTD ini adalah soalan-soalan bocor daripada pihak SPA? Adakah e-book ini melanggar undang-undang?"

Bagi menjawab soalan ini, tim Tips PTD yang diketuai oleh Tuan Muaz Hadi menulis kenyataan seperti berikut:

"E-book Tips PTD tidak mengandungi sebarang soalan bocor. Kami juga tidak memperoleh maklumat berdasarkan 'kabel-kabel' tertentu atau sumber dalaman."

Tambah beliau lagi,

"Setiap maklumat yang dihimpunkan dalam e-book ini adalah hasil penilitian dan kajian tim Tips PTD sendiri. Soalan-soalan tidak boleh didedahkan kerana tertakluk pada Akta Rahsia Rasmi (OSA)."

Namun begitu, apa yang ingin ditekankan di sini adalah, setiap isi kandungan yang dihimpunkan dalam e-book Tips PTD ini memberikan gambaran soalan yang seakan-akan sama dalam peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang bakal berlangsung ini.

Untuk mendapatkan Panduan Lengkap Peperiksaan Online SPA bagi Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik - PTD Gred M41, sila dapatkan di: http://jvsecurepay.com/affiliates/ptd/28

E-book Tips PTD - Hanya Untuk Mereka yang Serius Mahu Lulus

Jelas sekali, e-book ini bukan untuk semua. Ia adalah untuk para pembaca yang betul-betul serius mahu lulus dan diterima bekerja sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik.

Dalam e-book Tips PTD, kita akan memperoleh pakej-pakej maklumat seperti berikut:

* Pecahan format setiap seksyen - Tim Tips PTD memberikan maklumat secara terperinci mengenai format untuk setiap seksyen.


* 180+ Contoh soalan matematik - Koleksi soalan Matematik Khas Peperiksaan Kerajaan. Harga sebenar untuk pakej ini adalah RM40 jika dibeli secara berasingan.

* Nota isu semasa - Nota isu semasa yang terkini yakni versi 2011/2012 yang diperoleh daripada sumber autoriti. Nota ini sangat penting untuk kita lulus dalam peperiksaan PTD ini.

* Kemaskni percuma (Selama 5 tahun) - Ini adalah tawaran gila yang ditawarkan oleh penulisnya, iaitu Tuan Muaz Hadi. Kita akan diberikan nota kemaskini percuma setiap kali peperiksaan PTD yang berlangsung setiap tahun.

Ini bermakna, apabila kita membeli e-book Tips PTD, kita sebenarnya telah menjimatkan ratusan ringgit dan berjam-jam masa untuk mendapatkan maklumat, bagi mempelajari cara yang betul supaya lulus dalam peperiksaan PTD.

E-book Tips PTD - Jaminan Pulang Wang Semula

Mereka sudah membantu lebih 7,000 calon peperiksaan kerajaan sejak tahun 2009. Andai kata kita gagal dan tidak berpuas hati dengan e-book Tips PTD, terus minta semula wang kita serta merta.

Tuan Muaz Hadi dan seluruh tim mereka berani membuat jaminan 'berani mati' ini. Kerana mereka percaya dengan jaminan "Pakej Sampai Lulus" yang ditawarkan selama 5 tahun. Beserta dengan kemaskini percuma untuk setiap edisi.

Beli E-book Tips PTD (Jaminan Pemulangan Wang Semula)

Jadi, tidak ada sebarang kerugian yang berpihak pada pembeli. Semua risiko ditanggung oleh tim Tips PTD.

Sekiranya kita sudah melakukan tindakan seperti:

1. Beli Pakej e-book Tips PTD

2. Ulangkaji e-book.

3. Hadir ke peperiksaan.

Kemudian kita dapati setiap maklumat yang dibekalkan langsung tidak membantu. Terus hubungi tim Tips PTD untuk dapatkan semula wang kita 100%.

Beli Sekarang, atau Menyesal Kemudian

"Terima kasih atas tip dan bantuan yang diberikan mengenai peperiksaan awam Gred 41. Tip anda memang berguna dan membantu saya lulus dalam peperiksaan." - Koh Pea Kee, pembeli e-book Tips PTD.

Ratusan pembeli e-book sebelum ini sudah memanfaatkan apa yang dikongsikan dalam e-book Tips PTD. Tuan Muaz Hadi memaklumkan bahawa jualan e-book ini akan ditutup.

Ini kerana beliau dan seluruh tim mahu fokus untuk membantu para pembeli e-book Tips PTD. Justeru itu, buat keputusan.

Untuk mendapatkan Panduan Lengkap Peperiksaan Online SPA bagi Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik - PTD Gred M41, sila dapatkan di: http://jvsecurepay.com/affiliates/ptd/28

Untuk peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41.


Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41


Rabu, Mei 02, 2012

PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK / EXAM PTD


Untuk mendapatkan Panduan Lengkap Peperiksaan Online SPA bagi Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik - PTD Gred M41, sila dapatkan di: http://jvsecurepay.com/affiliates/ptd/28


PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK / EXAM PTD

Kepada calon yang telah mendaftar permohonan Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), boleh membuat Semakan Panggilan Peperiksaan Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di : http://www.spa.gov.my/

Peperiksaan akan dijalankan di seluruh Malaysia pada 19 Januari 2016

PANDUAN LENGKAP SOALAN PEPERIKSAAN PTD

Untuk mendapatkan Panduan Lengkap Peperiksaan Online SPA bagi Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik - PTD Gred M41, sila dapatkan di: http://jvsecurepay.com/affiliates/ptd/28


Isnin, April 30, 2012

SEJARAH PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK - PTD


Untuk mendapatkan Panduan Lengkap Peperiksaan Online SPA bagi Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik - PTD Gred M41, sila dapatkan di: http://jvsecurepay.com/affiliates/ptd/28


SEJARAH PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK - PTD

Sejarah dan Latarbelakang

Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan awam terawal dan ‘premier’ yang telah bermula sejak zaman penjajahan British lagi iaitu pada 1904. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa asal usul perkhidmatan ini adalah lanjutan dari Malayan Civil Services sebelum ditukar kepada Malaysian Home and Foreign Services (MHFS) pada 1966. Pada 1971, nama Malayan Home and Foreign Services(MHFS) ini telah ditukarkan sekali lagi kepada Perkhidmatan Tadbir Diplomatik (PTD) sehinggalah ke hari ini.

Perkhidmatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) telah terlibat dalam setiap peringkat pembangunan negara, sejak sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini. Ia bermula dengan peringkat pengukuhan struktur pentadbiran negara (1950an sehingga lewat 1960an) dan peringkat perlaksanaan program pembangunan infrastruktur sosial, ekonomi dan perindustrian (1970an).

Pada 1960an dan 1970an juga perkhidmatan awam merupakan engine of growth kepada negara sebelum dipindahkan kepada sektor swasta, dan diteruskan pada era 1980an sehingga sekarang dengan peranan untuk bertindak sebagai pemacu dan pemandu kepada kemajuan negara. Bagi kebanyakan orang, tugas utama bagi penjawat dalam perkhidmatan ini sudah pasti, tidak lain dan tidak bukan, iaitu sebagai diplomat di mana-mana kedutaan ataupun pejabat pesuruhjaya tinggi di negara-negara asing.

Kebanyakan dari pemohon-pemohon juga sewaktu sesi temuduga apabila ditanyakan tentang bidang tugas PTD, pasti akan menjawab bidang tugas PTD ialah sebagai diplomat, bertugas dengan Wisma Putra, dan sentiasa ke luar negeri. Ini merupakan suatu tanggapan cetek dan terlalu sempit sedangkan bidang tugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik adalah amat luas. Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik sebenarnya mengisi pelbagai peringkat jawatan.

Sebenarnya, perkhidmatan ini mempunyai bidang pengkhususannya yang tersendiri, iaitu :
- Hubungan Antarabangsa dan Luar Negeri,
- Keselamatan dan Pertahanan Negara,
- Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
- Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah / Tanah / Daerah / Tempatan,
- Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
- Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi,
- Pengurusan Sumber Ekonomi
- Pengurusan Sumber Kewangan.

Kesemua bidang pengkhususan ini membolehkan penjawat dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik ditempatkan di Kementerian-Kementerian, Jabatan-Jabatan Persekutuan, Pejabat-Pejabat Setiausaha Kerajaaan Negeri, Pentadbiran Kerajaan Tempatan dan terdapat juga yang ditempat dan dipinjamkan ke badan-badan berkanun dan badan-badan antarabangsa. Perkhidmatan ini memegang kepimpinan utama di semua kementerian dan di pelbagai jabatan persekutuan serta sebahagian pentadbiran negeri sebagai Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Duta, dan juga Pegawai Daerah.

Sumber : www.ptdportal.com

Panduan Memasuki Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)

Untuk mendapatkan Panduan Lengkap Peperiksaan Online SPA bagi Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik - PTD Gred M41, sila dapatkan di: http://jvsecurepay.com/affiliates/ptd/28


Jumaat, April 20, 2012

Kebaikan dan keburukan hutang

Pada tahun 2003, Abdul (bukan nama sebenar) telah memohon pembiayaan peribadi dari sebuah institusi kewangan di mana pembayaran balik hutang itu setiap bulan berlanjutan sehingga tujuh tahun.

Bagaimanapun empat tahun kemudian, Abdul mengalami satu 'kecemasan' kewangan yang memaksa dirinya memohon satu lagi pinjaman baru dari institusi kewangan yang sama.

Satu daripada terma dan syarat pinjaman baru ini mewajibkan dana yang dipinjam diguna bagi melunaskan hutang yang lama.

Ini dikenali sebagai 'pinjaman bertindih' di kalangan institusi kewangan. Tetapi ansuran bulanan yang perlu dibayar beliau bagi pinjaman terbarunya adalah lebih tinggi (kerana Abdul perlu memohon jumlah yang lebih besar bagi melangsaikan pinjaman lama) dan masa pembayaran balik bagi hutang yang baru adalah selama 10 tahun.

Dari satu sudut, Abdul dapat sumber dana bagi menyelesaikan masalah kewangan semasa yang dihadapi beliau tetapi dari satu aspek yang lain beliau kini dibelenggu oleh beban hutang yang baru untuk selama 10 tahun.

Pembiayaan Peribadi

Menurut pakar rujuk kewangan Ng Lai Wai, terdapat beberapa sebab kenapa terdapat anggota masyarakat memohon pinjaman.

"Ada yang memohon pinjaman untuk membeli rumah, kereta dan memulakan perniagaan. Biasanya mereka terpaksa membuat pinjaman kerana tidak mempunyai dana untuk pembelian," kata beliau.

Menurut beliau, kini terdapat banyak institusi kewangan yang menawarkan kemudahan pinjaman peribadi tanpa penjamin atau cagaran.

"Pemohon hanya perlu menyertakan dokumen yang diperlukan dan hanya menunggu kelulusan. Kadangkala kelulusan datang dengan cepat, tidak sampai tujuh hari bekerja dari tarikh permohonan," kata Ng.

Menurut beliau, pinjaman peribadi adalah jenis pinjaman yang 'tidak bercagar' iaitu peminjam tidak perlu meletakkan apa-apa sekuriti atau cagaran bagi menjamin pembayaran balik pinjaman itu.

"Disebabkan tiada jaminan atau cagaran terlibat, kadar faedah pinjaman seperti ini adalah tinggi jika dibandingkan dengan pinjaman bercagar contohnya yang menggunakan rumah sebagai cagaran.

"Kadar faedah yang agak tinggi disebabkan tiada 'ganti' terhadap jaminan pinjaman dalam bentuk aset. Sebab itulah kadar faedah pinjaman peribadi adalah tinggi," kata beliau.

Kadar Faedah Rendah

"Kalau si peminjam memiliki rumah, beliau boleh mencari alternatif bentuk pinjaman yang menawarkan kadar faedah yang rendah seperti pinjaman ekuiti rumah. Tetapi opsyen pinjaman ini memerlukan peminjam meletakkan rumahnya atau hartanahnya yang lain sebagai cagaran.

Menurut Ng, tidak kira sama ada pinjaman yang dibuat itu bercorak peribadi atau di sebaliknya, ia digunakan untuk membiayai perbelanjaan yang agak besar.

Peminjam akan diberi dana sekali gus dan bersetuju membayar balik amaun bulanan pada kadar yang ditetapkan sehingga hutang itu dilunaskan.

"Bayaran bulanan adalah bayaran balik jumlah prinsipal (jumlah hutang yang dipohon) serta jumlah faedah," jelas beliau.

Pembiayaan peribadi mungkin adalah satu-satunya opsyen bagi peminjam yang tidak mempunyai rumah, hartanah atau aset lain yang boleh digunakan sebagai sekuriti atau jaminan.

Bagi Ng, pinjaman peribadi adalah satu alternatif yang bijak bagi membantu perbelanjaan jika dibandingkan dengan penggunaan kad kredit yang mengenakan faedah yang amat tinggi.

Penyusunan Semula Hutang "Pinjaman peribadi juga boleh digunakan bagi penyusunan semula hutang sekiranya faedahnya adalah lebih rendah berbanding faedah kad kredit. "Tetapi jika anda mempunyai skor (rekod) kredit yang agak rendah, mungkin sukar untuk dapat pinjaman peribadi yang faedahnya rendah melainkan mendapatkan ahli keluarga atau orang lain bagi jadi penjamin iaitu mereka memberi jaminan membayar hutang tersebut jika anda gagal membayarnya.

"Dalam situasi ini, si penjamin akan membuat bayaran jika anda gagal melunaskan bayaran bulanan, oleh itu faedah yang dikenakan bagi pinjaman boleh dirundingkan untuk lebih rendah bergantung kepada budibicara institusi kewangan yang terlibat.

"Jika gagal membuat bayaran, pemberi pinjaman juga berhak merampas harta yang dicagarkan," kata beliau.

Komitmen

Memandangkan pinjaman adalah satu komitmen, si peminjam perlulah berhati-hati dalam membuat keputusan.

Ng juga menasihati peminjam agar memilih pemberi pinjaman (institusi kewangan) yang dirasakan betul-betul dapat membantu.

"Bukan senang pilih pemberi pinjaman yang betul. Bukan hanya dengan melihat pada kadar faedah yang rendah. Haruslah diingat bahawa pinjaman yang mengenakan kadar faedah rendah selalunya mengenakan tempoh bayaran yang agak lama. "Bila pilih institusi peminjam, lihat juga sama ada ia teguh, fleksibel tentang skim bayaran bulanan dan kadar faedah yang dikenakan, kata Ng.

Tambah beliau, bila seseorang itu membuat pinjaman memang ada baiknya beliau membuat penilaian terhadap kebaikan dan keburukan pinjaman terlebih dahulu.

Dengan pinjaman wang, membolehkan seseorang itu mempunyai dana dan mencapai objektif. "Tetapi harus diingat setiap pinjaman perlu dibayar balik beserta kadar faedahnya sekali. "Mungkin bagi sesetengah peminjam, terdapat persepsi bahawa pinjaman kewangan boleh menyelesaikan masalah bersangkutan. Itulah sebabnya kenapa walaupun ramai peminjam mendapati kesukaran membuat pinjaman, mereka masih meneruskan niat itu.

- BERNAMA

Isnin, Mac 26, 2012

Dedahkan anak anda dengan pengurusan kewangan

Menguruskan akaun simpanan, kad kredit atau mendapatkan pembiayaan perumahan adalah perkara biasa yang dilakukan oleh seseorang dewasa. Pengurusan wang ialah salah satu kemahiran asas hidup.

Namun, kemahiran ini tidak diajar secara formal di sekolah. Oleh yang demikian, tanggungjawab terletak di tangan ibu bapa agar memupuk amalan pengurusan wang yang baik di kalangan anak mereka.

Memang sukar untuk menentukan bila untuk bermula. Anda boleh memulakannya apabila mereka sudah pandai mengira. Bagi remaja, anda boleh mempertimbangkan beberapa cadangan berikut.

Langkah permulaan ialah dengan mengajar anak anda tentang cara menyediakan belanjawan atau bajet. Menyediakan belanjawan adalah kemahiran penting yang akan digunakan sepanjang hayat.

Anda boleh memulakannya dengan memberi anak remaja anda elaun dan bil untuk dijelaskan. Sebagai contoh, anda mungkin boleh meminta anak remaja anda membayar bil telefon atau belanja makanan di sekolah. Didik mereka tentang cara menyediakan belanjawan untuk menguruskan perbelanjaan tersebut setiap bulan.

Sejurus selepas itu, anda perlu mengajar mereka cara untuk membezakan antara keperluan dan kehendak. Sebagai contoh, sebuah telefon bimbit baru adalah kehendak dan bukan keperluan.

Ajar mereka untuk menangguhkan perbelanjaan untuk memenuhi kehendak dan tetapkan sasaran masa hadapan dan keperluan menabung mencapai matlamat tersebut.

Jangan terus menurut kemahuan mereka. Galakkan anak anda menabung untuk memenuhi matlamat jangka pertengahan dan jangka panjang mereka, seperti membeli telefon bimbit baru (matlamat jangka pertengahan) dan membeli kereta baru (matlamat jangka panjang). Ini akan membantu mereka memahami nilai sebenar wang dan tidak mengikut gerak hati apabila berbelanja.

Memandangkan kini terdapat banyak pilihan akaun simpanan remaja, dedahkan anak anda kepada cara menguruskan akaun bank.

Lebih baik menabung wang dalam bank daripada menyimpan di dalam rumah. Wang dalam akaun simpanan institusi perbankan Islam akan meraih keuntungan sedangkan wang yang ditabung di rumah tidak mendapat apa-apa manfaat dan mungkin hilang.

Perkenalkan kepada mereka konsep untung simpanan atau pantau penyata atau buku simpanan mereka untuk melihat simpanan dan pengeluaran. Anda juga perlu mendedahkan mereka kepada aspek perbankan seperti ATM atau mesin deposit tunai.

Seterusnya, anda mungkin mahu memperkenalkan mereka kepada konsep pembiayaan atau kad kredit. Di Malaysia, peraturan kita tidak membenarkan remaja untuk mendapatkan kad kredit atau pembiayaan.

Bagaimanapun, mereka mungkin memilikinya pada masa depan, jadi wajarlah mereka memahami fungsi pinjaman. Ini perlu diajar seiring dengan konsep belanjawan.

Kad kredit boleh menjadi satu alat berguna untuk memudahkan urus niaga atau menjadi sesuatu yang menimbulkan beban hutang. Jadi bincanglah tentang caj dan kadar keuntungan dikenakan atas kad kredit dan betapa pentingnya amalan membuat pembayaran penuh.

Mereka hendaklah memahami bahawa mereka harus mengelakkan diri daripada dibelenggu hutang kerana sebarang masalah pembiayaan akan menyebabkan mereka disenaraihitamkan atau dipalit sejarah kredit yang negatif.

Dari sudut yang lebih positif, jika anak remaja anda sudah banyak menabung, anda boleh memperkenalkan konsep pelaburan kepadanya.

Ini termasuk berbincang tentang akaun pelaburan am, pasaran saham dan dana unit amanah, termasuk Amanah Saham. Mereka perlu memahami bahawa terdapat risiko apabila melabur. Tetapi dengan menanggung risiko, terdapat potensi pulangan yang lebih tinggi. Didik mereka tentang apa yang berlaku apabila pasaran saham naik atau turun.

Diharapkan petua ini dapat membantu anda berbincang dan memberikan pendidikan asas kepada anak remaja anda.

- UTUSAN

Jumaat, Mac 23, 2012

Raih kepercayaan pelanggan

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN

SALAH satu cabaran utama sesuatu perniagaan, khususnya perniagaan baru ialah membina perniagaan yang berkualiti. Apabila perniagaan anda mula berkembang, anda perlu berurusan untuk membina hubungan dengan pelanggan baru.

Dalam kaji selidik, sebab terbesar seseorang pelanggan itu membuat keputusan untuk membeli atau tidak membeli ialah apabila mereka merasakan 'kepercayaan dan keyakinan' terhadap barang atau perniagaan berkenaan.

Sememangnya kepercayaan pelanggan (customer trust) itu amat penting di dalam mana-mana perniagaan sekalipun. Tidak kiralah dalam talian (online) atau luar talian (offline), pelanggan adalah elemen penting yang memberi nafas kepada sesebuah bisnes. Pendek kata, tanpa pelanggan tiadalah bisnes.

Dalam perniagaan di Internet, adalah penting untuk kita membina kepercayaan kepada pelanggan. Sebab pelanggan atau bakal prospek melakukan transaksi tanpa bersemuka dengan pihak yang mengendalikan sesuatu perniagaan.

Pelanggan mengenali penjual hanya menerusi internet sahaja. Bakal prospek pasti tidak yakin pada sesuatu perniagaan kalau mereka tidak mempunyai kepercayaan atau keyakinan terhadap perniagaan berkenaan.

Oleh sebab itu, kepercayaan bukanlah sesuatu yang boleh dibina dalam beberapa hari. Ia memerlukan masa yang panjang dan usaha yang berterusan untuk membina kepercayaan, namun ini bukanlah bererti ia satu tugas yang sukar.

Kepercayaan dan keyakinan yang tinggi terhadap sesebuah perniagaan boleh memberi impak yang mendalam dalam menentukan kejayaan organisasi tersebut.

Lebih-lebih lagi dalam membina keuntungan yang ternyata amat sukar diperoleh. Justeru, sesuatu perniagaan khususnya perniagaan yang baru bertapak perlu dibina di atas dasar yang betul dan jelas.

Berikut adalah dua bahagian penting yang boleh diadaptasikan untuk anda membina kepercayaan pelanggan kepada anda.

Semakin tinggi kepercayaan, semakin banyak bilangan barangan yang anda boleh jual dan semakin mahal harga yang anda boleh letakkan.

1) Bina kepercayaan pelanggan terhadap diri anda

Kepercayaan terhadap diri anda terbina melalui dua aspek utama iaitu pemerhatian pelanggan sendiri terhadap diri anda dan apa yang mereka dengar daripada orang lain.

Pemerhatian mereka meliputi apa yang mereka lihat, apa yang mereka dengar dan apa yang mereka tahu tentang diri anda.

Sebagai contoh, jika anda menjual produk menjadi jutawan, tetapi anda sendiri menggunakan kereta kancil. Mereka tidak akan percayakan anda.

Ini samalah seperti seseorang dengan berat badan 150 kilogram bercerita mengenai ubat menurunkan berat badan.

Anda perlu terlebih dahulu sanggup dan boleh menjadi role model kepada pelanggan anda. Pendek kata perlu ada nilai walk the talk.

Untuk membina kepercayaan, kualiti diri adalah sangat penting. Dalam dakwah lisanul hal lebih memberi impak berbanding dengan pendekatan-pendekatan yang lain.

Ini kerana manusia akan lebih dan mudah terkesan dengan apa yang dilihat berbanding dengan apa yang didengar atau dirasa.

Anda juga perlu sentiasa melakukan sesuatu secara konsisten. Pengurusan masa hendaklah diberi perhatian yang serius, jangan bercakap atau janjikan sesuatu yang anda tidak mampu penuhi.

Jika anda berjanji untuk bertemu pada pukul sembilan, sampai sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal. Perkara-perkara kecil sebegini banyak membantu membina kepercayaan pelanggan terhadap diri anda.

2) Bina kepercayaan pelanggan terhadap produk atau servis anda

Membina kepercayaan terhadap produk anda adalah juga sesuatu yang sangat penting kerana pelanggan yang berpuas hati akan terus bercerita kepada orang lain mengenainya.

Promosi mulut ke mulut seperti ini adalah sesuatu yang paling berkesan untuk membina kepercayaan pelanggan supaya mereka membeli daripada anda.

- UTUSAN

Selasa, Mac 06, 2012

Bagaimana mahu menarik lebih pelanggan internet

Oleh HASANI HASSAN

SEMUA orang tahu bahawa setiap perniagaan memerlukan pelanggan. Tanpa pelanggan maka tiadalah urusniaga kewangan yang akan memberikan pulangan pelaburan yang diharapkan. Tetapi bagaimanakah anda menarik pelanggan kepada perniagaan menerusi Internet?

Ramai orang fikir bahawa dengan membina sesuatu laman web maka pelanggan perniagaan mereka akan datang secara automatik.

Sedarlah bahawa itu hanya mitos moden yang sudah tidak relevan ketika ini.

Pernahkah anda terfikir bagaimana seseorang bakal pelanggan tahu kewujudan perniagaan anda dalam dunia siber jika terdapat berbilion laman web di Internet?

Jika anda inginkan bakal-bakal pelanggan perniagaan anda datang mengunjungi laman web, terdapat beberapa perkara yang harus diselesaikan terlebih dahulu.

Enjin carian dan pautan

Perkara pertama yang harus dilakukan apabila laman web anda siap sedia untuk dikunjungi ialah dengan 'memberitahu' kewujudan laman tersebut kepada enjin pencari seperti Google dan Bing.

Cara yang paling mudah ialah dengan memberikan URL laman web anda kepada Google untuk dikunjungi menerusi http://www.google.com/webmasters/tools/submit-url.

Jika Google tahu URL laman web anda, barulah ia boleh mengindekskan kandungan laman anda ke dalam pangkalan data cariannya. Sebaliknya jika tidak, maka laman web anda tidak mungkin akan muncul dalam apa-apa carian di Google.

Google juga menyediakan kemudahan untuk webmaster melalui http://www.google.com/webmasters/tools yang boleh digunakan untuk anda mendaftarkan URL laman-laman web anda kepada Google serta mendapat laporan atau statistik penting mengenai trafik.

Begitu juga dengan enjin pencari Bing, anda boleh gunakan kemudahan Webmaster Bing menerusi http://www.bing.com/toolbox/webmaster.

Bagi enjin carian Yahoo, anda sudah tidak perlu melakukan perkara yang sama kerana Yahoo kini bekerjasama dan berkongsi pangkalan data dengan Bing.

Sementara enjin-enjin carian yang lain tidaklah terlalu kritikal kerana kombinasi Google dan Bing (serta Yahoo) boleh dikatakan sudahpun merangkumi lebih 90 peratus daripada trafik pengguna untuk enjin carian.

Selain mendaftarkan URL ke enjin carian, anda juga wajar mendaftarkan laman web anda ke direktori-direktori yang khusus mengikut bidang-bidang perniagaan yang diceburi.

Senarai direktori yang bersesuaian mengikut bidang perniagaan dan pelanggan sasaran anda boleh sahaja dicari menerusi enjin carian.

Sebahagian besar daripada direktori yang ada di Internet adalah percuma, manakala selebihnya ada mengenakan caj tertentu berdasarkan kelebihan yang ditawarkan.

Kelebihan itu, adalah sama ada direktori itu benar-benar fokus kepada kumpulan sasaran anda ataupun mempunyai kelebihan dari aspek kedudukan ( ranking) enjin carian.

Jika laman web anda didaftarkan dan dipaparkan di laman-laman yang mempunyai kedudukan enjin carian yang tinggi maka ia juga akan memberikan kesan positif kepada populariti laman anda sendiri, sekali gus meningkatkan kebarangkalian laman web anda itu diutamakan dalam hasil carian.

Tujuan mendaftarkan laman web ke dalam direktori selalu adalah berkisar kepada dua sebab utama sahaja, iaitu pertamanya memberi pendedahan laman web anda kepada potensi pengunjung yang merujuk kepada direktori terbabit.

Keduanya adalah untuk meningkatkan 'nilai kewibawaan' laman web anda di mata enjin pencari. Ini kerana pada dasarnya enjin pencari menganggap jika laman web anda dipaut dari laman web lain maka itu menjadi kayu ukur kepada kewibawaannya.

Ini juga bermakna jika lebih banyak laman web lain membuat pautan kepada laman web anda, maka nilai itu lebih tinggi, dan selari dengannya, kedudukan laman web anda juga meningkat.

Kualiti kandungan

Cara yang terbaik untuk meramaikan pengunjung ke laman web anda ialah dengan menyediakan kandungan yang menarik, berguna dan mencetuskan rasa dahagakan maklumat dalam kalangan mereka.

Kandungan yang eksklusif dan tidak boleh dijumpai di tempat lain ataupun lebih baik daripada laman web pesaing juga akan memberikan kelebihan kepada anda.

Secara semulajadi, laman blog atau laman berita adalah jauh lebih popular berbanding laman korporat atau laman berbentuk jualan semata-mata. Hal ini adalah kerana pengguna inginkan informasi dan sesiapa yang boleh menawarkannya akan lebih mendapat perhatian.

Justeru, jika syarikat anda memiliki laman web korporat atau laman web portfolio produk, anda wajar mengintegrasikan laman blog ke dalamnya dan mula memuatkan kandungan yang berkaitan dengan perniagaan anda.

Contohnya, jika syarikat anda menyediakan perkhidmatan kawalan serangga perosak, maka sediakanlah blog dengan hidangan maklumat yang mendidik pengguna tentang bagaimana mencegah dan merawat masalah yang disebabkan oleh serangga perosak itu.

Jika anda menjual produk kesihatan pula, berkongsilah tips-tips kesihatan atau paparkan statistik-statistik yang berkaitan dengan dunia kesihatan.

Ini bukan sahaja menarik minat pelanggan tetapi juga memberikan kelebihan untuk diindekskan oleh enjin carian seperti Google dan Bing.

Artikel yang anda tulis dan muatkan dalam laman blog perlulah berbentuk 'menyelesaikan masalah' yang mungkin dihadapi oleh pengunjung, atau sekurang-kurangnya menghiburkan mereka.

Blog yang kerap dikemaskini juga adalah lebih baik berbanding maklumat yang statik.

Selain artikel, anda juga boleh menggunakan video.

Menghasilkan video bukanlah rumit seperti yang ramai bayangkan, malah anda boleh merakamkan video yang berkualiti hanya menggunakan telefon bimbit anda sahaja, cuma pastikan pencahayaannya adalah cukup.

Video tersebut boleh dimuat naik ke laman YouTube.

Selain video sendiri, anda juga boleh berkongsi video-video tentang topik berkaitan produk atau perkhidmatan anda, yang sedia ada di YouTube atau lain-lain laman video.

Masukkan kod HTML dari laman video tersebut dan taipkan sedikit komen anda mengenai video tersebut sebagai pengenalan.

Video berbentuk testimonial pelanggan juga amat membantu sekiranya anda boleh mendapatkan beberapa orang pelanggan yang telah berpuas hati dengan produk atau perkhidmatan anda untuk berkongsi pengalaman mereka di hadapan kamera.

- UTUSAN

Ahad, Mac 04, 2012

Foto - Fikir dulu sebelum rakam

Oleh ABD. HALIM HADI
pcdanpen@gmail.com

MERAKAM gambar bukan sesuatu yang sukar untuk koleksi peribadi namun anda boleh mendapatkan gambar yang lebih menarik sekiranya memahami cara dan mematuhi tertib fotografi. Di sini beberapa panduan mudah yang boleh membantu memperbaiki kualiti dan persembahan gambar anda.

Memahami fungsi kamera

Tanpa memahami kegunaan asas pada kamera, anda akan terus mengagumi gambar yang dirakam oleh rakan-rakan sedangkan kamera yang dimiliki sendiri cukup baik dan mampu mendapatkan hasil yang sama.

Luangkan sedikit masa untuk meneliti beberapa ikon dan butang bergambar pada kamera dan cuba fahami apakah fungsinya.

Semua fungsi ini tidak dicipta tanpa sebarang kelebihan jika menggunakannya, misalnya ikon muka manusia membantu rakaman gambar potret yang lebih baik, ikon orang berlari untuk merakam subjek bergerak, ikon gunung untuk pemandangan dan ikon bunga untuk rakaman jarak dekat.

Secara teorinya, semua fungsi automatik ini merakam gambar lebih baik jika digunakan bersesuaian dengan keadaannya.

Gubah dengan cermat

Dalam dunia digital kini ramai berpendapat gambar yang tidak menarik mudah disunting semula di dalam komputer padahal sekiranya rakaman digubah dan dirakam dengan baik ia lebih menjimatkan masa.

Mengubah kedudukan dan sudut sebelum menekan butang kamera merupakan satu daripada kaedah untuk mendapat keseimbangan (komposisi) kandungan dalam gambar.

Asasnya perhatikan supaya paras horizon gambar tidak senget dengan bingkai dan jika merakam gambar manusia di dalam kumpulan, pastikan tiada anggota badan yang terpangkas.

Untuk lebih menarik, cuba manfaatkan perspektif dengan unsur-unsur bentuk, garisan atau susunan yang mampu menarik perhatian.

Menghampiri subjek

Selepas memahami asas penggunaan, sekarang anda boleh keluar untuk merakam gambar. Langkah pertama dan asasnya, gambar yang dirakam pada jarak dekat akan kelihatan lebih jelas.

Subjek yang menjadi fokus utama akan kelihatan lebih menarik jika tampil pada sebahagian besar daripada bingkai gambar. Oleh itu, lebih baik sekiranya anda melangkah lebih dekat dengan subjek berbanding sekadar merakam sesuatu dari dalam kenderaan.

Subjek yang menonjol bukan sahaja dapat menimbulkan impak yang ketara malah mampu menyampaikan kisah di sebalik sesuatu gambar dengan lebih baik.

Perhatikan cahaya

Ini tidak bermaksud anda perlu menghalakan kamera ke arah matahari tetapi gambar dapat dihasilkan dengan lebih menarik sekiranya anda tahu ‘bekerjasama’ dengan arah sinaran matahari.

Simbahan cahaya sering kali memberi kesan warna yang berlainan, membentuk bayang dan menjadikan imej lebih kreatif berbanding gambar yang dirakam di tengah padang.

Antara undang-undang asas yang harus dipatuhi adalah tidak merakam gambar secara setentang dengan sinaran matahari kerana imej yang dirakam akan menjadi hitam.

Dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan, penggunaan flash boleh membantu.

- UTUSAN

Recent Posts