Memaparkan catatan dengan label Peraduan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peraduan. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 04, 2009

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL


"HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"

Sebelum saya teruskan dengan Contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL", saya ingin memberi sedikit motivasi kepada anda mengenai topik HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Seorang kawan saya mengeluh, dia mengalami kekecewaan dalam kehidupannya. Semangat hidupnya semakin menurun, semangat juangnya hampir habis. Dia berasa sudah letih bekerja keras dalam hidupnya, namun belum mencapai kejayaan yang diinginkan. Hidupnya gagal dan terus gagal. Dunia seakan runtuh baginya.

Pernahkah anda mengalami hal yang sama? Marilah kita melihat realiti kehidupan. Setiap orang pernah mengalami kekecewaan dan kegagalan dalam hidup. Bahkan kadangkala semuanya akan datang sekaligus menimpa seseorang. Kalau sudah demikian, kita merasa dunia seakan musnah. Hidup menjadi terasa berat dan seperti memikul beban yang tinggi. Biasanya banyak orang kemudian melihat segala sesuatu itu dari segi negatif.

Bagaimana untuk bangkit kembali?

Bagaimana caranya membangkitkan semangat kita yang sudah turun?

"HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"

1. Lakukan Perkara Positif Untuk Diri Sendiri

Marilah sekarang kita mencuba melihat sesuatu dari sudut pandangan lain iaitu dari segi yang positif. Lakukanlah sesuatu hal kecil-kecil dulu yang positif. Yang terpenting bertindak dari awal. Lakukan tindakan untuk diri sendiri yang positif. Dengan melakukan tindakan positif untuk diri sendiri akan dapat mengubah sikap hidup anda. Anda akan terfokus pada hal-hal positif sehingga melupakan hal yang negatif. Hari-hari anda akan berubah lebih baik.

2. Lakukan Hal Positif Untuk Orang Lain

Meskipun kecil, lakukan hal positif untuk orang lain. Fikirkan sejenak, apa yang dapat anda kerjakan untuk orang lain. Kemudian bertindaklah. Misalnya menolong orang lain, melayani orang lain dan memikirkan cara menyelesaikan masalah orang lain. Ingatlah bahawa hidup kita tidak untuk diri kita sendiri sahaja. Hidup juga untuk memikirkan orang lain. Demikian juga orang lain dicipta untuk melengkapi hidup kita. Memikirkan orang lain, sebenarnya juga memikirkan diri sendiri. Memikirkan orang yang berada dalam kesusahan dan kesulitan, sama halnya dengan membantu diri sendiri. Sekarang giliran andalah memperbaiki hidup melalui orang lain.

3. Bangun dengan Dunia Hidup Baru

Kegagalan dalam kehidupan adalah lumrah hidup di dunia ini. Walaupun hari ini kita gagal, esok kita mesti bangun dengan semangat dan kekuatan hidup yang baru. Banyak perkara positif dan baik dalam hidup anda, dan seringkali anda lupa bersyukur. Hargai dan bersyukurlah atas semua perkara baik dan positif yang sudah anda terima. Bersyukurlah di atas apa yang anda terima. Jangan takut untuk gagal kerana sekali gagal, tidak bermakna selamanya kita akan gagal. Ada masanya kita akan berjaya.

"HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"


Contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" telah dilancarkan dengan menawarkan hadiah lumayan berjumlah lebih RM3,750. Contest ini dianjurkan atas sokongan sponsor seperti DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.

"HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"

Contest ini mudah sahaja iaitu di penghujung contest (tarikh penutup akan diumumkan kemudian), blog yang tersenarai di sesawang pencarian google.com menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" pada ranking 1 - 5 akan memenangi hadiah bernilai RM500 setiap seorang dan pada ranking 6 - 10 akan memenangi hadiah bernilai RM250 setiap seorang. Hadiah bertuah untuk penyertaan ke 10, 25, 50, 75, 100 dan seterusnya setiap gandaan 25 bernilai RM50.

PENTING : Jangan lupa letakkan ayat - Saya dapat tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog MY ADHA : http://myadha.blogspot.com
(Letakkan di bahagian atas artikel anda)

Sertai cabaran Contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" sekarang! KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT SYARAT-SYARAT CONTEST DAN MEMENANGI HADIAH LUMAYAN

"HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"

Rabu, Ogos 19, 2009

PERADUAN DUIT RAYA MERDEKA MY ADHA - VEMMA 2009

HADIAH:
- WANG TUNAI BERNILAI RM100.00

TAJAAN:
HAZURA HAKIM JASMAN - VEMMA
http://www.bie.joebiznetwork.com
http://www.myvemma.com/hazurahakim

SYARAT-SYARAT:
- Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia (Tiada had umur & bangsa)
- Tempoh peraduan bermula dari 19 OGOS sehingga 9 SEPTEMBER 2009.
- Tiada had penyertaan, anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
- Pemenang akan ditentukan melalui jawapan yang tepat dan cadangan yang menarik.
- Keputusan adalah MUKTAMAD.
- Nama pemenang akan disiarkan di blog ini pada 11 SEPTEMBER 2009.
- Wang tunai akan dikreditkan terus ke akaun bank pemenang sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Untuk menyertai, sila isi borang penyertaan secara online:
BORANG PERADUAN DUIT RAYA MERDEKA MY ADHA

TARIKH TUTUP:
9 SEPTEMBER 2009 (11.59 MALAM)

TERIMA KASIH KERANA MENYERTAI KOMUNITI BLOG MY ADHA™

Untuk menambah pendapatan, anda dijemput mendaftar sebagai ahli VEMMA di : http://www.bie.joebiznetwork.com

Rabu, Julai 08, 2009

Peluang menangi kereta MyVi


Peraduan ini membolehkan orang ramai mengundi rekaan corak terbaik pada kereta MyVi dan seterusnya memiliki kereta tersebut jika pilihan mereka sepadan dengan penarafan paling popular.

HALLS, Dentyne dan Clorets baru-baru ini melancarkan peraduan Idamkan! Tarafkan! Menang! 2009 dalam pada majlis yang gilang-gemilang di Kuala Lumpur.

Pada majlis itu, sebanyak sembilan rekaan corak pada badan kereta MyVi telah dikemukakan oleh lapan pelajar dari beberapa kolej reka bentuk dan kesemua rekaan itu dipaparkan dalam borang peraduan replika yang besar.

Menurut kenyataan Cadbury Malaysia, setiap pereka memenangi hadiah tunai RM200 kerana rekaan corak mereka dimasukkan ke dalam borang peraduan Idamkan! Tarafkan! Menang! 2009.

Bakat muda yang berjaya memasuki pertandingan akhir itu adalah seperti berikut:

* Vince Chee Ven Hui, 20, Institut Seni Reka Raffles

* Terry Pang Choon Song, 22, Universiti Tunku Abdul Rahman

* Wong Sook Hwa, 20, Kolej Seni PJ

* See Chew Tei, 25, Akademi Seni Creart

* Sia Sin Ying, 19, Institut Seni Malaysia

* Phon Lim Shin, 24, Kolej Tunku Abdul Rahman, Setapak

* Chew Sai Win, 20, Kolej Antarabangsa Alfa

* Shirley Ng Li Ting, 19, Kolej Antarabangsa Alfa

Pemilihan sembilan rekaan ini berasaskan karya seni terbaik yang memberi takrif yang sesuai terhadap slogan Hebat, Menawan dan Meyakinkan yang dicorak pada badan kereta Myvi.

"Menerusi peraduan ini, kami harap ia bukan sahaja dapat mendekati generasi muda dengan menganjurkan kegiatan sedemikian tetapi juga menyerlahkan personaliti jenama menerusi kreativiti mereka.

"Mereka diberi ganjaran bagi karya mereka dan digalakkan untuk keluar dari kepompong sekali gus meneroka sempadan. Tambahan pula, kami mahu melibatkan lebih ramai pengguna menyertai peraduan ini," ujar Pengarah Pemasaran Cadbury Malaysia, Ng See Meng.

Menurutnya, peraduan unik ini membolehkan orang ramai mengundi rekaan corak pada badan kereta dan seterusnya memiliki kereta tersebut jika pilihan mereka sepadan dengan penarafan paling popular.

Pengguna boleh menghantar undian mereka sekarang melalui pos atau menerusi Internet di laman www.dentynecontest.com.my. Mereka juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah hebat mulai 15 Jun sehingga 16 Ogos ini. Peserta hanya perlu membeli mana-mana dua produk daripada Halls, Dentyne atau Clorets, menarafkan sembilan rekaan corak kereta dan jika pilihan yang diberikan itu sepadan dengan pilihan popular, mereka berpeluang memenangi hadiah yang ditempah khas seperti berikut:

* Hadiah Pertama x 1: Perodua MyVi

* Hadiah Kedua x 1: Komputer Riba Mini Acer Aspire One

* Hadiah Ketiga x 3: Kamera Digital Sony Cybershot

* 1 Hadiah Mingguan x 9: Telefon Bimbit

Peraduan ini terbuka kepada sesiapa yang berusia lebih daripada 18 tahun. Layari laman web www.dentynecontest.com.my untuk mendapatkan borang peraduan dan butiran lanjut mengenainya.

Khamis, Jun 18, 2009

KEPUTUSAN KUIZ BLOG MY ADHA - MALAYSIA ™ (JUN 2009)

SOALAN & JAWAPAN

Bilakah Penubuhan Malaysia?
B - 16 September 1963

Setelah meneliti jawapan dan slogan yang diberikan, tahniah diucapkan kepada saudara FAIRIL BIN DIN dari DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN kerana telah terpilih sebagai pemenang kali ini. Beliau akan menerima hadiah wang tunai RM50.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai peraduan ini. Walaupun tidak berjaya, diharap anda tidak berputus asa untuk menyertai peraduan lain di masa akan datang dan akan terus memberi sokongan kepada blog MY ADHA ini.

TERIMA KASIH.

Isnin, Jun 01, 2009

KUIZ MY ADHA - MALAYSIA ™ BULAN JUN 2009

SYARAT-SYARAT:
- Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia (Tiada had umur & bangsa)
- Tempoh peraduan bermula dari 1 JUN sehingga 16 JUN 2009.
- Tiada caj SMS tambahan dikenakan.
- Pemenang akan ditentukan melalui jawapan yang tepat dan slogan yang menarik.
- Keputusan adalah MUKTAMAD.
- Nama pemenang akan disiarkan di blog ini pada 18 JUN 2009.
- Hadiah wang tunai akan dikreditkan terus ke akaun bank pemenang yang berjaya.

HADIAH:
- WANG TUNAI BERNILAI RM50.00

SOALAN:
Bilakah Penubuhan Malaysia?
A - 31 Ogos 1957
B - 16 September 1963
C - 16 September 1969

SLOGAN:
Saya bangga menjadi rakyat Malaysia kerana ........

Sila SMS jawapan anda dengan menaip JAWAPAN (A, B atau C), SLOGAN, NAMA PENUH, LOKASI & E-MAIL / BLOG (Jika Ada) ke nombor : 016-9015000

TARIKH TUTUP :
16 JUN 2009 (11.59 MALAM)

TERIMA KASIH KERANA MENYERTAI KOMUNITI BLOG MY ADHA - MALAYSIA ™

Recent Posts