Memaparkan catatan dengan label Penolong Akauntan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penolong Akauntan. Papar semua catatan

Isnin, Jun 18, 2012

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK - PTD M41 (MEI 2012)



KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PTD M41 - MEI 2012

Semakan Keputusan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 yang telah diadakan pada 12 Mei 2012 boleh dibuat di : http://www.spa.gov.my/Portal/Semak_Online/Keputusan_Peperiksaan
atau
http://domino.spa.gov.my/sispek/keputusan_pe2.php?jawatan=Pegawai%20Tadbir%20dan%20Diplomatik%20Gred%20M41&pemerolehan=SM20120015&clnu_jdtid=139

Penilaian Kompetensi (PAC) bagi jawatan Pegawai Tabdir dan Diplomatik Gred M41 akan dimaklumkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)
http://www.spa.gov.my/



Khamis, Jun 14, 2012

Soalan Exam Online Penolong Akauntan W27




Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka, soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Penolong Akauntan, Gred W27.

Peperiksaan ini melibatkan dua kertas berasingan. Setiap kertas adalah penting untuk prestasi mengukur calon. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja.

Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) termasuk lulus ’Assessment Centre’ akan ditemu duga.

FORMAT SOALAN :

Ujian ini mengadungi dua seksyen iaitu:

(i) Seksyen A - Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

(ii) Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah

Dapatkan : PANDUAN & CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN BERTULIS PENOLONG AKAUNTAN W27


SEKSYEN A - PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING
Masa: 40 minit
Bilangan Soalan: 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik. Calon-calon sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini.

SEKSYEN B - DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa: 45 minit
Bilangan Soalan: 40

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan;

(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

(iii) Konsep-konsep Matematik
Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon. Calon-calon dalam jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

Dapatkan Contoh-Contoh Soalan dan Tips Menjawab Soalan PEPERIKSAAN PENOLONG AKAUNTAN W27 di : http://jvsecurepay.com/affiliates/w27akauntan/28/extra



MAKLUMAT TENTANG JAWATAN PENOLONG AKAUNTAN W27
http://myadha.blogspot.com/2012/06/jawatan-penolong-akauntan-w27.html


Isnin, Jun 11, 2012

Jawatan Penolong Akauntan Gred W27



JAWATAN PENOLONG AKAUNTAN GRED W27

Kumpulan: Sokongan

Kementerian / Jabatan : Jabatan Akauntan Negara



Jadual Gaji:

P1 : RM1,366.27 - RM3,570.75
P2 : RM1,444.90 - RM3,781.10
P3 : RM1,526.94 - RM3,998.07

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00   

Syarat Lantikan:

- Diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,667.08 ]
- Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,892.68 ]
lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penolong Akauntan Gred W27 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i. mempunyai kelayakan di atas; atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.


Dapatkan PANDUAN PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG AKAUNTAN W27

Khamis, Jun 07, 2012

SPA Bakal Laksana Temu Duga Kerja Pada Hujung Minggu Atau Malam

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengkaji beberapa pendekatan baharu untuk diguna pakai dalam masa terdekat ke arah mendahulukan rakyat, termasuk mengadakan sesi temu duga pada waktu malam atau hujung minggu.

Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam berkata temu duga di luar waktu kerja itu dijangka bermula minggu ini untuk memudahkan pemohon menghadiri sesi berkenaan mengikut waktu yang sesuai.

"Temu duga di luar waktu kerja ini hanya akan dibuat mengikut permintaan calon. Cara ini menyenangkan mereka kerana tidak mengganggu waktu kerja yang sedang mereka jalankan, dan tidak perlu memohon cuti untuk hadiri temu duga," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pertemuan Pengerusi SPA bersama media, Rabu.

Selain itu, Mahmood berkata SPA akan mengkaji punca kaum bukan Melayu kurang berminat bekerja dalam sektor awam kerana pada tahun lepas, hanya dua peratus memohon kerja melalui SPA berbanding 1.167 juta permohonan.

"Apakah silapnya? Adakah gaji tidak menarik? Atau adakah peperiksaan yang dijalankan begitu sukar menyebabkan ramai yang tidak layak. Jadi, yang ini kita akan kaji supaya dapat menemui jalan penyelesaian," katanya.

Mahmood berkata beliau tidak mahu ada pihak mendakwa hanya kaum Melayu mendominasi sektor awam, sedangkan penyertaan kaum bukan Melayu sangat dialu-alukan untuk mengisi pelbagai jawatan.

Mengikut statistik, beliau berkata pada tahun lepas, SPA menerima 893,292 permohonan daripada kaum Melayu dan 28,367 daripadanya dilantik berkhidmat dalam sektor awam.

Bagi kaum Cina pula, sebanyak 23,547 permohonan diterima dan hanya 3,686 dilantik sebagai penjawat awam, katanya.

"Sebanyak 36,729 permohonan lagi diterima daripada kaum India dan 2,316 daripadanya dilantik.

"Manakala, daripada kaum-kaum lain pula, SPA menerima sebanyak 170,124 permohonan dan 2,441 dilantik," katanya.

- BERNAMA


PANDUAN PEPERIKSAAN BERTULIS PENOLONG AKAUNTAN W27
http://www.penolongakauntan.com/hop.php?ref=my

Sabtu, Mei 26, 2012

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN JURUAUDIT W41 - 14 APRIL 2012

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN JURUAUDIT W41 - 14 APRIL 2012

Semakan Keputusan Peperiksaan Juruaudit Gred W41 yang telah dijalankan pada 14 April 2012 boleh dibuat di: http://domino.spa.gov.my/sispek/keputusan_pe.php?jawatan=Juruaudit+Gred+W41&peme\rolehan=SM20120008

26 Mei 2012

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)
http://www.spa.gov.my/





PANDUAN PEPERIKSAAN BERTULIS PENOLONG AKAUNTAN W27
http://www.penolongakauntan.com/hop.php?ref=my

Recent Posts