Memaparkan catatan dengan label Kerjaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerjaya. Papar semua catatan

Jumaat, April 29, 2016

Pilihan Lepasan SPM & STPM



Oleh: AHMAD ABD HAMID

Ke mana arah tuju pelajar selepas keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan? Inilah soalan rutin yang dihadapi oleh majoriti lepasan STPM dan SPM pelajar, malah ibu bapa, apabila keputusan kedua-dua peperiksan itu diumumkan setiap tahun.

Bagi tahun 2015, sejumlah 440,682 calon telah menduduki SPM dengan 9,721 mencapai kejayaan cemerlang dalam semua mata pelajaran (A+, A, A-). Bagi STPM pula seramai 4,711 calon mendapat Purata Nilai Gred Kumalatif (PNGK) 3.5 ke atas dengan 335 calon memperoleh PNGK 4.

Calon yang berjaya dan memenuhi syarat kelayakan pasti mahu meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Mereka memilih untuk mengikuti kursus yang mereka minati di pusat pengajian tinggi.

Ada yang bernasib baik mendapat apa yang dihajati. Ada yang berjaya mendapat tempat tetapi  gagal mendapat pusat pengajian tinggi atau kursus yang diharapkan, sebaliknya diberi pilihan lain di luar bidang yang diminati. Tidak kurang pula yang gagal sama sekali.

Bagi kebanyakan mereka, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara tradisi menjadi pilihan utama. Selain yuran pengajian yang lebih rendah kerana menerima subsidi kerajaan berbanding Institusi pengajian Tinggi swasta (IPTS), mereka berasa lebih `selamat’ dan selesa belajar di institusi milik kerajaan yang menawarkan pelbagai kursus sebagai pilihan.

PERMINTAAN MELEBIHI PENAWARAN

Namun 20 IPTA yang ada sekarang tidak dapat menampung ribuan lulusan SPM dan STPM. Jumlah yang layak berkali ganda daripada kekosongan yang ditawarkan sama ada untuk program ijazah pertama, diploma, atau asasi. Itu pun nasib baik ada program matrikulasi Kementerian Pendidikan. Sebahagian yang diterima belajar di program matrikulasi akan membuka peluang kepada yang lain untuk bersaing kerusi dan tempat di IPTA yang lain.

Oleh kerana terlalu ramai jumlah lulusan yang layak berbanding tempat yang ditawarkan oleh IPTA, akibatnya ramai yang gagal mendapat tempat. Selepas rayuan, masih ramai yang gagal. Mereka yang berada mungkin boleh memilih untuk meneruskan pengajian di IPTS. Bagi yang lain, perlu merancang semula apa yang terbaik demi masa depan mereka.

Pada masa yang sama, ramai juga lepasan SPM khususnya berpendirian bahawa keutamaan adalah untuk melanjutkan pengajian dalam bidang berteraskan akademik tanpa mengambil kira kursus apa yang diambil.  Apabila gagal mendapat tempat mereka beranggapan masa depan dan kerjaya mereka akan suram.

Tetapi kini ada yang sudah menyedari bahawa selain berteras akademik semata-mata, kursus berteraskan vokasional dan kemahiran adalah alternatif yang boleh memberi jaminan masa depan. Kerana itu, ramai kini yang lebih berminat menyambung pelajaran dalam bidang  kemahiran, malah menjadikannya pilihan utama.

Justeru, ramai yang memohon memasuki politeknik, institut kemahiran, pusat latihan belia dan lain-lain. Dahulu, tempat-tempat ini mungkin hanya berfungsi sebagai pilihan terakhir tetapi kini persepsi tersebut telah bertukar.

Anggapan bidang kemahiran atau vokasional sebagai kurang menarik berbanding memasuki IPT adalah tidak tepat. Pembangunan pesat negara dan kemajuan sektor industri dalam era menuju negara maju, memerlukan ramai tenaga kerja mahir.

Kemahiran adalah aset menyediakan diri menceburi dunia pekerjaan. Sektor guna tenaga masa kini menekankan kepada kemahiran berbanding akademik semata-mata. Peluang kerjaya kepada mereka yang memiliki kemahiran lebih terbuka luas. Mereka boleh terus diambil untuk bekerja tanpa perlu banyak latihan berbanding mereka yang hanya ada kelayakan akademik semata-mata.




KELEBIHAN KEMAHIRAN

Aspek kemahiran bukan sahaja berguna untuk menyediakan diri dengan keperluan pasaran kerja. Sebaliknya ia juga sangat berguna untuk menyediakan seseorang meneroka kerjaya sendiri, tanpa mengharapkan pekerjaan di pasaran terbuka.

Contohnya,  dengan ilmu kemahiran yang ditimba dan latihan amali yang dilalui, pelajar kemahiran fesyen boleh membuka kedai fesyen atau butik. Yang belajar mengenai automotif boleh membuka bengkel.

Yang berkemahiran komputer boleh membuka kedai memperbaiki komputer. Begitu juga dengan bidang kemahiran lain. Bekerja sendiri bukan sahaja membolehkan seseorang merancang dan menentukan hala tuju perniagaan menurut acuan sendiri malah apabila telah berkembang maju boleh pula membuka peluang pekerjaaan kepada orang lain. Itu adalah lebih baik daripada makan gaji.

Harus diingat bahawa suasana dunia pekerjaan kini sudah berubah daripada era tahun 70-an dan sebelumnya. Pada era tersebut, peluang kerja mudah dan banyak. Malah ada pelajar universiti yang sudah menerima tawaran kerja sekalipun masih belum menamatkan pengajian. Ertinya ‘kerja mencari orang’.

Dahulu dengan kelulusan SPM atau Malaysian Certificate of Education (MCE) bagi aliran Inggeris, seseorang boleh terus memohon jawatan Inspektor dalam perkhidmatan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) atau Leftenan Muda dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Apabila calon semakin ramai, jawatan semakin mengecil dan saingan semakin sengit serta tahap profesionalisme makin meningkat, kelayakan permohonan sebagai Inspektor dinaikkan kepada STPM atau Higher School Certificate (HSC). Kemudian ditingkatkan kepada Diploma.

Kini kelayakan masuk minimal adalah Ijazah Sarjana Muda yang mana dengannya dahulu seseorang layak terus memohon jawatan Penolong Penguasa Polis (ASP).

Gambaran ini menunjukan persaingan mendapat kerja semakin sengit dan taraf kelayakan untuk sesuatu jawatan semakin meningkat dan terus meningkat. Ini ditambah dengan hakikat bahawa setiap tahun, ribuan graduan baharu dilahirkan oleh IPT atau institusi pendidikan tinggi lain seperti politeknik serta institut-institut latihan kemahiran.

Sementara ada di antara graduan ini yang mendapat kerja selepas menamatkan pengajian, ramai pula masih menganggur selepas dua tahun selesai konvokesyen. Malah ada yang lebih lama daripada itu. Pelajar berkemahiran pula dikatakan lebih terbuka peluang mendapat kerja, khususnya untuk jawatan peringkat pertengahan.

Berdasarkan senario inilah  pelajar mesti lebih bijak menyusun dan merancang arah tuju selepas tamat persekolahan. Pendidikan memang penting tetapi memilih bentuk pendidikan yang boleh menjamin kejayaan masa depan tidak kurang pentingya. Justeru pilihlah bidang yang boleh memberi laluan lebih lancar dalam menempa kecemerlangan hidup.

- mSTAR


Selasa, November 18, 2014

PENGAMBILAN PEGAWAI KADET MUDA (LELAKI/ WANITA) ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) - 30 NOV 2014



PENGAMBILAN CALON YANG BERKELAYAKAN LEPASAN IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) UNTUK DILANTIK SEBAGAI PEGAWAI KADET GRADUAN DI DALAM SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan lepasan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Mereka yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan untuk menjalani latihan Pegawai Kadet Graduan di Kolej Tentera Darat (KTD), Kapal Diraja Sultan Idris I (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU).

Iklan Pengambilan:
http://static.jobsmalaysia.gov.my/html/jcs-resources/ATM_NOV2014.pdf

Permohonan hendaklah dibuat secara online di : http://www.jobsmalaysia.gov.my/

Tarikh tutup permohonan pada 30 November 2014

Lokasi : Seluruh Malaysia
 




 

 

Jumaat, Mei 16, 2014

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) - 29 Mei 2014



Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) - 29 Mei 2014

Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi memohon jawatan kosong di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam Perkhidmatan Kumpulan Pelaksana. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang menetap di Negeri Terengganu. Jawatan kosong di KETENGAH sebagai:

1. Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA36
2. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29
3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
4. Pembantu Kesihatan Awam Gred U17
5. Pembantu Kemahiran Gred H17
6. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17
7. Pembantu Awam Gred H11

Iklan Jawatan & Borang Permohonan:
http://www.ketengah.gov.my/orang-awam/muat-turun/category/2-jawatan-kosong.html?download=113:jawatan-kosong-2014



Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)


Isnin, Mei 12, 2014

Jawatan Kosong Lembaga Koko Malaysia (LKM) - 21 Mei 2014

Jawatan Kosong Lembaga Koko Malaysia (LKM) - 21 Mei 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada waragenagara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Lembaga Koko Malaysia (LKM) sebagai:

- Setiausaha Pejabat

Iklan Jawatan:
http://www.koko.gov.my/lkm/getfile.asp?id=4255

Borang Permohonan:
http://www.koko.gov.my/lkm/getfile.asp?id=3089













Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) - 16 Mei 2014


Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) - 16 Mei 2014

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon anak Negeri Selangor atau lima (5) tahun mastautin di Negeri Selangor (tempoh dikira selepas tamat pengajian) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong sebagai:

1. Eksekutif (Audit)
2. Pemandu
3. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27
4. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17

Iklan Jawatan:
http://www.mais.gov.my/documents/10180/272075/Iklan+Jawatan+MAIS+Bil+1+2014+-+WEB+MAIS+0252014.pdf/6747818f-f20a-44fb-a85d-c4088a5adc2f

Borang Permohonan:
http://www.mais.gov.my/documents/10180/272075/bjk514.pdf/d714ed16-2200-4ded-b5c3-208de380dba5

 




 

Recent Posts