Memaparkan catatan dengan label Keputusan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keputusan. Papar semua catatan

Isnin, Disember 19, 2011

Keputusan PMR 2011 diumum pada Khamis, 22 Disember 2011


Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 akan diumumkan Khamis, 22 Disember 2011.

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 22 Disember 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Untuk makluman, peperiksaan bertulis PMR 2011 telah berlangsung pada 4, 5, 6, 10 dan 11 Oktober 2011. Seramai 481,292 orang calon telah menduduki PMR pada tahun ini di 3,521 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 28 Disember 2011. Bersama ini dilampirkan bahan promosi perkhidmatan yang dikeluarkan oleh MAMPU untuk rujukan.

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
http://www.moe.gov.my

Semakan Keputusan Kemasukan ke Latihan Perguruan KPLI/ DPLI/ KPLSPM bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Ambilan Disember 2011

Semakan Keputusan Kemasukan ke Latihan Perguruan KPLI, DPLI dan KPLSPM bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Ambilan Disember 2011 Mod Sepenuh Masa boleh dibuat di: http://apps.moe.gov.my/abpg/gstt_tawar/

* Tempat penempatan dan kursus yang ditawarkan boleh disemak pada 26 Disember 2011 (Tertakluk kepada perubahan).

19 Disember 2011
Bahagian Pendidikan Guru 
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)
http://www.moe.gov.my

Khamis, November 17, 2011

Semakan Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR 2011 Melalui SMS


Calon peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR 2011 boleh mengambil keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing mulai jam 10.00 pagi, 17 November 2011 (Khamis). Calon juga boleh menyemak melalui sms mulai masa tersebut dengan menaip UPSRAngka giliran dan hantar ke 15888.

http://myadha.blogspot.com/2011/11/keputusan-peperiksaan-upsr-diumumkan.html

Khamis, November 10, 2011

Keputusan Peperiksaan UPSR diumumkan pada 17 November 2011 (Khamis)


Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 17 November 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 497,691 orang calon telah menduduki UPSR di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
9 November 2011
http://www.moe.gov.my

Selasa, November 01, 2011

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA - KKTM dan Institut Kemahiran MARA - IKM Sesi Januari 2012


Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA - KKTM dan Institut Kemahiran MARA - IKM bagi Sesi Januari 2012 boleh dibuat di: http://aplikasi.mara.gov.my/webinqikm/

Bahagian Kemahiran dan Teknikal
MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
http://www.mara.gov.my

Recent Posts