Memaparkan catatan dengan label Kemasukan Pelajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kemasukan Pelajar. Papar semua catatan

Rabu, April 25, 2012

Semakan Tawaran Matrikulasi KPM 2012/2013

Semakan dan tawaran serta penempatan PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013 bagi calon-calon yang telah memohon pada tahun lepas (1 Julai hingga 10 Oktober 2011) boleh dibuat di: http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/

Pemohon yang BERJAYA diminta untuk menghubungi Kolej penempatan atau layari laman sesawang kolej penempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pendaftaran dan sebagainya. Pemohon yang ditawarkan perlu mencetak semua dokumen sebelum mendaftar.

Bagi pemohon yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat terus melalui laman sesawang yang sama mulai 25 April hingga 13 Mei 2012. Sebarang rayauan selepas 13 Mei 2012 tidak akan dipertimbangkan. Talian bantuan yang boleh dihubungi sekiranya terdapat sebarang masalah 03-88844040/4036/4083.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)
http://www.moe.gov.my/



Jumaat, April 20, 2012

Keputusan Kemasukan Matrikulasi Diumum 25 April 2012

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengumumkan keputusan calon yang berjaya untuk mengikuti program matrikulasi bagi sesi 2011/2012 pada 25 April 2012 (Rabu).

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian itu berkata semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang membuat permohonan sebelum tarikh tutup 10 Okt, 2011 boleh menyemak keputusan mereka di laman web KPM di www.moe.gov.my.

Pendaftaran pelajar untuk program matrikulasi akan diadakan pada 28 Mei ini dan pelajar yang berjaya dikehendaki mencetak sendiri surat tawaran, panduan pendaftaran, dokumen peribadi pelajar dan borang perjanjian pelajar (dua salinan).

Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat di laman web KPM yang sama mulai 25 April hingga 13 Mei.

- BERNAMA

Selasa, Mac 20, 2012

Ekspo Selangkah Ke UiTM 2012 sasar 30,000 pengunjung


Universiti Teknologi Mara (UiTM) Malaysia menyasarkan 30,000 pengunjung akan hadir ke Ekspo Selangkah Ke UiTM 2012 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) kampus Shah Alam selama dua hari bermula 24 Mac ini.

Penolong Pendaftar Kanan Bahagian Pengambilan UiTM, Mohd. Nizam Nordin berkata, ekspo edisi kelima membabitkan 24 buah fakulti itu diadakan bagi memberi penerangan dan maklumat terperinci mengenai program-program pengajian sedia ada dan baharu yang ditawarkan oleh UiTM.

“Kami berharap pihak yang berminat terutama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi, dan diploma serta mereka yang berhasrat melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dapat hadir ke ekspo tersebut.

“Pada ekspo tersebut calon-calon akan diminta menjalani Ujian Minat Kerjaya bagi menentukan kecenderungan dan kemampuan mereka memasuki kursus tertentu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Mohd. Nizam, melalui ekspo tersebut, UiTM juga akan memperkenalkan satu lagi kursus baharu iaitu Teknologi Agro bagi calon-calon yang berminat meneroka bidang pertanian moden.

“Pengenalan kursus baharu itu selaras dengan misi UiTM untuk menambah bilangan pelajar menduduki kursus yang mempunyai permintaan dalam pasaran kerja,” katanya.

Ekspo tersebut turut diadakan oleh kampus-kampus cawangan UiTM di seluruh negara bagi memudahkan ibu bapa dan para pelajar yang berada di luar kawasan Lembah Klang menghadirinya.

Lokasi yang telah dipilih ialah Seremban Parade, Negeri Sembilan; Kompleks Star, Perlis dan Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang, juga pada 24 dan 25 Mac.

Pada tarikh sama, program tersebut turut diadakan Padang A, UiTM Perak; Star Parade dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Sungai Petani, Kedah; Perpustakaan Awam Kuala Terengganu, Terengganu; Dataran Segamat, Johor; Ruang Legar Bazar Kuala Semantan di Temerloh, Pahang; Kampus UiTM Bukit Sekilau, Kuantan, Pahang dan UiTM Bandaraya Melaka.

Sementara itu, di Sabah, ekspo tersebut akan diadakan di Kompleks Makmal Sains dan Agroteknologi UiTM Sabah dan Sabinda Plaza, Tawau (24 hingga 25 Mac) manakala di Sarawak ia akan berlangsung di kompleks beli-belah The Spring, Kuching (23, 24 dan 25 Mac)

Jumaat, Februari 03, 2012

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu Ambilan Kedua di Sekolah Berasrama Penuh 2012


Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) Ambilan Kedua di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012 boleh dibuat di: http://apps.moe.gov.my/sbpt1/semak_ambilan2_2012/

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
http://www.moe.gov.my/

Khamis, Februari 02, 2012

Semakan Keputusan Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda - Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi Sesi Mac 2012

Semakan Keputusan Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda - Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi Sesi Mac 2012 boleh dibuat di : http://online.uitm.edu.my/keputusan_main.cfm 
Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat bermula 13 Februari 2012 jam 12.00 tengahari sehingga 17 Februari 2012 jam 12.00 tengahari melalui online.uitm.edu.my. Rayuan hanya dibuka untuk program berikut : http://online.uitm.edu.my/doc/SENARAI%20PROGRAM%20E-RAYUAN%20ISM%20MAC2012.pdf

Bahagian Pengambilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
http://online.uitm.edu.my

Semakan Tawaran dan Penempatan Latihan Perguruan - Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Ambilan Kedua Disember 2011


Semakan Tawaran Latihan Perguruan bagi calon Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Ambilan Kedua Disember 2011 boleh disemak di: http://apps.moe.gov.my/abpg/gstt_tawar/

Semakan Penempatan Latihan Perguruan bagi calon Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Ambilan ke-2 Disember 2011 boleh disemak di: http://apps.moe.gov.my/abpg/gstt_ambilan2

Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)
http://www.moe.gov.my

Ahad, Januari 22, 2012

Semakan Keputusan Kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 Maktab Rendah Sains Mara - MRSM Sesi 2012

Semakan Keputusan Kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 Maktab Rendah Sains Mara - MRSM Sesi 2012:

Keputusan Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1
Keputusan Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 4 

Semakan keputusan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat MRSM sesi 2012 melalui SMS: mara mrsm angka giliran dan hantar ke 15888

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
http://www.mara.gov.my


Jumaat, Januari 20, 2012

Semakan Tawaran Ke Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012

Semakan Tawaran Ke Tingkatan Empat (4) Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012 boleh dibuat di : http://apps.moe.gov.my/sbpt4/semakansst4_2012/
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh & Sekolah Kecemerlangan
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)
http://www.moe.gov.my

Selasa, Januari 17, 2012

Semakan Keputusan Tawaran Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah KPLI-SR jQAF Ambilan Jan 2012

Semakan Keputusan Tawaran Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah KPLI-SR jQAF Ambilan Jan 2012 boleh dibuat di: http://apps1.moe.gov.my/kpli/twr12/index.cfm
Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)
http://www.moe.gov.my

Selasa, Januari 10, 2012

Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) 2012 - Jom Masuk U


Lokasi Karnival Pengajian Tinggi Negara Kali ke-8 Tahun 2012 (JOM MASUK U)

Aktiviti-aktiviti menarik menanti anda!!
- Pameran Pendidikan
- Informasi Kemasukan
- Khidmat Bimbingan Kaunseling IPTA, IPTS, Politeknik, Kolej Komuniti, Pembiayaan, Bank & Lain-lain
- Permohonan Aplikasi Dalam Talian
- Semak Syarat Kelayakan
- Kuiz "Jom Masuk U"
- Cabutan Perdana/Bertuah
- Seminar Peluang Pengajian Tinggi Negara
- Seminar Seminar Sehari Bersama Pemimpin Masyarakat

http://upu.mohe.gov.my

Jumaat, Disember 30, 2011

Semakan Tawaran ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional Bagi Tahun 2012


Semakan Tawaran ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Tahun 2012 boleh dibuat di : http://apps.moe.gov.my/esptv/sptv_semakan2012/
Bahagian Pengurusan Teknik dan Vokasional
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

http://www.moe.gov.my/

Jumaat, November 18, 2011

Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 Tahun 2012

Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 Tahun 2012.

Sila rujuk syarat-syarat kelayakan kemasukan di bawah:

i) Semenanjung Malaysia >>
ii) Sabah dan Sarawak >>
iii) Sistem Permohonan MRSM (SPMRSM) >>

Permohonan secara on-line boleh dibuat pada 17 November hingga 30 November 2011.


an Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 Tahun 2012 Semenanjung

Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 Tahun 2012 Sabah Sarawak

PERMOHONAN HENDAKLAH DIBUAT DI:
Sistem Permohonan MRSM (SPMRSM)

Sila gunakan pelayar Internet Explorer 7 dan ke atas

Isnin, Oktober 31, 2011

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Disember 2011



Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Disember 2011 boleh dibuat di: http://www.politeknik.edu.my/keputusanpermohonan/umum/carian.asp

Calon yang berjaya mestilah mencetak Surat Pengesahan Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran melalui laman web politeknik. Calon hendaklah menghantar segala dokumen yang diperlukan ke politeknik berkenaan. Setelah politeknik membuat semakan dan mendapati tiada percanggahan maklumat, surat tawaran rasmi beserta dengan dokumen pendaftaran akan diposkan kepada calon.

Sebarang pertanyaan berkenaan pengambilan Politeknik ini boleh dikemukakan kepada Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi di talian telefon: 03-8891 6000 sambungan 6155/ 6156/ 6157/ 6158/ 6159/ 6160 atau faks : 03-8891 6001 atau e-mel : pengambilan@politeknik.edu.my

Khamis, Mac 18, 2010

Recent Posts