Memaparkan catatan dengan label Jenaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenaka. Papar semua catatan

Khamis, April 23, 2009

Teka-Teki : Gitu-Gitu Apek!!


TEKA - TEKI :
Hitam dan berpeluh.. Apekah itu ?
JAWAPAN :
Semut hitam tengah berjogging.

TEKA - TEKI:
Ape benda bila masuk segitiga bila keluar bergulung-gulung
JAWAPAN :
Seluar dalam ler..haha

TEKA - TEKI :
Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu
yang paling tinggi?
JAWAPAN :
Kuih lepat liat la. Sebab kapal terbang sampai langit sahaja, tapi kuih
lepat sampai lelangit.

TEKA - TEKI : Dalam banyak - banyak kotak, kotak apa yang ta boleh angkat?
JAWAPAN :
Kotak penaltilah.

TEKA - TEKI :
Kenapa penggali kubur gali kubur ta pakai selipar ?
JAWAPAN :
Selipar mana boleh buat gali tanah,guna cangkol sahaja boleh.

TEKA - TEKI :
3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
JAWAPAN :
Koboi naik kuda sambil membawa seekor ayam.

TEKA - TEKI :
Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan pula. Apakah ?
JAWAPAN :
Lilin masa sambut 'EPI BESHDAY'.

TEKA - TEKI :
Scorpion colour apa?
JAWAPAN :
Kala jengking lah. Senang pun takleh nak jawab!

TEKA - TEKI :
Dalam banyak-banyak kera, kera ape yg pandai menaip?
JAWAPAN :
Kerani

TEKA - TEKI :
Ada sorang imam, tengah sembahyang selepas itu ada seekor anjing lalu depan
dia. Pastu dia menjilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMBAHYANG IMAM TU ?
JAWAPAN :
Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

TEKA - TEKI :
4 org awek cun berpayung dengan satu payung tapi mengapa tak basah langsung ?
JAWAPAN :
Sebab tak hujan.

http://keiroro.via.my

Rabu, April 15, 2009

Maksud Ciuman Seorang Suami Untuk Isteri (18SX)

Kenali tabiat suami melalui bahagian yang dia suka cium:-

1.Suka cium dahi isteri.....suami yang romantis.

2.Suka cium pipi isteri...... ..suami yang penyayang.

3.Suka cium mulut isteri...... .suami yang gelojoh.

4.Suka cium tengkuk isteri...... ..suami yang mata keranjang.

5.Suka cium telinga isteri...... ...suami yang sensitive.

6.Suka cium leher isteri...... ...suami yang penyabar.

7.Suka cium buah dada isteri...... ..suami yang suka bermanja.

8.Suka cium tangan isteri...... .suami yang hipokrit.

9.Suka cium ketiak isteri...... .suami yang menerima isterinya seadanya.

10.Suka cium kemaluan isteri...... suami yang pemalu.

11.Suka cium punggung isteri...... .suami yang suka bergurau.

12.Suka cium kaki isteri...... .suami yang terlalu menghormat isteri.

13.Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri...... suami yang mementingkan diri.

14.Suka cium seluruh bahagian badan isteri...... ..suami yang baru balik dari outstation.

hehe... jangan marah

- ISU TERHANGAT
http://isuterhangat.blogspot.com/

Selasa, April 14, 2009

18 kambing kena tahan reman


Kehadiran lori milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kelantan yang sarat dengan muatan 18 kambing untuk mendapatkan perintah tahanan lanjutan terhadap haiwan terbabit, mencuri tumpuan orang ramai di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, semalam.

Semua kambing kacukan itu dirampas anggota Batalion 3 Rejimen Sempadan ketika disembunyikan dalam semak selepas diseludup masuk ke negara ini dari Thailand menerusi pangkalan haram Bechah Kaki, Rantau Panjang, pagi semalam.

Majistret Nor Haslinda Che Seman mengeluarkan perintah tahanan semua kambing terbabit dalam kamarnya selepas keluar membuat pemeriksaan terhadap kambing itu yang dimuatkan dalam lori penguat kuasa JPV itu ketika prosiding berlangsung.

Perintah itu dikeluarkan mengikut Seksyen 68 (2) Akta Binatang 1953 (Semakan 2006) bagi membantu siasatan kes berkenaan sementara menunggu jika ada pemilik tampil menuntut atau dilelong oleh JPV jika tiada pihak tampil membuat tuntutan.

Jurucakap JPV berkata, semua kambing terbabit dibawa menyeberangi Sungai Golok sebelum disembunyikan dalam semak apabila penyeludupnya terserempak dengan anggota tentera yang melakukan rondaan.

Semua kambing ini dibawa masuk melalui pangkalan haram Bechah Kaki, Rantau Panjang selepas diangkut menyeberangi Sungai Golok dengan perahu.

“Bagaimanapun, menyedari kehadiran anggota keselamatan, kumpulan penyeludup itu melarikan diri dan meninggalkan kambing dalam semak,” katanya.

- BERITA HARIAN

Isnin, April 13, 2009

Lakukan seks ketika kereta bergerak

Seorang lelaki Norway berdepan hukuman denda tinggi dan diharamkan memandu oleh sebuah mahkamah setelah dia ditangkap oleh pihak berkuasa kerana mengadakan hubungan seks dalam kereta yang dipandu laju di sebuah lebuh raya, kata polis semalam.

Lelaki berumur 28 tahun dan pasangannya yang berumur 22 tahun itu ditangkap anggota polis trafik kelmarin di lebuh raya E18 kira-kira 40 kilometer ke barat Oslo.

Kereta Mazda 323 yang dinaiki pasangan itu mencatatkan kelajuan 133 kilometer sejam (km/j) dalam zon had laju 100 km/j.

“Kereta itu bergerak ke kiri dan ke kanan kerana wanita itu duduk di atas riba ketika lelaki itu sedang memandu,” kata seorang pegawai polis, Tor Stein Hagen di daerah Soendre Buskerund.

– AFP

Rabu, Mac 11, 2009

Posmen dan Pakcik Tua

Pada tengahari buta yang panas terik, seorang posmen datang menghantar surat. "Assalamualaikum!" posmen beri salam. "Waalaikumsalam", jawab tuan rumah, seorang lelaki tua.

Posmen : Ni rumah Encik Kardi bin Hitam, ke? (soalnya sambil
mengesat peluh di muka)
Tuan rumah : Ya, saya.
Posmen : Fuh... pening kepala saya cari rumah pakcik ni, jalan
berbelit-belit... .
Tuan rumah : Laa... buat susah aje encik ni! Apsal tak poskan aje
surat ni?
Posmen: ????

Khamis, Februari 12, 2009

Jenaka - Ketawa dalam internet + email + chatroom

1. Ketawa orang kaya: Muahahhaahaha
2. Ketawa terbahak-bahak: Hark hark hark
3. Ketawa kebaratan: Ha ha ha ha ha
4. Ketawa sambil tutup mulut: Hi hi hi hi hi
5. Ketawa berdekah-dekah: Kah kah kah kah
6. Ketawa pontianak: Kih kih kih kih
7. Ketawa eksyen: Ek ek ek ek ek
8. Gelak besar: Muahhaaaaa *ketawa jin/setan*
9. Ketawa panjang: Ha ha ha ha ha ha * ambil nafas* ha ha ha ha ha ha ha
10. Ketawa orang sakit: Kih kih kih kih kih *cough* kih kih kih kih
11. Ketawa maut: Kih kih kih kih kih kih kih kih *kiok... ... Neno, neno, neno (Bunyi ambulans)
12. Senyum: :)
13: Ketawa Double: :D
14. Sengih: :B
15. Ketawa kuat: LOL
16. Ketawa bergolek-golek: LOLROTFL
17. Ketawakan dia: He he he he he
18. Ketawa salah eja: Kekkekekekek = ek ek ek ek ek (cuma salah ejaan)
19. ketawa jimat cermat: ahakz
20. ketawa tak ikhlas: hahahaahahhaaaaaaampppppppeeeeeeeehhhhhhhh
21. hampir-hampir ketawa: heheh
22. ketawa sambil batuk: kui kui kui
23. ketawa dalam mabuk: hik hik hik
24. ketawa ngada-ngada: hek hek hek
25. ketawa berguling-guling cam tenggiling dalam piring : wakakakkakaka
26. ketawa sindir: eh heh
27. ketawa brutal: huargh huargh huargh!!!
28. ketawa sengih: ngee ngee ngee
29. Ketawa sambil lewa: kwah kwah kwaaahhhh kwahhhhh
30. ketawa perli : ahe ahe ahe ahe... .


hahahaha... ketawa laaa puas-puas untuk hilangkan tension!

Selasa, Februari 03, 2009

Isnin, Januari 26, 2009

Recent Posts