Memaparkan catatan dengan label ISMP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISMP. Papar semua catatan

Jumaat, Jun 18, 2010

Semakan Keputusan Kemasukan ke IPTA bagi Lepasan STPM/ Diploma/ Setaraf Jul 2010

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011 boleh dibuat di:
Saluran 1 : http://upu.mohe.gov.my/index_hebah.php
Saluran 2 : https://online.mohe.gov.my/upu/online1011/semak_results/
Saluran 3 : http://www.jpt.utm.my/
Saluran 4 : http://www.jpt.uum.edu.my/

Semakan keputusan melalui mySMS : Taip UPU RESULT NOKP dan hantar ke 15888

UNIT PUSAT UNIVERSITI
BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (KPT)
http://upu.mohe.gov.my/

Isnin, Jun 07, 2010

Semakan Keputusan Temu Duga Pengambilan Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA - 2/2010

Semakan Keputusan Temu Duga Pengambilan Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA Sesi 2/2010 yang telah dijalankan pada 3 - 7 Mei 2010 boleh dibuat di:
http://apps.emoe.gov.my/egst/keptdugamac10/
(7 hingga 25 Jun 2010)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Blok E8, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
http://www.moe.gov.my/

Selasa, Jun 01, 2010

Permohonan Dalam Talian Temuduga Guru Sandaran Terlatih (eGST) Keluaran IPTA 2010

Permohonan Dalam Talian Temuduga Guru Sandaran Terlatih (eGST) Keluaran IPTA bagi tahun 2010 boleh dibuat di:
http://apps.emoe.gov.my/egst/mohon/index.cfm

Tarikh Permohonan : 1 Jun 2010 - 30 Jun 2010

Permohonan dibuka kepada graduan pendidikan keluaran IPTA sahaja
(Ijazah Sarjana Muda Pendidikan - ISMP & Diploma Pendidikan - DPLI)

Pemohon boleh menyemak status permohonan dan temu duga mulai 19 Julai 2010 - 23 Julai 2010

1.0 PENGENALAN

Sistem permohonan secara dalam talian bagi urusan pengambilan Guru Sandaran Terlatih diperkenalkan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan pengambilan guru oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan memudahkan graduan pendidikan memohon jawatan guru di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.0 SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

2.1 Kewarganegaraan
Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

2.2 Umur
Pemohon mestilah berumur melebihi 18 tahun dan kurang daripada 50 tahun pada tarikh permohonan.

2.3 Kelayakan
i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
ii. Memiliki Ijazah Sarjana Muda beserta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan; dan
iii. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannnya.

*Calon yang telah disahkan Senat Universiti telah tamat pengajian dan layak dianugerahkan Ijazah/Diploma berkenaan juga layak memohon.

3.0 CALON YANG TIDAK BOLEH MEMOHON MELALUI PERMOHONAN SECARA TALIAN TERUS e-GST.

i. Calon yang pernah meletak jawatan dalam Perkhidmatan Awam (lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Suruhanjaya Perkhidmatan Polis dan Suruhanjaya Kehakiman).
ii. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma yang mendapat Ijazah Secara Pengajian Jarak Jauh/Program Khas Pensiswazahan Guru/Cuti belajar Separuh Gaji dan lain-lain.
iii. Calon yang sedang berkhidmat dengan agensi kerajaan dan Badan Berkanun.
iv. Calon bekas tentera.

Calon di para 3 di atas hendaklah memohon ke Bahagian Sumber Manusia secara Manual dengan mengemukakan semua salinan sah dokumen berikut:
i. Surat Permohonan calon
ii. Sekeping gambar ukuran Pasport
iii. Sijil Kelahiran
iv. Kad Pengenalan
v. Sijil-sijil Akademik
vi. Surat Pengesahan Senat Universiti (jika berkenaan)
vii. Penglibatan aktiviti Ko Kurikulum
viii. Pengiktirafan Ijazah/Diploma daripada Jabatan Pekhidmatan Awam (jika berkenaan)
ix. Surat Kebenaran Cuti Belajar (jika berkenaan)
x. Kenyataan Pekhidmatan


Dokumen-dokumen berkenaan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1 - 5 Blok E12 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya


BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
http://www.moe.gov.my

Rabu, Mei 12, 2010

Semakan panggilan Temu Duga Pendidikan - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Julai 2010

Semakan panggilan Temu Duga Pendidikan bagi Kategori Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) bagi Sesi Julai 2010 boleh dibuat di Laman Web UNIT PUSAT UNIVERSITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI : https://online.mohe.gov.my/upu/tdugadidik/default.php

BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR
JABATAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
http://upu.mohe.gov.my



* Surat Pengiktirafan Ijazah dari JPA
http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp

Khamis, April 15, 2010

Semakan Panggilan Ujian MEdSI (DPLI / ISMP) & MUnSyl - April 2010

Semakan Panggilan Ujian MEdSI - Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) & Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) boleh dibuat di Laman Web MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MPM) : http://www.mpm.edu.my/medsiregter/

Semakan Panggilan Ujian MUnSyI (Pemohon ke USM) pula boleh dibuat di : http://www.mpm.edu.my/munsyi/
atau
https://pohon.usm.my/

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MPM)
http://www.mpm.edu.my
15 APRIL 2010

Isnin, Januari 18, 2010

Mohon bela nasib bakal guru

Saya merupakan wakil bakal guru yang mengambil Program Pengkhususan Sekolah Rendah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ambilan sesi 2005/2006 terpanggil untuk mengulas laporan Utusan bertarikh 15/01/2010 bertajuk ‘IPTA tidak patut tawar pengajian guru sekolah rendah.’

Sebelum itu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi dan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kerana telah bertungkus lumus menyelesaikan masalah penempatan guru, terutamanya guru di sekolah rendah yang kini mengalami masalah penempatan terutamanya bagi lepasan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Saya ingin mengulas kenyataan Dr. Mohd. Puad yang menyatakan: “Sepatutnya universiti berkaitan tidak boleh buat program pengkhususan sekolah rendah sebab lulusan IPTA perlu mengajar di sekolah menengah.”

Untuk makluman beliau, kewujudan pengkhususan Pendidikan Sekolah Rendah di UPSI bermula pada tahun 2003 dan berakhir pada sesi pertengahan tahun 2006. Dijangka kumpulan terakhir akan menamatkan pengajian tahun ini.

Sewaktu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memegang jawatan Menteri Pelajaran, masalah penempatan guru ini pernah diajukan, terutamanya isu penempatan sekolah menengah apabila KPM mengambil lulusan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bagi ditempatkan di sekolah menengah sebelum maktab dinaik taraf menjadi Institut Pendidikan Guru (IPG) pada tahun 2006.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Hishammuddin pada ketika itu telah membuat pengumuman di Dewan SITC UPSI pada tahun 2006 berkenaan IPG akan mengambil ahli Pengkhususan Sekolah Rendah manakala IPT untuk sekolah menengah. Beliau telah menjanjikan masalah graduan Pengkhususan Sekolah Rendah yang masih ada di UPSI akan diselesaikan.

Selepas mendengar pengumuman beliau, pihak UPSI mengambil tindakan drastik dengan menghentikan pengambilan program Pengkhususan Sekolah Rendah setelah berbincang dengan pihak KPM. Bagaimanapun pelajar sedia ada dikekalkan, termasuk pengambilan sesi pertengahan tahun 2006, iaitu pengambilan terakhir yang kini sedang menjalani praktikum (latihan mengajar) di sekolah rendah.

Ini bermakna, Pengkhususan Sekolah Rendah telah diwujudkan lebih awal dan ia masih wujud sampai sekarang kerana program Pengkhususan Sekolah Rendah mengambil masa empat tahun pengajian di UPSI. Ini berbanding IPG yang hanya bermula pada tahun 2006 yang telah mengambil alih keseluruhan program Pengkhususan Sekolah Rendah dan mengeluarkan keluaran sendiri, iaitu KPLI, hanya untuk program setahun.

Justeru, sudah pasti kewujudan saki baki Pengkhususan Sekolah Rendah di UPSI tidak diketahui oleh pihak KPM sendiri, khususnya apabila telah menghasilkan produk sendiri iaitu KPLI, yang tamat pada November/Disember 2009, berjumlah 5,976 dan tahun-tahun sebelumnya untuk ditempatkan di sekolah rendah.

Untuk makluman, senarai 20 orang bakal guru yang dikesan mengalami masalah penempatan oleh Dr. Mohd. Puad adalah graduan yang bakal ditempatkan dan alhamdulillah kami dikhabarkan mereka telah mendapat penempatan baru-baru ini. Tahniah dan syabas kami ucapkan kepada beliau dan KPM kerana telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap masalah ini.

Namun masih terdapat seramai 164 pelajar ambilan Disember 2005/2006 yang sudah menghabiskan empat tahun pengajian di UPSI dan bakal menduduki konvokesyen sekitar Mac ini, manakala seramai 40 orang lagi sedang menjalankan praktikum (latihan Mengajar) iaitu semester terakhir pengambilan Pengkhususan Sekolah Rendah di UPSI. Ini bermakna saki baki pelajar ini sudah pasti mengharapkan penempatan dan perhatian oleh KPM di masa akan datang.

Persoalannya di sini ialah, mengapa kewujudan program Pengkhususan Sekolah Rendah keluaran UPSI mahupun IPTA yang lain seakan tidak diketahui oleh pihak Kementerian Pelajaran sendiri, sedangkan pihak UPSI apabila dihubungi menyatakan senarai nama telah dihantar kepada pihak KPM.

Kami mengharapkan pihak UPSI, IPTA mahupun KPM sentiasa berunding dan mencapai kata sepakat demi kejayaan anak bangsa kelak, bertepatan dengan slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Diharap melalui luahan ini semua pihak mengetahui bahawa masih wujud Pengkhususan Sekolah Rendah ini di UPSI khususnya dan di IPTA lain umumnya.

PELAJAR UPSI
Tanjung Malim, Perak

- FORUM UTUSAN

Jumaat, Januari 15, 2010

IPTA tidak patut tawar pengajian guru sekolah rendah

Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tidak sepatutnya menawarkan program ijazah sarjana muda pendidikan pengkhususan sekolah rendah kerana lepasan IPTA terbabit perlu mengajar di sekolah menengah.

Penyediaan program itu di universiti-universiti merupakan antara punca utama menyebabkan lepasan ijazah sarjana muda IPTA berkaitan berdepan kesukaran untuk ditempatkan di sekolah-sekolah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ini kerana penempatan ke sekolah-sekolah rendah dikhaskan kepada lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) kendalian Kementerian Pelajaran.

Jelasnya, kesukaran lepasan ijazah sarjana muda pendidikan IPTA ditempatkan di sekolah-sekolah adalah disebabkan mereka mengambil program pengkhususan sekolah rendah.

"Yang berbangkit tentang guru tidak dapat penempatan ini ialah lepasan ijazah sarjana muda pendidikan sekolah rendah dari IPTA.

"Sepatutnya universiti berkaitan tidak boleh buat program pengkhususan sekolah rendah sebab lulusan IPTA perlu mengajar di sekolah menengah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama guru-guru di daerah Kubang Pasu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Megat Dewa di sini hari ini.

Mohd. Puad memberitahu, beliau mengesan masalah itu apabila mendapat senarai 20 nama daripada salah seorang lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah dari sebuah IPTA yang mengadu kepadanya tentang masalah mereka.

Beliau bagaimanapun akan cuba mencari jalan dan memberi komitmen membantu mereka mendapatkan penempatan.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, kementerian hanya membenarkan warga negara Myanmar dan Rohingya yang mempunyai permit kerja serta dokumen yang lengkap menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerajaan.

Katanya, ibu bapa pelajar itu perlu mempunyai pendapatan RM3,500 dan ke atas.

"Jadi pelarian yang tiada dokumen dan hanya menunjukkan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) memang tidak boleh menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerajaan," katanya.

Jelas beliau, bagi bukan warga negara tetapi berkahwin dengan wanita atau lelaki tempatan boleh menghantar anak-anak mereka ke sekolah dengan syarat mendapat pengesahan daripada penghulu atau ketua kampung mengenai status kewarganegaraan itu.

Bagaimanapun, katanya, mereka tetap perlu membayar RM120 setahun untuk sekolah rendah manakala RM240 bagi sekolah menengah.

"Penjelasan ini diberi supaya mereka yang terlibat tidak salah faham atau terkeliru dengan syarat yang dikenakan," katanya.

- UTUSAN

Semakan Penempatan Guru Lepasan Ijazah B.Ed. Program TESL

Semakan Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) Yang Telah Tamat Mengikuti Ijazah B.Ed. Program TESL telah dibuka untuk semakan bermula 15 Januari 2010.

SEMAKAN PENEMPATAN GURU LEPASAN IJAZAH B.ED.(TESL)
http://apps.emoe.gov.my/spg/semakan

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Recent Posts