Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan

Khamis, Januari 10, 2013

Majlis perkahwinan Liyana Jasmay 2 Februari 2013

Pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay hari ini mula menjelajah ke pejabat media sekitar ibu negara bagi mengedarkan kad undangan perkahwinannya.

Liyana akan bernikah dengan tunangannya, Fathudin Mazlan pada 2 Februari 2013 di sebelah pagi sebelum bersanding di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sebelah malamnya.

Kira-kira 2,000 tetamu dijemput meraikan majlis persandingan pelakon filem Papadom dan Castello ini.

Menurut ibunya, Habsah Simpon, segala persiapan sudah dipersiapkan dimana kedua-dua mereka kini hanya menunggu hari bahagia untuk disatukan.

“Syukur Alhamdulillah, segala persiapan berjalan dengan lancar. Sebagai ibu, saya doakan yang terbaik untuk mereka berdua," katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.

Tambah Habsah, selepas selesai majlis persandingan pihak lelaki nanti, Liyana bakal terlibat dengan penggambaran sebuah telefilem yang bertempat di New York, Amerika Syarikat.

- UTUSAN

Isnin, Januari 07, 2013

Keputusan Anugerah Juara Lagu Ke-27 (AJL27)


KUALA LUMPUR 6 Jan. - Lagu Terukir Di Bintang dendangan Aizat mempamerkan kehebatan apabila dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu Ke-27 (AJL27) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil di sini malam ini.

Lagu yang dihasilkan oleh komposer dan penulis lirik, Yuna melayakkan mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM35,000 dan trofi.

Sementara itu, lagu nyanyian Azlan & The Typewriter berjudul Idola meraih naib juara.

Komposer Audi Mok dan penulis lirik lagu itu Azlan, membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM15,000 dan trofi.

Tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM12,000 serta trofi pula diraih menerusi lagu Ku Akui ciptaan Ajai, dendangan Hafiz.

Vokal mantap sewaktu menyampaikan lagu Ku Akui itu juga melayakkan Hafiz sekali lagi memenangi kategori Vokal Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

Kategori persembahan terbaik pula diraih oleh Black dan RJ menerusi lagu Teman Pengganti.

Lagu ciptaan Malique itu berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,00 dan trofi.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

AJL24 diserikan dengan persembahan pembukaan oleh Misha Omar yang mendendangkan lagu Bunga-Bunga Cinta dan Ziana Zain dengan lagunya Fatalistik.

Turut menghangatkan persembahan pembukaan ialah Faizal Tahir bersama Royal FT Force menerusi lagu Anti Graviti.

Penonton turut dibawa mengimbau kegemilangan zaman 'rock kapak' melalui persembahan Rahmat Mega dan Rodi Kristal, manakala Aris Ariwatan bergandingan dengan AG Coco mendendangkan lagu Lamunan Terhenti.

Selain itu, Joey bersama Edrie Hashim bergandingan untuk lagu Seribu Tahun Takkan Mungkin dan Ramli Sarip pula berganding bersama Man Kidal menerusi lagu Kamelia.

- UTUSAN
 

Khamis, Disember 27, 2012

Uchop Juara Vokal 2



SHAH ALAM: Juara musim kedua program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa (Vokal 2), Uchop, enggan menukar nama yang lebih komersial untuk memulakan kariernya sebagai penyanyi profesional.

Uchop atau nama sebenarnya Mohmad Yusof Ahmad, 28, berkata, walaupun ramai penyanyi sering mengubah nama asal mereka, dia menyifatkan namanya adalah 'jenama' yang mampu menarik perhatian masyarakat untuk dikenali ramai.

"Saya selesa menggunakan nama sendiri dan percaya 'Uchop' memiliki nilai komersial yang tersendiri.

"Lagipun saya dikenali menerusi Vokal 2 dengan nama ini dan rasanya para peminat terima saya seadanya.

"Ia juga merupakan aset dalam menjana rezeki saya sebagai penyanyi nanti," katanya.

Tambah Uchop, dia juga tidak sabar memulakan karier barunya sebagai penyanyi dan ingin menghasilkan album menggunakan wang kemenangannya sebanyak RM100,000 itu.

Pertandingan akhir Vokal 2 telah berlangsung pada malam Rabu lalu di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, disini.

Sementara itu, bapa kepada dua orang anak iaitu Iskandar, 6, dan Zulaika, 2, berkata, dia akan mengasah bakatnya dengan memasuki kelas vokal untuk tampil lebih bertenaga di depan khalayak nanti.

"Sebenarnya banyak kelemahan yang perlu saya betulkan dan untuk menjadi penyanyi yang versatil dan memiliki tenaga nyanyian yang mantap, saya harus memasuki kelas vokal.

"Mungkin saya akan meminta beberapa komposer untuk membimbing saya mengenai hala tuju dalam bidang nyanyian ini.

"Saya faham, apabila menjadi penyanyi rock, orang sering kaitkan kita dengan mana-mana penyanyi yang sedia ada dan kerana itu saya ingin mengubah cara nyanyian saya kepada genre muzik rock yang lebih urban dan segar," ujarnya.

- MSTAR

Isnin, November 26, 2012

1.2 juta tonton TV AlHijrah Ulangtahun Ke-2

BARU dua tahun penubuhan TV AlHijrah, namun stesen TV itu sudah boleh berbangga apabila penonton meningkat setiap hari yang kini berjumlah 1.2 juta hasil kajian yang dikeluarkan AC Nielson.

Biarpun siarannya belum menyeluruh hanya bersandarkan sembilan spektrum pemancar, impiannya untuk menjadi pembekal program ke peringkat antarabangsa dilihat sebagai hala tuju yang positif sejak ia ditubuhkan pada 15 November 2010.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan mahu menjadikan stesen TV tidak berbayar mendominasi industri penyiaran negara.

“Selepas dua tahun bersiaran, boleh disimpulkan stesen ini mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan stesen TV tempatan sedia ada. Penubuhannya melalui inspirasi kerajaan untuk mengembangkan syiar Islam bukan saja di dalam negara, tetapi juga di luar negara.


"Jika Indonesia boleh membekalkan programnya ke stesen TV kita, kenapa tidak kita keluarkan program kerohanian untuk disiarkan di stesen TV mereka pula serta di negara lain di dunia secara sendirian ataupun bekerjasama,” katanya yang ditemui pada sidang media program khas sempena ulang tahun kedua stesen TV itu, baru-baru ini.


Hadir sama, Pengerusi TV AlHijrah, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.

Mereka turut mengimbas semula pencapaian dan kejayaan serta hala tuju stesen terbabit dalam program yang disiarkan secara langsung itu.

TV AlHijrah menyajikan 52 peratus program penerbitan dalaman dan 48 peratus penerbitan luar.

Mengulas mengenai kesediaan stesen itu untuk bersiaran 24 jam sehari, Jamil berkata, TV AlHijrah sudah melalui tiga fasa peningkatan waktu siaran dan sehingga kini kekal menamatkan waktu siarannya jam 12 tengah malam.

“Kami masih mengkaji adakah rasional untuk menyambung siaran bagi enam jam yang berbaki atau sebaliknya. Apa pun sehingga kini kami selesa dengan tempoh siaran yang ada dan akan hanya bersiaran 24 jam mengikut musim tertentu seperti Ramadan, Maal Hijrah dan beberapa perayaan lagi seperti yang dilakukan sebelum ini,” katanya.

Pada acara itu, pelbagai perkara mengenai program yang disiarkan di stesen TV itu dibahaskan secara langsung di samping mencari program baru sebagai meraikan kejayaan dua tahun penubuhan TV AlHijrah yang dihoskan Irma Hasmie dan Amin Idris.

Tidak ketinggalan juga persembahan artis seperti kumpulan AlMawlid, SevenEightSix dan Shila Amzah.

Mengimbas kembali penubuhannya, TV AlHijrah memulakan siaran percubaan pada 1 November 2010. Kemudian dilancarkan secara rasmi pada 7 Disember 2010, bersamaan 1 Muharam 1432 Hijrah.

Pada Jun 2011, ia mula disiarkan menerusi saluran berbayar Astro (114). Terus mengikuti perkembangan teknologi terkini, TV Alhijrah juga disiarkan menerusi saluran alternatif menggunakan Unifi/Hypp TV bermula April 2012.

- HARIAN METRO

Ahad, November 18, 2012

SENARAI PEMENANG ANUGERAH INDUSTRI MUZIK AIM KE-19 (2012)


 Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik 19 (AIM 19) mencatatkan kejayaan berganda buat Shila Amzah apabila lagu ciptaannya ‘Patah Seribu’ dinobatkan sebagai Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik.

Kejayaan Shila menjulang trofi untuk kedua-dua kategori ini pasti cukup bermakna memandangkan ini kali pertama dia menerima pengiktirafan di negara sendiri selepas menjadi juara pertandingan Asian Wave 2012 pada 17 September lalu.

“Sebelum ini saya tidak pernah menang apa-apa dalam negara sendiri. Saya sangat bersyukur  dan terharu dengan kemenangan ini. Terima kasih kepada AIM, keluarga, peminat dan juga cinta hati saya, Sharnaaz Ahmad yang sentiasa menyokong saya selama ini,” ujar Shila ketika naik ke pentas bagi menerima anugerah yang dimenangi di Stadium Malawati, Shah Alam pada Sabtu.

Selain Shila, Jaclyn Victor juga membaca pulang dua trofi apabila mengungguli kategori  Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik menerusi lagu Counting Days.

Satu kejutan apabila kategori Album Terbaik Jatuh ke tangan calon kurang popular, SalamMuzik yang mempertaruhkan album sulung mereka berjudul SalamMuzik.  Kumpulan yang dianggotai oleh 10 orang pemuzik ini menewaskan empat calon popular lain iaitu  Hujan (Sang Enemy), Nora (Hikmah), Pesawat (Take Off) dan  Stacy (Stay-C ).

Pentas AIM 19 turut menyaksikan kejayaan kepada penyanyi lama apabila Jamal Abdillah merangkul trofi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi lagu Bahagia Sementara. Manakala kolaborasinya bersama Malique (Too Phat) melalui lagu Aku Maafkan Kamu diumumkan sebagai pemenang kategori Lagu Hip Hop Terbaik.

Anugerah Sri Wirama AIM18 dainugerahkan kepada kumpulan Alleycats atas sumbangan dan kejayaan mereka dalam bidang muzik selama 43 tahun. Sementara Mizz Nina dipilih sebagai penerima Anugerah Kembara atas kejayaannya menempa nama di peringkat antarabangsa.

Berikut adalah senarai penuh pemenang AIM 19:

1. Artis Baru Terbaik
Mojo (Andai Ku Bercinta Lagi)

2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)

3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Jaclyn Victor (Counting Days)

4. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
Forteen (Seperti Dulu)

5. Kulit Album Terbaik
Even Odds Sdn. Bhd. - MizzNina (Take Over)

6. Rakaman Album Terbaik
Rahmad Ayob - Nora (Hikmah)

7. Video Muzik Terbaik
Quek Shio Chuan - Yuna (Sparkle)

8. Lagu Pop Etnik Terbaik
Kuasa Cinta (Edrie Hashim/Ahmad Fedtri Yahya) - Noraniza Idris

9. Lagu Nasyid Terbaik
Doa (Gjie 6ixth Sense/Lukhman S) - Nora

10. Lagu Rock Terbaik
Idola (Audi Mok/Dark) - Azlan & The Type Writer

11. Lagu Pop Terbaik
Patah Seribu (Shila Amzah) - Shila Amzah

12. Lagu Hip Hop Terbaik
Aku Maafkan Kamu (Malique/Jamal Abdillah/Tripdizs/Malique) - Jamal Abdillah & Malique

13. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Counting Days (Aubrey Suwito/Aubrey Suwito/Lin Li Zhen) - Jaclyn Victorr

14. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)

15. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
Aubrey Suwito (Counting Days - Jaclyn Victor)

16. Album Terbaik
SalamMusik (Salam - SalamMusik)

17) Lagu Terbaik
Patah Seribu – Shila Amzah

18) Anugerah Sri Wirama
Alleycats

19 ) Anugerah Kembara
Mizz Nina

- gua.com.my

Sabtu, November 10, 2012

SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2012


Drama terbitan Filmscape Sdn Bhd berjudul Di Telapak Kaki Bonda diangkat sebagai Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada malam Jumaat.

Diterajui oleh pelakon hebat seperti Diana Danielle, Sherry Merlis, Munif Isa dan Izreen Azmindar, karya arahan Khabir Bhatia itu menewaskan drama lain seperti Ku Petik Dosa, Parut Ashikin, Parit Jawa, Pelarian dan Maharku Untukmu.

Kemenangan berganda turut diraih drama ini apabila Kabir turut menerima trofi Pengarah Terbaik Drama dan beberapa kategori lain seperti Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama yang dimenenangi oleh Sherry Merlis dan Lakon TV Terbaik.

Bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama, Ruminah Sidek membawa pulang anugerah tersebut menerusi lakonan hebatnya dalam Parit Jawa.

Pelakon veteran itu berjaya menewaskan pelakon popular lain seperti Erra Fazira (Parut Ashikin) dan Fasha Sandha (Ku Petik Dosa).

Manakala bagi kategori lelaki, ASK 2012 menobatkan pelakon Abu Bakar Omar menerusi drama Gincu Ayah mengenepikan pelakon hebat lain seperti Eman Manan (Parit Jawa) dan Zaidi Omar (Ku Petik Dosa).

Dalam pada itu bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Drama dimenangi oleh Namron menerusi lakonan cemerlangnya dalam Parit Jawa.

ASK 2012 turut menganugerahkan Anugerah Yasmin Ahmad kepada pelakon dan pengarah, Pierre Andre manakala pelakon cilik, Puteri Balqis menerima Anugerah Artis Harapan Pantene.

Bagi kategori Filem Terbaik berpihak kepada Bunohan arahan Dain Said yang dibintangi pelakon terkenal seperti Faizal Hussien, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim.

Lakonan berkesan sebagai Izzah dalam Ombak Rindu telah membawa tuah apabila Maya Karin dipilih sebagai Pelakon Filem Terbaik Filem tahun ini.

Manakala Shaiezy Sam merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem Songlap.

Sementara itu, bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem dimenangi oleh Shafie Naswip menerusi lakonan mantapnya dalam Songlap dan Lisa Surihani melalui Ombak Rindu.

Kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima sebuah trofi.

ASK 2012 pada tahun ini mengangkat tema 'Selami Dunia Fantasi Kami' dan dihoskan oleh Neelofa dan Awal Ashaari.

Ia disiarkan secara langsung di TV3.

Turut hadir ke majlis berprestij itu adalah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Maznah Rais.

Trofi disampaikan oleh barisan artis terkenal seperti Ahmad Idham, Wahid (Senario), Didie Alias, Erra Fazira, Amyza Adnan, Datuk Rahim Razali dan sebagainya menerusi penampilan pelbagai watak popular daripada kisah dongeng dan lagenda.

Secara keseluruhan, ASK 2012 mempertandingkan sebanyak 23 kategori meliputi drama,filem dan penerbitan dalaman serta dua Anugerah Khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene.

BERIKUT ADALAH SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2012

1. Kategori Filem

Filem Terbaik: Bunohan.

Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Shaiezy Sam (Songlap)

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Maya Karin (Ombak Rindu)

Pengarah Terbaik Filem: Fariza Azlina / Effendee Mazlan (Songlap).

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Lisa Surihani (Ombak Rindu)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Shafie Naswip (Songlap)

Lakon Layar Terbaik Filem: Dain Iskandar Said (Bunohan)

2. Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri

Drama Terbaik: Di Telapak Kaki Bonda

Pelakon Lelaki Terbaik: Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)

Pelakon Wanita Terbaik: Rumnah Sidek (Parit Jawa)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Namron (Parit Jawa)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Sherry Merlis (Di Telapak Kaki Bonda)

Pengarah Terbaik: Kabir Bhatia (Di Telapak Kaki Bonda)

Lakon TV Terbaik: Lum Pung Hu (Di Telapak Kaki Bonda)

Videografi Terbaik: Aku Mahu Terbang (Neon Entertainment (M) Sdn Bhd.

Drama Rantaian Terbaik: Jangan Ambil Padang Kami (Suhan Movies)

Drama Komedi Terbaik: Elly Epit (Red Communication Sdn. Bhd)

3. Kategori Penerbitan Dalaman

Dokumentari atau Majalah Terbaik: Dunia Tersembunyi (Rambu Solok)

Bual Bicara Terbaik: Bella: Labour Day Special.

Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 26.

Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25.

Rancangan Realiti Terbaik: Jemputan Umrah Episod Pengenalan.

Laporan Khas/ Berita Terbaik: Berita TV9 - Bom Jangka.

Anugerah Yasmin Ahmad: Pierre Andre

Artis Harapan Pantene: Puteri Balqis.

- MSTAR

Khamis, November 08, 2012

Ulang Siar Rancangan Di Stesen Penyiar Berbayar Amalan Biasa

Ulang siaran rancangan di stesen penyiar berbayar merupakan amalan biasa bagi semua penyedia perkhidmatan tersebut di dunia, Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph SalangGandum berkata ulang siaran rancangan di stesen penyiar berbayar berlaku keranabeberapa faktor antaranya bagi memenuhi kehendak dan minat penonton.

"Selain itu faktor aspek penjadualan rancangan yang pelbagai untuk memastikan setiap rancangan dapat ditonton pelanggan pada masa yang dikehendaki mereka turut diambil kira," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) berkenaan tindakan stesen berbayar Astro yang sering menyiarkan rancangan berulang.

Mengenai soalan penyiaran iklan komersil yang semakin banyak di Astro pula Joseph berkata sepanjang suku pertama dan kedua 2012, Astro didapati tidak menyiarkannya melebihi jumlah masa yang ditetapkan.

"Syarat lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan (Individu) (CASPI) yang terpakai ke atas badan penyiar berhubung iklan komersil menghendaki para pemegang lesen untuk menghadkan penyiaran kandungan iklan komersil mengikut jumlah masa yang telah ditetapkan.

"Ketidakpatuhan para pemegang lesen terhadap syarat ini akan menyebabkanpelanggaran lesen yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil di bawah AktaKomunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Sementara itu, beliau berkata sehingga kini kementerian mengeluarkan 11 lesen CASPI kepada perkhidmatan stesen televisyen berbayar dengan tiga daripadanya telah beroperasi, satu pemegang lesen sedang dalam tempoh percubaan manakala tujuh lagi masih belum memulakan operasi.

"Dimaklumkan juga mana-mana pelabur yang berminat boleh memohon untuk mendapatkan lesen CASPI daripada kementerian ini," tambahnya.

- BERNAMA

Selasa, Oktober 23, 2012

Novel : Adam dan Hawa


NOVEL - ADAM DAN HAWA

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku.

Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.

Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

Novel ini boleh dibeli secara online di : http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=466

http://mall.karangkraf.com/

 

Isnin, Oktober 01, 2012

Maya Karin dilamar

Tanpa angin dan tanpa ribut, Maya Karin membuat pengakuan dirinya dilamar.

Tentunya ia berita mengejutkan kerana selama ini, apabila ditanyakan soal hati dan perasaan, jawapan daripada wanita popular berdarah kacukan Melayu-Jerman ini cukup mengecewakan.
Meskipun pernah dikaitkan dengan beberapa personaliti lelaki sebelum ini, semua itu gosip yang akhirnya lenyap begitu saja. Bila masanya pelakon dan penyanyi ini bercinta, dan siapakah jejaka yang berani melamar wanita yang bukan mudah menyerahkan hatinya kepada sebarang lelaki ini?

Walaupun mengaku dirinya disunting, pinta Maya, janganlah perkara itu diperbesarkan kerana dia belum membuat sebarang keputusan.

“Memang saya dilamar, tetapi yang membuat lamaran ialah sebuah syarikat rakaman antarabangsa, yang mahu menjadi pengedar album saya. Jika segala perancangan berjalan lancar, mereka juga mahu saya bernaung di bawah payung mereka sebagai artis rakaman.

Belum ada kata putus “Buat masa ini, belum ada sebarang kata putus diberikan. Saya juga masih menimbang tawaran berkenaan.

Bagaimanapun, melihat kandungan kontrak, saya amat berpuas hati dengan apa yang mereka ingin berikan.
“Tengoklah, jika ada rezeki bersama mereka, pasti akan ada pengumuman rasminya nanti,” kata Maya ketika ditemui pada majlis Hati Ke Hati bersama duta Inner Shine, Maya Karin, di sebuah restoran terkemuka di ibu kota, baru-baru ini.

Majlis penuh santai itu diadakan bertujuan memperkenalkan saiz baru produk minuman berkhasiat terbabit, dengan 60 peratus lebih kandungan berbanding saiz biasa.

Sebelum ini, Maya pernah merakamkan tujuh lagu sebagai usahanya untuk membuat kemunculan semula dalam dunia nyanyian. Sebelum ini dia pernah muncul bersama dua album, masing-masing berjudul Erti Cinta dan Bukan Qalamaya.

Nasib lagu jadi tanda tanya Bagaimanapun, jika jodohnya dengan syarikat rakaman itu menjadi, nasib lagu yang sudah dirakam juga menjadi tanda tanya.

“Saya sendiri tidak pasti apakah syarikat rakaman itu akan menggunakan lagu terbabit untuk dimuatkan dalam album saya nanti. Jika mereka ada perancangan lain, nampak gayanya lagu itu terpaksalah saya simpan.

Saya sudah pun berbincang dengan penerbit album itu, Audi Mok, mengenai nasib lagu berkenaan.

“Dia bersikap positif dan katanya, jika lagu dalam album itu tidak digunakan, dia tidak kisah dan mahu saya menjadikan pengalaman merakamkan lagu itu sebagai ilmu cukup berharga untuk kerjaya nyanyian saya,” kata Pelakon Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 ini.

Panjat gunung di Nepal Sementara itu, dia yang bakal menyambut ulang tahun yang ke-33 pada 29 Oktober berkata, hari istimewa berkenaan bakal disambut bersama lelaki tersayang.

Membuat acara itu lebih bermakna, sambutannya akan diadakan di kawasan pergunungan Langtang, di Kathmandu, Nepal.

“Bapa yang beriya-iya mengajak saya mendaki di Langtang.

Selepas puas memujuk, tiga minggu lalu baru saya beri kata persetujuan. Hanya kami berdua yang akan melakukan pendakian. Tapi bila memikirkan tempoh perjalanan, iaitu empat hari untuk naik dan empat hari untuk turun, rasa gementar juga.

“Sebagai seorang yang gemarkan cabaran dalam kehidupan, situasi seperti itu sedikit sebanyak menggembirakan hidup saya. Sesekali lari daripada dunia glamor seronok juga. Barulah hidup saya seimbang,” katanya yang banyak menghabiskan masa dengan mengembara sejak kebelakangan ini.

Suka aktiviti sukan Selain menjadikan kembara sebagai hobi, Maya juga antara artis yang gemarkan aktiviti sukan. Jika sebelum ini dia sanggup ke Jerman untuk menonton Kejohanan Bola Sepak Euro 2012, terbaru Maya turun ke Singapura untuk menyaksikan perlumbaan Grand Prix F1. Bukan sekadar menonton, Maya secara eksklusif diundang melawat garaj pasukan Formula Satu Lotus.

“Kebetulan kawan saya ialah pemilik Lotus, jadi dialah yang mengundang saya melawat kawasan garaj itu. Dapatlah juga melihat pelumba membuat persediaan sebelum ke litar. Ada juga artis antarabangsa lain berada di situ, termasuk Katy Perry. Tinggi betul orangnya,” kata Maya yang turut ditawarkan menjadi perantara jemputan program hiburan E! News.

- BERITA HARIAN

Ahad, September 09, 2012

Apa itu Gangnam Style?


SEKARANG ini orang ramai asyik bercerita tentang Gangnam Style, lagu dendangan Psy, penyanyi hip hop dari Korea. Ternyata penyanyi yang nama sebenarnya, Park Jae Sang, 35, berjaya mencetus fenomena 'Gangnam Style' di seluruh dunia.

Penyanyi yang mendapat pendidikan dari Universiti Boston dan Berklee College of Music, Amerika Syarikat itu mula menghasilkan album pertama, PSY From The Psycho World pada 2001.

Dia bukanlah siapa-siapa jika dibandingkan dengan populariti Jay Park atau kumpulan idol seperti Super Junior dan Wonder Girls kerana Psy hanya popular di kalangan peminat underground.

Psy dikenali kerana sikap humor dan gemar meniru gaya penyanyi popular sewaktu persembahan dan pada 2006 namanya menjadi sebutan kerana meniru aksi penyanyi Lee Hyori.

Dia juga banyak muncul dalam pelbagai program, antaranya Good Sunday: X-Man dan The Golden Fishery.

Namun siapa sangka, lagu Gangnam Style yang dimuatkan dalam album keenamnya itu berjaya mengangkat nama Psy sebagai artis Korea pertama yang menduduki tangga tertinggi carta iTunes dan US Music Video. Selepas disiarkan di Internet ia telah ditonton oleh kira-kira 99,460,637 pengunjung.

Penyanyi naungan pengurusan YG Entertainment itu bukan sahaja berjaya memukau peminat seni dengan lagu dan tarian ala kuda itu malah dia berjaya mempromosi daerah Gangnam yang terletak di bandar Raya Seoul, Korea Selatan.

Gangnam (sebutan gang-nam) dirujuk kepada sungai-selatan dan istilah itu digunakan untuk merujuk kepada keluasan bahagian selatan Sungai Han yang terletak di Seoul, yang merangkumi daerah Gan-nam-gu, Seo-cho-gu dan Song-pa-gu.

Ketiga-tiga daerah itu umpama kawasan segi tiga emas berbanding tempat lain di Seoul kerana kehidupan di situ penuh gaya ibarat bandar Manhattan, New York atau Beverly Hills serta Orange County di California.

Secara kasar Gangnam Style atau Gaya Gangnam merujuk kepada kehidupan kelas atasan yang dipenuhi hotel mewah, pusat beli-belah yang penuh dengan barangan berjenama lagi trendy dan penduduk yang gemarkan sosial.

Semua itu dapat dilihat pada setiap bait lirik Gangnam Style.

Cetus fenomena

SELEPAS dua tahun mendiamkan diri dari dunia seni, Psy kembali dengan muzik video menerusi single berunsur satira Gangnam Style yang disiarkan di YouTube bermula 16 Julai lalu.

Muzik video yang dikenali sebagai tarian kuda dan popular dengan korus ‘Heyyyy, sexy lady!’ mampu menggubah nasib Psy dalam tempoh sesingkat itu.

Keunikan tarian yang ditampilkan oleh Psy itu turut mendapat liputan media Amerika Syarikat seperti Gawker (30 Julai), CNN International (2 Ogos), Wall Street Journal (8 Ogos) ABC News (14 Ogos), Time (15 Ogos) dan The Atlantic (23 Ogos).

Malah selebriti popular turut bercakap tentang Gangnam Style dalam Twitter masing-masing seperti Katy Perry, T-Pain, Robbie Williams, Josh Groban dan Britney Spears yang ingin belajar tarian gaya Psy.

Pada 4 September lalu, jurucakap Psy memberitahu, penyanyi itu telah menandatangani kontrak dengan Island Records, sebuah syarikat rakaman di Amerika Syarikat yang mengurusnya di peringkat antarabangsa.

Island Records milik Universal Music Group itu mewakili artis terkenal seperti Mariah Carey, Melissa Ethridge, Jennifer Lopez, Justin Bieber, The Killers, Snow Patrol, dan Fall Out Boy.

- UTUSAN

Rabu, September 05, 2012

Farid Kamil bertunang dengan Diana Danielle


PETALING JAYA: Pelakon jelita Diana Danielle menganggap pertunangannya dengan aktor Farid Kamil yang berlangsung Ahad lalu adalah sebagai satu tempoh percubaan sebelum bergelar suami isteri.

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 21, berkata, bertunang pada usia muda tidak menghalangnya untuk belajar menjadi seorang wanita yang lebih matang selain ia adalah sebuah ujian yang harus diharunginya bersama Farid untuk beberapa tempoh.

"Terima kasih atas ucapan dan doa yang diberikan pada kami. Sebenarnya saya tidaklah terlalu teruja, tetapi bagi saya, pertunangan ini adalah ujian buat kami.

"Bersedia atau tidak, kami akan belajar perlahan-lahan untuk serasikan diri dalam ikatan ini (bertunang) ," katanya menerusi mesej ringkas melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada mStar Online.

Pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada Ahad lalu, 2 September 2012 di kediaman Diana di Damansara, di sini selepas menyulam cinta selama tiga tahun.

Majlis berlangsung sekitar pukul 4 petang di mana Diana menerima sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibu Farid.

Pihak perempuan memberi lima dulang hantaran berbalas tiga dulang daripada pihak lelaki yang antaranya seperti senaskhah Al-Quran, pakaian dan kasut.

Tambah Diana, dia juga tidak ada sebarang masalah untuk meneruskan ikatan pertunangan itu yang dijangka tidak lebih daripada setahun sebelum kedua-duanya membina rumah tangga.

"Kami mengadakan majlis pertunangan yang sangat sederhana sebenarnya dengan kehadiran keluarga kedua-dua belah pihak.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Doakanlah yang terbaik buat kami," ujar Diana.

- MSTAR

Isnin, September 03, 2012

Fenomena ala Gangnam Style pernah melanda Eropah seawal kurun ke-7


Fenomena tarian kuda yang dibawa oleh penyanyi rap Korea Selatan, Park Jae-sang atau Psy menerusi Gangnam Style bukan perkara baharu, malah pernah berlaku pada kurun ke-7 hingga ke-17 di Eropah.

Menurut Pensyarah Psikologi di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Dr. Mohd. Awang Idris, fenomena itu dikenali sebagai dance mania atau wabak menari, choreomania, tarian St. John dan tarian St. Vitus.

"Pada waktu itu, ia melibatkan sehingga ribuan orang yang menari dalam keadaan yang pelik, tidak terkawal sambil menjerit dan menunjukkan tanda-tanda halusinasi.

"Antara peristiwa besar yang pernah direkodkan ialah di Jerman pada tahun 1374 dan selain peristiwa di Strasbourg, Perancis pada tahun 1518 yang melibatkan seorang wanita menari sehingga diikuti lebih 400 orang sebelum ramai mati kerana sakit jantung," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Kosmo! semalam mengenai kegilaan puluhan juta terhadap tarian tersebut yang disiarkan menerusi laman YouTube.

Mohd. Awang menjelaskan, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di England, Jerman dan Belanda dipercayai sejenis penyakit yang menyerang sistem saraf.

"Saintis pada ketika itu menggambarkan ia sebagai satu gangguan mental atau histeria secara beramai-ramai," jelasnya.

Bagaimanapun, beliau menganggap fenomena tersebut tidak membimbangkan dan hanya bersifat sementara.

- KOSMO!

Khamis, Ogos 30, 2012

Astro Best, Saluran Baru Astro Untuk Filem Antarabangsa


Stesen berbayar Astro menambahkan lagi saluran baharu untuk peminat filem-filem antarabangsa dengan memperkenalkan Astro Best selepas kejayaan Astro First yang menyajikan filem-filem tempatan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan, filem-filem tersebut akan disiarkan dalam format definisi tinggi (HD) menerusi saluran 481 selepas tiga bulan tayangan di pawagam. Ia dijual dengan harga RM10 untuk sebuah filem.

"Melihat kejayaan yang diraih menerusi saluran Astro First, kami berusaha untuk membawakan tawaran-tawaran menarik melalui 'pay per view' menerusi Astro Best.

"Dan mulai hari ini (Rabu), para pelanggan sudah boleh membeli filem-filem antarabangsa termasuklah Asia dengan RM10 bagi setiap pilihan filem yang dibuat.

"Filem yang dipilih itu boleh ditonton dalam masa 48 jam selepas langganan," katanya pada pelancaran Astro Best di Kafe Zouk, Garden Midvalley.

Buat permulaan antara filem-filem yang bakal ditawarkan ialah Marvel's The Avengers, The Hunger Games, What to Ezpect When You're Expecting, The Cabin In The Wood dan konsert Korea I AM:SM Town Live Tour in Madison Square.

Tambah Henry, pelanggan boleh menonton filem yang dibeli itu dalam 12 tayangan pada masa-masa yang berlainan.

Astro melakukan kolaborasi dengan studio-studio antarabangsa seperti The Walt Disney Company, Lionsgate, Sundance, Sony Pictures Televisyen, Fortune Star, CJ Media dan Unitel Classica untuk membolehkan pelanggan mengakses gedung filem-filem antarabangsa yang disediakan.

Sementara itu, bagi yang meminati siri ‘anime’ Jepun, ia turut ditawarkan menerusi saluran Astro B.yond VOD yang menyajikan audio serta sari kata dalam Bahasa Malaysia.

Astro B.yond VOD (Video-On-Demand) adalah sebuah perkhidmatan Internet yang disediakan bagi servis tawaran pelbagai filem dan program terhangat di seluruh dunia.

Antara filem-filem yang ditawarkan menerusi saluran itu ialah 50/50, Man On A Ledge, Abduction, Here, Teddy Bear termasuklah filem-filem Asia dan Bollywood seperti Nightmare, Ghost On Air, Ashoka, Chalte Chalte dan Penny Pinchers.

- MSTAR

Khamis, Julai 19, 2012

Rancangan tv menarik sepanjang Ramadan 2012

SAJIAN kerohanian diteruskan dengan beberapa naskhah menarik menerusi pelbagai stesen televisyen swasta mahupun percuma.

Mesej yang disampaikan adalah untuk mendidik masyarakat ke arah perkara yang lebih positif atau menyedarkan penonton demi perubahan yang lebih baik.

Namun, corak paparan setiap stesen televisyen berlainan mengikut sasaran penonton dan konsep sesebuah stesen penyiaran.

Sehubungan itu, berikut dipaparkan siaran terbaik sepanjang bulan Ramadan yang disiarkan melalui RTM1, RTM2, TV3, TV9 dan Astro.

Astro Oasis (Saluran 106)

Judul: Insya-Allah Ada Jalan

Genre: Drama

Tarikh dan waktu siaran: Bermula 23 Julai setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 5.30 petang

Sinopsis: Ikuti kisah penuh kesedaran Maher Zain menerusi pengembaraan mencari temannya Basofi di Indonesia dalam siri televisyen berkonsepkan spiritual ini.

Judul: Indahnya Iman (Azan Global/Tazkirah)

Genre: Tazkirah

Tarikh dan waktu siaran: Setiap hari pada pukul 7 malam

Sinopsis: Insafi diri dengan penyampaian tazkirah, Talaqqi amalan Rasulullah S.A.W dan azan yang menyeru umat Islam mengerjakan solat.

Astro Prima (Saluran 105)

Judul: Masihkah Ada Ramadan

Genre: Drama

Tarikh dan waktu siaran: Bermula 23 Julai setiap hari Isnin pada pukul 10 malam

Sinopsis: Saksikan bagaimana seorang ibu cuba untuk menyelamatkan anak tersayang daripada lembah dosa sempena keberkatan Ramadan penuh keajaiban.

Astro Ceria (Saluran 611)

Judul: Puasa Bersama Ceria

Genre: Realiti

Tarikh dan waktu siaran: Bermula 21 Julai setiap hari pada pukul 7.30 malam

Sinopsis: Bagaimana agaknya selebriti kita berpuasa semasa kecil? Cungkil kisah-kisah menarik dan lucu mereka serta dapatkan nasihat yang boleh membantu.

Astro Ria (Saluran 104)

Judul: Helo Bro...Tolong Masak!

Genre: Realiti

Tarikh dan waktu siaran: Setiap hari sepanjang Ramadan mulai 21 Julai 2012, 6.00 petang.

Sinopsis: Dengan durasi 30 minit untuk 30 episod, Helo Bro…Tolong Masak! merupakan sebuah program masakan istimewa yang menampilkan selebriti-selebriti undangan bagi setiap episod membuat panggilan kepada Nik Michael (MasterChef Malaysia) untuk memasak buat mereka. Setiap episod memaparkan situasi yang berbeza yang akan menjanjikan kelainan dan hiburan kepada penonton.

TV9

Judul: Umrah Kita

Genre: Travelog

Tarikh dan waktu siaran: Bermula 23 Julai setiap hari Isnin pukul 11 malam

Sinopsis: Tiga selebriti muda terkenal, Aizat Amdan, Noh Hujan dan Altimet akan membawa penonton mengembara ke Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk merasai suasana menunaikan ibadah umrah. Bagi peminat-peminat trio ini pastinya tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan gelagat mereka sepanjang mengerjakan umrah.

Judul: Al-Quran Menjawab Bersama Dr. Danial Zainal Abidin

Genre: Bual Bicara

Tarikh dan waktu siaran: Bermula 25 Julai setiap hari Rabu dan Khamis pukul 6.30 petang

Sinopsis: Kelebihan Dr. Danial Zainal Abidin adalah mengaitkan sains dan Al-Quran. Melalui rancangan 8 episod ini, beliau akan menceritakan aspek berkaitan penciptaan alam, kejadian manusia dan matlamat hidup serta diolah dengan menarik supaya dapat difahami oleh penonton.

TV3

Judul: Slot Samarinda (7 Ramadan)

Genre: Drama

Tarikh dan waktu siaran: Bermula 19 Julai setiap hari Selasa dan Rabu pukul 10.30 malam

Sinopsis: Sufiah tinggal di kampung seorang diri dengan mengambil upah mengurut dan membuat kuih untuk menyara anak angkatnya, Ramadhani. Namun, Dhani akhirnya berubah setelah bosan hidup dalam kemiskinan walau terpaksa melukai hati ibunya.

Judul: Qari Junior

Genre: Realiti

Tarikh dan waktu siaran: Bermula 23 Julai setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 9 pagi

Sinopsis: Program realiti untuk kanak-kanak ini dihoskan oleh Ustaz Zhafran Zainuldin untuk mencungkil dan menggilap bakat kanak-kanak berusia 7-12 tahun dalam mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

TV1

Judul: Ramadan Mat Jo

Genre: Animasi

Tarikh dan waktu siaran: Bermula 21 Julai setiap hari Sabtu pukul 9.30 pagi

Sinopsis: Sebuah siri animasi yang disiarkan khusus untuk bulan Ramadhan. Ia mengisahkan tentang dua orang budak lelaki iaitu Mat dan Jo yang menjalani ibadah puasa dengan pelbagai kisah yang ada kalanya melucukan. Siri animasi ini juga menerapkan kisah tauladan dari zaman Rasulullah sebagai pengajaran yang penuh moral dan mesej tersirat.

TV2

Judul: Akhirat

Genre: Drama

Tarikh dan waktu siaran: Bermula 20 Julai setiap hari Jumaat pukul 2.30 petang

Sinopsis: Kehidupan Mira semakin pudar setelah dia disahkan menghidap penyakit yang amat menggerunkan. Dia cuba merahsiakan kesengsaraan ini daripada pengetahuan keluarga namun konflik melanda apabila dia tidak dapat menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Dilema ini menyebabkan Mira menyatukan Amran dan Noni.

- KOSMO!

Selasa, Julai 17, 2012

Fazley Juara MasterChef Selebriti


Penyanyi dan pakar motivasi, Datuk Fazley Yaacob menjelaskan tidak pernah menyangka akan menyandang gelaran juara MasterChef Selebriti Malaysia kerana berasakan dirinya tidak mahir memasak.

Fazley, 33, berkata, pada awalnya beliau hampir menarik diri selepas dimaklumkan namanya disenaraikan sebagai peserta dan bukannya pakar motivasi dalam program itu.

"Saya pada mulanya memang rasa tiada keyakinan untuk memasak kerana jarang ke dapur tetapi apabila mempertimbangkan objektif program ini yang ingin membantu golongan kurang bernasib baik saya terus bersetuju.

"Sejujurnya saya menyertai program ini tanpa banyak ilmu masakan dan semua hidangan yang saya sediakan adalah pertama kali dan Alhamdulillahlah para juri menyukainya," katanya ketika ditemui pada majlis tayangan episod akhir MasterChef Selebriti Malaysia di sini pada malam Isnin.

Sebelum itu, Fazley muncul sebagai juara program MasterChef Selebriti Malaysia menewaskan Angah (Raja Lawak) menerusi episod terakhir yang disiarkan pada malam Isnin.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu “Asmara Ini” itu menerima wang tunai sebanyak RM57,000 untuk disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia yang diwakilinya setelah memberikan persembahan konsisten sepanjang 13 minggu program itu berlangsung.

Selain Fazley, artis lain yang turut menyertai program tersebut ialah Farouk Hussein, Jehan Miskin, Salamiah Hassan, Thanuja, Serina Redzuawan, Siti Sarah, Azwan Ali, Tomok, Raja Azmi, Karl Shafeq, Dr Faiz, dan Louisa Chong.

Dalam pada itu, ditanya mengenai rahsianya dalam menghasilkan masakan yang enak, Fazley memberitahu dia tidak mempunyai sebarang rahsia sebaliknya sering menjadi pemerhati apabila isteri dan ibunya memasak di dapur.

Fazley berkata, walaupun tidak pernah mencuba masakan yang dihasilkan oleh isteri atau ibunya, dia mengingati cara-cara dan bahan yang ingin digunakan untuk memasak sesuatu hidangan itu.

"Saya suka lihat dan mengingati perkara yang saya lihat dan begitu juga masakan. Setiap kali menjadi penyibuk di dapur saya akan memerhatikan bagaimana sesuatu hidangan itu dibuat.

"Alhamdulillahlah saya juga tidak menyangka semua percubaan pertama kali ketika menyediakan hidangan itu memenuhi kehendak juri," katanya.

Bagaimanapun kata Fazley, dia harus berterima kasih kepada barisan juri iaitu Chef Joe, Chef Adu, Chef Zubir serta Chef Mozart daripada Cyberview Lodge sebagai juri jemputan pada episod akhir yang menilai masakannya sehingga diumumkan sebagai juara.

Sementara itu, Fazley berkata, dia terharu apabila peminat mula memanggilnya sebagai chef Fazley dan menganggap penghormatan itu sangat besar buat dirinya.

Fazley memberitahu, dia tidak kisah jika dikenali sebagai chef kerana ia sekali gus dapat mendekatkan dirinya dengan masyarakat dan peminat.

"Program ini benar-benar telah membuka satu dimensi buat diri saya sebagai seorang penyanyi, pakar motivasi dan tukang masak kerana ruang lingkup peminat juga semakin berkembang.

"Jika keluar ke mana-mana pasti ada peminat berbilang bangsa akan menegur bertanyakan tentang masakan dan motivasi. Ia sesuatu yang baru buat diri saya," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Fazley turut mengakui dia kini terpaksa melakukan dua kerja dalam masa sama iaitu diminta untuk menyelitkan demo masakan ketika memberikan ceramah motivasi.

- MSTAR

Isnin, Julai 09, 2012

Juara Bintang RTM (BRTM) 2012


Peserta kelahiran negeri Pahang Darul Makmur, Aisha Masnamimi Safia@Shafie (Aisha) dinobatkan sebagai juara pertandingan akhir Bintang RTM (BRTM) 2012 pada malam Ahad.

Persembahan mantap dan penuh penghayatan Aisha, 23, menerusi lagu Kisah Hati nyanyian asal Alyah dan sebuah lagu baru ciptaan Omar K dan Slen berjudul Fantasia berjaya menambat hati enam juri profesional.

Malah sorakan para hadirin yang teruja dengan aksi persembahan menarik Aisha turut menggamatkan Auditorium Perdana, Angkasapuri tempat berlangsungnya BRTM 2012.

"Saya tidak menjangkakan berjaya menjadi juara kerana persaingan sengit daripada peserta lain tambahan pula pada awalnya saya memang tidak terpilih ke peringkat akhir.

"Alhamdulillah, rezeki memihak kepada saya," kata Aisha pada sidang akhbar selepas pertandingan akhir itu selesai.

Selain bergelar juara, Aisha juga turut menerima anugerah Bintang Paling Popular BRTM 2012 dan pemilihan adalah berdasarkan undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton.

"Kemenangan menerusi sistem juri dan sms serentak cukup membuatkan saya terkejut namun berbesar hati dipilih dalam kedua-dua kategori itu," ujarnya.

Sementara itu, tempat kedua pula dimenangi oleh Fitri Hakim Omar Walid (Fitri), 19, sementara Mohd Hafsham Noordin (Hafsham), 25 merangkul tempat ketiga.

Kategori Persembahan Terbaik dimenangi oleh peserta dari Sarawak iaitu Christine Chua Yea En, 16, menerusi persembahan hebatnya menyampaikan lagu Sekilas Senyumanmu nyanyian Fauziah Latiff dan lagu ciptaan terbaru oleh Adnan Abu Hassan berjudul Cinta Semalaman.

Pada pertandingan itu, kesemua enam peserta diberikan dua tugasan iaitu menyanyikan lagu pilihan sendiri dan lagu baru yang dicipta khas untuk mereka.

Buat permulaan, single terbaru mereka itu akan dimainkan di semua stesen milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkuatkuasa hari ini (Isnin).

Enam juri profesional yang mengadili BRTM 2012 ialah Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Johari Salleh, Fransisca Peter, Syafie, Jenny Chin dan Sharon Paul.

Dalam sidang akhbar, menurut Mokhzani, pemberian markah adalah berdasarkan kawalan suara sebanyak 80 peratus; potensi (10 peratus); serta persembahan dan penampilan (10 peratus).

Lain-lain peserta yang membawakan lagu masing-masing termasuk Fitri dengan Cinta Bukan Pelangi dan Bila Resah; Hafsham (Kata Maaf dan Percayalah Sayang); Aree (Mencintaimu dan Inginku Miliki) dan Shazia (Cinta Adam dan Hawa dan Cinta Tanpa Mu).

Persembahan setiap peserta diiringi oleh Orkestra RTM.

Penyampai radio Nasional FM, Muazanazzudin Mohamed (Muaz) tampil bersama Linda Onn selaku pengacara bersama pertandingan akhir itu.

Pertandingan itu turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada Azharina, Siti Sarah, Ramlah Ram dan Alyah.

Dalam perkembangan lain, sebagai juara BRTM 2012, Aisha membawa pulang sebuah kereta Cherry Tiggo, wang tunai RM20,000, rantai dan loket bernilai RM5,000, telefon pintar Samsung Galaxy Note, jam tangan Casio berserta trofi dan sijil.

Naib juara BRTM 2012, Fitri memperolehi wang tunai RM10,000, trofi dan sijil, rantai dan loket bernilai RM3,000, telefon pintar dan sebuah komputer riba dan jam tangan Casio.

Hafsham sebagai pemenang ketiga BRTM 2012 meraih wang tunai RM5,000, trofi dan sijil, barangan kemas bernilai RM2,000, telefon pintar Samsung S11 dan jam tangan Casio.

Untuk kategori Persembahan Terbaik, Christine mendapat pakej percutian ke Natasya Resort, Cameron Highlands, Limo Ride ke destinasi percutian bernilai RM5,000, barangan kemas berserta trofi dan sijil.

Aisha yang memenangi Bintang Paling Popular (undian SMS) turut membawa pulang wang tunai RM5,000, trofi dan sijil, sebentuk cincin dan pakej penginapan tajaan Asia Room.

Tiga pemenang saguhati mendapat wang tunai RM3,000, trofi dan sijil, telefon bimbit Samsung dan jam tangan Casio.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Maznah Rais menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Ini bermakna, Aisha telah mengikut jejak langkah Allahyarham Sudirman Haji Arshad, Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Rohana Jalil, M. Rizal, Azharina Azhar dan Izwan Pilus menempa nama melalui program ini.

- MSTAR

Usia Bukan Halangan Cinta Ella Dan Azhar

KLANG: Penyanyi Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46 tidak melihat jarak usia antara dirinya dan suami sebagai satu halangan untuk mereka mengecap bahagia sebagai pasangan suami isteri.

Ella, 46, berkata, apa yang lebih penting adalah keserasian di antara mereka dan menyanjungi personaliti suaminya iaitu Azhar Ghazali, 30-an yang cukup matang dan memahami dirinya.

"Ini dikatakan jodoh yang ditentukan Allah. Saya tidak melihat pada faktor usia sebaliknya memandang nilai dirinya yang cukup memahami diri saya dan matang sebagai seorang lelaki. Tambahan pula kami cukup serasi," ujarnya.

Penyanyi lagu Layar Impian itu selamat diijabkabulkan dengan Azhar iaitu seorang juruterbang syarikat Firefly dengan sekali lafaz di kediaman pengantin perempuan di Teluk Gadung di sini kira-kira pukul 10.30 malam Sabtu lalu.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Jurunikah Masjid Nurul Iman, Klang, Baharuddin Abu Bakar berwalikan abang sulung pengantin perempuan, Mohd Noor Izam Aminudin.

Ella dan Azhar sebelum itu telah ditunangkan sebelum majlis akad nikah bermula.

Dalam pada itu, Azhar berkata, dia juga tidak melihat soal usia sebagai penghalang dan menjadikan perkahwinan Nabi Muhammad S.A.W. bersama Siti Khadijah sebagai contoh terbaik dalam melayari bahtera perkahwinan mereka.

"Rasulullah juga berkahwin dengan Siti Khadijah yang jauh lebih berusia darinya dan baginda dapat hidup dengan bahagia dan penuh berkat.

"Saya mengambil contoh itu dan Insya Allah akan membina rumah tangga ini dengan sempurna," ujarnya.

Ditanya mengenai keistimewaan Ella di matanya, Azhar berkata, sifat isterinya yang seorang penyayang dan cukup bersederhana menjadikan hatinya tertawan dengan ratu rock negara itu.

Ujar Azhar, walaupun sebelum ini ada beberapa rintangan dalam hubungan mereka sepanjang sembilan tahun berkenalan, dia bersyukur akhirnya dapat disatukan dengan isteri tercinta.

"Mungkin dulu kami tidak matang dan tidak bersedia untuk bergelar suami isteri tetapi sikap penyayang dan sederhananya membuatkan hati saya sentiasa terpaut kepadanya.

"Ini dinamakan jodoh dan saya gembira kami akhirnya dapat disatukan," katanya.

Sementara itu, Ella berkata, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan membahagiakan suaminya.

Ella berkata, walaupun sudah terbiasa hidup solo sebelum ini, dia tidak bimbang untuk menyesuaikan diri dengan status barunya itu dan yakin dapat melaksanakan tugas itu dengan baik.

"Bila saya putuskan untuk mendirikan rumah tangga itu bererti saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri kepada seorang suami.

"Insya Allah semuanya akan berjalan dengan lancar. Doakan kebahagiaan kami berdua," katanya.

Dalam perkembangan sama, ibu Ella, Yang Asmah Yong, 85, memanjatkan kesyukuran hasratnya untuk melihat puteri kesayangannya itu berkahwin akhirnya tercapai.

Yang Asmah berkata, dia sudah menantikan saat ini begitu lama dan cukup gembira dengan perkahwinan tersebut.

"Rasanya makciklah orang yang paling gembira sekali apabila Ella akhirnya berkahwin dan doa makcik semoga dia kekal bahagia sehingga ke akhir hayat," katanya.

Pasangan itu akan diraikan dalam majlis menyambut menantu di Muar, Johor pada minggu hadapan dan resepsi seterusnya akan diadakan pada 1 Disember di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

- MSTAR

Sabtu, Jun 30, 2012

Irma Hasmie berkahwin dengan Ahli Perniagaan


PUTRAJAYA: Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie, 30, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan, 31, dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya di sini kira-kira pukul 3.50 petang, Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Irma iaitu Ibrahim Othman di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Redza Ahmad.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima tiga dinar emas (RM2,220) sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima 11 dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas 13 dulang.Selain sebentuk cincin, antara barang hantaran lain yang diberikan Redza kepada Irma termasuklah sirih junjung, manisan, jam tangan, tas tangan, coklat dan set mandian.

Manakala Irma membalas sirih junjung, sebentuk cincin, Al-Quran, sejadah, kurma dan komputer riba.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan pada 1 Julai ini di Dewan D2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pukul 8 malam.

- MSTAR

Sabtu, Jun 16, 2012

Sejuta Impian Musim Kedua Tawar Insentif RM1 Juta



Program hasil cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Sejuta Impian bakal kembali dengan musim kedua dengan insentif lumayan berjumlah RM1 juta.

Stesen TV3 dalam satu kenyataan berkata, program tersebut bakal mendapat dana daripada Dana 1Malaysia bagi merialisasikan impian rakyat Malaysia.

"Idea untuk membangunkan masyarakat sekeliling, memberi manfaat kepada komuniti anda, melindungi alam sekitar mahupun impian untuk mengubah kehidupan anda, semuanya mungkin bakal tercapai menerusi program realiti Sejuta Impian musim terbaru," menurut kenyataan itu di sini.

Mereka yang mempunyai hasrat dan impian yang terpendam, boleh mendaftar penyertaan secara online dengan melayari www.tv3.com.my/sejutaimpian dari 18 Mei hingga 24 Jun atau hadir ke sesi ujibakat yang akan berlangsung pada 23 dan 24 Jun di Sri Pentas TV3, Bandar Utama, bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.

Bagi penyertaan secara online, mereka yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pihak produksi pada 25 Jun.

Untuk mengetahui secara lanjut mengenai Sejuta Impian, anda boleh menghantarkan emel anda ke sejutaimpian@tv3.com.my

Ujibakat adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan mestilah berumur tidak melebihi 40 tahun.

Bagi mereka yang masih di bawah umur 18 tahun harus ditemani oleh ibu bapa atau penjaga ketika menghadiri sesi ujibakat.

Isnin, Jun 11, 2012

Caroline Juara Mentor 6



SHAH ALAM: Dengan mendapat markah keseluruhan sebanyak 71 markah , protege Ella, Caroline berjaya meraih gelaran juara Mentor musim keenam Mentor 6 yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini, malam Ahad.

Caroline atau nama sebenarnya Puteri Caroline Mohd Kamel, 20, berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 serta trofi.

Protege Ogy Ahmad Daud, Zatul atau Noor Nazatul Farahin, 23, mendapat tempat kedua dengan mendapat 60 markah , sekaligus meraih wang tunai berjumlah RM30,000 serta trofi.

Manakala protege Faizal Tahir, Anas atau Anas Ridzuan (50 markah) yang mendapat tempat ketiga menerima wang tunai sebanyak RM10,000.

Pada segmen pertama, Anas membawakan lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latiff, Zatul (Pawana dan Pelesit Kota - Search) dan Caroline membawakan lagu My Love (Justin Timberlake) dan I Don't Wanna Miss A Thing (Aerosmith).

Kemudian ketiga-tiga protege ditugaskan untuk berduet dengan penyanyi profesional dimana Anas membawakan lagu Selamat Malam (nyanyian Faizal Tahir) dengan Hazama, Zatul dan Ziana Zain (Nakal-Gigi dan Sedang Ingin Bercinta-Dewa 19) manakala Caroline membawakan lagu Kau Kekasihku (Siti Nurhaliza) dengan Azlan The Typewriter.

Tugasan terakhir, Anas menyampaikan lagu barunya iaitu Hanya Dirimu, Zatul (Tinggalkan Yang Lalu) dan Caroline membawakan lagu Harus Cintamu.

Format pemarkahan merangkumi 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus melalui juri awam.

Juri profesional merupakan pemuzik Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini.

Turut diumumkan adalah pemenang peserta ujibakat iaitu Najua P.Ramlee yang menyanyikan lagu Kisah Hati menerima hadiah wang tunai RM1,000.

- MSTAR

Recent Posts