Memaparkan catatan dengan label EURO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label EURO. Papar semua catatan

Jumaat, Jun 15, 2012

Keputusan EURO 2012 : Sepanyol 4 Ireland 0 (Kumpulan C)



DUA jaringan penyerang prolifik Sepanyol, Fernando Torres semasa membantu Sepanyol menewaskan Republik Ireland 4-0 pada perlawanan kedua Kumpulan C semalam, menutup mulut pengkritik terhadap keupayaan peledak utama Chelsea ini dalam kempen Euro 2012.

Torres berasal dari wilayah Fuenlabrada ini sebelum ini dikritik hebat media Sepanyol berikutan prestasi tidak konsistennya bersama Chelsea biarpun kelab berpangkalan di Stamford Bridge berjaya menjuarai Piala Liga Juara menewaskan Bayern Munich, Mei lalu.

Lebih malang lagi, kegagalannya menyempurnakan beberapa peluang di depan pintu gol lawan menambah lagi amarah penyokong Sepanyol semasa penyandang juara berkenaan diikat 1-1 ketika menentang Itali pada aksi pembukaan kumpulan.

Namun, keupayaanya meledak dua gol menewaskan anak buah Giovanni Trapattoni membuktikan bahawa El Nino ini adalah pilihan tepat Vilcente del Bosque untuk juara Euro 2008 dan juara Piala Dunia 2010, mencipta hatrik pada Euro 2012 .

- SINAR HARIAN

Keputusan EURO 2012 : Itali 1 Croatia 1 (Kumpulan C)



GOL jaringan Andrea Pirlo seharusnya sudah meletakkan Itali selangkah di depan - mara pusingan kalah mati semasa aksi kedua Kumpulan C menentang Croatia, semalam.

Namun gol Pirlo hasil sepakan percuma dari luar kotak penalti pemain berusia 33 tahun yang mewakili Juventus dalam Seria A, Itali pada minit ke-39 tidak kekal lama.

Gol itu sudah cukup membuatkan pemain Croatia bangkit bertungkus lumus untuk mengikat The Azzurri berkenaan menerusi gol penyamaan Mario Mandzukic pada minit ke-72.

Anak muda kelahiran Flero, Lombardy yang berketinggian 1.77 meter ini mulai mewakili skuad senior sejak 2002 itu sudah membuat 85 penampilan kini meledak 10 gol di peringkat antarabangsa.

Pirlo yang menjadi sandaran jurulatih, Cesare Prandelli untuk membentuk skuad Itali berwajah baru jga di kenali ‘architetto’ kerana hantaran jauhnya sering memudahkan jentera hadapan menjaringkan pasukan biru putih berkenaan.

- SINAR HARIAN

Khamis, Jun 14, 2012

Keputusan EURO 2012 : Belanda 1 Jerman 2 (Kumpulan B)



Pertemuan Jerman dan Belanda dalam Kumpulan B kejohanan Euro 2012, yang selesai awal pagi ini (waktu Malaysia) menyaksikan persembahan menarik dengan finalis empat tahun lalu memperoleh mata penuh untuk menerajui tangga teratas kumpulan itu.

Atas kertas Jerman sudah pun cukup selesa untuk mara ke suku akhir manakala peluang Belanda masih ada tetapi tipis kerana ia bergantung pada keputusan perlawanan ketiga Kumpulan B, Sabtu ini.

Pada aksi babak pertama, penyerang prolifik Belanda dan Arsenal, Robin Van Persie berjaya melepasi benteng Jerman seawal minit keenam, namun penjaga gol, Manuel Neuer pantas menyelamatkan bola. Selepas itu, giliran Mesut Ozil menguji gawang The Oranje pada minit ketujuh tetapi ditangkap kemas oleh Maarten Stekelenburg.

Penyerang Jerman, Mario Gomez menjaringkan gol pertama pasukannya pada minit ke-23. Gomez sekali lagi mempamerkan aksi garang apabila menambah gol selepas menerima hantaran satu dua pada minit ke-38 dari sudut kiri gawang Belanda sekali gus menjadikan tiga gol peribadinya setakat ini.

Masuk babak kedua, Belanda dan Jerman mempamerkan aksi yang sengit dan rancak apabila serangan demi serangan dilakukan.

Belanda yang terdesak mencari gol akhirnya terhasil apabila Van Persie menyumbat gol pertama pada minit ke-73.

Selepas itu, Belanda kembali bersemangat dan membuat asakan bertubi-tubi tetapi malangnya sudah terlambat. Nasib tidak menyebelahi mereka dan terpaksa menelan kepahitan selepas tiupan wisel penamat daripada pengadil.

Para peminat bola sepak pastinya berasa terhibur dengan gaya persembahan dua pasukan terkuat Eropah ini dalam perlawanan yang dianggap 'perlawanan legenda' seperti mana yang dikatakan oleh pengendali Jerman, Joachim Loew.

Belanda yang turun untuk misi mengutip tiga mata penuh pada hari ini cuba bermain mati-matian menentang skuad Loew.

Pasukan Belanda dilihat mendominasi perlawanan hari ini dan melancarkan asakan bertubi-tubi ke arah kubu lawan tetapi gagal.

Dengan keputusan ini, Jerman mengutip enam mata manakala Portugal dan Denmark tiga mata manakala Belanda di tangga bawah sekali tanpa sebarang mata.

Sebentar tadi, Portugal merakam kemenangan dramatik menumpaskan Denmark 3-2. Belanda tewas 1-0 di tangan Denmark pada 9 Jun lalu dan Jerman menang ke atas Portugal 1-0.


Sekilas fakta permainan (masa penuh):

- Kedudukan gol: Jerman (2); Belanda (1)

- Penguasaan bola: 47% (Jerman); 53% (Belanda)

- Sasaran ke gawang: 12 (Jerman); 12 (Belanda)

- Sepakan penjuru: 5 (Jerman); 6 (Belanda)

- Kad kining: 1 (Boateng, Jerman); 2 (De Jong dan Willems, Belanda)



Barisan pasukan Belanda:

1. Maarten Stekelenburg
2. Gregory Van Der Wiel
3. John Heitinga
4. Joris Mathijsen
15. Jetro Willems
6. Mark Van Bommel (k)
8. Nigel De Jong
10. Wesley Sneijder
11. Arjen Robben
16. Robin Van Persie
20. Ibrahim Afellay

Barisan pasukan Jerman:

1. Manuel Neuer
5. Mats Hummels
14. Holger Badstuber
16. Phillip Lahm (k)
20. Jerome Boateng
6. Sami Khedira
7. Bastian Schweinsteiger
8. Mesut Ozil
13. Thomas Muller
10. Lukas Podolski
23. Mario Gomez

- SINAR HARIAN

Keputusan EURO 2012 : Denmark 2 Portugal 3 (Kumpulan B)



Pertembungan Denmark dan Portugal dalam perlawanan kedua Kumpulan B Euro 2012 baru sahaja berakhir dan sebagaimana telah diramalkan menyajikan aksi yang rancak dan sengit apabila masing-masing turun untuk mencari kemenangan.

Kedudukan akhir Portugal mengatasi Denmark 3-2.

Selepas gagal dalam perlawanan pertama Kumpulan B, Portugal nyata beraksi garang untuk mengatasi Denmark 3 -2 dalam pertemuan penuh dramatik, sekali gus menghidupkan peluang dalam saingan Euro 2012.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Arena Lviv, menyaksikan pertembungan sengit kedua-dua pasukan apabila masing-masing turun untuk mencari kemenangan penting.

Denmark yang mengasak kubu lawan pada babak awal perlawanan bagaimanapun tersentak apabila Portugal memperoleh gol pertama pada minit ke-25 menerusi Kleper Pepe.

Portugal yang semakin menemui rentak kecemerlangan memperolehi gol kedua pula menerusi Helder Postiga pada minit ke-35.

Denmark yang turun untuk mengukuhkan kedudukan selepas berjaya mengutip tiga mata sebelum ini merancakkan permainan dengan menjaringkan gol tunggal kira-kira lima minit kemudian menerusi Nicklas Bendtner pada minit ke-41.

Bersambung babak kedua perlawanan, kedua-dua pasukan saling mengasak kubu masing-masing, namun tiada berkesudahan.

Portugal yang memperolehi banyak peluang untuk menjarakkan mata namun tidak berjaya dilakukan apabila semuanya tersasar.

Namun percubaan Denmark akhirnya membolosi gawang lawan apabila Nicklas Bendtner berjaya mengikat kedudukan 2-2.

Portugal yang tersentak dengan jaringan tersebut mula mengatur strategi dan serangan demi serangan gawang Denmark berjaya dibolosi pada minit ke-86 untuk mendahului 3-1.

Kemenangan ini membolehkan Portugal berjaya membawa pulang tiga mata untuk membuka peluang mencari slot ke suku akhir nanti.

Berdasarkan rekod pertemuan mereka sebelum ini, negara Scandinavia itu pernah membenam Portugal 2-1 di laman sendiri, tahun lepas.

Dalam perlawanan sulung Ahad lalu, Denmark menang ke atas Belanda 1-0 manakala Portugal pula tewas kepada Jerman 0-1.

Berdasarkan perkembangan minggu lalu, Denmark telah melakar kejutan menjadi peneraju Kumpulan B.

Sebaliknya, Portugal turun dengan misi 'hidup mati' untuk mencari tiga mata penting untuk terus bernafas dalam saingan Euro 2012.

Di Kumpulan B sekarang, Portugal, Denmark dan Jerman memiliki tiga mata. Pada jam 2.45 pagi ini (waktu Malaysia), Jerman akan bertemu Belanda.



Sekilas fakta separuh masa pertama:


- Penguasaan bola: 42% (Portugal); 58% (Denmark)

- Sasaran ke gawang: 17 (Portugal); 9 (Denmark)

- Sepakan penjuru: 6 (Portugal); 7 (Denmark)

- Kad kuning: 1 (Meireles and Ronaldo, Portugal); 2 (Poulsen and Jacobsen, Denmark)



Barisan pemain Denmark
1 Stephan Andesen
6 Lars Jacobasen
3 Simon Kjaer
4 Daniel Agger
15 Michael Silberbauer
7 Willian Kvist
21 Niki Zimling
10 Dennis Rommedahl
8 Chritian Eriksen
9 Michael Krhon-Dehli
11 Nicklas Bendtner


Barisan pemain Portugal
12 Rui Patricio
21 Joao Pereira
2 Bruno Alves
3 Pepe
5 Fabio Coentrao
16 Raul Meireles
4 Miguel Veloso
8 Joao Mountinho
17 Nani
23 Helder Postiga
7 Cristiano Ronaldo

- SINAR HARIAN

Rabu, Jun 13, 2012

Keputusan EURO 2012 : Poland 1 Russia 1 (Kumpulan A)



SELEPAS seri 1-1 dengan Greece dalam perlawanan pembukaan pada hari perasmian kejohanan Euro 2012 Jumaat lalu, Poland sekali lagi mencatatkan keputusan yang sama dalam saingan dengan Rusia dalam satu lagi perlawanan peringkat Kumpulan A di Stadium Nasional, Warsaw.

Poland, pasukan tuan rumah kejohanan, berjaya mengikat Rusia 1-1 selepas ketinggalan satu gol.

Rusia memperlihatkan kehebatannya apabila menjaringkan gol pertama menerusi Alan Dzagoev pada minit ke-37 sekaligus menjadikan beliau penjaring terbanyak kejohanan setakat ini dengan tiga gol.

Penyerang Poland, Jakub Blaszczykowsl melakukan sepakan lencong dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol Rusia, Vyacheslav Malafeev pada minit ke-57 sekaligus mengikat Rusia 1-1.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun usaha mereka buntu. Keputusan kekal sehingga tamat permainan.

Pertemuan Rusia dan Poland juga digambarkan sebagai 'pertarungan medan perang' antara kedua-dua negara sebelah benua Eropah ini, yang disaksikan pada 1920.

Rusia yang menewaskan Republik Czech dengan pesta gol 4-1 pada Jumaat lalu, mahu memperoleh kemenangan susulan untuk muncul di tangga teratas Kumpulan A.

Sementara itu, pada jam 12 tengah malam tadi waktu Malaysia, Republik Czech berjaya memperoleh tiga mata pertama selepas menumpaskan Greece 2-1 di Stadium Wroclaw.

Ketika ini, kedudukan di dalam Kumpulan A masih terbuka dengan Rusia ditangga teratas dengan empat mata, Republik Czech tiga mata, Poland dua mata dan Greece sekadar memperoleh satu mata.



Sekilas fakta perlawanan

Penguasaan bola: Poland (43%) Rusia (57%)

Sasaran ke arah gawang: Poland (15) Rusia (7)

Tendangan sudut: Poland (4) Rusia (6)

Kad kuning: Tiada



Barisan pemain Poland:


22 P.Tyton
02 S.Boenisch
13 M.Wasilewski
15 D.Perquis
20 LPiszczek
05 D.Dudka
07 E.Polanski
10 L.Obraniak
11 R.Murawski
16 J.Blaszczykowsl
09 R.Lewandowski

Barisan pemain Rusia:

16 V.Malafeev
02 A.Anyukov
04 S.Ignashevich
05 Y.Zhirkov
12 A.Berezutsky
06 R.Shirokov
07 I.Denisov
08 K.Zyryanov
17 A.Dzagoev
10 A.Arshavin
11 A.Kerzhakov

- SINAR HARIAN

Keputusan EURO 2012 : Greece 1 Rep Czech 2 (Kumpulan A)




REPUBLIK Czech mempamerkan aksi garang untuk mengatasi Greece 2-1, sekali gus menghidupkan peluang bersaing merebut tiket ke pusingan seterusnya.

Dalam perlawanan peringkat Kumpulan A yang kedua, yang berlangsung di Stadium Wrocław hari ini, Republik Czech menjaringkan dua gol selang tiga minit.

Republik Czech yang melangkah ke separuh akhir lapan tahun lalu, memulakan sepakan dengan menjaringkan gol pada minit ketiga menerusi Peter Jiracek dan disusuli Vaclav Pilar pada minit keenam.

Dengan kemenangan itu, Republik Czech membawa pulang tiga mata penuh sekali gus mengelak daripada menjadi pasukan terawal tersingkir dalam kejohanan itu.

Sebaliknya, Greece, juara 2004, yang gagal kali kedua untuk mencari tiga mata penuh terpaksa menelan kepahitan apabila menghadapi laluan sukar pada baki terakhir perlawanan Kumpulan A.

Greece yang tersentak dengan dual gol awal Republik Czech mula mencari rentak untuk menjaringkan gol.

Namun, Greece yang berjaya menjaringkan satu gol pada minit ke-40 dalam usaha merapatkan jurang mata tidak dikira oleh pengadil kerana berada dalam keadaan ofsaid. Ia sekali gus menghampakan penyokong-penyokong Greece.

Bagaimanapun Greece menjaringkan gol pertama pada minit ke-53.

Greece semakin menguasai perlawanan apabila rancak mengasak kubu lawan untuk mencari gol penyamaan. Namun tiada gol berjaya dijaringkan apabila kesemua percubaan mereka tersasar.

Keputusan kekal sehingga ke tiupan wisel penamat.

Pakar bola sepak, BBC Radio 5, David Pleat antara lain berkata: "Pastinya, ia bukan merupakan satu permainan klasik antara Greece dan Republik Czech.:

"Jika begitulah permainan, saya akan memberi (gred) C+," kata beliau lagi.

Beliau menambah, "saya terkejut kerana dengan gol awal di pihak Czech, saya menjangkakan bahawa akan ada irama tambahan (gol tambahan). Nampaknya pertemuan ini kurang oomph - khususnya di pihak Greece, yang kelihatan seolah-olah pasif. (Dengan ini) sekarang, kita boleh mengatakan bahawa kedua-dua pasukan tidak akan sampai ke separuh akhir," katanya lagi.

Kedua-dua pasukan pernah bertemu di mana rekod pertemuan mereka menyaksikan Greece menewaskan Republik Czech di separuh akhir Euro 2004 melalui sepakan penalti.

Dalam perlawanan sulung Jumaat lalu, Republik Czech tewas kepada Rusia 4-1 manakala Greece dan Poland pula seri 1-1.

Perlawanan seterusnya menyaksikan persaingan antara Rusia dan tuan rumah Poland.


Perlawanan: Sekilas fakta:

- Penguasaan bola: Greece (48%); Republik Czech (52%)

- Sasaran ke arah gawang: Greece (5); Republik Czech (9)

- Tendangan sudut: Greece (4); Republik Czech (4)

- Kad Kuning: K Papadopoulos, Torosidis dan Salpingidis (3, Greece); Rosicky, Kolar dan Jiracek (3, Republik Czech)



Barisan pemain Greece

1 K. Chalkias
20 J. Holebas
15 V. Torosidis
5 K. Papadopoulos
2 G. Maniatis
16 G. Fotakis
10 G. Karagounis
21 K. Katsouranis
7 G. Samaras
14 D. Salpingidis
22 K. Fortounis

Barisan pemain Republik Czech

1 P. Čech
6 T. Sivok
3 M. Kadlec
8 D. Limberský
2 T. Gebre Selassie
13 J. Plašil
10 T. Rosický
17 T. Hübschman
14 V. Pilař
19 P. Jiráček
15 M. Baroš

- SINAR HARIAN

Selasa, Jun 12, 2012

Keputusan EURO 2012 : Ukraine 2 Sweden 1 (Kumpulan D)



PENGANJUR bersama Euro 2012, Ukraine, yang muncul kali pertama dalam persaingan pusingan akhir kejohanan benua Eropah ini, mencatatkan kemenangan manis dengan penuh bergaya di bumi sendiri dengan mengatasi Sweden 2-1.

Walaupun ketinggalan 0-1, dalam perlawanan yang penuh rancak pada separuh masa kedua, Ukraine menjaringkan dua gol dalam tempoh tidak sampai 10 minit di Stadium Olimpik, Kiev.

Kemenangan ini juga 'memadamkan' dakwaan insiden-insiden berbaur perkauman dilemparkan ke atas Ukraine, yang mengenakan jernis warna kuning, selaku tuan rumah bersama Poland.

Jika Poland hanya seri 1-1 dengan Greece dalam pertemuan pembukaan pada 8 Jun lalu, Ukraine selaku tuan rumah membawa kemenangan untuk menduduki tempat teratas dalam Kumpulan D.

Mereka memanfaatkan peluang mengukuhkan cengkaman apabila mengungguli Kumpulan D dengan kutipan tiga mata berharga. Dalam pertemuan sulung Kumpulan D tengah malam tadi (waktu Malaysia), England dan Perancis seri 1-1.

Kapten Andriy Shevchenko menjadi wira Ukraine apabila meledak dua gol masing-masing minit ke-54 dan ke-62. Sweden mendahului kedudukan menerusi jaringan Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-51.

Perlawanan Ukraine-Sweden ini adalah yang terakhir dalam pertemuan pertama bagi kesemua 16 pasukan kejohanan.

Bagi anak-anak buah Oleh Blokhin, mereka pastinya tidak akan mengecewakan para penyokong setia di bumi sendiri. Kelihatan lautan kuning-biru memenuhi stadium memberi sokongan padu.

Separuh masa pertama yang menyaksikan Ukraine banyak melakukan asakan, berakhir dengan seri tanpa jaringan.

Pasukan Sweden melakukan asakan berbahaya demi memburu gol penyamaan, namun usaha mereka gagal sehingga tiupan wisel penamat. Ia gagal menyempurnakan banyak peluang keemasan termasuk pada minit-minit perlawanan.

Kedua-dua pasukan ini mempunyai rekod seimbang ketika pertemuan perlawanan persahabatan antarabangsa. Kedua-dua Ukraine dan Sweden pernah bertemu dalam tiga perlawanan sebelum ini - peringkat perlawanan persahabatan. Kali terakhir mereka bertemu pada Ogos 2011 di mana Sweden menewaskan Ukraine 1-0.
Selaku tuan rumah, Ukraine juga satu-satunya pasukan yang turun di final Euro 2012 buat julung kali.



Barisan pemain Ukraine:

12 Pyatov
02 Selin
03 Khacheridi
17 Mykhalyk
04 Tymoschuk
09 Gusev
11 Yarmolenko
18 Nazarenko
19 Konoplienka
07 Shevchenko
10 Voronin

Barisan pemain Sweden:
01 Isaksson
02 Lustig
03 Mellberg
04 Granqvist
05 Mn Olsson
06 Elm
07 Larsson
09 Kallstrom Booked
10 Ibrahimovic
20 Toivonen
22 Rosenberg



Sekilas fakta di akhir perlawanan:

- Kedudukan: Ukraine (2); Sweden (1)

- Jaringan oleh Andriy Shevchenko (Ukraine, minit ke-54 dan ke-62); Zlatan Ibrahimovic (Sweden, minit ke-51)

- Penguasaan bola: Ukraine (57%); Sweden (43%)

- Sasaran ke gawang: Ukraine (14); Sweden (12)

- Tendangan sudut: Ukraine (3); Sweden (2)

- Kad kuning: Sweden (Kallstrom; Elm)

- SINAR HARIAN

Keputusan EURO 2012 : Perancis 1 England 1 (Kumpulan D)



PERANCIS dan England mengakhiri perlawanan sulung mereka dalam Kumpulan D, yang berlangsung di Stadium Donetsk, dengan terikat 1-1, yang ternyata mengecewakan peminat-peminat kedua-dua pasukan.

Sementara kedua-dua paskan memerlukan kemenangan dan mata penuh, Perancis dan England kelihatan 'gembira' dengan kedudukan seri dan berkongsi mata sebelum melengkapkan dua lagi perlawanan dan menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya.

Bekas ketua England, Graham Taylor dipetik BBC Radio 5 berkata: "Ia keputusan yang baik, tetapi kini kita melangkah ke dalam debat bahawa Perancis lebih banyak menguasai permainan."

"Menghormati kedudukan, mereka seharusnya memenangi permainan ini, tetapi tidak. Kita bermain dalam kejohanan dan (sebenarnya) anda memerlukan tuah," kata Taylor.

Perangkaan awal menunjukkan Perancis menguasai 60 peratus permainan berbanding dengan England.

Pemain pertahanan Everton dari Perancis, Sylvain Distin menerusi Twitter pula berkata, "permainan separuh masa kedua tidak cukup hebat, tetapi sekurang-kurangnya seri menjadikan semua gembira."

Pada babak awal perlawanan, England yang memulakan serangan gagal untuk menghasilkan jaringan. Sebaliknya, asakan bertubi-tubi England akhirnya berhasil apabila tendangan Joleon Lescott membolosi pintu gawang untuk mendahului 1-0 pada minit ke-30.

Perancis yang tersentak dengan jaringan awal England, melakukan asakan bertubi-tubi. Samir Nasri menghasilkan gol untuk mengikat kedudukan pada minit ke-39.

Dalam pertemuan kali ini, Perancis kelihatan banyak menguasai bola.

Kedua-dua pasukan yang turun untuk memburu gelaran utama, dilihat semakin rancak dalam mengasak kubu masing-masing untuk mencari gol kemenangan bagi mengukuhkan kedudukan mereka dalam Kumpulan D.

Bersambung babak kedua, Perancis semakin mempamerkan penguasaan yang luar biasa apabila sering melakukan hantaran cantik ke gawang lawan dalam mencari gol kedua.

Bagaimanapun, jentera pertahanan England yang kental berjaya mengekang serangan Perancis daripada meraih kemenangan pada perlawanan tersebut.

Gol England sekali lagi diuji apabila rembatan kencang penyerang Perancis, Karim Benzema untuk menambah gol bagaimanapun masih gagal apabila diselamatkan penjaga gol England, Joe Hart pada minit ke-60.

Selepas ini, pasukan tuan rumah, Ukraine akan bertemu Sweden dalam perlawanan kedua Kumpulan D, jam 2.45 pagi.

Perancis turun untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 21 perlawanan sebelum ini. Kedua-dua pasukan pernah bertemu di mana rekod pertemuan terakhir menyaksikan Perancis menewaskan England 2-1 dua tahun lalu.



Barisan pemain Perancis

1 Hugo Lloris
2 Mathieu Debuchy
5 Philippe Mexes
4 Adil Rami
3 Patrice Evra
6 Yohan Cabaye
18 Alou Diarra
15 Florent Malouda
11 Samir Nasri
10 Karim Benzema
7 Franck Ribery

Barisan pemain England

1 Joe Hart
2 Glen Johson
6 John Terry
15 Joleon Lescott
3 Ashley Cole
16 James Milner
4Steven Gerrad
17 Scott Parker
19 Stewart Downing
11 Ashley Young
22 Danny Welbeck

- SINAR HARIAN

Isnin, Jun 11, 2012

Keputusan EURO 2012 : Ireland 1 Croatia 3 (Kumpulan C)

CROATIA mengungguli tangga teratas Kumpulan C apabila membenam Republik Ireland 3-1 di Stadium Municipal, Poznan.

Pasukan itu yang memulakan sepakan menjaringkan gol pada minit ketiga menerusi Mario Mandzukic.

Mengambil kira keputusan seri 1-1 membabitkan Sepanyol dan Itali sebentar tadi, Croatia berjaya menbawa pulang tiga mata penuh dalam usaha mengukuhkan kedudukan untuk ke pusingan suku akhir.

Pertahanan Ireland, Sean St. Ledger menanduk cantik hasil hantaran sepakan percuma dari Kevin Doyle menewaskan penjaga gol Croatia, Stipe Pletikosa pada minit ke-19 menjadikan kedudukan terikat 1-1.

Dua minit sebelum tamat separuh masa pertama, Nikica Jelavic melepasi perangkap ofsaid pasukan Ireland dengan menjaringkan gol kedua buat Croatia.

Masuk babak kedua permainan, Mandzukic sekali lagi mengejutkan Ireland dengan menambah gol ketiga Croatia menerusi tandukan menewaskan penjaga gol, Shay Given pada minit ke-48 sekaligus gol kedua peribadinya setakat ini.

Selepas itu, Ireland mula mencipta gerakan berbahaya mengasak kubu lawan untuk merapatkan kedudukan namun tuah tidak menyebelahi mereka.

Pada saingan Kumpulan D esok, iaitu perlawanan yang dinanti-nantikan peminat bola sepak, Perancis menentang England manakala Ukraine bertemu Sweden.


Barisan kesebelasan utama

Republik Ireland:

1.Given
4.O'Shea
2.St. Ledger
5.Dunne
3. Ward
7.McGeady
6. Whelan
8. Andrews
11.Duff
9. Doyle
10. Keane (k).


Croatia:

1.Pletikosa
5.Corluka
13.Schildenfeld
2.Strinic
8.Vukojevic
11.Srna (k)
7.Rakitic
10.Modric
20.Perisic
17. Mandzukic
9. Jelavic.


Sekilas fakta

- Keputusan semasa: Republik Ireland (1) Croatia (3)

- Penguasaan bola: Republik Ireland (45%) Croatia (55%)

- Pemain terima kad kuning: Keith Andrews (Rep Ireland) Luka Modric, Niko Krancjar (Croatia)

- Sasaran ke gawang: Republik Ireland (13) Croatia (14)

- Hero pasukan: Mario Mandzukic (Croatia)

- SINAR HARIAN

Keputusan EURO 2012 : Sepanyol 1 Itali 1 (Kumpulan C)



PENYANDANG juara Euro 2008, Sepanyol dan Itali mempamerkan permainan penuh dramatik dan berkualiti apabila menjaringkan gol tunggal masing-masing selang empat minit dalam perlawanan sulung kejohanan Euro 2012.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 untuk berkongsi mata dalam perlawanan Kumpulan C.

Cesc Fabregas menyelamatkan maruah Sepanyol dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-64 - selang empat minit selepas jaringan pemain Itali Antonio Di Natale meletakkan negaranya di depan.

Sepanyol, juara bertahan, yang turun dengan misi mahu menjadi negara pertama mempertahankan gelaran juara Eropah ditentang hebat oleh Itali, yang menjadikan pertemuan ini sebagai medan untuk membalas dendam.

Pada babak awal perlawanan, Sepanyol yang banyak - lebih 60 peratus - menguasai perlawanan bagaimanapun gagal untuk mencipta jaringan.

Sebaliknya, pertahanan yang kukuh dilakukan oleh pasukan Itali berjaya mengekang asakan Sepanyol daripada membolosi pintu gawang.
Kedua-dua pasukan dilihat mengasak kubu masing-masing bagaimanapun gagal untuk mencipta jaringan.





Sekilas fakta

- Keputusan akhir: Sepanyol (1) Itali (1)

- Pemain terima kad kuning: Jordi Alba, Arbeloa, Torres (Sepanyol) Maggio, Bonucci, Chiellini (Itali)

- Sasaran ke gawang: Sepanyol (9) Itali (6)

- Sepakan penjuru: Sepanyol (7) Itali (2)

- Hero pasukan: Cesc Fabregas (Sepanyol) Antonio Di Natale (I




Barisan pemain Sepanyol
1 Casillas
15 Sergio Ramos
17 Arbeloa
3 Piqué
18 Jordi Alba
10 Fàbregas
6 Iniesta
14 Xabi Alonso
8 Xavi
21 David Silva
16 Busquets

Barisan pemain Itali
1 G. Buffon
19 L. Bonucci
3 G. Chiellini
16 D. De Rossi
21 A. Pirlo
5 Thiago Motta
2 C. Maggio
8 C. Marchisio
13 E. Giaccherini
10 A. Cassano
9 M. Balotelli


- SINAR HARIAN

Ahad, Jun 10, 2012

Keputusan EURO 2012 : Jerman 1 Portugal 0 (Kumpulan B)


 Keputusan EURO 2012 : Jerman 1 Portugal 0


SELEPAS kejutan awal dalam Kumpulan B, dua gergasi - Jerman dan Portugal yang bersaing di stadium Arena Lviv, Lviv mempamerkan permainan cemerlang tetapi Jerman sebagaimana diramalkan memenangi pertemuan sulungnya.

Kemenangan INI mengukuhkan kedudukan Jerman dengan tiga mata penuh. Terdahulu Denmark mengatasi Belanda juga 1-0.

Jerman menjaringkan gol pertama pada minit ke-72 menerusi Mario Gomez. Pasukan itu hampir menambah dua lagi beberapa minit selepas itu.

Pasukan Portugal juga memperoleh beberapa peluang emas untuk menyamakan kedudukan tetapi tidak berkesudahan.

Portugal kembali mengasak bertubi-tubi untuk mencari gol penyamaan tetapi barisan pertahanan dan penjaga gol sangat kebal mengecewakan mereka.

Nani hampir menjaringkan gol pada minit ke-84 tetapi lambungannya terkena palang.

Pertemuan ini juga menyaksikan bintang-bintang Real Madrid - Mesut Ozil, Sami Khedira dari Jerman menentang Ronaldo, Coentrao dan Pepe sebagai seteru kali ini.

Setakat ini, mereka telah bertemu sebanyak 17 kali. Jerman telah menang lapan dari 16 perlawanan. Portugal hanya menang tiga kali.

Pertemuan terakhir mereka ialah pada separuh akhir Euro 2008, di mana Jerman menang 3-2.

Di akhir babak separuh masa pertama, di mana 52 peratus permainan dikuasai oleh Jerman, kedua-dua pasukan itu terikat tanpa jaringan.

Portugal nyaris menjaringkan gol pada saat-saat terakhir perlawanan separuh masa pertama apabila tendangan pemainnya terkena palang gawang dan diselamatkan oleh Jerman.

Pengadil melayangkan empat kad kuning dalam pertemuan ini.

Penyerang Portugal, Helder Postiga menerima layangan kad kuning selepas mengasari penjaga gol Jerman, Manuel Neuer pada minit ke-12.

Serangan Jerman yang diketuai Lukas Podolski dan Gomez berjaya dipatahkan benteng Portugal.

Percubaan Pepe selepas mendapat sepakan sudut terkena palang gol Jerman pada minit kecederaan.

Dalam pada itu, Denmark melakar kejutan dengan menewaskan Belanda 1-0 hasil jaringan Michael Krohn Dehli di Stadium Metalist Kharkiv pada jam 12 tengah malam tadi.

Jerman menghuni tangga teratas Kumpulan B bersama Denmark dengan tiga mata meninggalkan Belanda dan Portugal.

Pada saingan pembukaan Kumpulan C awal pagi esok, perlawanan yang menarik, Sepanyol akan menentang Itali dan Republik Ireland bertemu Croatia.



Barisan pemain Jerman:
01 Neuer
05 Hummels
14 Badstuber
16 Lahm
20 Boateng
06 Khedira
07 Schweinsteiger
08 Ozil
13 Mueller
10 Podolski
23 Gomez


Barisan pemain Portugal:
12 Rui Patricio
02 Alves
03 Pepe
05 Coentrao
21 Joao Pereira
04 Veloso
08 Joao Moutinho
16 Meireles
17 Nani
07 Ronaldo
23 Postiga Booked


Sekilas fakta perlawanan:

- Kedudukan gol: Jerman (1); Portugal (0)

- Kad kuning: Badstuber dam Lahm(Jerman); Postiga dan Coentrao (Portugal)

- Penguasaan permainan: 50% (Jerman); 50% (Portugal)

- Sasaran ke gawang: Jerman (12); Portugal (9)

- Sepakan penjuru: Jerman (2); Portugal (10)

- Pemain gantian: Ozil (Kroos) dan Gomez (Klose) bagi Jerman; Meireles (Varela) dan Postiga (Oliveira) bagi Portugal

- Hero perlawanan: Mario Gomez (penjaring tunggal Jerman)

- Masa kecederaan: 6 minit

- SINAR HARIAN

Keputusan EURO 2012 : Belanda 0 Denmark 1 (Kumpulan B)



Keputusan EURO 2012 : Belanda 0 Denmark 1 (Kumpulan B)

DENMARK mempamerkan aksi garang, sekali gus membuat kejutan dengan mengatasi Belanda 1-0 dalam perlawanan peringkat Kumpulan B yang berlangsung di Stadium Metalist Kharkiv.

Denmark yang turun selaku pasukan bukan pilihan membuktikan kemampuan bahawa mereka juga boleh melakar kejutan.

Pada babak awal perlawanan, Belanda yang banyak - lebih 60 peratus - menguasai perlawanan bagaimanapun gagal untuk mencipta jaringan. Pasukan ini telah menjaringkan 37 gol di peringkat kelayakan berbanding pasukan lain yang bersaing di Euro 2012 ini.

Dengan kekalahan ini Belanda perlu mengatasi Jerman atau Portugal untuk mara ke pusingan seterusnya..

Gerakan menarik yang dilakukan Micheal Krohn Dehli pada minit ke-24 berjaya menewaskan penjaga gol Belanda, Maarten Stekelenburg untuk mendahului 1-0.

"Ia satu-satunya tindakan bahaya Denmark," kata Kapten Belanda, Mark van Bommel.

"Saya tidak tahu nak kata apa kerana tiga mata sangat penting bagi kami," katanya lagi.

Kemenangan Denmark ke atas Belanda juga detik sangat bermakna selepas separuh akhir 1992.

Perlawanan hari ini kelihatan lebih tenang berbanding persaingan pembukaan Kumpulan A antara Poland dan Greece semalam di mana berakhir dengan detik-detik dramatik dan kontroversi di Stadium Nasional Warsaw.

Bersambung babak kedua, perlawanan semakin rancak apabila kedua-dua pasukan mengasak kubu masing-masing.

Belanda yang tersentak dengan jaringan awal pihak lawan, terus buntu untuk mencari gol apabila setiap percubaan yang dilakukan tersasar.

Peluang Belanda untuk mencipta gol penyamaan pada minit ke- 74 gagal dilaksanakan setelah penjaga gol Denmark berjaya menyelamatkan detik cemas itu daripada membolosi gawang.

Pada aksi tadi, anak buah Morten Olsen mencatatkan keputusan positif sekali gus mencerahkan peluang mereka ke peringkat seterusnya.

Kumpulan B akan menyaksikan perlawanan menarik antara Jerman dan Portugal, yang akan berlangsung pada jam 2.45 pagi.



Barisan pemain Belanda:
01 Stekelenburg
02 Van Der Wiel
03 Heitinga
13 Vlaar
15 Willems
06 Van Bommel
08 De Jong
10 Sneijder
11 Robben
16 Van Persie
20 Afellay


Barisan pemain Denmark:
01 Andersen
03 Kjaer
04 Agger
05 S Poulsen
06 Jacobsen
07 Kvist
08 Eriksen
21 Zimling
09 Krohn-Delhi
10 Rommedahl
11 Bendtner



Sekilas fakta perlawanan:

- Keputusan semasa: Denmark (1) Belanda (0)

- Pemain terima kad kuning: Van Bommel (Belanda), Poulsen dan Kvist (Denmark)

- Penguasaan permainan: Belanda (53 peratus); Denmark (47 peratus)

- Sasaran ke gawang: Belanda (29); Denmark (8)

- Sepakan penjuru: Belanda (11); Denmark (4)

- Waktu kecederaan: Tiga minit

- Hero pasukan Denmark: Michael Krohn-Dehli (penjaring tunggal)

- SINAR HARIAN

Sabtu, Jun 09, 2012

Keputusan EURO 2012 : Rusia 4 Czech 1 (Kumpulan A)



WROCLAW - Rusia menampilkan aksi garang apabila mengatasi Republik Czech 4-1 dengan menjaringkan dua gol pada babak pertama, dalam perlawanan Kumpulan A, yang berlangsung di Stadium Perbandaran Wroclaw.

Rusia, yang melangkah ke separuh akhir empat tahun lalu, menjaringkan dua lagi gol - dalam tempoh dua minit di akhir babak kedua iaitu minit ke-79 dan 82 untuk kesudahan 'pesta gol' pada hari pembukaan perlawanan.kejohanan kali ini.

Perlawanan itu, yang lebih 'tenang', berlangsung kira-kira sejam selepas dua lagi pasukan dalam Kumpulan A iaitu Poland dan Greece seri 1-1, pertemuan yang berakhir dengan detik-detik drama dan kontroversi, di Stadium Nasional, Warsaw.

Pertemuan hari ini juga menyaksikan dua bintang Arsenal, Andrei Arshavin dari Rusia dan Tomas Rosicky dari Czech bertemu sebagai musuh.
Pemain tengah Rusia, Alan Dzagoev memecah kebuntuan menewaskan penjaga gawang Czech, Petr Cech pada minit ke-15.

Selepas itu, pemain berjersi nombor enam, Roman Shirokov meledak gol kedua dengan menguis masuk hantaran cantik daripada Jaroslav Plasil melepasi benteng Czech pada minit ke-24.

Czech memperoleh gol pertamanya menerusi Vaclav Pilar pada minit ke-54.

Gol ketiga Rusia dijaringkan oleh Alan Dzagoev pada minit ke-79 manakala yang seterusnya oleh Roman Pavlyuchenko empat minit kemudian.

Pada aksi tadi, anak-anak buah Dick Advocaat mencatatkan keputusan yang positif sekaligus menjadikan kemenangan terbesar setakat ini dan menghuni tangga teratas Kumpulan A.

Pada saingan Kumpulan B awal pagi esok, ia akan menyaksikan kumpulan maut bertarung diantara Belanda menentang Denmark dan Jerman bertemu Portugal.



Sekilas Fakta:
- Keputusan akhir Rusia (4) Republik Czech (1)
- Penguasaan 58% Rusia; 42% Republik Czech
- Tendangan ke arah gawang 17 (Rusia); 12 (Republik Czech)
- Tendangan sudut 3 (Rusia); 5 (Republik Czech)
- Kesalahan pemain 11 (Rusia); 14 (Republik Czech)

- SINAR HARIAN

Keputusan EURO 2012 : Poland 1 Greece 1 (Kumpulan A)



WARSAW - Selepas spekulasi dan harapan berbulan-bulan, kejohanan Euro 2012 bermula di ibu negara Poland dengan pasukan tuan rumah dan Greece terikat 1-1 dalam pertemuan yang penuh dengan drama dan kontroversi.

Drama dan kontroversi melibatkan layangan dua kad merah termasuk ke atas penjaga gol Poland sendiri.

Greece yang mempertikaikan keputusan pengadil apabila tidak memberi tendangan penalti pada separuh masa pertama, gagal menyempurnakan sepakan penalti di separuh masa kedua.

Pengadil dari Sepanyol, yang dilihat 'bias' kepada Greece di separuh masa pertama, melayangkan dua kad merah masing-masing satu kepada pasukan Poland dan Greece, sekali gus mencemarkan perlawanan sulung kejohanan Euro 2012.

Poland menguasai separuh masa pertama manakala Greece pula lebih menguasai permainan separuh masa kedua. Ia perlawanan pertama Kumpulan A yang turut dianggotai Rusia dan Republik Czech.

Gol pertama kejohanan dan bagi pasukan Poland dijaringkan oleh Robert Lewandowski pada minit ke-17. Greece menyamakan kedudukan di awal separuh masa kedua, iaitu pada minit ke-51, menerusi Dimitris Salpingidis, yang dibawa masuk pada separuh masa kedua.

Salpingidis menghasilkan beberapa percubaan tetapi gagal membawa mata penuh kepada Greece.

Perlawanan sulung ini mencetuskan kontroversi apabila pengadil melayangkan kad merah selain menafikan tendangan penalti kepada pasukan Greece.

Pemain Greece, Sokratis Papastathopoulos dilayangkan kad merah dan diarah keluar padang sementara Poland kelihatan menguasai perlawanan sulung ini.

Bermain dengan 10 pemain, Greece kelihatan berhadapan dengan situasi malang apabila dinafikan tendangan penalti ketika separuh masa pertama hampir tamat.

Pemain Greece Jose Holebas yang mempertikaikan keputusan pengadil menafikan tendangan penalti diberikan kad kuning, sekali gus mencetuskan kontroversi.

Holebas mempertikaikan bahawa pemain Poland menahan bola dengan tangan di hadapan gawang, Keputusan itu turut dipertikaikan oleh banyak pihak termasuk komen-komen melalui blog dan Twitter.

Penjaga gol Poland Wojciech Szczesny, yang sebelu ini mewakili Arsenal, pula diberikan kad merah dan diarah keluar padang selepas menjatuhkan pemain Salpingidis pada minit ke-69.

Tendangan penalti Greece, yang diambil oleh Giorgos Karagounis tidak disempurnakan dengan baik. Ia diselamatkan oleh penjaga gol gantian Przemyslaw Tyton.

Salpingidis menjaringkan gol empat minit kemudian tetapi tidak dibenarkan kerana 'offside'.

Kejohanan kali ini dianjurkan bersama oleh Poland dan Ukraine.

Sepakan mula dilakukan oleh Greece yang bertemu dengan pasukan tuan rumah Poland di Stadium Nasional di sini setelah selesainya majlis perasmian.

Sebanyak 16 pasukan terbaik bersaing di peringkat akhir Euro 2012 yang akan berlangsung selama tiga minggu - untuk menguasai Piala Henri Delaunay. Sepanyol mempertahankan kejuaraan mereka.

Perlawanan akhir akan berlangsung 1 Julai di Kiev, Ukraine.

Sebanyak 31 perlawanan akan berlangsung sepanjang tempoh selama tiga minggu kejohanan. Pertemuan Poland dan Greece ini disusuli dengan perlawanan antara Rusia dan Republik Czech pada jam 2.45 pagi nanti.



SEKILAS FAKTA:

- Keputusan akhir Poland (1) Greece (1)
- Bermain dengan 10 orang; pemain Poland Szczesny dan Papastathopoulos dari Greece dibuang padang
- Robert Lewandowski penjaring sulung Euro 2012.
- Greece dinafikan penalti pada separuh masa pertama, tetapi gagal menyempurnakan penalti di separuh masa kedua.
- 3 kad kuning; 2 kad merah dikeluarka.
- Dimitris Salpingidis dan Przemyslaw Tyton wira bagi Greece dan Poland Salpingidis menjaringkan gol Greec; Tyton menyelamatkan tendangan penalti.

- SINAR HARIAN

JADUAL PERLAWANAN EURO 2012



Jadual Perlawanan EURO 2012 (Waktu Malaysia)

Jadual Kumpulan A
8 Jun 2012 – 11:55 pm : POLAND lwn GREECE
9 Jun 2012 – 02:45 am : RUSSIA lwn REP CZECH
13 Jun 2012 – 02:45 pm : POLAND lwn RUSSIA
13 Jun 2012 – 11:55 pm : GREECE lwn REP CZECH
17 Jun 2012 – 02:45 am : GREECE lwn RUSSIA
17 Jun 2012 – 02:45 am : REP CZECH lwn POLAND

Jadual Kumpulan B
9 Jun 2012 – 11:55 pm : BELANDA lwn DENMARK
10 Jun 2012 – 02:45 am : JERMAN lwn PORTUGAL
13 Jun 2012 – 11.55 pm : DENMARK lwn PORTUGAL
13 Jun 2012 – 02:45 am : BELANDA lwn JERMAN
17 Jun 2012 – 02.45 am : PORTUGAL lwn BELANDA
17 Jun 2012 – 02.45 am : DENMARK lwn JERMAN

Jadual Kumpulan C
10 Jun 2012 – 11:55 pm : SEPANYOL lwn ITALI
11 Jun 2012 – 02:45 am : IRELAND lwn CROATIA
14 Jun 2012 – 02:45 am : SEPANYOL lwn IRELAND
14 Jun 2012 – 11:55 pm : ITALI lwn CROATIA
18 Jun 2012 – 02:45 am : CROATIA lwn SEPANYOL
18 Jun 2012 – 02:45 am : ITALI lwn IRELAND

Jadual Kumpulan D 
11 Jun 2012 – 11:55 pm : PERANCIS lwn ENGLAND
12 Jun 2012 – 02:45 am : UKRAINE lwn SWEDEN
15 Jun 2012 – 11:55 pm : SWEDEN lwn ENGLAND
16 Jun 2012 – 02:45 am : UKRAINE lwn PERANCIS
20 Jun 2012 – 02:45 am : ENGLAND lwn UKRAINE
20 Jun 2012 – 02:45 am : SWEDEN lwn PERANCIS

Siaran LIVE STREAMING:

Recent Posts