OCBC Al-Amin perkenal akaun perniagaan dibuka dalam talian

 



OCBC Al-Amin Bank Bhd (OCBC Al-Amin) memperkenalkan OCBC eBiz Account-i untuk membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) membuka akaun perniagaan patuh Syariah secara dalam talian sepenuhnya.

Menurut bank itu dalam kenyataan satu kenyataan hari ini, OCBC eBiz Account-i dirangka untuk PKS yang mahukan sebuah akaun yang mudah, pantas dan menyenangkan selain menyusuli kejayaan OCBC Bank (Malaysia) Bhd memperkenalkan OCBC eBiz Account secara dalam talian sepenuhnya.

"Kedua-dua akaun konvensional dan patuh Syariah terbuka kepada PKS yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dengan sehingga dua pengarah atau rakan kongsi," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OCBC Al-Amin, Syed Abdull Aziz Syed Kechik, berkata terdapat permintaan kukuh daripada PKS untuk akaun perniagaan patuh Syariah yang boleh dibuka sepenuhnya tanpa perlu mengunjungi bank, dan OCBC Al-Amin sedia untuk memenuhi permintaan berkenaan.

"Kemudahan dan keselamatan adalah kunci kepada usaha memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat bagi produk dan perkhidmatan perbankan digital.

"Justeru, OCBC eBiz Account-i menyediakan kemudahan ini tanpa menjejaskan aspek keselamatan dan kami telah memastikan ia dapat dilakukan dengan sistem kukuh dan menerusi platform eKYC khusus OCBC yang disokong oleh CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS).

"Kami yakin bahawa PKS yang mahu mendapatkan pilihan patuh Syariah akan memanfaatkan akaun perniagaan menyeluruh ini sejak dari mula lagi," katanya.

Akaun perniagaan patuh Syariah berkenaan menetapkan deposit awal yang agak rendah berjumlah RM500, perkhidmatan perbankan internet perniagaan percuma menerusi perkhidmatan perbankan dalam talian OCBC Velocity, dan alat pengurusan kewangan perniagaan khusus untuk membantu PKS berkembang maju dalam dunia digital yang bergerak pantas pada masa kini.

Untuk memohon, sesebuah syarikat mestilah dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan perniagaannya mesti memenuhi kriteria patuh Syariah.


0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.