PERODUA jangka dapat selesaikan masalah penapis minyak bocor

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menjangkakan isu penapis minyak bocor yang dikaitkan dengan vendornya dapat diselesaikan menjelang pertengahan tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata masalah itu membabitkan hampir 40,000 unit kenderaan merangkumi Perodua Aruz dan model kenderaan yang mengadaptasi platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) seperti Perodua Alza dan Ativa.

"Vendor sedia ada perlu membuat penambahbaikan dalam tempoh tertentu yang ketika ini kami sedang pantau berasaskan kepada penambahbaikan yang mereka tunjukkan.

"Ini boleh dilihat menerusi data yang kita kumpul, yang mana kadar tuntutan jaminan telah menurun semenjak Februari. Ini bermakna penapis minyak yang sudah diganti tidak lagi mengalami masalah," katanya kepada pemberita selepas mempamerkan kereta elektrik konsep pertamanya di pameran Malaysia Autoshow 2023

Pada masa yang sama, Zainal Abidin berkata, PERODUA turut mengkaji beberapa vendor yang lain sebagai langkah alternatif bagi menyelesaikan masalah itu.

"Kami telah berbincang dengan beberapa pembekal di seluruh dunia yang boleh memenuhi permintaan penapis minyak model DNGA itu," katanya.

Sumber : Berita Harian

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.