"Seperti yang saya sebut sebelum ini, pusingan pertama Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan tamat tahun ini, jadi kita akan semak kembali silibus yang ada," katanya.
Sumber : Berita Harian
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak bercadang mengkaji keperluan memansuhkan Sejarah sebagai subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) biarpun jumlah calon gagal mata pelajaran itu atau Bahasa Melayu pada SPM 2021 mencecah 12 peratus.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata apa yang penting adalah untuk kementerian mengkaji faktor yang menyumbang kepada keputusan sedemikian selain mencari pendekatan intervensi yang bersesuaian.
"Ia bagi memastikan anak kita yang lahir daripada sistem pendidikan kita ini dapat menguasai subjek Sejarah supaya pada masa akan datang, jumlah murid gagal dapat dikurangkan dari semasa ke semasa," katanya pada sidang media.
Dalam keputusan SPM 2021 yang diumumkan minggu lalu, seramai 45,514 atau 11.91 peratus calon dilaporkan tidak layak mendapat sijil, sama ada disebabkan tidak lulus mata pelajaran Bahasa Melayu atau Sejarah.
Sementara itu, Radzi berkata, kementeriannya sudah diarahkan untuk melihat dakwaan berkenaan silibus Matematik Tahun Satu yang dikatakan dirangka dengan standard aras tinggi sehingga membebankan guru dan pelajar.
Beliau berkata, ia bagi melihat sama ada subjek berkenaan rumit atau sesuatu yang boleh menjadi kebiasaan.
"Seperti yang saya sebut sebelum ini, pusingan pertama Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan tamat tahun ini, jadi kita akan semak kembali silibus yang ada," katanya.
Sumber : Berita Harian
Blogger Informasi
Ibu Pejabat UMNO mengesahkan telah menerima senarai calon-calon yang layak bertanding bagi jawatan pusat pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2...
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, bertitah pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 bukanlah satu kenaikan pangkat, namun...
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam ...
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan bertaraf TETAP di Polis Diraja Malaysia...
Tawaran e-kredit tunai sebanyak RM100 sekali bayar buat rakyat Malaysia dengan pendapatan kurang RM100,000 setahun, boleh ditebus mulai Is...
Kata Asas : Mga simpleng salita (Bahasa Melayu = Tagalog) * Ya = Oo * Tidak = Hindi * Terima kasih = Sa...
Kematian seorang kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemui semalam di sebuah anak sungai berhampiran Apartment Idaman, D...
Dialek Johor-Riau Dialek ini digunakan di hampir semua bekas jajahan empayar Johor-Riau di Semenanjung. Dialek Johor-Riau kini menjadi asas ...
Kehadiran berpuluh iklan menerusi media sosial memaparkan skim pelaburan saham yang kononnya menawarkan pulangan berganda dalam masa selang ...
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada ta...