Cari Blog Ini

Hawa Rizwana tak gopoh mencari cinta

 

Pantas mendaki tangga populariti, pengacara muda TV3, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan tidak mampu mengelak menjadi bahan gosip tatkala nama menjadi sebutan ramai.

Digosip menjalin hubungan istimewa dengan pelakon dan pelawak, Zizan Razak, gadis berusia 25 tahun ini, menafikan perkara itu, malah mengaku tidak terfikir mencari teman lelaki.

"Orang kata saya rapat dengan Zizan... Sebenarnya, tidak betul. Kami hanya berjumpa kerana mempunyai minat dalam sukan basikal.


"Buat masa ini, saya selesa berkawan dengan sesiapa sahaja. Saya tidak terfikir hendak mencari (pasangan), sebab terlalu sibuk dengan karier dan pada masa sama, masih belajar," katanya kepada BH Online.

Hawa enggan gopoh mencari cinta lalu menolak dakwaan konon menjalin hubungan intim dengan mana-mana selebriti lelaki.

Tambahnya, bukan soal tidak mahu mencari pasangan, namun, dia lebih selesa untuk tidak didekati mana-mana jejaka.

Hawa yang mengendalikan program Wanita Hari Ini (WHI) mahu lebih fokus membina kerjaya sebelum memikirkan soal cinta.

"Saya meletakkan niat utama untuk bekerja dahulu. Jadi, memang tidak nampak arah itu (mencari teman hidup) lagi," katanya.

Ditanya ciri-ciri jejaka yang menarik perhatiannya, Hawa berkata, sebagai individu realistik, dia mengharapkan lelaki bertanggungjawab.

"Saya tidak pernah meletakkan syarat jenis pekerjaan, cuma apa yang penting, dia mesti bertanggungjawab. Dia juga mesti setia dan menerima saya seadanya.

"Bagi saya, semua wanita ada impian sama," katanya.

Bertanya mengenai minatnya dalam sukan basikal, Hawa menolak pandangan pembabitannya dalam sukan itu sekadar mengikut aliran.

"Saya memang suka berbasikal sejak kecil. Jadi tidak timbul sekadar mengikut 'trend'. Apabila bertemu rakan-rakan yang berkongsi minat sama, secara tidak langsung membolehkan saya kembali aktif.

"Pada mulanya saya hanya meminjam basikal milik rakan-rakan. Apabila sudah sesuai, barulah saya melaburkan wang untuk membeli basikal sendiri," katanya.

Tidak menafikan menerima kecaman netizen apabila berbasikal, Hawa akur dengan kritikan mengenai pakaian yang dipakai ketika melakukan aktiviti riadah itu.

"Alhamdulillah, saya tidak marah dengan kritikan diterima. Saya anggap teguran itu akan memperbaiki saya. Ketika ini, saya berusaha mencari pakaian sesuai dan selamat," katanya.

Sumber : Berita Harian

 

 

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Halaman

PAKEJ SOALAN PSIKOMETRIK


Untuk mendapatkan Pakej Panduan dan Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Pakej Ujian Psikometrik

Popular

RAHSIA PENYEDIAAN RESUME


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

INFO JAWATAN KOSONG MELALUI E-MAIL


Untuk menerima Iklan Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta Terkini  terus ke e-mail anda, sila daftar e-mail anda di GROUP GOOGLE

Blog Archive

PANDUAN TEMUDUGA KERJA


Untuk mendapatkan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Klik di sini