Cari Blog Ini

Zulkifli Zain meninggal dunia



Pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain, 76, meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit di kediamannya di Ukay Perdana, Hulu Klang, dekat sini, pada jam 7.30 malam tadi.

Allahyarham meninggalkan balu, Datin Normala Omar yang juga pelakon dan penyanyi, lima anak serta tujuh cucu.

Berita pemergian bekas Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) itu disahkan anak sulungnya, Norzizi Zulkifli kepada BH Online.

"Memang sejak seminggu ini keadaan kesihatan arwah semakin merosot. Makan pun tiada selera.

"Selalu kalau saya dukung dia, badan dia boleh bergerak, tapi kali ini sangat lemah. Kalau bercakap dengan dia pun, tidak ada tindak balas diterima.

"Hanya saya dan adik, Norzazleen sempat berada di sisinya pada saat akhir. Arwah pergi dalam keadaan mengejut tapi cukup tenang.

"Sejujurnya, sampai saat ini saya macam tak percaya yang dia sudah tiada," katanya.

Pada 16 Mac lalu, BH Online melaporkan Zulkifli berada dalam keadaan kritikal apabila disahkan mengalami pendarahan dalam otak.

Norzizi yang juga pelakon, pengarah teater dan pensyarah berkata, Allahyarham bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Hulu Klang, esok.

"Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Ukay Perdana dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, esok. Cuma masa sahaja belum dapat ditentukan lagi," katanya.

Mac lalu, Zulkifli yang berasal dari Alor Setar, Kedah, dimasukkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh apabila disahkan mengalami pendarahan dalam otak.

Sebelum ini, arwah pernah dikejarkan ke hospital akibat jangkitan kuman dalam darah dan masalah buah pinggang.

Pada era kegemilangannya, Zulkifli membintangi drama Tragedi Seri Mersing pada 1985 dan cukup terkenal dengan watak Bentayan.

Filem lain lakonan arwah adalah Sayang Anakku Sayang pada 1981, Penentuan (1982), Kecil-Kecil Cili Api (1996), Anak Mami Kembali (2005) dan Cicakman (2006).

Sumber: Berita Harian


0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Halaman

PAKEJ SOALAN PSIKOMETRIK


Untuk mendapatkan Pakej Panduan dan Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Pakej Ujian Psikometrik

Popular

RAHSIA PENYEDIAAN RESUME


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

INFO JAWATAN KOSONG MELALUI E-MAIL


Untuk menerima Iklan Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta Terkini  terus ke e-mail anda, sila daftar e-mail anda di GROUP GOOGLE

Blog Archive

PANDUAN TEMUDUGA KERJA


Untuk mendapatkan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Klik di sini