Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan seramai 348,098 pemilih yang meninggal dunia daripada senarai daftar pemilih sejak 2017 hingga 31 Ogos lalu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mohamed Hanipa Maidin, berkata jumlah itu membabitkan 91,154 pemilih meninggal dunia yang dikeluarkan daripada senarai itu sejak Januari hingga 31 Ogos tahun ini.
Katanya, pada 2017, sebanyak 139,118 nama pemilih meninggal dunia dikeluarkan daripada senarai daftar pemilih, manakala 117, 826 penama dikeluarkan pada 2018.
Beliau berkata, SPR juga membersihkan nama mereka yang melepaskan atau dilucutkan hak kewarganegaraan daripada senarai daftar pemilih.
Pengemaskinian data itu dibuat berdasarkan maklumat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“Pembersihan dan pengemaskinian ini bagi memastikan proses pilihan raya di negara ini berjalan telus dan bersih,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan asal Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang mahu Perdana Menteri menyatakan langkah sudah dan sedang diambil SPR untuk membersihkan daftar pemilih.
Mohamed Hanipa berkata, pada 2017, sebanyak 11,799 nama pemilih yang hilang taraf kewarganegaraan dikeluarkan, diikuti 3,496 pada 2018, manakala dari Januari sehingga 31 Ogos lalu, 3,940 nama juga diambil tindakan sama.
Katanya, SPR juga bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menangani isu pesara tentera dan polis didaftarkan sebagai pengundi awal.
“Antara langkah dilakukan ialah mengemaskini lokaliti awam dalam bahagian pilihan raya yang sama untuk memastikan mereka mengundi sebagai pengundi biasa jika berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Kecil (PRK),” katanya.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) mengenai sistem pendaftaran automatik, Hanipa berkata, SPR akan cuba melaksanakan sistem itu sebelum PRU-15.
“Ketika ini, beberapa langkah ke arah pelaksanaan sistem itu mula dilakukan bagi memastikan ia boleh dilaksanakan pada PRU-15 nanti,” katanya.
- BH
Cari Blog Ini
Halaman
PAKEJ SOALAN PSIKOMETRIK
Popular
-
Permulaan Huruf Pendaftaran Kenderaan Mengikut Negeri : A = Negeri Perak B = Selangor C = Pahang D = Kelantan E = Sabah-Sebelum tahun 1...
-
BANYAK-BANYAK 1. Banyak-banyak kuda, kuda apa yang paling panjang? Jawapan: Kuda yang berbaris-baris 2. Banyak-banyak kuih, kuih apakah y...
-
Perkahwinan Rakyat Malaysia Dengan Warganegara Asing Perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warga asing atau di antara dua warga asin...
-
Permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmat...
-
Kata Asas : Mga simpleng salita (Bahasa Melayu = Tagalog) * Ya = Oo * Tidak = Hindi * Terima kasih = Sa...
-
50 Tips Memikat Lelaki 1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka. 2. Pandai memasak adalah ciri...
-
Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia Jawatan: - Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (DH41) - Pegawai Pendidikan Pengajian Tingg...
-
Dengan reka bentuk pintar, inovatif, TV skrin rata hari ini menawarkan pelbagai saiz, teknologi dan ciri-ciri yang menarik. Sebelum mem...
-
1. Throw out nonessential numbers. This includes age, weight and height. Let the doctors worry about them. That is why you pay them. ...
-
Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia. JAWATAN: - PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN - PEMBANTU TADBIR KEWANGAN - PEMBANTU TADBIR (PERKE...
RAHSIA PENYEDIAAN RESUME
INFO JAWATAN KOSONG MELALUI E-MAIL

Untuk menerima Iklan Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta Terkini terus ke e-mail anda, sila daftar e-mail anda di GROUP GOOGLE
Terima kasih kerana berkongsi maklumat
BalasPadam