Sabtu, Disember 10, 2011

Saluran TV baharu Worldview Broadcasting Channel (WBC) mulai tahun 2012

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Worldview Broadcasting Channel (WBC) - saluran berita dan hal- ehwal semasa Free To Air yang pertama di Malaysia - sedang memulakan siaran percubaannya di sekitar Lembah Klang mulai Disember 2011.

Siaran percubaan yang ke udara pada jam 7 malam hingga 10 malam setiap hari kini menayangkan program majalah dan dokumentari tempatan serta antarabangsa.

Penonton boleh menyaksikan siaran percubaan ini menerusi Saluran 39 UHF pada frekuensi 615.25 MgHz.

Menjelang pelancaran rasmi pada 2012, kandungan utama program WBC ialah berita yang membabitkan 70 peratus liputan berita antarabangsa manakala selebihnya ialah program hal-ehwal semasa serta komersial.

Program hal-ehwal semasa WBC adalah termasuk dokumentari tempatan dan antarabangsa, bisnes, bual bicara, sukan tempatan serta luar negara.

Misi WBC adalah membawa mesej kesederhanaan, keamanan dan kemanusiaan selaras dengan gagasan Gerakan Kesederhanaan Global yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

- UTUSAN

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts