Jumaat, Disember 09, 2011

Pesara Terima Pencen, Bayaran Khas RM500 pada 16 Disember 2011

Pembayaran pencen dan Bayaran Khas Pesara kali kedua akan dibuat pada 16 Disember 2011 ini sempena sambutan Krismas.

Menurut kenyataan Jabatan Perkhdimatan Awam, penerima yang dibayar melalui bank boleh menuntut pembayaran pencen dan bayaran khas berkenaan di bank-bank yang terlibat pada tarikh berkenaan.

Bayaran khas sebanyak RM500 itu pula akan dikredit terus ke akaun bank penerima pencen termasuk penerima di bawah Skim B.

Dengan itu penerima pencen di bawah Skim B tidak perlu mengisi borang tuntutan pencen di kaunter bank bagi mengeluarkan RM500 itu, kata kenyataan itu.

Bayaran Khas Pesara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa beliau membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lepas.

Penerima pencen yang menerima waran pencen bertarikh 17 hingga 31 Dis boleh menunaikan waran mereka mulai 16 Dis. Maklumat lanjut boleh didapati daripada Pusat Panggilan Setempat di talian 03-88854906/4475/4476/4478/4479.

- BERNAMA

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts