Kekosongan jawatan petugas stadium di Perak

IPOH - Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) kini membuka tawaran untuk jawatan petugas-petugas stadium sebagai salah satu usaha menambah baik tugasan di Stadium Perak sepanjang saingan Liga Piala Malaysia 2012 kelak.

Setiausaha Kehormat Pafa, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin berkata, tawaran jawatan itu adalah untuk mengisi kekosongan petugas di Stadium Perak bagi melancarkan tugasan-tugasan berkenaan, terutama aspek penjagaan keselamatan.

“Permohonan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan ini merupakan salah satu daripada langkah yang kita ambil dalam melakukan penambah baikkan.

“Kerana itu kita berharap dengan lantikan baru kelak, tugasan di Stadium terutama aspek penjagaan keselamatan akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman kekosongan jawatan berkenaan oleh Pafa bagi Liga Piala Malaysia musim hadapan.

Sinar Harian turut difahamkan semua pemohon bakal di Ipoh oleh barisan panel yang dilantik khas sebelum pemohon diterima mengisi kekosongan jawatan petugas stadium itu.

Katanya, calon-calon terpilih bakal menikmati pelbagai kemudahan seperti kemasukan percuma ke stadium, baju T serta makan minum percuma ketika menjalankan tugas.

“Selain itu kita juga menyediakan skim perlindungan insurans dan petugas-petugas stadium ini bakal mengikuti rombongan khas ke kawasan-kawasan yang ditetapkan selepas tamat musim Liga Piala Malaysia.

“Kekosongan jawatan yang ditawarkan adalah sebagai penyelia stadium, pemeriksa tiket, petugas keselamatan kawasan parkir stadium dan banyak lagi.

“Orang ramai terutamanya warga Bandaraya Ipoh yang berminat mengisi kekosongan jawatan itu boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat Pafa yang beralamat 70A, Jalan Kamaruddin Isa, Fair Park, Ipoh mulai 14 hingga 17 November ini,” katanya.

Abdul Aziz mengingatkan, borang yang telah siap diisi hendaklah dikembalikan kepada Urusetia Pafa selewat-lewatnya pada 30 November nanti dan mereka yang berminat memohon boleh menghubunginya di talian 017-563 5434 untuk keterangan lanjut.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan laluan khas bagi penyokong wanita akan terus disediakan pada Liga Piala Malaysia 2012 untuk memberi kemudahan kepada golongan wanita memberi sokongan kepada pasukan Perak semasa beraksi di Ipoh,” katanya.

- SINAR HARIAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url