Khamis, November 03, 2011

5,000 mahasiswa UPSI tuntut jaminan


TANJUNG MALIM 2 Nov. - Seramai 5,000 mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menuntut Kementerian Pelajaran memberi jaminan penempatan sekolah kepada mereka sama seperti Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Afiq Fikri Mislan berkata, graduan UPSI telah dilatih untuk menjadi guru sebenar, sekali gus mengurangkan isu guru tidak profesional, berkualiti serta berkelayakan.

"Mengapa kekosongan jawatan guru diberikan kepada lepasan GSTT yang pada hemat kami tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru," katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyerahkan memorandum tuntutan penempatan pemegang ijazah itu kepada Timbalan Naib Canselor UPSI, Profesor Dr. Noraini Idris di sini hari ini.

Tuntutan tersebut turut disokong oleh Gabungan Graduan ISMP Malaysia, Legasi Mahasiswa Progresif UPSI dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung UPSI.

Dalam memorandum setebal lima muka surat itu, mereka turut menggesa Kementerian Pelajaran menghentikan pengambilan GSTT sebagai guru tetap kerana golongan tersebut sepatutnya menjadi sokongan dan bukan pilihan utama.

Ahad lalu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong memberitahu, kekosongan jawatan guru di sekolah seluruh negara akan diisi oleh 7,000 GSTT.

Afiq Fikri berkata, pihaknya berharap UPSI akan menyerahkan memorandum tersebut kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran.

"Kami menuntut agar kementerian tidak menawarkan pelan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kepada graduan lepasan ijazah bukan pendidikan kerana ia mampu membunuh usaha melahirkan guru profesional.

"Kementerian juga perlu mengeluarkan unjuran penempatan yang lebih tepat dan telus agar pihak universiti dapat menyediakan jumlah graduan yang mencukupi," katanya.

Mengulas lanjut, Afiq Fikri berkata, tuntutan itu dibuat bagi menjamin masa depan mahasiswa dan graduan UPSI.

"Kebanyakan graduan UPSI menganggur kerana mereka tidak diterima bekerja di sektor lain atas alasan ijazah pendidikan yang dimiliki tidak menepati kehendak mereka.

"Justeru, peluang graduan ini untuk bekerja hanyalah dalam bidang pendidikan tetapi hak kami sebagi guru telah dinafikan oleh golongan GSTT tersebut," ujarnya.

- UTUSAN

14 ulasan:

  1. Sebagai seorang yang pernah menjawat jawatan gstt saya berterima kasih kepada kerajaan kerana telah mengambil langkah yang baik untuk menyersap gstt ini ke jawatan yang tetap. kapada adik-adik daripada UPSI sabarlah kerana satu hari nanti ada juga pelung anda untuk menjadi seorang pendidik. Saya harapkan adik-adik daripada UPSI faham kerana penderitaan dan kesusahaan yang telah dihadapi oleh abg-abg dan kakak-kakak GSTT ni dah bertahun-tahun dan mereka juga ada yang sempat menjadi cikgu kepada adik-adik sehingga adik-adik berjaya menjadi mahasiswa hari ini. Contonya macam saya yang pernah berkhidmat sebagai GSTT selama 5 tahun dan ada lagi kawan-kawan saya yang lebih daripda itu. Saya harapkan adik-adik dapat menghormati kami, jangan jadikan kami sebagai alasan kepada nasib anda yang tidak baik itu. Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa tahu.

    BalasPadam
  2. PATUT PENGAMBILAN GURU KE IPTA DIKURANGKAN SUPAYA YG TERBAIK SAHAJA TERPILIH DAN MENGELAKAN LAMBAKAN GURU MENGANGGUR....SAMA PROFESION SEPERTI DOCTOR DAN ENGINEER

    BalasPadam
  3. buat apa nak bazir duit melatih gstt sedangkan kat ipta dah apa tak masuk akai tindakan kerajaan membazir duit je melatih sehingga berbulan2...

    BalasPadam
  4. semua program perguruan selain upsi patut ditamatkan....so hanya upsi shaja melahirkan guru....

    BalasPadam
  5. patuta ada rancangan jangka panjang..nampak sangat myudin tak layak jadi pemimpin no2....setelah isu ppsmi pun dimansuhkan ibu bapak tak puas hati sekarng mahsiswa pulak

    BalasPadam
  6. kpli dan dpli menjadi pilihan ke2 mahasiswa menganggur so semua graduan kpli dan dpli tidak patut jadi cikgu...logik patut sedar myudin ni jadi menteri pelajaran ...buat pekara bodoh gstt tu keje sementara je mcm keje kontrak lain...yg sepatutnya diplih adalah graduan perguruan yg belajar masa 4 tahun kat upsi dll......

    BalasPadam
  7. main cakap ikut perasaan, ikut sedap mulut je korang...kalu xsetuju kpli or dpli diwujudkan kenapa tak dari dulu lagi..kenapa bila ms GSTT nak diberi latihan baru nak terhegih-hegih nak cakap tak setuju bagai...logiknya kpli / dpli ni salah satu cabang duit tuk bagi gaji cikgu2 dan BAKAL2 guru jugak...sebab melalui ni lah duit masyuk...kalu takde kpli/dpli ni makin stop lah posting korang...budget lari...tak faham2 betul

    BalasPadam
  8. boleh tak kita hidup ni jd orang bersabar sikit...rasalah skit pengorbanan mcm merasai raya korban ni...bila msalah isu GSTT ni selesai...masalah korang akan selesai jg..jgn nak mendabik dada yang kita betul dia salah...mesti mereka tahu keje mereka..isu GSTT ni takkan timbul lagi bila semua yg diJANJIKAN selesai...korang belum habis blaja lagi dan ada yang menunggu posting kan..jd jangan cakap sesuka hati.. GSTT takkan ada lagi untuk tahun akan datang selepas mereka dijanjikan LATIHAN bukan PENEMPATAN (bukan ambil penempatan korang....buka minda tu sikit..ni tak tau nak hentam orang je...

    BalasPadam
  9. Kepada Guru GSTT, KPLI, DPLI atau ISMP, tidak perlu menyalahkan sesama sendiri. Kelewatan penempatan adalah perkara biasa. Guru-guru dahulu pun mengalami perkara yang sama. Bersabar dan berdoa, InsyaAllah semua guru akan mendapat penempatan.

    BalasPadam
  10. ape la ke bangang btul korang ni..nak jd cikgu tp lembab x boleh pikir.. u all sedang mngikuti kursus..yang gstt br nk mngikuti kursus mcm u all..mcmana bdk2 nk pndai kalau bakal cikgu pon bangang..isk isk isk..yg gstt tu pon jgn jd bangang bodoh lembab kalau taun dpan pn ade intake baru..ape nk jd dgn org malaysia ni..emosi manjang...

    BalasPadam
  11. Bismillahhirrahmanirrahim..bagi saya sepatutnya perlu mengutamakan pelajar yg mengikuti kursus perguruan sepenuh masa utk dipostingkan dahulu..memandangkan mereka bertungkuslumus di ipt2 tertentu utk menghabisi pengajian, membuat praktikal selama 6 bln dan lain2 pengorbanan termasuk meminjam ptptn..apabila pelajar2 ini terus dipostingkan apabila habis sahaja pengajian, maka mereka dpt bantu keluarga, dpt jelaskan wang pinjaman ptptn..mengertikah ini? lagi pula mereka ini sememangnya terlatih dlm bidang perguruan..mereka mengikuti pengajian secara micro-teaching, membuat amali ke sekolah2, mempelajari pedagogi sampai pening otak2..kemudian barulah gstt dll dipostingkan jika semua graduan pendidikan ini dipostingkan..walaupun ada gstt yg lebih 5 thn bekerja sbg gstt, tapi mereka ini hanya lebih drp segi pengalaman sahaja..apakah maksud gstt? GURU SANDARAN TDK TERLATIH bukan??? kalau perlu dipostingkan juga, hantar sahaja gstt ke sabah atau sarawak..selesai masalah..

    BalasPadam
  12. G S T T KE GURU SANDANRAN TERLATIH YG DIUTAMAKAN???
    cuba pkir logik la..gstt ni nk jd guru sbb nk duit jer..bkn nk ngajar bdk sekolah btol2 pn....klu btol nk ngajar bdk sekolah, npe ble dipostingkan ke sabah dan srwk, mereka x mau plak..ade ke ptut??pkir le sdri ooiii

    BalasPadam
  13. Hanya mengingatkan!!! kepada kementerian pelajaran Malaysia dan Kerajaan Barisan Nasional. KPM dan BN perlu sedar anak-anak muda di Malaysia sudah sedar dengan kepempinan BN. mereka juga sudah tahu dan boleh menilai baik-buruk yang telah dilakukan oleh kerajaan BN. Perlu diingat sekiranya anak-anak muda bergading bahu untuk menjatuhkan pemerintahan BN adalah sangat mudah. Cthnya mereka yang terpelajar ini membawa idea dan menghasut warga kampung yang kurang mengetahui maklumat semasa untuk tidak mengundi kerajaan BN. Maka saya berharap KPM dan BN perlu bijak dalam mengandalikan isu penempatan ISMP sebelum PRU 13. perlu juga diingat ISMP di IPTA mahupun IPTS mempunyai bilangan yang ramai mereka ini boleh menjadi ejen kepada pembangkang (PR) untuk menjatuhkan kerajaan BN, sekiranya penempatan ISMP ini tidak diselasaikan.

    BalasPadam
  14. selamat berjuang untuk diri sendri adik2...kami ni bukan jurusan pendidikan, bagai nak mati cari keje, dapat result gempak, dpat hons, kami jadi kerani je, keje kat kfc...agak 5-6 tahun tgu kena bagus, celah mana, jauh mana...ada je interview kami capai. Agak adil juga kalau anda pun kena strugle macam kami...:)

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts